84.05% Perpustakaan Jalan Syurga / Chapter 116: Penganalisaan Pakar Perubatan Bai Ming (1)

Chapter 116: Penganalisaan Pakar Perubatan Bai Ming (1)

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

"Menakjubkan!"

"Hanya Pakar Perubatan Bai Ming sahaja akan begitu berkemampuan. Untuk fikirkan dia akan berjaya menempa Pil Penenang Akupoin dalam keadaan sebegini!"

"Penempaan Pil Penenang Akupoin ini teramat sukar. Namun begitu, teknik penempaan Pakar Perubatan Bai Ming begitu kompleks sehingga saya sendiri tidak pernah melihatnya sebelum ini. Sekarang saya tertanya-tanya apa yang Zhang Xuan akan cakap!"

"Hehe, mari kita tunggu dan lihat!"

Selepas melihat Pakar Perubatan Bai Ming menempa Pil Penenang Akupoin, kesemua pakar perubatan lain ketawa serentak.

Lebih tinggi gred pil itu, lebih kompleks teknik penempaan yang diperlukan untuk menempanya. Pil Penenang Akupoin ini boleh dikira sebagai pil gred paling tinggi dalam kalangan semua pil tahap 1 dan penempaannya sangatlah sukar. Pakar perubatan lain sendiri tidak dapat mengenal pasti kelemahan dalam teknik penempaannya, apatah lagi seorang perantis pakar perubatan?

"Baiklah, saya sudah siap menempa pil. Beritahu saya, apa nama teknik penempaan saya dan kelemahan di dalamnya!"

Dengan nada mengejek, Pakar Perubatan Bai Ming mengawal semula pernafasannya dan kembali tenang sambil melambaikan tangannya dengan penuh gah.

[ Walaupun saya tidak tahu dari mana kamu dapat maklumat tentang kami semua, jangan mimpi kamu akan dapat lulus ujian Perdebatan Pil dengan hanya bergantung pada itu sahaja!

Tanpa kebolehan sebenar untuk menganalisa kelemahan dalam teknik penempaan, kamu tidak akan meraih penghormatan daripada saya! ]

"Kamu pasti kamu mahu saya mendedahkannya?" Zhang Xuan membuat muka pelik sambil menanyakan soalan tersebut.

"Berhenti berlakon di sini! Jika kamu tidak kenal pasti kelemahannya, mengaku kalah sahaja!" Pakar Perubatan Bai Ming menengking.

"Baiklah!"

Zhang Xuan menggelengkan kepalanya. Dengan tangan di belakang, dia berjalan perlahan ke bahagian tengah bilik.

"Teknik penempaan kamu dipanggil Tangan Seribu Gunung dan ia dikatakan telah dicipta oleh Pakar Perubatan 2 Bintang Feng Xuan. Kamu mesti meletakkan herba perubatan satu demi satu berdasarkan turutan yang betul, sama seperti di kawasan pergunungan, satu bukit demi satu bukit seakan kamu sedang menjelajahi kawasan tersebut. Sama juga, kamu memasukkan herba perubatan seakan-akan gelombang ombak, sekejap cepat, sekejap perlahan, berselang seli. Cara kamu mengawal api juga mengikut turutan tersebut, sekejap kuat, sekejap lemah. Menempa pil dengan kaedah ini, ia senang untuk menggabungkan ciri-ciri perubatan herba-herba ini dan lanjutan itu, ini membuatkan ia lebih mudah untuk pil terbentuk dengan jayanya! Namun, kelemahannya juga jelas. Ia sukar untuk meningkatkan kualiti pil dengan menggunakan teknik ini!"

"Oleh itu, walaupun kamu berjaya menempa tiga Pil Penenang Akupoin, kesemuanya tidak berkualiti. Ia hampir mustahil untuk kamu menempanya pada tahap Kepuasan. Teknik penempaan sebegini hanya sesuai untuk penempaan berskala besar daripada pakar perubatan berkemampuan rendah. Terus terang, tidak ada seorang pun daripada pakar perubatan yang lebih berkemampuan akan menghabiskan masa belajar teknik penempaan ini kerana ia akan menjadi penghalang kepada masa hadapan mereka. Tidak kira berapa kali kamu berlatih teknik ini, mustahil kualiti pil akan bertambah baik walaupun sedikit. Oleh itu, tidak ada sebab untuk orang mempelajarinya."

"Kecuali… kamu rasa kamu sudah tidak berkemampuan lagi dan sebab itu kamu telah berputus asa sahaja!" Zhang Xuan tersenyum sambil melihatnya dengan muka kasihan. "Pakar Perubatan Bai Ming, boleh saya tahu adakah apa saya cakap ini benar?"

"Hmph!"

Selepas mendengar ulasan Zhang Xuan, Bai Ming hanya mampu mengetap giginya dengan penuh rasa malu dan marah.

Selaku ketua Suku Bai, dan juga seorang pakar perubatan 1-dan, dia berpendirian tinggi dalam bandar ini. Namun, daripada perkataan Zhang Xuan, dia telah bertukar menjadi… seorang pakar perubatan bertaraf rendah… tidak ada kemampuan lagi…

Namun, dia tidak dapat menyangkal tuduhannya.

Kelemahan Tangan Seribu Gunung itu tepat dijelaskan olehnya. Walaupun dia berjaya menempa Pil Penenang Akupoin dengan mudah, ia sukar untuknya meningkatkan kualitinya.

"Kamu tidak perlu terlalu bangga. Jadi apa kalau kamu boleh mendedahkan perkara ini? Kamu perlu menjelaskan kesalahan dalam teknik penempaan saya tadi sebelum saya boleh mengaku kamu sebagai pemenang!" Selepas mengambil nafas panjang, Bai Ming menahan kemarahannya.

"Baiklah!"

Tanpa bertengkar dengannya, Zhang Xuan berjalan ke hadapan ke arah kawah. "Benarkan saya mulakan dengan yang paling asas!"

"Selagi kamu seorang pakar perubatan, kamu mesti tahu kamu perlu mempunyai kawalan tepat ke atas api dan kawah untuk menempa pil berkualiti tinggi. Tadi, Pakar Perubatan Bai Ming telah mula menempa pil sejurus sahaja selepas mengumpulkan herba perubatan. Apa yang kamu tahu tentang kawah ini? Bagaimana pula dengan suhu apinya?"

"Kamu tidak perlu menyangkal perkataan saya dengan mengatakan spesifikasi semua kawah itu hampir sama sahaja. Saya boleh memberitahu kamu yang walaupun dengan herba perubatan, api dan kawah yang sama, ubat tempaan kamu itu boleh jadi berbeza. Ini disebabkan oleh perbezaan sedikit ataupun kesalahan kecil daripada kamu akan mengakibatkan pil tempaan kamu berkualiti lebih rendah daripada sepatutnya!"

Tangannya mengusap kawah tersebut sambil Zhang Xuan menyambung penjelasannya, "Jika kamu tidak percaya, saya boleh tunjukkannya sekarang juga."

"Kawah ini ketinggiannya 7 chi dan 3 cun dengan kelebaran 3 cun dan 2 chi. Ia dicipta oleh seorang tukang besi dari Bengkel Perigi Batu kira-kira tujuh tahun dan tiga bulan yang lalu. Secara keseluruhannya, kawah ini telah menempa 147 pil, 88 daripadanya pil tahap 1 dan 59 daripadanya pil bertahap kurang daripada 1! Semasa pengangkutan kawah ini, ia menerima beberapa hentaman. Terdapat sejumlah tiga belas calar pada kawah tersebut. Ini tidak akan menyebabkan banyak masalah semasa menempa pil biasa, namun ini akan menyebabkan kesan-kesan perubatannya serta tenaga rohaninya menjadi lemah. Oleh itu, kerana kekurangan kesan dan tenaga dalam pil tersebut, kualiti pil akan berkurang.

1 chi > 30.3 cm, 1 cun > 3.03cm

"Kawah ini sedikit lebih tebal daripada 1 cun dan ini membuatkannya memerlukan lebih masa, kira-kira tiga puluh empat hembusan nafas untuk betul-betul memanaskan kawah tersebut. Satu lagi, ketebalan dinding kiri dan kanan kawah ini sedikit berbeza, lebih kurang 3 helaian rambut, Jangan pandang rendah pada perbezaan kecil ketebalan dinding ini! Dengan api sama, akan terdapat perbezaan suhu sebanyak lima peratus di kedua-dua belah. Kesan - kesan perubatan Rumput Flora Berselerak dan Rumput Naga Bermata Satu untuk Pil Penenang Akupoin ini akan tidak sama langsung jika diletakkan di bahagian kiri atau bila diletakkan di bahagian kanan!"

"Betul ke apa yang kamu katakan ini?"

"Perkara sebegitu pun ada?"

...

Selepas mendengar penjelasan Zhang Xuan, mulut kesemua pakar perubatan di situ terbuka luas dan mereka berasa seperti ingin naik gila.

Walaupun mereka tahu perbezaan kawah boleh menyebabkan penempaan pil berbeza, tidak sangka perkara sebegitu pun perlu diambil kira tentang kawah.

Tambahan pula…

Kawah ini dibawa masuk oleh Persatuan Pakar Perubatan khas untuk Perdebatan Pil ini. Bagaimana mungkin dia mengetahui begitu banyak tentangnya? Sehingga mampu mengetahui ia datang daripada mana, betapa tebal dindingnya, serta berapa pil pernah ia tempa?

[Haram jadah kamu ini datang daripada kayangan ke?!

Untuk mampu melihat kesemua itu dengan hanya satu pandangan, adakah kamu ini… syaitan?]

"Baiklah, saya akan sambung bercakap tentang api pula!"

Tanpa menghiraukan ekspresi terkejut pada muka semua orang, Zhang Xuan menuding ke arah api di bawah kawah dan menyambung, "Ini sumber haba dari Arang Kayangan dan juga bahagian paling panas. Dengan kekuatan api di situ, besi pun akan lebur dengan mudah. Dengan mengawalnya menggunakan zhenqi seorang peninju, dengan mudah kamu boleh mengawal kekuatan api dan lanjutan daripada itu, suhu dalam kawah tersebut."

"Namun… api itu langsung tidak bersentuhan dengan herba perubatan. Mereka diletakkan di dalam kawah dan di situ, mereka membentuk pil. Berapa banyak haba di dalam kawah melalui pengedaran haba dari api ke dinding dan akhirnya ke dalam kawah, haba itu yang kita patut betul-betul tahu."

"Arang Kayangan ini amat sesuai untuk penempaan pil. Bukan sahaja arang ini mampu mencapai suhu yang sangat tinggi, malah kebolehannya mengalirkan haba juga menakjubkan. Untuk arang biasa, selepas mengalir melalui dinding kawah setebal 1 cun, hanya tiga puluh tujuh peratus daripada suhu asal yang tinggal. Sebaliknya, Arang Kayangan ini mampu menyimpan empat puluh enam peratus! Hanya dengan mengetahui semua ini kamu akan mampu mengenal pasti suhu herba perubatan kamu, berapa lama kamu perlukan untuk ciri-ciri herba perubatan dilepaskan dengan keadaan paling optimum dan akhirnya, cara ini membolehkan kamu menempa pil berkualiti paling tinggi!"

"Sudah tentu ini hanya asas yang seorang pakar perubatan sepatutnya sudah tahu, oleh itu ini tidak boleh dikira sebagai kesalahan. Saya hanya mengutarakannya kepada kalian!"

Zhang Xuan tersenyum sambil melihat Bai Xing di tepi. "Namun, saya ingin bertanya kepada Pakar Perubatan Bai Ming, sebelum menempa pil tadi… kamu perasan tak kesemua ini?"

Pakar Perubatan Bai Ming boleh merasai bulu romanya menegak sambil menahan dirinya daripada pengsan di situ juga.

[Perasan? Perasan kepala otak kamu!

Saya hanya menempa pil biasa! Melihatkan betapa kompleksnya semua benda ini, mana mungkin saya mampu tahu?

Lagipun, jika saya menyedarinya pun, tidak ada apa yang mungkin saya dapat lakukan. Takkan kamu menjangkakan saya akan mengambil pembaris dan mula mengukur seluruh kawah tersebut sebelum menguji suhu arang satu per satu!

Jika saya berbuat begitu, ia akan mengambil masa dua hari sebelum sempat saya mula menempa pun!"

Comment (1)

  • Heryn

    Heryn

    Sbb itu sya nk katakan d cni yg awak Bai Ming tidaklh hebat mn...ahaha

Load failed, please RETRY

Table of Contents

Display Options

Report inappropriate content
error Tip

Report abuse
Write a review Reading Status: C116
Fail to post. Please try again
  • Translation Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Send Gifts
Gifted
Thank you for your generous gift.

Cost Spirit Stone to skip ad

You can get it from the following sources

  1. 1. Daily check-in
  2. 2. Invite friends invite now >
  3. 3. Vote for new stories Vote >
learn more >
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Get More
Payment Method paypal

Please switch to the pop-up to complete the payment.

Earn Rewards

Earn rewards

by completing the missions

Complete the daily and EXP missions, as well as every week’s reading missions to obtain EXP and SS as rewards.

Learn more about the rules 1. You can obtain the corresponding EXP and Bonus SS as rewards by completing daily missions and EXP missions, as well as weekly reading missions. 2. The obtained EXP can raise your user level. 3. Bonus SS can be used to unlock chapters, gift authors, etc. They are effective for 30 days. 4. Daily Tasks and corresponding rewards renew daily at 00:00 UTC+8. Don't forget to claim your rewards in time. 5. Weekly Reading Missions refer to the time you spend reading novels and comics on Webnovel every week. 6. The weekly reading time is calculated while your device is connected to the Internet. This might result in a delay of several minutes.

Read longer, Earn bigger

Read on the app and claim your rewards!

Get the App

Read anywhere, anytime