86.23% Perpustakaan Jalan Syurga / Chapter 119: Perdebatan Pil Sebenar Bermula (2)

Chapter 119: Perdebatan Pil Sebenar Bermula (2)

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

"Jelas teori tentang perbezaan badan seseorang memainkan peranan dalam keberkesanan pil adalah tidak betul!"

"Oleh itu, Pakar Perubatan Zhang Jiang telah mengkaji masalah ini dan menulis kesimpulan kepada kajian dia dalam Perbincangan Penempaan Pil. Buku ini jelas mencatatkan pendapat dia di mana dia menyangkal teori tentang perbezaan keberkesanan Pil Pengukuhan badan ini disebabkan oleh badan seseorang. Sebaliknya, ia disebabkan oleh ciri-ciri perubatan herba ini tidak dicampur-adukkan dengan baik semasa dalam penempaan pil! Oleh itu, walaupun dalam kawah sama di kalangan pil berkualiti sama, mereka boleh mempunyai ciri-ciri perubatan yang berbeza!"

"Teori ini telah diterima untuk beberapa tahun semenjak dua belas tahun dahulu, apabila seseorang meragui hipotesisnya dan menyangkalnya dengan sepenuhnya! Orang ini bukan seorang pakar perubatan tetapi seorang guru sarjana. Dia menyoal jika herba perubatan tidak dicampur dengan baik antara kesemua pil, kenapa fenomena ini hanya terjadi dalam Pil Pengukuhan Badan dan bukan pil lain?

"Oleh hal demikian, dia mencadangkan sesuatu yang lebih progresif. Cadangan ini tercatat dalam Rekod Lisan Ning Han. Buku ini tidak dijual secara terbuka dan hanya terdapat satu salinan daripadanya dalam bilik koleksi buku tahap asas Persatuan Pakar perubatan. Jika kamu tidak pernah membacanya, buku itu terdapat di rak 19, hujung kiri sekali!"

Zhang Xuan ketawa sambil menyambung, "Guru sarjana ini bernama Ning Han dan telah mencadangkan sesuatu progresif. Dia berfikir masalah perbezaan keberkesanan Pil Pengukuhan Badan ini disebabkan oleh perbezaan kematangan herba perubatan dan juga teknik penempaan pakar perubatan! Sudah tentu dia hanya mampu mengemukakan teorinya sahaja dan bukan melalui eksperimentasi!"

"Lapan tahun dahulu, Pakar Perubatan Zhao Yue dari Empayar Hongxuan telah menerima idea daripada buku ini dan menjalankan sebuah eksperimen. Dia menukar lapan belas daripada herba utama digunakan dalam penempaan pil ini dan menggunakan empat puluh dua teknik penempaan untuk menempa pil tersebut. Dia menulis kesimpulannya dalam sesebuah buku berjudul Penerangan Terperinci Pengukuhan Badan dan Kaedah Menempa Pil Darah Jed! Jika kamu meragui perkataan saya, kamu boleh menyuruh seorang untuk mendapatkannya ke sini!"

"Saya percaya jawapan dalam buku itu adalah jawapan paling tepat dan ia patut dapat menjawab soalan kamu!"

Pada saat ini, Zhang Xuan berhenti dan memberi isyarat tangan kepada Ouyang Cheng menghantar orang untuk mengambil buku itu ke mari.

"Tidak perlu…"

Selepas mendengar penjelasan Zhang Xuan, muka Pakar Perubatan Jin Chen yang baru sahaja tadi penuh dengan kegembiraan berteraskan keangkuhan mengelap sehingga seakan arang batu. Dia mengundur beberapa langkah ke belakang dan pada saat itu kelihatan seakan sudah menjadi beberapa tahun lebih tua.

"Apa? Jika kita tidak membawa buku ke mari, saya takut nanti Pakar Perubatan Jin tidak akan menerima jawapan saya!" Zhang Xuan cakap.

"Jawapan kamu betul. Saya telah membaca buku tersebut dan jawapannya seiras dengan apa kamu baru sahaja cakap!" Pakar Perubatan Jin Chen mengangguk kepalanya.

"Betul?"

"Seiras?"

"Ini sepatutnya tidak mungkin… Pakar Perubatan Jin Chen sekadar mengemukakan soalan secara rawak tetapi dia dapat menjawab soalan itu dengan begitu senang. Bukan itu sahaja, malah daripada beribu-ribu buku di bilik koleksi buku, dia mampu ingat tepat tempat di mana buku itu terletak. Bagaimana ini mungkin?"

"Dia ini masih manusia ke? Kamu ini mesti sedang main-main dengan saya kan!"

...

Selepas mendengar pengiktirafan daripada Pakar Perubatan Jin Chen, bilik tersebut menjadi kecoh semula.

Sebelum ini, mereka ingat kerana faktor usianya, Zhang Xuan ini pasti tidak mempunyai banyak masa untuk membaca banyak buku. Selepas pusingan ini, mereka perasan kalau nak dibandingkan dengan dia… merekalah yang tidak membaca banyak buku!

Bukan sahaja Zhang Xuan mampu dengan tepat ingat kandungan buku tersebut, masa buku itu ditulis, dan tajuk buku, malah lokasinya juga dia dapat ingat dengan tepat…

Untuk mereka… sudah cukup hebat jika mereka dapat ingat kandungan dalam buku tersebut apatah lagi kesemua yang disebutkan tadi.

Nampaknya memang terdapat jurang besar sesama manusia!

"Memandangkan Pakar Perubatan Jin Chen sudah memperakui jawapan saya itu benar, mari kita sambung dengan soalan seterusnya!"

Zhang Xuan ketawa.

[Kamu mahu bertanding dengan saya dari segi penghafalan?

Lawak betul! Saya ada Perpustakaan Jalan Syurga dalam minda saya. Dengan hanya berfikir, buku tersebut akan menjelma di depan saya. Saya hanya perlu membacanya . Tidak kira betapa hebatnya ingatan kamu itu, ia tidak mungkin lebih tepat daripada saya!]

"Soalan kedua. Apabila menempa pil tahap 1 Pil Pengukuhan Kuasa, kenapa retakan biasa muncul pada kawah, membuatkan ia susah untuk sambung menempanya?" Pakar Perubatan Jin Chen berfikir selama sepuluh minit sebelum bertanya.

"Hebat!"

"Dia memilih soalan betul!"

"Betul, kawah biasanya akan retak apabila menempa pil tahap 1 Pil Pengukuhan Kuasa. Pada permukaannya, ini nampak seperti soalan untuk Pakar Perubatan, namun untuk menjawab soalan ini, kamu perlu pengetahuan tentang Kerja Besi juga!"

"Betul, mari kita lihat bagaimana dia akan jawab soalan ini!"

...

Selepas mendengar soalan Pakar Perubatan Jin Chen, perhatian semua orang tertarik sekali lagi.

Kawah seorang pakar perubatan ditempa oleh seorang tukang besi. Oleh itu, kawah itu retak ataupun rosak semasa menempa pil bukan lagi masalah khusus kepada penempaan pil sahaja lagi.

Namun, jika meneliti soalan ini dengan betul, jelas soalan ini masih berkait rapat dengan penempaan pil. Inilah sebab utama soalan ini terletak di sempadan antara kedua-dua pekerjaan dan juga sebab utama ramai pakar perubatan tidak membuang masa untuk belajarnya, apatah lagi untuk menjawab soalan sebegitu.

Semua orang di situ menyedari apa yang dia sedang cuba akukan, bagaimana mungkin Zhang Xuan tidak tahu? Tepi mulutnya meninggi sambil dia menjawab, "Untuk masalah ini, Pakar Perubatan Wu Xiioa dalam bukunya Penyelenggaraan Kawah, Pakar Perubatan Zhao Qian dalam bukunya Nota Penting Berkaitan Penempaan Pil, Pakar Perubatan Niu Xuan dalam bukunya Benda Lain Kamu Patut Tahu, Pakar Perubatan Pag Bo dalam bukunya Melindungi Kawah Kamu…"

Tanpa berhenti, Zhang Xuan menyenaraikan belasan tajuk buku sebelum memberitahu kesimpulannya, "… jawapannya tertulis dalam buku ini. Sebenarnya, ini bukan soalan susah. Kawah kamu semua guna diperbuat daripada Besi Sembilan Penyempurnaan biasa. Besi ini mungkin kuat , namun ia tidak dapat menampung pertembungan antara tenaga terlampau panas dengan tenaga terlampau sejuk. Herba utama dalam Pil Pengukuhan Kuasa adalah darah binatang buas berciri sejuk. Apabila sesuatu sejuk bersentuhan dengan kawah panas, biasanya kawah diperbuat daripada besi tadi tidak akan dapat menahannya!"

"Jika kamu ingin menyelesaikan masalah ini, ia baik jika kamu menggunakan Kawah Besi Berat pula! Jika tidak, kamu boleh menukar kawah kamu setiap kali kamu menempa Pil Pengukuhan Kuasa!"

Zhang Xuan tersenyum.

Soalan ini mungkin nampak seakan susah, tetapi ia direkod dalam buku di bilik koleksi buku tahap asas juga. Cuma kerana terdapat ribuan buku dalam bilik koleksi tersebut, seorang perantis pakar perubatan akan memilih untuk mengkaji buku berkait dengan teknik penempaan untuk menjadi pakar perubatan dengan lebih cepat. Oleh itu, tidak ada sebab untuk mereka membaca buku seperti ini!

Tambahan pula, selepas menjadi seorang pakar perubatan, kedudukan seseorang akan berubah dengan sepenuhnya. Dengan lebih ramai orang berkedudukan tinggi menjenguk mereka, mereka akan mempunyai lebih kurang masa untuk membaca buku. Mereka boleh belajar dalam bilik koleksi buku, cuma mereka tidak pernah mempunyai masa untuk berbuat demikian dan disebabkan itu, mereka tidak tahu tentangnya.

Ini sebab utama kenapa pakar perubatan lain tidak dapat jawab soalan sebegini. Namun, Zhang Xuan ini secara terasnya sudah menyalin semua buku dalam bilik koleksi buku di dalam mindanya, oleh itu, dia langsung tidak mempunyai masalah untuk menjawab soalan itu.

"Rasanya Pakar Perubatan Jin Chen ini puas dengan jawapan saya tak? Jika tidak, saya masih boleh sambung…"

"Tidak perlu, jawapan kamu betul!"

Peluh sejuk mula mengalir dari dahi Pakar Perubatan Jin Chen.

Suatu masa dahulu apabila dia mula cuba menempa Pil Pengukuhan Kuasa, dia telah bertemu dengan masalah ini. Dia bertanya kepada orang ramai untuk mencari jawapan kepadanya. Akhirnya, dia berjaya mencari jawapan dalam sesebuah buku dan buku tersebut baru sahaja disenaraikan oleh Zhang Xuan yang berjudul Melindungi Kawah Kamu daripada Pakar Perubatan Pang Bo.

Dia ingat buku ini sahaja telah menyenaraikan maklumat tentang masalah ini dengan teliti, oleh itu dia mengemukakan soalan ini untuk menyusahkan orang. Namun, bukan sahaja orang ini mampu menjawab soalan ini, dia juga dapat menyenaraikan belasan buku lagi yang turut menjawab soalannya dengan satu nafas.

Nasib baik dia tidak memberitahu nama buku ini kepada dia tadi. Jika tidak, dia akan dimalukan sahaja apabila dia dapat menyenaraikan lebih banyak buku berkaitan dengan topik tersebut.

[Haram jadah, otak orang ini diperbuat daripada apa?

Bagaimana mungkin dia dapat ingat semua perkara dengan begitu jelas?]

Selepas melihat situasi ini, Ouyang Cheng dan Du Man bertukar pandangan sambil tersenyum kambing. Ini belum lagi apa-apa! Jika kamu tahu orang ini mampu memberitahu kamu lokasi buku serta muka surat dan ayat mana dalam buku itu, mesti kamu tidak akan mendesak untuk menjalankan ujian seperti ini!

Malah, fakta Zhang Xuan yang mencadangkan untuk mengenal pasti kelemahan dalam teknik penempaan mereka sudah betul-betul boleh dikira menaikkan kesusahan untuknya. Jika kamu mahu bertanding dengan dia dari segi ilmu…

Kami takut kamu hanya akan mampu berbuat demikian dalam mimpi kamu…

Comments (2)

  • dhilaadam

    dhilaadam

    Wahh😨

  • rayna_maniya

    rayna_maniya

    So awesome

Load failed, please RETRY

Table of Contents

Display Options

Report inappropriate content
error Tip

Report abuse
Write a review Reading Status: C119
Fail to post. Please try again
  • Translation Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Send Gifts
Gifted
Thank you for your generous gift.

Cost Spirit Stone to skip ad

You can get it from the following sources

  1. 1. Daily check-in
  2. 2. Invite friends invite now >
  3. 3. Vote for new stories Vote >
learn more >
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Get More
Payment Method paypal

Please switch to the pop-up to complete the payment.

Earn Rewards

Earn rewards

by completing the missions

Complete the daily and EXP missions, as well as every week’s reading missions to obtain EXP and SS as rewards.

Learn more about the rules 1. You can obtain the corresponding EXP and Bonus SS as rewards by completing daily missions and EXP missions, as well as weekly reading missions. 2. The obtained EXP can raise your user level. 3. Bonus SS can be used to unlock chapters, gift authors, etc. They are effective for 30 days. 4. Daily Tasks and corresponding rewards renew daily at 00:00 UTC+8. Don't forget to claim your rewards in time. 5. Weekly Reading Missions refer to the time you spend reading novels and comics on Webnovel every week. 6. The weekly reading time is calculated while your device is connected to the Internet. This might result in a delay of several minutes.

Read longer, Earn bigger

Read on the app and claim your rewards!

Get the App

Read anywhere, anytime