79.71% Perpustakaan Jalan Syurga / Chapter 110: Kamu Bakal Menemui Ajal

Chapter 110: Kamu Bakal Menemui Ajal

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Seperti apa Zhang Xuan cakap, Meng Yan ini sedang menyembunyikan perasaan tidak puas hati dan niat membunuh di dalam hatinya.

Dia juga baru sahaja dikhianati oleh rakan akrabnya.

Cuma, ini baru berlaku pagi tadi. Dia ingat pada masa ini. Kemarahannya sudah akan lama hilang dan tidak menjangkakan kesemua emosi ini akan bergabung dengan pil tempaannya dia.

Namun… bagaimana mungkin dia dapat tahu?

Melalui pil tempaan dia?

"Adakah ini benar?"

"Ini…. "

Selepas melihat ekspresi Meng Yan, orang paling bodoh pun akan tahu apa Zhang Xuan cakap itu benar.

Mereka menukar pandangan sesama sendiri tanpa percaya apa sedang berlaku.

[Bukan sahaja dia mampu mengetahui niat pembunuhannya melalui penempaan pilnya, malah dia dapat dapat tahu bahawa Meng Yan telah dikhianati oleh seorang rakan karib. Kamu… kamu ini perantis pakar perubatan ataupun tukang tilik?]

"Jika kamu semua mendapati apa-apa salah dengan perkataan saya, terdapat cara senang untuk mengesahkannya. Persatuan Pakar Perubatan mesti mempunyai Binatang Percubaan Pil, kan? Jika kita memberi Pil Keamanan Hati ini kepadanya, kita boleh melihat sama ada dia akan menenang ataupun mengamuk!"

Selepas melihat Meng Yan kehilangan kata-kata, Zhang Xuan hanya ketawa.

Biasanya, untuk mengesahkan keberkesanan sesuatu pil, Persatuan Pakar Perubatan akan menyediakan beberapa Binatang Percubaan Pil untuk menguji mereka.

Binatang Ganas ini amat peka terhadap pil. Selepas memakan sesuatu pil, seseorang boleh mengenal pasti kesan pil melalui reaksinya.

Ini sama dengan tikus makmal semasa percubaan klinikal dalam dunia lepas Zhang Xuan. Hanya selepas ia lulus ujian tersebut baru ubat itu akan diberikan kepada manusia. Ini untuk menjamin keselamatan mereka yang memakannya.

"Un!" Ouyang Cheng mengangguk kepalanya lalu seorang perantis pakar perubatan berjalan keluar bilik tersebut. Tidak lama kemudian, dia pulang dengan sebuah sangkar dan di dalamnya beberapa ekor binatang ganas serupa dengan tikus putih. Selepas membuka mulut satu daripada mereka, dia memberi Pil Keamanan Hati tersebut kepadanya.

Tidak lama kemudian, Binatang Percubaan Pil ini mula berasa cemas dan berlari sekeliling sangkar sambil mencakar semua di depannya. Ia nampaknya langsung tidak menenangkan binatang tersebut.

"Biasanya, selepas makan Pil Keamanan Hati, Binatang Percubaan Pil ini akan duduk dengan diam sahaja di tepi. Namun, selepas memakan pil ini, Binatang Percubaan Pil ini jelas mula mengamuk."

Sewaktu Zhang Xuan sedang bercakap, Binatang Percubaan Pil yang memakan Pil Keamanan Hati itu telah berlari ke arah satu lagi binatang sama jenis di dalam sangkar tersebut, menolaknya ke bawah lalu mula menjalankan operasi tidak senonoh secara rakus terhadap binatang yang satu lagi itu.

"Batuk batuk, desakan nafsu kuat yang dialami oleh seseorang yang makan pil ini menunjukkan bukan sahaja pil ini tidak menenangkan seseorang, malah ia memarakkan kemarahan di dalam mereka! Jika tidak silap saya, orang Pakar Perubatan Meng Yan telah bunuh hari ini ialah seorang wanita, dan dia mempunyai hubungan intim dengannya! Dia akhirnya mengkhianatinya dan ini membuatkan Meng Yan mengamuk, mengakibatkan pil tempaannya ini untuk mempunyai emosi kuat di dalamnya!"

"Ini…"

Selepas melihat Binatang Percubaan Pil tersebut bukan sahaja membelasah rakan lainnya, malah mula memperkosa mereka, tanpa memberi mereka sedikit peluang pun untuk membalas, para pakar perubatan hanya mampu melihat satu sama lain dengan muka terkejut.

[Ini betul betul Pil Keamanan hati ke?

Kamu pasti ia bukan tongkat ali!

Nasib baik tidak ada manusia memakannya. Jika tidak, bukan sahaja hati mereka tidak akan tenang, malah mereka akan bertukar menjadi…

Batuk batuk, ia akan mendatangkan malapetaka!]

Semua orang menggeletar apabila berfikir tentang kemungkinan tersebut.

"Pagi tadi, saya melihat gundik kesayangan saya melakukan perbuatan tidak senonoh dengan tukang rumah saya. Pada saat itu, kemarahan saya mengambil alih diri saya dan saya telah membunuh kedua-dua mereka di situ juga!"

Selepas melihat Zhang Xuan berkata begitu banyak, tidak ada apa-apa lagi untuknya bersembunyi.

Insiden ini membuatnya marah. Sepanjang hari ini semenjak pagi tadi, angin dia tidak baik kerana ini. Ini juga sebab utama kenapa dia begitu berminat untuk memalukan Zhang Xuan, iaitu untuk melepaskan geramnya.

"Adakah ini betul?"

"Dapat melihat melalui begitu banyak dengan hanya melihat seorang menempa pil?"

Melihat Meng Yan mengaku, pakar perubatan lain melihat Zhang Xuan seakan mereka melihat raksasa. Muka angkuh mereka bertukar menjadi muka takut melampau.

Pil tempaan seseorang mencerminkan keadaan mental seseorang, namun… untuk mendapat tahu seseorang pakar perubatan telah membunuh seseorang pagi tadi, malah mendapat tahu orang itu gundiknya, hanya melalui penempaan pil…

[Haram jadah, kamu ini sebenarnya inspector kan!

Jika tidak… bagaimana mungkin kamu tahu begitu banyak?]

"Baiklah, saya sudah memberitahu kelemahan di dalam teknik kamu. Pakar Perubatan Meng Yan, kamu ingin saya sambung tak?" Tanpa menghiraukan ekspresi terkejut pakar perubatan lain, Zhang Xuan berkata dengan memberikan satu senyuman.

Perpustakaan Jalan Syurga dapat melihat melalui kesemua kelemahan dan kesalahan. Untuknya dapat mengetahui dia telah dikhianati oleh gundiknya dan pilnya mengandungi niat membunuh serta dendamnya merupakan sesuatu yang senang sahaja.

"Tidak perlu. Saya mengaku kalah!"

Meng Yan mengalah.

Terdapat ramai pakar perubatan dalam bidang ini, termasuklah dia sendiri, tidak akan mampu melihat dan mendapat tahu masalah dengan pil tempaan dia. Namun, orang ini bukan sahaja dapat tahu, malah dapat tahu begitu banyak tentangnya… jelas ini kekalahannya walaupun dia tidak ingin menerima hakikatnya!

"Macam itu sahaja… dia mengalah?"

Mata Wen Xue terbeliak.

Seorang pakar perubatan telah mengaku kalah kepada seorang perantis pakar perubatan?

Jika dia tidak melihatnya dengan mata sendiri, mesti dia tidak akan berani untuk mempercayainya.

Namun, ia masuk akal apabila dia berfikir tentangnya. Untuk mampu melihat dengan begitu mendalam, mata menganalisa orang ini terlalu hebat. Dia tidak ada pilihan lain selain mengaku kalah!

"Baiklah, seterusnya!"

Memandangkan penguji pertamanya telah mengaku kalah, Zhang Xuan telah mengecapi kemenangan pertama. Dia berpaling melihat sembilan orang pakar perubatan lain dengan senyuman.

"Saya akan berdepan dengannya!"

Seorang orang yang tua berdiri.

Jika mereka pada asalnya ingat Zhang Xuan di sini untuk membuat hal, selepas insiden Meng Yan, mereka akhirnya faham orang ini seorang pakar, pakar antara pakar.

Tidak hairan dia begitu yakin untuk melalui Perdebatan Pil, malah sehingga meningkatkan kesusahannya ke tahap melampau.

"Ini pakar Perubatan Chen Xiao!"

"Pakar Perubatan Chen mungkin bukan orang paling berbakat antara kita dari segi penempaan pil, tetapi dia paling tua!"

"Dia seorang yang sangat rasional dan tenang, bukan seperti Meng Yan yang panas baran. Saya percaya dia akan mampu mengalahkan budak ini!"

Melihat lelaki tua berdiri, semua orang sekali lagi mengangguk kepala mereka tanda bersetuju.

Pakar Perubatan Cheng Xiao ini pakar perubatan paling tua antara mereka dan juga yang paling tenang antara mereka. Sudah tentu tidak akan ada masalah jika dia sendiri mengambil tindakan.

Huhuhu!

Api di bawah kawah mula marak. Dalam sekelip mata kemudian, dia mengambil beberapa pil daripada kawah tersebut.

Pil tersebut pil sama dengan apa yang ditempa Meng Yan tadi, Pil Keamanan Hati. Ia juga bulat sempurna dan licin dengan satu sinaran unik daripada permukaannya. Namun, jelas ia lebih tinggi kualitinya, mencapai tahap kesempurnaan.

"Baiklah, saya sudah siap menempa pil. Kamu tidak perlu mengenal pasti tekniknya, ia sama dengan Pakar Perubatan Meng Yan tadi, Sepuluh Formula Ketenangan Air. Jika kamu dapat memberitahu saya masalah dengannya, saya akan mengaku kalah!"

Pakar Perubatan Chen Xiao bercakap dengan tenang sambil dia mengambil beberapa pil tempaan dia di tangannya.

"Menakjubkan!"

"Ini betul-betul langkah bijak!"

"Untuk menggunakan teknik sama untuk menempa pil sama, Sebelum ini, dia hanya mampu mengetahui tentang niat membunuh Pakar Perubatan Meng Yan selaku kelemahan dalam penempaan pilnya. Namun, keadaan mental Pakar Perubatan Chen Xiao ini paling tenang antara mereka kerana dia orang paling rasional antara mereka. Jadi dia tidak akan dapat mencari masalah serupa dengannya kali ini!"

"Mari kita lihat apa dia cakap kali ini…"

Selepas melihat aksi Pakar Perubatan Chen Xiao, semua orang tidak dapat menahan pemikiran mereka yang orang tua akan lebih kejam berbanding orang muda.

Malah, Zhang Xuan sendiri mengangguk kepalanya dengan persetujuan.

Walaupun orang ini memberitahu dia telah menggunakan teknik penempaan sama supaya dia tidak perlu mengenal pastinya, aksi sebenarnya, membuatkan ia lebih susah untuk dia menjawab.

Namun, dengan Perpustakaan Jalan Syurga… ini perkara kecil sahaja!

Zhang Xuan melihatnya, seakan tidak kisah dengan kelakuannya. "Jika tidak silap saya, Pakar Perubatan Chen Xiao ini menghidapi masalah tidak dapat tidur dan makan dengan nyaman kebelakangan ini!"

"Ah?"

Pakar Perubatan Chen Xiao terkejut, "Betul saya mempunyai masalah untuk tidur dan tidak ada selera untuk makan kebelakangan ini. Namun… ini semua tidak patut ada kaitan dengan penempaan pil kan?"

[Jadi apa jika saya tidak makan atau tidur?

Kamu hanya perlu memberitahu saya tentang kesalahan saya dalam penempaan pil. Kenapa pula kamu sibuk beritahu saya tentang kondisi badan saya pula?

Lagipun…

Tentang saya tidak dapat tidur dengan nyaman dan tidak ada selera… bagaimana kamu dapat tahu tentangnya?]

"Tidak ada kaitan? Kamu salah! Ia amat berkaitan!"

Zhang Xuan menggeleng kepalanya.

"Amat berkaitan? Tolong memberi pencerahan"

Pakar Perubatan Chen Xiao tidak dapat menahan dirinya daripada memandangnya.

"Hehe, jika tidak silap saya… kamu sudah dekat menemui ajal!"

Zhang Xuan kata.

Comment (0)

Load failed, please RETRY

Table of Contents

Display Options

Report inappropriate content
error Tip

Report abuse
Write a review Reading Status: C110
Fail to post. Please try again
  • Translation Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Send Gifts
Gifted
Thank you for your generous gift.

Cost Spirit Stone to skip ad

You can get it from the following sources

  1. 1. Daily check-in
  2. 2. Invite friends invite now >
  3. 3. Vote for new stories Vote >
learn more >
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Get More
Payment Method paypal

Please switch to the pop-up to complete the payment.

Earn Rewards

Earn rewards

by completing the missions

Complete the daily and EXP missions, as well as every week’s reading missions to obtain EXP and SS as rewards.

Learn more about the rules 1. You can obtain the corresponding EXP and Bonus SS as rewards by completing daily missions and EXP missions, as well as weekly reading missions. 2. The obtained EXP can raise your user level. 3. Bonus SS can be used to unlock chapters, gift authors, etc. They are effective for 30 days. 4. Daily Tasks and corresponding rewards renew daily at 00:00 UTC+8. Don't forget to claim your rewards in time. 5. Weekly Reading Missions refer to the time you spend reading novels and comics on Webnovel every week. 6. The weekly reading time is calculated while your device is connected to the Internet. This might result in a delay of several minutes.

Read longer, Earn bigger

Read on the app and claim your rewards!

Get the App

Read anywhere, anytime