86.95% Perpustakaan Jalan Syurga / Chapter 120: Bukan Sebuah Objek

Chapter 120: Bukan Sebuah Objek

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

"Memandangkan saya sudah menjawab soalan kedua kamu, cepat sambung dengan soalan seterusnya!"

Selepas melihat Jin Chen mengesahkan jawapannya, Zhang Xuan tidak ingin membuang masa pada perkara itu lagi.

"Saya mengaku kalah! Kedua-dua soalan tadi adalah soalan paling susah yang saya boleh fikirkan. Saya cuma akan memalukan diri sendiri sahaja jika saya sambung menyoal!"

Pakar Perubatan Jin Chen menggeleng kepalanya.

Orang ini berjaya menyenaraikan begitu banyak buku untuk menjawab soalannya, ini telah menghancurkan keyakinan dirinya. Dia tahu jika mereka sambung lagi, dia hanya akan memalukan diri sendiri sahaja. Lebih baik dia mengaku kalah sekarang, sekurang-kurangnya dia dapat mengekalkan sedikit sebanyak maruah dirinya yang tinggal.

"Kamu tidak akan bertanyakan soalan ketiga?"

Zhang Xuan terkejut buat seketika sebelum menyedari sebabnya.

Memandangkan Zhang Xuan dapat menjawab soalannya yang paling susah dengan begitu mudah, kemungkinan besar dia hanya akan memalukan diri sendiri jika ini diteruskan.

Zhang Xuan kagum terhadap ketangkasan Pakar Perubatan Jin Chen menyedari dan mengambil keputusan sewajarnya.

"Giliran kamu pula!"

Dia berpaling melihat Lin Mu.

Selepas melihat perhatian Zhang Xuan kini teralih kepada dia, pakar Perubatan Lin Mu mengetap giginya sambil bertanya, "Saya ada satu soalan, secara jujurnya, saya tidak ada jawapan kepadanya juga. Jika kamu tidak dapat menjawabnya, ini tidak akan dikira sebagai kamu kalah! Namun, jika kamu mampu menjawabnya, saya akan mengaku kalah dengan serta merta. Tidak ada gunanya saya sambung bertanya kamu lagi selepas itu pun!"

Dalam Perdebatan Pil, seorang pemeriksa itu perlu tahu jawapan kepada soalannya. Jika kamu sendiri tidak tahu jawapan kepada soalan kamu, bagaimana kamu boleh tahu jika jawapan dia betul ke salah?

Memandangkan Pakar Perubatan Lin Mu sudah mengaku dia tidak tahu jawapan kepada soalannya, secara logiknya, ini sudah di luar batas Perdebatan Pil. Zhang Xuan boleh memilih untuk menolak soalan tersebut.

Ini tidak akan dikira sebagai kekalahan jika dia memilih untuk berbuat demikian.

"Cakap!" Zhang Xuan jawab dengan selamba.

[Menolak? Kamu ini buat lawak ke? Memandangkan saya dapat menjawab dua jawapan kurang untuk mendapat kemenangan, sudah tentu saya akan menerima cadangan kamu!]

"Saya telah mengkaji Pil Pembesaran Meridian untuk jangka masa panjang dan tidak kira jika ia teknik penempaan, herba perubatan, ataupun kawah saya, saya sudah menyemak semua untuk memastikan tidak ada masalah langsung dengannya. Tetapi, tidak tahu kenapa, saya masih tidak dapat menempa pil tersebut. Saya ingin kamu memberitahu saya kenapa saya gagal!" tanya Pakar Perubatan Lin Mu selepas berasa ragu-ragu untuk seketika.

"Apa jenis soalan ini?"

"Kamu ini bertanyakan soalan terlalu susah!"

"Betul tu, kamu sendiri patut cari sebab kenapa kamu tidak dapat menempa sesebuah pil dengan sendiri. Bagaimana mungkin kamu mengharapkan dia dapat menjawab soalan ini jika kamu sendiri tidak dapat?"

...

Selepas mendengar soalan Lin Mu, pakar perubatan lain bingung untuk seketika sebelum menunjukkan ekspresi pelik.

Apabila bertanya soalan dalam Perdebatan Pil, seseorang perlu bertanya soalan yang dia sendiri tahu jawapan kepadanya. Bertanyakan soalan berkaitan dengan berapa tahi lalat terdapat pada badan sendiri, berapa kali kamu makan semalam, berapa perempuan kamu sudah mempunyai hubungan dalam hidup kamu… tuhan pun tidak akan dapat menjawab soalan begitu!

Sekarang, soalan Lin Mu itu sama dengan soalan tadi. Kamu cuma sekadar cakap kamu tidak dapat menempa Pil Pembesaran Meridian, bagaimana mungkin orang lain akan mampu menjawab soalan kamu itu?

"Batuk batuk, Pakar Perubatan Lin Mu, kamu perlu bertanyakan soalan yang berasas. Soalan ini tidak sesuai, kamu patut menukarnya…"

Ouyang Cheng, yang mempengerusikan Perdebatan Pil ini, tidak dapat menahan dirinya daripada senyap lalu dia bersuara.

"Saya terlalu terburu-buru…"

Selepas mendengar teguran tersebut, Lin Mu sedar soalan dia tidak sesuai. Oleh itu, dia menggeleng kepalanya dan ingin bercakap sesuatu. Namun, sebelum sempat dia berkata, Zhang Xuan mencelah, "Kamu tidak terburu-buru pun. Bagaimana jika begini, kamu cuba menempa Pil Pembesaran Meridian untuk saya dahulu. Saya tidak dapat berbuat apa-apa cuma daripada huraian kamu sahaja!"

"Baiklah!"

Lin Mu tidak menjangkakan Zhang Xuan untuk bersetuju. Dia mengangguk kepalanya sambil berjalan ke arah kawah.

Sebenarnya, dia tidak berniat untuk bertanyakan soalan ini, cuma ia muncul dalam mindanya pada ketika itu.

Kebelakangan ini, dia sibuk berfikir tentang penempaan Pil Pembesaran Meridian, tetapi tidak tahu kenapa, dia tidak dapat berjaya. Dia sudah mengkaji banyak buku dan mencuba banyak teknik penempaan serta segalanya yang dia boleh cuba, namun dia tetap gagal! Selepas melihat Zhang Xuan mengenal pasti masalah dan kesalahan orang lain dengan begitu mudah, dia tidak dapat menahan dirinya daripada bertanya.

Selagi Zhang Xuan mampu memberitahu dia masalah disebalik tekniknya, dia yakin dia akan berjaya menempa pil.

Apabila berfikir tentang betapa tidak sesuai untuknya bertanyakan kepada Zhang Xuan soalan sebegini pada waktu ini, dia ingat Zhang Xuan akan menolak permintaannya. Dia tidak menyangka Zhang Xuan akan menerima soalannya.

Fwoosh boosh!

Api membakar dengan marak dengan pelbagai herba dibuang ke dalam kawah.

Jari-jemari Lin Mu kelihatan seperti dia bermain dengan Zither, sentiasa bergerak seakan menari. Melihat dari jauh, ia nampak seperti dia sedang bermain orkestra dan bukannya menempa pil.

Dengan sekali pandang, Zhang Xuan dapat tahu pakar perubatan ini sudah meluangkan banyak masa sepanjang hayatnya dalam seni penempaan pil dan amat mahir tentangnya.

Dengan kebolehan sebegitu dan teknik penempaan yang hampir sempurna, dia masih tidak mampu menempa pil itu. Ini membingungkan Zhang Xuan.

"Tidak ada kesilapan langsung!"

"Dengan kebolehan begitu, dia sudah pasti akan berjaya menempa Pil Pengukuhan Kuasa. Kenapa pula dia tidak mampu menempa Pil Pembesaran Meridian?"

"Betul, ini betul-betul pelik…"

Perhatian semua orang tertumpu pada Pakar Perubatan Lin Mu sejurus sahaja dia mula menempa. Semakin lama mereka melihat, semakin mereka bingung.

Tepat apa yang dikatakannya. Tidak kira sama ada herba perubatan, pergerakannya, ataupun faktor kecil yang lain, semua tidak ada masalah langsung. Secara logiknya, dia sepatutnya mampu menempa pil itu dengan berjaya. Malah, pil itu patut sekurang-kurangnya di tahap Kepuasan!

Untuk tidak dapat menempa pil itu… mustahil!

Malangnya, kebenaran menimpa mereka tidak lama kemudian. Beberapa saat kemudian, api kawah terpadam dan selepas membuka kawah tersebut, cecair hitam mengalir keluar menunjukkan herba perubatan telah gagal untuk bergabung menjadi pil.

Gagal!

"Ini langsung tidak masuk akal!"

Ouyang Cheng mengerut bulu keningnya. 

Selaku ketua Persatuan pakar Perubatan dan seorang pakar perubatan 1-bintang bertahap sederhana, pakar perubatan berkedudukan paling tinggi di sini, kebolehan menganalisanya juga antara yang paling hebat. Selepas melihat seluruh proses itu, kesimpulannya sama dengan orang lain, pil itu sepatutnya menjadi. Namun, keputusannya berbeza dengan kesimpulannya. Ekspresi bingung jelas terpapar pada mukanya apabila dia berfikir tentang perkara itu.

"Haih!"

Selepas melihat cecair hitam keluar daripada kawah, Pakar Perubatan Lin Mu mengeluh sambil menggeleng kepalanya. Dia mengangkat kepalanya sambil melihat orang muda di depannya. "Ini soalan saya kepada kamu. Jika kamu mampu menjawab, saya akan mengaku kalah dengan segera! Namun, jika kamu gagal, saya akan beri kamu soalan lain. Ini tidak akan mempengaruhi keputusan Perdebatan Pil kamu!"

"Tidak dapat jawab?"

Zhang Xuan ketawa. Selepas berjalan ke arah kawah, dia mengelilinginya untuk mengenal pasti bendalir hitam itu. Selepas itu, dia mengangkat kepalanya dan melihat Pakar Perubatan Lin Mu dengan muka pelik. "Pakar Perubatan Lin Mu ini betul-betul kuat walaupun dengan usia kamu ya. Saya tidak pernah menjangkakan ini mungkin terjadi!"

"Kuat walaupun dengan usia saya?"

Lin Mu terkejut.

[Ada apa kaitan saya sangat kuat dengan kebolehan saya untuk berjaya menempa pil?

Ada kaitan ke perkara ini?]

Pakar perubatan lain juga melihat mereka dengan muka sangsi.

Sebelum ini, mereka sudah pasti akan mengkritiknya dengan serta merta. Tetapi, selepas melihat kebolehan analisanya yang menakjubkan berserta dengan ilmunya yang luas, mereka faham mungkin ada sebab dia berkata sedemikian.

"Betul. Selepas berjalan ke sini, saya terbau wangian seorang wanita melekat pada badan Pakar Perubatan Lin. Tambahan pula, bau ini menyegarkan, suci dan penuh bernyawa. Jika tidak silap saya, dia ini mesti tidak lebih tua daripada lapan belas tahun!" ulas Zhang Xuan.

"Betul, saya baru membawa masuk gundik baru ke rumah saya. Dia belum lagi mencapai lapan belas tahun!"

Wajah Pakar Perubatan Lin Mu kemerahan.

Dia sudah hampir mencapai tujuh puluh tahun dan satu kaki sudah boleh dikatakan mencecah kubur, namun dia masih dapat membawa seorang gundik baru berusia tujuh belas tahun ke rumahnya. Walaupun ini tidak bermaksud apa-apa pun, dia tetap malu kerana benda ini didedahkan di depan semua pakar perubatan lain.

"Adakah mungkin…saya tidak dapat menempa Pil Pembesaran meridian adalah disebabkan oleh gundik saya?"

Tidak lama kemudian. Pakar perubatan Lin Mu membuat kesimpulan. Bingung, dia memandang Zhang Xuan.

Langsung tidak ada kaitan antara kedua-dua perkara itu, namun dengan kata-kata Zhang Xuan sebelum ini, dia tidak cukup berani untuk bercakap demikian.

Cuma… bagaimana mengambil masuk seorang gundik ada kaitan dengan penempaan pil?

Perkara ini langsung tidak ada kaitan!

"Kamu betul… jika tidak silap saya, gundik kamu itu… bukan sebuah objek!" Zhang Xuan berfikir untuk seketika sebelum membalas dengan tenang.

Bukan sebuah objek?"

Lin Mu terkejut untuk seketika sebelum mula berkerut. Dengan kemarahan jelas terpapar pada mukanya dia berkata, "Kenapa pula kamu menghina dia?"

Comment (0)

Load failed, please RETRY

Table of Contents

Display Options

Report inappropriate content
error Tip

Report abuse
Write a review Reading Status: C120
Fail to post. Please try again
  • Translation Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Send Gifts
Gifted
Thank you for your generous gift.

Cost Spirit Stone to skip ad

You can get it from the following sources

  1. 1. Daily check-in
  2. 2. Invite friends invite now >
  3. 3. Vote for new stories Vote >
learn more >
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Get More
Payment Method paypal

Please switch to the pop-up to complete the payment.

Earn Rewards

Earn rewards

by completing the missions

Complete the daily and EXP missions, as well as every week’s reading missions to obtain EXP and SS as rewards.

Learn more about the rules 1. You can obtain the corresponding EXP and Bonus SS as rewards by completing daily missions and EXP missions, as well as weekly reading missions. 2. The obtained EXP can raise your user level. 3. Bonus SS can be used to unlock chapters, gift authors, etc. They are effective for 30 days. 4. Daily Tasks and corresponding rewards renew daily at 00:00 UTC+8. Don't forget to claim your rewards in time. 5. Weekly Reading Missions refer to the time you spend reading novels and comics on Webnovel every week. 6. The weekly reading time is calculated while your device is connected to the Internet. This might result in a delay of several minutes.

Read longer, Earn bigger

Read on the app and claim your rewards!

Get the App

Read anywhere, anytime