87.68% Perpustakaan Jalan Syurga / Chapter 121: Berebut untuk Pergi Dahulu

Chapter 121: Berebut untuk Pergi Dahulu

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

[Saya suruh kamu mencari kesilapan dalam teknik saya semasa menempa Pil Pembesaran meridian, tetapi kamu menghina gundik saya pula, sehingga mengatakan dia bukan manusia. Apa maksud kamu ini?]

Walaupun Lin Mu ini baik hati, dia masih berasa marah selepas mendengar kata-kata tersebut. Bukan mukanya sahaja yang muram, muka pakar perubatan lain juga turut muram.

[Apa yang sedang berlaku?

Kenapa dia tiba-tiba menghina orang lain pula?]

"Pakar Perubatan Lin, sila bertenang!"

Zhang Xuan sudah agak dia akan mempunyai reaksi begitu lalu melihat dia dengan muka manja. "Kamu ini sudah bekerja keras siang malam setiap hari kan, sehingga tidak rehat pun pada waktu siang?"

"Err…"

Selepas ditanya soalan begitu, muka Lin Mu bertukar menjadi merah kerana berasa malu. "Saya baru sahaja kahwin dengan gundik saya, oleh itu… saya ini… mungkin sudah bekerja terlalu keras!"

Seorang tua seperti dia untuk berkahwin dengan janda muda, malah perempuan yang begitu cantik dan tidak lagi sampai lapan belas tahun, tidak hairan Lin Mu ini akan memberinya begitu banyak perhatian. Jika dia mampu, dia akan bersamanya di bilik sepanjang hari.

"Haha!"

"Pakar Perubatan Lin, saya tidak jangka kamu ini masih begitu kuat!"

"Kamu ini betul betul bertenaga, betul betul seorang tua dengan kekuatan orang muda!"

"Menakjubkan! Saya betul betul kagum!"

...

Selepas mendengar perbualan mereka berdua, pakar perubatan lain tidak dapat menahan ketawa mereka.

Tidak pelik untuk lelaki membawa gundik masuk ke rumah mereka, namun untuk dia membawa gundik muda tidak sampai lapan belas tahun pun dan bekerja dengan keras setiap hari, siang dan malam… Pakar Perubatan Lin Mu ini terlalu 'giat'.

Selepas mendengar ketawa rakan seperjuangannya, Lin Mu berasa malu. Melihat Zhang Xuan, dia cakap "Ada… ada masalah ke dengan itu?"

Ia perkara biasa untuk lelaki dan perempuan saling bercinta. Ini fenomena biasa berkait dengan pemasangan yin dengan yang. Tambahan pula, pertapaannya sudah mencapai tahap alam Pixue, tidak menjadi masalah untuk dia 'menjalankan aktiviti bilik' beberapa kali dalam masa sehari!

Malah, tidak menjadi masalah besar untuk manusia biasa pun untuk 'menjalankan aktiviti bilik' beberapa kali dalam sehari.

"Jika itu sahaja, mesti tidak akan ada masalah dengan situasi ini pun. Namun… untuk menjadi lebih kuat, kamu telah makan beberapa ubat yang kamu tidak patut kan?" Zhang Xuan tanya.

"Ini…"

Gedang, hati Lin Mu berdegup laju.

Orang ini betul. Walaupun mempunyai pertapaan tinggi, dia sudah mencapai usia tua, jadi badannya tidak sehebat dahulu. Untuk menjaga gundiknya dengan baik, dia sudah memakan beberapa ubat perubatan untuk meningkatkan stamina dan kekuatannya kebelakangan ini.

"Jika tidak silap saya, gundik kamu yang mendesak kamu untuk memakan ubat itu, betul?" Zhang Xuan sambung.

"Er… kamu betul!" Lin Mu mengangguk kepalanya.

Selaku seorang pakar perubatan, dia tahu semua ubat itu juga racun dari segi lain, oleh itu, dia rasa ragu-ragu untuk memakannya. Namun, dia tidak dapat menahan godaan gundiknya. Dengan itu, dia telah memakan ubat itu. Ubat itu diberikan oleh gundiknya, selepas makan, dia berasa seperti serigala. Penuh dengan kekuatan tanpa bandingnya. Tambahan pula, ia membuat dia berasa puas untuk jangka masa panjang selepas itu.

"Walaupun teknik penempaan, turutan dan segalanya betul, kamu tetap tidak dapat menempa Pil Pembesaran meridian!"

Dengan kedua-dua tangan di belakangnya, Zhang Xuan mengeliling Pakar Perubatan Lin Mu. Memilih untuk tidak membangkitkan hal tentang gundiknya lagi, dia sambung bercakap tentang penempaan pil. "Asalnya, saya juga bingung kerana tidak dapat mencari sebab di belakang masalah kamu ini. Malah saya terpikir ia mungkin masalah kawah kamu tetapi saya tiba-tiba teringat sesuatu daripada sebuah buku!"

"Buku ini bertajuk Perbincangan Penempaan Pil. Buku ini ditulis oleh seorang Pakar perubatan 3 bintang, Senior Mu Yang. Buku ini terdapat dalam bilik koleksi buku tahap asas, dan didalamnya tertulis beberapa ratus sebab kenapa penempaan pil itu mungkin gagal. Daripada itu, terdapat satu baris ayat saya ingin merujuk kepada, 'Selepas seseorang kehilangan nafas, roh seseorang tidak lengkap. Walaupun dengan teknik sempurna, pil itu akan susah untuk berjaya ditempa!' Maksudnya senang sahaja. Jika intipati kamu tidak cukup, dengan teknik sempurna dan turutan betul pun, akan susah untuk seseorang berjaya menempa pil tersebut. Formasi pil ini merujuk kepada Pil Pembesaran meridian."

"Selepas berfikir tentangnya, saya berjalan ke arah kamu dan tercium bau harum berasal dari badan seorang perempuan muda. Lanjutan daripada itu, saya bertanya kamu tentang gundik kamu! Sebenarnya, berkahwin dengan gundik baru dan bekerja siang malam tidak patut mengakibatkan kamu kehilangan intipati kamu sehingga pil tidak dapat ditempa. Masalah utamanya ialah kamu… telah kehilangan asas kamu!"

"Kehilangan asas saya?"

Lin Mu terkejut.

"Betul tu, seorang manusia akan mempunyai asasnya dan kehilangan asas itu akan mengakibatkan malapetaka terhadapnya. Memandang kamu seorang pakar perubatan, kamu mesti pernah mendengar tentangnya. Jika kamu sekadar bekerja siang malam, dengan kekuatan kamu selaku seorang Peninju 6-Dan alam Pixue, sepatutnya tidak menjadi masalah pun. Kamu sepatutunya akan pulih sepenuhnya selepas berehat untuk setengah hari. Namun, kamu tidak patut makan ubat yang dia berikan kepada kamu. Ubat itu sebenarnya racun dicipta khas untuk mengaktifkan roh kamu, membuatkan kamu berhalusinasi. Betul ubat itu mampu beri kamu kekuatan dalam jangka masa pendek, namun racun itu akan mengalir ke seluruh badan kamu dan merosakkan asas kamu!"

"Selepas sekian lama, badan kamu akan menjadi kian lemah. Akhirnya, kamu akan mati! Dari luaran, ini kelihatan tidak jauh beza daripada menjadi tua sehingga pakar perubatan berpengalaman pun tidak dapat mengenal pastinya! Jika tidak silap saya, jika kamu sambung makan pil itu pada kadar itu, kamu akan menjadi tua dengan lebih cepat, dalam jangka masa satu tahun, kamu semestinya akan bertemu ajal kamu! Masa itu, tuhan dan dewa pun akan susah untuk menolong kamu!"

"Pil Pembesaran meridian ini mampu membuka meridian seorang petapa dan boleh dikira ubat hebat. Kehilangan asas kamu membuatkan kamu tidak lagi dapat menumpukan roh, penafasan dan perhatian kamu, oleh itu, ia susah untuk kamu berjaya menempa pil itu. Kegagalan untuk menempa pil dalam situasi tersebut amat biasa!"

Pada saat ini, Zhang Xuan berhenti untuk seketika. "Untuk ubat seperti ini mampu memperbodohkan seorang pakar perubatan seperti kamu, ia mesti amat bernilai. Tidak susah untuk menjangkakan yang… gundik kamu itu betul betul tidak tahu tentang perkara itu. Ini sebab saya cakap dia ini bukan sebarang objek. Jika saya telah menyinggung perasaan kamu, saya harap kamu dapat memaafkan saya!"

"Ini… ini…"

Lin Mu berundur beberapa langkah sambil badannya menggeletar.

Kata-kata orang ini begitu masuk akal sehingga seakan dia sendiri di situ melihat kesemuanya.

Betul kekuatannya meningkat selepas sahaja memakan ubat daripada gundiknya itu. Sebelum ini, dia akan berasa belakang badannya sakit selepas satu sesi di bilik. Namun, selepas makan ubat itu, lima kali berturut turut pun tidak menjadi masalah untuknya.

Asalnya, dia ingat dia semakin lama menjadi semakin kuat. Tidak dalam jangkaannya dia telah diracun!

Celaka! Celaka!

"Jalang haram itu, saya menunjukkan kepada kamu begitu banyak kasih dan sayang! Dia pula cuba menikam saya dari belakang…"

Sambil menggenggam penumbuknya dengan kuat, mata Lin Mu bertukar menjadi merah.

"Baiklah, jika Pakar Perubatan Lin Mu fikir saya cakap benda salah, mesti ada jalan untuk kita mengesahkan apa saya cakap! Saya sudah habis menjawab soalan ini!"

Zhang Xuan memberi isyarat.

"Apa kamu cakap semuanya betul. Saya berterima kasih kepada kamu atas pengajaran kamu. Saya mengaku kalah dalam Perdebatan Pil ini!" Tanpa sebarang keraguan, Pakar Perubatan Lin Mu mengaku kalah.

Perkataan Zhang Xuan terlalu tepat dan analisisnya terlalu masuk akal. Memandangkan dia langsung tidak dapat mencari masalah dalam penjelasannya, dia tidak mempunyai pilihan lain selain mengaku kalah.

Lagipun, memang betul badannya mula merosot kebelakangan ini. Asalnya, dia ingat ini disebabkan usianya. Namun, untuk mendapat tahu ini angkara gundiknya!

Zhang Xuan hanya senyum kambing, memilih untuk tidak mencelah dalam urusan Lin Mu.

Ini masalah peribadi orang lain. Dia dapati ia menyusahkan jika dia mencelah dalam masalah orang lain.

Selepas itu, dia memandang pada tiga pakar perubatan yang tinggal. "Kamu sahaja tinggal. Tanya sahaja apa masalah kamu bersama-sama, saya akan jawab!"

Daripada sepuluh orang pakar perubatan, tujuh sudah mengaku kalah. Selagi ketiga pakar perubatan ini mengaku kalah juga, dia semestinya akan berjaya untuk menjadi seorang pakar perubatan yang rasmi.

"Abang Genius Zhang Xuan, jika begitu, saya juga ada soalan untuk kamu!"

Seorang pakar perubatan berdiri.

"Abang Lu, kamu tidak perlu begitu tergesa-gesa. Jika ikut senioriti, saya patut pergi dahulu. Kebetulan saya ada soalan juga!" Seorang lagi pakar perubatan berdiri.

"Kamu berdua diam boleh tak. Saya sepatutnya yang tanya dahulu. Tidak kira apa pun, saya telah menjadi seorang pakar perubatan lebih awal daripada kamu berdua…"

Pakar perubatan terakhir juga berdiri.

"Eh?"

Sebentar tadi sahaja, mereka semua takut sehingga tidak berani bercakap apa pun. Apabila dia menyuruh mereka memberi dia soalan, mereka cuma duduk dengan diam. Namun sekarang, mereka semua berebut untuk bertanyakan soalan. Zhang Xuan bingung.

[Mereka ini… makan ubat yang salah ke hari ini?]

Comment (0)

Load failed, please RETRY

Table of Contents

Display Options

Report inappropriate content
error Tip

Report abuse
Write a review Reading Status: C121
Fail to post. Please try again
  • Translation Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Send Gifts
Gifted
Thank you for your generous gift.

Cost Spirit Stone to skip ad

You can get it from the following sources

  1. 1. Daily check-in
  2. 2. Invite friends invite now >
  3. 3. Vote for new stories Vote >
learn more >
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Get More
Payment Method paypal

Please switch to the pop-up to complete the payment.

Earn Rewards

Earn rewards

by completing the missions

Complete the daily and EXP missions, as well as every week’s reading missions to obtain EXP and SS as rewards.

Learn more about the rules 1. You can obtain the corresponding EXP and Bonus SS as rewards by completing daily missions and EXP missions, as well as weekly reading missions. 2. The obtained EXP can raise your user level. 3. Bonus SS can be used to unlock chapters, gift authors, etc. They are effective for 30 days. 4. Daily Tasks and corresponding rewards renew daily at 00:00 UTC+8. Don't forget to claim your rewards in time. 5. Weekly Reading Missions refer to the time you spend reading novels and comics on Webnovel every week. 6. The weekly reading time is calculated while your device is connected to the Internet. This might result in a delay of several minutes.

Read longer, Earn bigger

Read on the app and claim your rewards!

Get the App

Read anywhere, anytime