76.08% Perpustakaan Jalan Syurga / Chapter 105: Kerisauan Baru (1)

Chapter 105: Kerisauan Baru (1)

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Pipa ! Pili Pala!

Sepanjang malam, bunyi ledakan daripada kemajuan dalam pertapaannya boleh di dengari dari masa ke semasa dan ini diikuti dengan peningkatan kekuatannya yang mendadak dan berterusan.

"Malam ini datang dan habis begitu sahaja!"

Akhirnya, Zhang Xuan membuka matanya.

Matahari sudah naik.

Walaupun tidak tidur sepanjang malam semalam, bukan sahaja Zhang Xuan tidak berasa letih, malah dia berasa segar.

Dengan kejernihan zhenqinya dan kehebatan Seni Suci Jalan Syurga, mencapai kemajuan dalam pertapaannnya dalam alam ini sesuatu yang amat senang sekali. Ia cuma mengambil masa untuknya mendapat titik akupoin betul. Namun begitu, dalam jangka masa satu malam, dia sudah berjaya membuka lebih dua puluh titik akupoin!

Mengikut skala orang biasa, seorang peninju hanya mampu buka 72 titik akupoin dalam badannya. Setiap 18 titik boleh dikira sebagai satu tahap.

Jika seorang buka 1-18 titik akupoin, mereka boleh dikira berada di alam Pixue peringkat asas, 19 – 36 itu alam Pixue peringkat sederhana, 37-54 itu alam Pixue peringkat maju dan akhirnya 55 – 72 itu alam Pixue peringkat puncak!

Namun, kerana kebanyakan orang mempunyai zhenqi kurang jernih dan aturan salah membuka titik akupoin mereka, pertapaan mereka akan berhenti maju selepas tiga puluh ke empat puluh titik akupoin. Mereka hanya akan mampu menjadi lebih kuat dengan maju ke peringkat sepenuhnya iaitu peninju 7-Dan alam Tongxuan.

Oleh sebab itu, klasifikasi ini hanya teori sahaja. Berasaskan piawai Empayar Tianxuan, alam Pixue asas diklasifikasikan sebagai telah membuka 1-10 titik akupoin, sederhana 11-20, maju 21-30 dan puncak 31 ke atas.

Semasa Zhang Xuan masih di alam Dinglu. Dia sudah mempunyai kekuatan 8 ding. Selepas bertapa semula tiga alam terdahulu, kekuatannya meningkat menjadi 12 ding. Jika dia menambahkan kekuatan 20 dingnya sebelum masuk ke alam Pixue. Selepas membuka 20 akupoin, dan selepas mengambil kira kejernihan zhenqinya, dia sudah mempunyai kekuatan sebanyak 40 ding. Kekuatan ini setaraf dengan seorang di alam Pixue tahap puncak!

Orang lain akan mempunyai kesukaran untuk membuka walaupun satu titik akupoin dalam masa setengah bulan, namun dia pula telah buka 20 dalam masa satu malam. Tambahan pula, 90% masanya telah dihabiskan mencari jalan betul. Tidak ada orang akan percaya ia mungkin untuk pertapaannya maju dengan begitu cepat.

Namun, jika Seni Suci Jalan Syurga yang sempurna tidak sehebat begitu, ia semestinya tidak layak dipanggil sempurna.

Selepas mengambil sesuatu untuk makan, dia menuju ke kelasnya.

"Kamu cakap… untuk mencari jalan mengaktifkan keadaan badan unik kamu, Cikgu Zhang sanggup melalui Perdebatan Pil untuk menjadi seorang Pakar Perubatan?"

"Cikgu Zhang mencipta teknik pertapaan khas untuk kita, dan sekarang dia meletakkan dirinya dalam bahaya untuk kebaikan kita…"

"Tidak kira apa pun, kami mesti mencapai keputusan baik dalam Pertandingan Pelajar Baru nanti. Jika tidak, sia-sia segala usaha Cikgu Zhang dalam mengajar kita!"

Mata Zheng Yang dan lain membara dengan penuh semangat. Yuan Tao yang biasanya malas pun kelihatan penuh semangat.

Pendekar berjuang bermatian untuk melindungi orang tercinta. Cikgu Zhang ini telah berbuat begitu banyak untuk mereka. Jika mereka masih tidak mengenang budinya pada masa ini, mereka ini betul-betul boleh dikira sebagai sampah!

"Tidak, saya akan mula bertapa sekarang juga!"

"Saya juga!"

Dalam sekelip mata, mereka semua dipenuhi semangat dan hanya satu matlamat sahaja di minda mereka. Iaitu untuk menaikan nama baik Cikgu Zhang dengan memenangi Pertandingan Pelajar Baru nanti!

"Apa masalah mereka semua?"

Selepas berjalan masuk ke kelas, dia ternampak pelajarnya bukan sahaja telah lama sampai, malah setiap satu daripada mereka sedang bertapa dengan gigih. Zhang Xuan mendapati situasi ini agak pelik.

Adakah mungkin sesuatu berlaku pada mereka?

"Cikgu!"

Baru sahaja dia ingin memulakan kelasnya, dia melihat Wang Tao, Wang Yan dan Zhao Yanfeng berjalan ke arahnya.

Zhang Xuan sudah setuju membenarkan Wang Tao dan Wang Yan mendengar dari tepi kelas. Namun, kenapa Zhao Yanfeng di sini juga?

"Saya telah mengambil keputusan untuk menarik diri dari kelas Cikgu Lu. Jika keputusan saya mendatangkan kamu masalah, tolong menghukum saya!"

Sejurus sahaja Zhang Xuan masuk ke kelas, Zhao Yanfeng dengan segera mengaku.

Mendengar pengakuannya, Zhang Xuan dengan segera menyedari kenapa Lu Xun mencari pasal dengannya.

Inilah sebabnya.

Walaupun dia guru bintang paling terkenal di akademi, dua pelajarnya menarik diri dari kelasnya hanya untuk mendengar dari tepi kelas guru tersampah di akademi. Tidak kira siapa pun, mereka mesti sukar menghadam situasi tersebut.

Bagaimana mungkin dia sambung mengajar pelajar lain pada masa hadapan jika orang lain mendapat tahu? Bagaimana mungkin dia mendapat kepercayaan pelajarnya pada masa hadapan?

"Baiklah, kamu boleh mendengar dari tepi!"

Memandang perkara ini sudah berlaku, jika dia hantar Zhao Yanfeng balik pun, orang lain akan fikir dia pula yang takut pada Lu Xun. Oleh itu, lebih baik dia berpura-pura tidak mengetahui perkara tersebut

Walau apapun, dia tidak bertanggungjawab untuk memberi nasihat kepada pelajar yang mendengar dari tepi kelasnya. Mereka dibenarkan datang dan pergi sesuka hati mereka dan ia tidak membuang banyak masanya pun.

" Berhenti sekejap. Kamu semua patut sudah cuba bertapa teknik pertapaan saya beri kamu semalam!"

Tanpa menghiraukan ketiga-tiga mereka, Zhang Xuan berpaling dan memberi perhatiannya kepada Zhao Ya, Wang Ying dan lain.

"Kami sudah!"

Mata pelajarnya berkelip dengan keterujaan.

Teknik pertapaan ciptaan Cikgu Zhang khas untuk mereka itu begitu hebat sekali! Dengan hanya bertapanya satu malam, mereka dapat merasai tenaga dalam badan mereka menjadi lebih kuat. Usaha satu malam mereka sama seperti usaha sepuluh malam mereka sebelum ini!

Oleh itu, mereka hanya mampu berasa lebih kagum terhadap guru di depan mereka sekarang.

"Un, tunjuk kepada saya teknik tumbukan kamu. Wang Ying, kami akan bermula dengan kamu!"

Zhang Xuan berpaling dan melihatnya.

"Baiklah!"

Wang Ying melangkah ke hadapan dan dengan cepat melaksanakan teknik penumbuknya.

"Tidak kurang hebatnya!"

Selepas itu, Zhang Xuan dengan senang memberi sedikit nasihat dan menunjukkan beberapa kelemahan dan kesalahan dalam pertapaannya.

Perkara sama berlaku pada Zhao Ya, Liu Yang dan lain.

Secara keseluruhannya, ketangkasan kelima-lima orang pelajarnya dalam pertapaan mereka agak menakjubkan. Malah, ia lebih menakjubkan apabila dibandingkan dengan pelajar lain.

Walaupun begitu, jika mereka sambung bertapa pada kadar ini, masih akan terdapat jurang besar antara pelajarnya dengan pelajar Lu Xun.

Lu Xun guru bintang paling terkenal di akademi. Setiap satu pelajar di bawahnya ialah antara pelajar terbaik di akademi.

Ujian kemasukkan pelajar menilai potensi keseluruhan seseorang pelajar. Zhao Ya, Wang Ying dan lain hanya mampu mencelik diri mereka ke tempat seratus ke atas dengan potensi mereka. Jika mereka betul-betul dinilai berasaskan kebolehan meninju mereka, hanya Zhao Ya lebih hebat berbanding mereka semua. Keempat mereka yang lain kemungkinan besar akan mendapat posisi 500 ke bawah.

Lebih-lebih untuk Yuan Tao. Kedudukannya dalam ujian kemasukan itu mencerminkan kekuatannya.

Ia mustahil untuk beratusan pelajar di bawah Lu Xun berlawan dengan lima orang pelajarnya. Ini terlalu tidak adil. Oleh itu, dia akan memilih lima daripada mereka untuk berlawan dengan lima pelajarnya.

Untuk memilih lima pelajar terhebat daripada beratusan pelajarnya, ia jelas betapa susahnya untuk Zhao Ya dan lain untuk menumpaskan mereka.

Tanpa menghiraukan itu, tiga pelajar teratas dalam peperiksaan kemasukan telah masuk kebawah perguruannya dan ketiga-tiga mereka sudah mencapai tahap peninju 2-Dan!

Memandangkan bagaimana kelima-lima pelajarnya gagal mengalahkan Zhu Hong yang mendapat tempat keempat walaupun bersama-sama melawannya, bagaimana mungkin mereka menangani ketiga-tiga orang tersebut bersendirian?

Walaupun potensi, bakat dan keperibadian mampu meningkatkan penilaian mereka dalam Pertandingan Pelajar baru, yang paling penting sekali tetap kekuatan!

Tanpa kekuatan, yang lain cuma perbualan kosong sahaja.

Selepas seorang itu kalah dalam pertempuran, segalanya akan disangkal begitu sahaja oleh pihak lawannya.

"Kaki Wang Ying baru sahaja sembuh dan badannya masih belum lagi mengadaptasi. Oleh itu, dia mungkin tidak dapat menggunakan kekuatannya dengan sepenuhnya. Dengan masa dua bulan untuk rehat, kondisi badannya akan bertambah baik, namun dalam masa setengah bula… ia terlalu sukar!"

"Zheng Yang baru sahaja sembuh daripada traumanya, membenarkan kepakarannya dalam lembing meningkat dengan cepat. Namun, ia kemungkinan besar senjata akan tidak dibenarkan dalam Pertandingan Pelajar Baru kerana ia pertandingan tinju. Kebolehannya mungkin menjadi kelemahannya. Saya perlu mencari jalan untuk meningkatkan kebolehan tinju tanpa senjatanya dalam masa pendek ini!"

"Tambahan pula, ia akan mengambil masa setengah bulan untuk kondisi tangan kanan Liu Yang bertambah baik, apabila sampai masa itu… haih, saya betul-betul tidak cukup masa!"

Melihat kondisi pelajarnya dalam Perpustakaan Jalan Syurga, Zhang Xuan hanya mampu mengurut dahinya sambil air mukanya jelas menunjukkan kerisauannya.

Comments (2)

  • yusnaryzal

    yusnaryzal

    Good

  • Rayna_

    Rayna_

    So good..

Load failed, please RETRY

Table of Contents

Display Options

Report inappropriate content
error Tip

Report abuse
Write a review Reading Status: C105
Fail to post. Please try again
  • Translation Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Send Gifts
Gifted
Thank you for your generous gift.

Cost Spirit Stone to skip ad

You can get it from the following sources

  1. 1. Daily check-in
  2. 2. Invite friends invite now >
  3. 3. Vote for new stories Vote >
learn more >
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Get More
Payment Method paypal

Please switch to the pop-up to complete the payment.

Earn Rewards

Earn rewards

by completing the missions

Complete the daily and EXP missions, as well as every week’s reading missions to obtain EXP and SS as rewards.

Learn more about the rules 1. You can obtain the corresponding EXP and Bonus SS as rewards by completing daily missions and EXP missions, as well as weekly reading missions. 2. The obtained EXP can raise your user level. 3. Bonus SS can be used to unlock chapters, gift authors, etc. They are effective for 30 days. 4. Daily Tasks and corresponding rewards renew daily at 00:00 UTC+8. Don't forget to claim your rewards in time. 5. Weekly Reading Missions refer to the time you spend reading novels and comics on Webnovel every week. 6. The weekly reading time is calculated while your device is connected to the Internet. This might result in a delay of several minutes.

Read longer, Earn bigger

Read on the app and claim your rewards!

Get the App

Read anywhere, anytime