85.5% Perpustakaan Jalan Syurga / Chapter 118: Perdebatan Pil Sebenar Bermula (1)

Chapter 118: Perdebatan Pil Sebenar Bermula (1)

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

"Saya mengaku kalah!"

Selepas bersumpah dia tidak akan lagi menempa pil, Pakar Perubatan Bai Ming memberi tunduk hormat kepada Zhang Xuan.

Sudah lebih dua jam sejak bermula Perdebatan Pil dan sudah terdapat empat pakar perubatan yang mengaku kalah.

Keputusan ini langsung tidak dijangka oleh mereka di situ. Ouyang Cheng sendiri menggeletar dengan perasaan tidak percaya.

Sebelum ini, dia tidak meletakkan harapan tinggi untuk kemenangan Zhang Xuan. Dia langsung tidak menjangkakan ia akan jadi sebegini!

Ini terlalu berat sebelah!

Tidak hairan dia mampu mendapat keputusan terbaik dalam peperiksaan perantis pakar perubatan, malah mampu mengecam herba yang pakar perubatan sendiri mengecam dengan salah. Kebolehannya terlalu menakjubkan!

Pada masa yang sama, Wen Xue terpaku di situ dengan matanya penuh perasaan takut dan badannya menggigil ketakutan.

Memikirkan dia telah menghina seseorang yang mampu membuat semua pakar perubatan di sini terdiam… pasti ada sesuatu yang bermasalah dengan kepala dia ataupun dia ini terlalu berani?

Nasib baik dia itu tidak berniat untuk menyimpan dendam berkaitan dengan hal semalam. Jika tidak, dia semestinya sudah lama dibuang keluar dari Persatuan Pakar Perubatan!

"Saya akan pergi!"

Selepas melihat Bai Ming mengaku kalah, kesunyian menyelubungi mereka. Melihat kesunyian tersebut, Du Man melangkah ke hadapan.

"Tolong beri saya peluang!"

Sambil memaksa senyuman pada wajahnya, Du Man berjalan ke arah kawah tersebut.

Pil tempaannya bertahap 1 juga. Ia sedikit kekurangan berbanding Pil Penenang Akupoin dan Pil Keamanan Hati tadi.

Pergerakannya cepat dan tangkas. Tidak lama kemudian, dia berjaya menempa pil-pil yang mana kesemuanya berada pada tahap Kepuasan.

Kelakuan orang ini baik sahaja. Lagipun, mereka sudah berkenalan semalam. Oleh itu, Zhang Xuan tidak cakap begitu banyak dan sekadar menunjukkan beberapa kesalahan nyata kepada mereka. Pakar Perubatan Du Man mengaku kalah dengan serta merta selepas itu.

Pada saat ini, daripada sepuluh Pakar Perubatan, lima telah mengaku kalah.

Perdebatan Pil ini sudah separuh jalan.

"Mari kita sambung, siapa ingin pergi selepas ini?"

Dengan tangannya di belakang, Zhang Xuan mengimbas orang ramai disitu dengan tenang. Suasana sunyi sepi membelenggu mereka semua.

Dalam Perdebatan Pil perantis pakar perubatan lain, para pengambil peperiksaan akan melihat pemeriksa dengan penuh rasa takut, takut mereka akan sengaja mengeluarkan soalan yang susah. Namun, orang ini terbalik. Pakar perubatan yang tinggal semua begitu takut, takut nama mereka dipanggil Jika tidak melihatnya dengan mata sendiri, semestinya tidak akan ada orang percaya keadaan ini boleh berlaku.

"Saya akan pergi!"

Selepas senyap sunyi buat seketika, seorang tua berdiri.

Pakar Perubatan Lin Mu!

Pakar Perubatan Cheng Jiang pernah sekali menggunakan alasan mahu melihat kemahirannya untuk secara rahsia mempelajari teknik penempaannya, Teknik Tangan Sejuk Lebah.

"Pakar Perubatan Lin, tunggu sekejap! Kali ini, izinkan saya untuk menguji dia bersama-sama dengan kamu!"

Selepas Lin Mu berdiri, seorang berusia dalam lingkungan pertengahan tahun turut berdiri.

Pakar Perubatan Jin Chen!

"Bersama-sama?" Lin Mu berkerut.

Bagaimana mungkin dua orang menempa pil bersama-sama untuk Zhang Xuan mengenal pasti kelemahan dan kesilapan mereka?

"Hakikatnya, kebolehan dia untuk mengenal pasti kesilapan dalam teknik penempaan seseorang bermaksud kebolehan untuk menganalisisnya menakjubkan dan ini membuktikan dia telah melalui pelajaran yang baik. Kemungkinan besar dia telah belajar di bawah seorang guru sarjana. Namun, saya tidak percaya ilmu di dalam otaknya sehebat kebolehan menganalisisnya, lebih-lebih lagi dengan usianya sebegitu muda! Jadi… mari kita tidak menempa pil tetapi menyoalnya. Jangan kita ditipu olehnya!"

Pakar Perubatan Jin Chen bercakap dengan bangga,

"Ini…"

Lin Mu terkejut.

"Betul tu, kenapa saya tidak terfikir perkara ini?"

"Dia dua puluh tahun pun belum. Jika dia mampu baca pun sebaik sahaja dia dilahirkan, banyak mana mungkin dia mampu baca? Berapa banyak kandungan dalam setiap buku mampu dia ingati?"

"Perdebatan Pil sebenar melibatkan pemberian soalan tentang penempaan pil untuk para pengambil peperiksaan jawab. Dia mesti tahu dia tidak cukup ilmu, jadi dia sengaja meningkatkan kepayahan peperiksaan ini dengan mengkhususkannya kepada mendedahkan kesilapan dan kelemahan dalam teknik penempaan mereka pula. Benar kesusahannya telah ditingkatkan, namun jika dia telah mendapat pengajaran daripada seorang guru sarjana dan melalui pembelajaran semenjak muda lagi, ia tidak susah untuk dia melihat kesilapan kami!"

"Betul tu, guru sarjana amat berpengetahuan manakala kami ini semua hanya pakar perubatan 1-bintang. Kebolehan menganalisisnya tidak mungkin begitu lemah memandangkan dia seorang anak murid guru sarjana. Jika begitu, tidak hairan dia mampu mengenal pasti kelemahan dan kesilapan kami!"

...

Kata- kata pakar Perubatan Jin Chen menyemarakkan semula keyakinan keempat pakar perubatan yang tinggal.

Hakikat dia mampu mengenal pasti teknik serta kelemahan dan kesilapan mereka selepas meneliti teknik penempaan mereka hanya bermaksud kebolehan menganalisisnya menakjubkan. Ini tidak bermakna dia berpengetahuan luas .

Memandangkan itu sebabnya, menyoalnya soalan tentang penempaan mungkin merupakan kelemahannya. Selama ini, mereka semua tertipu dengannya.

"Betul itu!

Lin Mu menyedari perkara tersebut dan mengangguk kepalanya tanda setuju.

Tidak hairan kenapa mereka semua begitu sedia untuk bersetuju dengan pendapat Jin Chen. Pengumpulan pengetahuan ini mengambil masa dan usaha yang lama. Zhang Xuan ini, dengan jangkaan paling baik pun, tidak mungkin lebih tua daripada dua puluh tahun. Jika dia membaca buku setiap hari pun, berapa banyak buku yang mungkin dia mampu baca?

Apatah lagi, dia juga perlu mengingati kesemua kandungannya!

"Kamu ingin bertanyakan saya soalan pula?"

Tidak menjangkakan mereka ini akan berpendapat begitu selepas berfikir panjang, Zhang Xuan hanya tersenyum pada permintaan mereka. "Baiklah, mari kita mulakan!"

Selepas membaca semua buku di bilik koleksi buku tahap asas dan Pavillion Kompendium Guru, pengetahuan di dalam kepalanya sekarang jauh lebih banyak berbanding mana-mana pakar perubatan di situ. Jika mereka ingin menguji pengetahuannya pun, tidak ada apa yang perlu dia takuti.

"Mari kita lihat jika kamu masih boleh begitu yakin selepas saya memberi kamu soalan yang susah nanti!"

Selepas melihat Zhang Xuan langsung tidak gentar, mata Pakar Perubatan Jin Chen bertukar menjadi kejam. "Menurut peraturan Perdebatan Pil biasa, saya dibenarkan untuk bertanyakan tiga soalan. Jika kamu mampu menjawab kesemuanya, saya akan mengaku kalah! Sebaliknya, jika kamu gagal menjawab mana-mana daripada satu soalan tersebut… kamu akan gagal dengan serta merta. Segala yang kamu telah kecapi sebelum ini akan sia-sia begitu sahaja!"

Terdapat peraturan jelas untuk sesebuah Perdebatan Pil. Sepuluh pakar perubatan itu tidak dibenarkan bertanya sebanyak mana soalan sesuka hati mereka. Jika tidak, bukankah pengambil peperiksaan itu akan menjawab sehingga penat semasa melalui sesebuah Perdebatan Pil?

Pemeriksa hanya dibenarkan bertanyakan tiga soalan seorang, jika pengambil peperiksaan dapat menjawabnya dengan betul, mereka perlu mengaku kalah. Namun, jika dia gagal menjawab mana-mana soalan ataupun menjawab dengan salah, dia akan terus digagalkan, tidak kira berapa banyak soalan dia jawab dengan betul sebelum itu!

"Tidak menjadi masalah!" Zhang Xuan juga amat peka terhadap peraturan-peraturan tersebut. Dia hanya mengangguk kepalanya.

"Baiklah, ini soalan pertama saya. Semasa menempa pil tahap 1 Pil Pengukuhan Badan, walaupun pil itu keluar dari kawah yang sama dengan kualiti yang sama , terdapat kemungkinan satu pil untuk amat berkesan manakala satu lagi kurang berkesan. Apakah sebabnya di sebalik kejadian ini?" Pakar Perubatan Jin Chen tanya.

Mendengarkan soalan ini, perhatian pakar perubatan lain turut tertarik.

Pil Pengukuhan Badan adalah pil yang biasa diambil oleh seorang Peninju 4-Dan. Pil ini berkebolehan untuk memperkukuhkan badan seseorang, membolehkan seseorang mencapai kemajuan dalam alam Pigu dengan cepat.

Ini juga sebab utama mereka kerap menempa pil ini. Namun, seperti apa dikatakan Pakar Perubatan Jin Chen, kadang kala ada situasi di mana kesan perubatan setiap pil berbeza antara satu sama lain walaupun dihasilkan dari kawah yang sama.

Selepas memakan pil dari kawah yang sama, ada yang mendapat kesan hebat dan terus maju dalam pertapaan mereka manakala ada yang tidak memberikan apa-apa kesan langsung pada mereka.

"Pakar Perubatan Jin Chen betul-betul memilih soalan susah!" Zhang Xuan menggeleng kepalanya. "Tidak ada sebarang jawapan jelas di seluruh Empayar Tianxuan. Namun kamu mengajukan soalan sebegini kepada saya. Bagaimana mungkin kamu mengharapkan saya menjawab soalan ini?

"Namun… walaupun orang lain mungkin tidak mampu berbuat apa tentang subjek ini, saya ada cara saya sendiri!"

Sambil tersenyum, Zhang Xuan berkata, "Untuk soalan yang diajukan, seorang Pakar Perubatan Cheng Ye sudah memberi hipotesisnya tiga puluh tujuh tahun lepas. Sebelum ini dia telah mengumpulkan dua puluh tiga pakar perubatan dan mengkaji masalah ini selama tiga hari berturut-turut. Dia menulis kesimpulannya dalam sebuah buku bertajuk Teori Pengukuhan Badan Cheng Ye. Jika kamu membacanya, kamu semestinya tahu kesimpulannya!"

"Dia berfikir perbezaan ini berkaitan dengan badan si petapa itu sendiri. Ada orang dilahirkan dengan badan sesuai dengan Pil Pengukuhan Badan, manakala ada dilahirkan dengan badan kebal terhadap kesannya. Sama seperti ada orang dilahirkan dengan ketahanan arak yang tinggi manakala ada tidak!"

"Sebelum ini, teori ini mendapat persetujuan ramai orang. Namun, lapan belas tahun dahulu, Pakar Perubatan 3-bintang Zhang Jian perasan sesuatu dan menyangkal teori ini. Jika perkara ini disebabkan ketahanan badan seseorang individu, mengapa selepas pil kedua dimakan oleh seseorang, ia berkesan tetapi pil pertama tidak?"

Comment (1)

  • Heryn

    Heryn

    Peeubahan k2 d persetujui

Load failed, please RETRY

Table of Contents

Display Options

Report inappropriate content
error Tip

Report abuse
Write a review Reading Status: C118
Fail to post. Please try again
  • Translation Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Send Gifts
Gifted
Thank you for your generous gift.

Cost Spirit Stone to skip ad

You can get it from the following sources

  1. 1. Daily check-in
  2. 2. Invite friends invite now >
  3. 3. Vote for new stories Vote >
learn more >
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Get More
Payment Method paypal

Please switch to the pop-up to complete the payment.

Earn Rewards

Earn rewards

by completing the missions

Complete the daily and EXP missions, as well as every week’s reading missions to obtain EXP and SS as rewards.

Learn more about the rules 1. You can obtain the corresponding EXP and Bonus SS as rewards by completing daily missions and EXP missions, as well as weekly reading missions. 2. The obtained EXP can raise your user level. 3. Bonus SS can be used to unlock chapters, gift authors, etc. They are effective for 30 days. 4. Daily Tasks and corresponding rewards renew daily at 00:00 UTC+8. Don't forget to claim your rewards in time. 5. Weekly Reading Missions refer to the time you spend reading novels and comics on Webnovel every week. 6. The weekly reading time is calculated while your device is connected to the Internet. This might result in a delay of several minutes.

Read longer, Earn bigger

Read on the app and claim your rewards!

Get the App

Read anywhere, anytime