81.15% Perpustakaan Jalan Syurga / Chapter 112: Cheng Jiang

Chapter 112: Cheng Jiang

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

"Adakah mungkin… saya betul-betul sudah dekat menemui ajal?"

Badan Pakar perubatan Chen Xiao mula menggeletar dengan ketakutan.

Kali pertama dia mendengar Zhang Xuan berkata demikian, dia ingat orang ini sedang menyumpah dia, oleh itu dia tidak mengendahkan sahaja. Namun, selepas melihat Binatang Percubaan Pil itu mati sejurus sahaja selepas memakan pil tempaannya, dia berasa dunianya tergoncang. Lebih daripada itu, dia berasa takut.

"Ini…"

Melihat dia dalam keadaan begitu, semua orang berasa sedih untuknya. Mereka semua ingin memujuknya tetapi tidak tahu apa patut mereka cakap kepadanya.

Jika bukan kerana dia diambang maut, bagaimana mungkin seekor Binatang Percubaan Pil mati begitu sahaja selepas memakan pil tempaan dia? Jelas apa dikatakan oleh Zhang Xuan itu benar!

"Saya sudah menjelaskan apa patut saya jelaskan. Siapa ingin mencabar saya seterusnya!"

Zhang Xuan mengimbas melalui persekitarannya.

"Tidak… Abang Zhang Xuan, tidak perlu terlalu tergesa gesa!" Pakar Perubatan Chen Xiao tidak dapat menahan dirinya lagi dan melihatnya dengan panik.

Tidak lagi memanggilnya "budak" tetapi sebaliknya sekarang memanggilnya "abang" pula.

"Kenapa? Pakar Perubatan Chen Xiao ini tidak mampu menerima keputusan ini dan ingin membuat pemeriksaan kali kedua?" Zhang Xuan berpaling melihatnya.

"Tidak, saya… cuma mahu tahu, bagaimana saya akan mati? Jika kamu boleh mencerahkan saya tentang perkara ini, saya sanggup mencincang badan saya menjadi abu untuk membayar balik niat baik kamu ini!" Pakar Perubatan Chen Xiao merayu.

Langsung tidak ada masalah dengan badannya. Walaupun seleranya sudah berkurangan dan dia tidak dapat tidur dengan nyenyak kebelakangan ini, ini sepatutnya tidak mengakibatkannya untuk mati!

Selaku orang yang bakal bertemu maut, bagaimana mungkin dia tidak mengetahui apa-apa pun tentangnya?

"Saya akan jujur dengan kamu jika begitu. Walaupun tidak ada masalah dengan pergerakan dan teknik kamu semasa menempa pil, badan kamu agak terkaku. Dari ini, ia jelas kekuatan dan daya hidup kamu tidak begitu kuat lagi. Lebih penting sekali, terdapat beberapa bahagian kulit kamu yang telah mula bertukar menjadi kelabu, sama seperti keadaan livor mortis pada sesebuah mayat! Jika tidak silap saya, kamu telah menggunakan ubat khas untuk menyembunyikannya. Hakikatnya, seluruh badan kamu dipenuhi kelompok kelabu ini!" 

Zhang Xuan melihatnya dengan mata menikam.

Sambil kelihatan seperti dia baru sahaja dijilat petir, Pakar Perubatan Chen Xiao menyepet matanya sambil dia mengundur beberapa langkah ke belakang dengan penuh ketakutan.

Seperti dikatakan Zhang Xuan, terdapat beberapa kelompok di seluruh badannya. Dia ingat ini sebuah penyakit jarang dan berniat untuk berjumpa Sarjana Yuanyu untuk merawatnya. Lagipun, ia tidak sakit ataupun gatal, oleh itu dia langsung tidak pedulinya pun. Untuk mendapat tahu ia sebenarnya livor mortis!

"Tuan, tolong selamatkan saya!"

Sambil menahan balik perasaan terkejut dan ketakutannya, Pakar Perubatan Chen Xiao tidak lagi meragui perkataan Zhang Xuan. Dia menggengam kedua-dua tangannya bersama dan merayu.

Panggilannya juga telah bertukar dari "abang" menjadi "tuan"

Tanpa kira siapa mereka dan betapa lama mereka sudah hidup, tidak ada orang yang ingin mati, lebih-lebih lagi apabila mengetahui ajal mereka sudah dekat.

Semua orang akan mencari apa jalan pun untuk memanjangkan hidup mereka!

"Adakah kamu telah telah mendapat sesebuah harta karun kebelakangan ini? Jika tidak silap saya, kamu telah mengambilnya daripada sesebuah mayat. Saya tidak akan menjelaskan lagi. Jika kamu berhasrat untuk hidup lebih lama, baik kamu jangan menyentuh objek itu lagi!" Zhang Xuan melambaikan tangannya. "Saya akan berhenti di sini sahaja. Semoga berjaya!"

"Kamu… Kamu…"

Mendengar perkataannya, Pakar Perubatan Cheng Xiao sekali lagi terpaku.

Apa dia cakap terlalu betul. Kebelakangan ini, dia mendapat sesebuah kawah dan ia jauh lebih bagus daripada kawah lepasnya. Dia telah melayaninya sebagai harta karunnya, membelainya dengan manja setiap hari. Malah jika dia boleh, dia sudah tentu akan tidur ditepinya setiap hari.

Kawah ini diambil daripada mayat seseorang, seorang yang telah mati tidak lama sebelum ini.

Orang ini memberikannya kawah tersebut dengan harapan dia membalas dendam untuknya. Namun, pihak lawannya terlalu kuat, dia hanya bersetuju tanpa berniat sebelum ini. Oleh itu, dia tidak berniat untuk melaksanakan dendamnya tersebut.

Lagipun, selepas orang itu mati, semestinya dia tidak dapat kisah lagi tentang perkara tersebut. Adakah mungkin… dia bermaksud kawah ini?

Dia telah mendapatkan kawah ini secara sulit, malah ahli keluarganya pun tidak tahu tentangnya. Dia… bagaimana mungkin dia mendapat tahu?

Pakar Perubatan Chen Xiao melihat sekali lagi pada budak di depannya. Kali ini, kecemasan jelas terpapar pada mukanya, seakan dia melihat hantu.

"Baiklah, seterusnya siapa?"

Tanpa menghiraukan orang tua itu, Zhang Xuan terus berpaling dan melihat kelapan orang Pakar Perubatan yang tinggal.

Sebenarnya, Chen Xiao ini tidak menghidapi penyakit tetapi terkena sumpahan.

Dia sudah bersetuju untuk membalas dendam untuk seseorang sebagai balasannya, mendapat harta karun itu. Namun, dia telah mengingkari perjanjian seperti tanggapan orang tersebut. Oleh itu, dia sudah menyumpah kawah tersebut. Jika dia berdekatan dengannya, nyawanya akan dipendekkan sedikit demi sedikit. Walaupun ia tidak mengakibatkan penyakit ataupun kesan sampingan, jangka hayatnya tetap akan berkurangan dengan banyak.

Kecuali dia berjaya membalas dendam untuk orang tersebut!

Namun, sudah tentu Zhang Xuan tidak akan memberitahunya perkara ini.

Bukan sahaja dia tidak berkenalan dengan Pakar Perubatan Chen Xiao dan tidak terhutang budi kepadanya, paling penting sekali, orang ini tidak mengenal budi. Dia telah membuat perjanjian tanpa ada niat untuk melaksanakannya. Zhang Xuan benci orang sebegini.

Selepas berjaya membuat dua pakar perubatan mengaku kalah berturut-turut, tidak ada lagi pakar perubatan lain bersedia untuk berdepan dengannya. Tidak kira betapa bodohnya kelapan-lapan mereka itu, jelas Zhang Xuan seorang berkemampuan. Untuk seketika masa panjang, seluruh dewan itu diam sahaja kerana tidak ada orang berani melangkah ke depan.

"Jika tidak ada orang ingin meneruskan Perdebatan Pil ini, tolong mengaku kalah dan mengisytiharkan saya pemenang!"

Zhang Xuan tersenyum.

"Pil Keamanan hati memerlukan kamu mempunyai hati tenang untuk menempanya. Dalam situasi biasa, kamu perlu membuat persediaan dengan mengawal keadaan mental kamu untuk tiga hari dengan memakan sayur-sayuran dan membersihkan diri dengan air. Memandang mereka telah menempa pil tanpa melakukan persediaan terlebih dahulu, tidak hairan pil tempaan mereka itu akan terjejas dengan emosi mereka. Selagi kita tidak menempa pil itu, dia tidak akan mampu menunjukkan sebarang masalah tentangnya!"

"Betul! Hanya Pil Keamanan Hati ini dipengaruhi oleh emosi seseorang. Kesan emosi terhadap pil lain hanya minima sahaja, oleh itu, selagi kita tidak menempa Pil Keamanan Hati, ia tidak akan menjadi masalah!"

Para pakar perubatan mula berbincang dan tidak lama kemudian satu suara kedengaran daripada mereka.

"Saya akan mencabar dia!"

Seorang pakar perubatan berdiri.

Dia seorang yang berusia pertengahan tahun agak-agak seumur dengan Du Man. Dia mempunyai muka bersegi empat tepat dan matanya bersinar dengan semangat dan ketenangan.

"Pakar Perubatan Cheng Jiang!"

"Dia pakar perubatan paling berpotensi di kalangan kita. Dalam masa tiga tahun semenjak dia menjadi seorang pakar perubatan, dia sudah berjaya menempa puluhan jenis pil. Apabila cukup masa, kemungkinan besar dia akan mampu menandingi Ketua Persatuan Ouyang Sendiri!"

"Tidak akan ada masalah jika dia mengambil tindakan!"

...

Mata khalayak ramai mula berkelip.

Asalnya, mereka semua bersemangat ingin menarik Zhang Xuan ini dari kedudukan selesanya. Namun, dua pakar perubatan terdahulu, Meng Yang dan Cheng Xiao, telah mencabarnya dan kalah kepadanya begitu sahaja. Ini telah menggoyangkan keyakinan mereka semua dan pada saat ini mereka memerlukan seseorang untuk meningkatkan balik keyakinan mereka.

"Zhang Xuan, kamu dapat perasan perkara-perkara terperinci dalam kedua-dua perlawanan kamu sebelum ini, sehingga mampu mengenal pasti gaya hidup seorang pakar perubatan, emosi dan keadaan mental. Saya kagum dengan kebolehan kamu!"

Berjalan ke depan, Pakar Perubatan Cheng Jiang mengangguk kepalanya dengan persetujuan sambil dia senyum.

"Saya tidak layak menerima pujian kamu!" Zhang Xuan membalas.

"Malah kamu mampu mengenal pasti niat membunuh daripada Pakar Perubatan Meng Yan. Jika saya menempa Pil Keamanan Hati, semestinya masalah saya ini langsung tidak akan dapat melepasi pandangan kamu. Oleh itu, boleh saya mencadangkan sesuatu, saya ingin meningkatkan kesusahan cabaran ini. Saya harap kamu cukup berani untuk menerimanya!" Pakar Perubatan Cheng Jiang berkata.

"Saya sanggup mendengar cadangan kamu!"

Selepas mendengar pihak lawannya ingin meningkatkan kesusahan, Zhang Xuan kelihatan berminat.

"Saya baru sahaja berjaya mencipta teknik penempaan baru dan menamakannya beberapa hari lalu. Saya belum lagi mempamerkannya kepada sesiapa lagi. Jika saya memberi masalah ini kepada kamu, walaupun kamu sudah belajar semua teknik yang wujud semenjak permulaan sejarah lagi, semestinya kamu akan mendapatinya sukar untuk menjawab!" Pakar Perubatan Cheng Jiang cakap. "Oleh itu, saya telah berfikir dan berasa ia tidak sesuai untuk saya mencabar kamu menamakan teknik tersebut, sebaliknya, selagi kamu boleh menamakan tiga teknik penempaan yang saya gunakan, saya sanggup mengaku kalah!"

"Mencipta teknik penempaan pil baru? Menakjubkan!"

Penempaan pil ini sama dengan teknik tinju seorang pendekar. Sesiapa sahaja mampu mencipta teknik mereka sendiri boleh dianggap amat berbakat. Orang yang meninggalkan nama mereka dalam buku sejarah.

Selagi mereka ini tidak mati sebelum masa mereka, cuma menunggu masa sahaja sebelum mereka menjadi terkenal.

Selepas mendengar perkataannya, pakar perubatan lain melihatnya dengan penuh kagum.

"Pakar Perubatan Cheng betul betul hebat. Soalan ini cukup susah!"

"Memang. Memandangkan ini teknik penempaan pil baru, ia pasti berbeza daripada yang wujud. Tidak perlu menunjukkan kelemahan dan kesalahan dalam teknik penempaan, hanya untuk mengenal pasti rujukan teknik penempaan baru ini, bukan satu tetapi tiga teknik rujukan, kesusahannya jauh lebih susah!"

"Kali ini, Zhang Xuan sudah pasti akan dikalahkan!"

"Soalan sebegini begitu susah, seorang pakar perubatan 3-bintang pun akan mendapatinya susah untuk menjawabnya, apatah lagi seorang perantis pakar perubatan!"

Mereka tidak dapat berasa kasihan kepada situasi Zhang Xuan.

Dalam sesetengah budaya ataupun agama China, memakan daging boleh dikira sebagai sesebuah dosa kerana mengakibatkan seekor binatang mati dalam prosesnya. Kadang kala, ia boleh dikaitkan kepada keadaan mental seseorang. Mereka yang makan daging akan lebih panas baran manakala mereka yang makan makanan vegetarian akan lebih tenang.

Comment (0)

Load failed, please RETRY

Table of Contents

Display Options

Report inappropriate content
error Tip

Report abuse
Write a review Reading Status: C112
Fail to post. Please try again
  • Translation Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Send Gifts
Gifted
Thank you for your generous gift.

Cost Spirit Stone to skip ad

You can get it from the following sources

  1. 1. Daily check-in
  2. 2. Invite friends invite now >
  3. 3. Vote for new stories Vote >
learn more >
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Get More
Payment Method paypal

Please switch to the pop-up to complete the payment.

Earn Rewards

Earn rewards

by completing the missions

Complete the daily and EXP missions, as well as every week’s reading missions to obtain EXP and SS as rewards.

Learn more about the rules 1. You can obtain the corresponding EXP and Bonus SS as rewards by completing daily missions and EXP missions, as well as weekly reading missions. 2. The obtained EXP can raise your user level. 3. Bonus SS can be used to unlock chapters, gift authors, etc. They are effective for 30 days. 4. Daily Tasks and corresponding rewards renew daily at 00:00 UTC+8. Don't forget to claim your rewards in time. 5. Weekly Reading Missions refer to the time you spend reading novels and comics on Webnovel every week. 6. The weekly reading time is calculated while your device is connected to the Internet. This might result in a delay of several minutes.

Read longer, Earn bigger

Read on the app and claim your rewards!

Get the App

Read anywhere, anytime