88.4% Perpustakaan Jalan Syurga / Chapter 122: Perdebatan Pil Berakhir

Chapter 122: Perdebatan Pil Berakhir

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Bukan sahaja Zhang Xuan, malah Ouyang Cheng dan lain turut bingung melihat telatah mereka.

[Haram jadah, boleh sesiapa beritahu saya apa sedang berlaku?

Bukankah mereka baru sahaja tadi tidak ingin bertanya apa pun? Kenapa pula mereka sedang berebut-rebut seakan mereka sedang melihat seorang jelitawan di depan mereka?]

"Kamu semua ini…"

Wen Xue turut bingung.

"Saya faham, orang ini semua, mereka ini betul betul…" Du Man menggeleng kepalanya dengan senyuman pahit di mukanya.

"Faham apa?" Ouyang Cheng berpaling melihat kawannya.

"Sebelum ini, Zhang Xuan mampu mengenal pasti kelemahan dan kesilapan mereka melalui penempaan mereka. Ini membuat mereka takut seakan dibogelkan di khalayak ramai. Di bawah situasi seperti itu, tidak mungkin ada orang akan berani bertanya soalan!" kata Pakar Perubatan Du Man. "Tetapi sekarang, bukan sahaja dia mampu menyelesaikan masalah Pakar Perubatan Lin Mu, malah dia dapat mendedahkan ancaman tersirat dalam hidupnya. Dengan peluang yang jelas di depan mereka, siapa yang tidak teruja?"

"Betul itu…" Memahami situasinya sekarang, Ouyang Cheng mengangguk kepalanya.

Lebih senang untuk mengenali orang lain daripada diri sendiri!

Susah untuk kita menyedari kelemahan kita sendiri. Dengan satu perkataan daripada Zhang Xuan, mereka mampu membetulkan kesalahan dan kelemahan mereka dan lanjutan daripada itu dapat memperbaiki lagi kebolehan menempa pil mereka!

"Malangnya, saya terlalu bodoh sebelum ini. Tidak patut saya mengaku kalah terlalu awal. Jika tidak, semestinya saya sudah dapat bertanya dia beberapa soalan yang membelenggu saya tentang penempaan pil kian lama ini…"

Dengan hati pilu, Pakar Perubatan Du Man menggeleng kepalanya.

Bagaimana mungkin dia terlepas peluang emas sebegini?

"Biarkan sahaja memandangkan kamu sudah terlepas peluang. Salah kamu juga kerana tidak menyedari peluang kamu awal tadi. Saya pula terikat dengan tanggungjawab saya sebagai pengerusi majlis dan tidak boleh pilih kasih. Oleh itu, saya tidak ada peluang pun untuk mengemukakan kepadanya soalan. Rasanya… selepas Perdebatan Pil ini, dia akan memberi saya peluang untuk bertanya dia satu dua soalan tak? Saya juga ada beberapa soalan untuknya…"

Pada saat ini, mata Ouyang Cheng berkelip dengan penuh keterujaan.

Pakar Perubatan Du Man tidak tahu untuk berkata apa.

Wen Xue juga tidak tahu untuk berkata apa.

[ Apa yang sedang berlaku ini? Kamu ini pakar perubatan 1-bintang tahap sederhana dan juga ketua Persatuan Pakar Perubatan. Untuk kamu begitu teruja ingin mendapat nasihat daripada seorang perantis… terikat dengan tanggungjawab konon. Tak nampak pun walaupun sedikit apa kamu sedang buat itu! Kamu hanya duduk di sini dengan diam…]

"Baiklah satu demi satu!"

Tidak lama kemudian, Zhang Xuan akhirnya menyedari apa sedang berlaku. Sambil menggeleng kepalanya, dia dengan selamba menuding kepada seorang pakar perubatan dalam kalangan mereka. "Kamu!"

"Saya? Terbaik !"

Selepas dipilih, dia berdiri dengan segera. "Saya ada soalan yang saya betul betul ingin tanya. Kebelakangan ini, saya terdapat masalah insomnia dan lanjutan daripada itu bangun tujuh ke lapan kali setiap malam. Saya juga kebelakangan ini mengalami mimpi buruk. Boleh kamu menyemak jika saya mempunyai sebarang penyakit ataupun seseorang sedang berkomplot terhadap saya, ataupun… cuma ada masalah dengan gundik saya?"

Zhang Xuan tidak tahu untuk berkata apa.

Pakar perubatan lain juga sama.

"Ehem, Pakar Perubatan Liu, kami di Perdebatan Pil, bukan untuk menilik nasib ataupun merawat pesakit. Tolong beri perhatian kepada permintaan kamu…"

Ouyang Cheng tidak mampu menahan dirinya daripada mencelah.

"Ah! Tetapi… itu soalan saya! Saya ingin bertanya soalan itu…" Pakar Perubatan Liu bercakap dengan tekad.

"Baiklah. Bagaimana kalau begini, kamu cuba menempa pil dan saya akan lihat apa saya boleh buat daripada itu!" Zhang Xuan mula berasa sakit kepala sambil dia memberinya isyarat untuk mulakan.

"Baiklah!" Pakar Perubatan mengangguk kepalanya dengan penuh keterujaan sebelum bergegas ke kawah untuk mula menempa.

"Kamu pula bagaimana? Apa masalah kamu ada?"

Selepas menguruskan orang pertama, Zhang Xuan mengalihkan perhatiannya kepada pakar perubatan satu lagi.

"Soalan saya agak senang. Tidak begitu tidak tahu malu seperti soalan Pakar Perubatan Liu!" Pakar perubatan itu bercakap dengan nada megah. "Anak perempuan saya akan berkahwin dalam masa dua hari lagi, dia akan berkahwin lelaki dengan bernama Zhou Xuan. Dia datang dari negeri lain dan walaupun saya telah menyelidik tentang latar belakang dia untuk sekian lama, saya masih tidak dapat informasi berguna tentangnya. Boleh kamu tolong saya mengkaji latar belakang orang ini untuk mendapat tahu orang ini boleh dipercayai ke tidak? Jika tidak, saya sanggup menolak pinangan dia…"

Pada masa ini, dia berasa ragu-ragu untuk seketika sebelum melihat Zhang Xuan dan tanya. "Jadi… saya perlu menempa pil juga tak?"

"Pu!"

Zhang Xuan hampir muntah darah di situ juga.

[Menempa pil? Menempa kepala otak kamu!

Anak perempuan kamu kahwin ada apa kaitan dengan saya ataupun penempaan pil?

Saya cuma seorang biasa yang sedang melalui Perdebatan Pil untuk menjadi seorang Pakar Perubatan, saya bukan di sini untuk menilik nasib…

Tambahan pula, jika saya mampu menilik nasib pun, jika kamu tidak memberitahu saya tentang situasi anak perempuan kamu, kamu ingat kamu menempa pil boleh buat apa?

Kamu semua ini mesti sedang buat lawak bodoh kan? ]

"Pakar Perubatan Qin, ada apa kaitan anak perempuan kamu berkahwin dengan penempaan pil? Kenapa kamu bertanya abang Zhang soalan sebegitu? Buat lawak betul!" Pakar Perubatan terakhir melambaikan tangannya dengan marah.

"Tetapi… ini soalan saya ingin tanya…"

Pakar Perubatan Qin jelas bingung.

"Sekurang kurangnya, kamu patut tanya sesuatu berkaitan dengan penempaan pil! Kamu boleh sambung berfikir tentang soalan kamu, saya akan tanya dahulu!" Pakar perubatan melangkah ke hadapan ke arah Zhang Xuan sebelum bercakap, "Abang Zhang Xuan, melihat kamu begitu muda, sudah tentu kamu belum lagi kahwin. Anak perempuan saya cantik dan sanggup menjadi gundik kamu. Lihat… jika tidak, anak saudara saya pun sanggup. Ah? Kamu ingat saya ingin mengambil kesempatan terhadap kamu kan, saya masih ada seorang kakak dan adik perempuan…"

Zhang Xuan tidak tahu hendak berkata apa.

[Apa kejadahnya! Kamu sudah enam puluh tahun dengan setengah kaki kamu dalam kubur. Adik perempuan dan kakak kamu… betapa pelik dan keras cita rasa saya perlu untuk saya mengingini mereka…]

Mengambil masa agak lama juga sebelum kekecohan mula reda dan semua orang sekali lagi memberi perhatian mereka kepada topik utama mereka di situ.

"Soalan saya ini. Herba utama dalam Pil Penawar, Rumput Neutralisasi Racun, terlalu lemah dan biasanya akan terbakar menjadi abu sebelum sempat sampai ke lantai kawah dan bergaul dengan herba perubatan lain. Boleh kamu beritahu saya apa kesalahan saya?"

"Rumput Neutralisasi Racun tidak mempunyai ketahanan tinggi terhadap haba. Ini sesuatu yang dipersetujui ramai. Jika kamu membuangnya terus ke dalam kawah, tidak hairan herba itu akan terbakar. Namun, kamu boleh merendamnya dalam Air Matahari Ungu untuk tiga hari sebelum menggunakannya dalam penempaan kamu. Bukan sahaja herba itu tidak akan terbakar, malah keberkesanan ciri-ciri perubatannya dapat di maksimumkan…"

"Saya ingin tanya kenapa nafas saya sering kali menjadi tidak lancar semasa saya menempa pil…"

"Ini senang sahaja untuk dijawab…"

...

Selepas perhatian mereka semua tertumpu kepada topik utama, bahagian seterusnya senang sahaja. Kebanyakan soalan mereka boleh diselesaikan dengan dengan ilmu yang diperoleh dari bilik koleksi buku tahap asas. Jika dia mendapati perkara itu susah untuk diselesaikan, dia akan menyuruh dia untuk menempa pil dan menggunakan Perpustakaan Jalan Syurga untuk menganalisis dan menyelesaikan masalah dia.

Selepas sejam, dia akhirnya habis menjawab kesemua soalan daripada pakar perubatan yang tinggal.

"Baiklah, memandangkan sekarang kesemua sepuluh pakar perubatan sudah mengaku kalah, sekarang saya mengisytiharkan pemenang kepada Perdebatan Pil ini adalah Zhang Xuan! Dari hari ini, kamu merupakan seorang pakar perubatan 1 bintang!"

Apabila Perdebatan Pil ini berakhir, Ouyang Cheng mengumumkan keputusan perdebatan itu dan menghulurkan lencana 1 bintang dan jubah kepadanya.

"Lencana ini lambang seorang pakar perubatan. Dengan ini, tidak kira mana-mana Persatuan Pakar Perubatan kamu pergi, kamu berhak menerima layanan dan hak istimewa apabila membeli pil…"

"Baiklah!"

Selepas mengambil kedua-dua objek ini daripada tangan Ouyang Cheng, dia dengan pantas memasukkannya dalam cincin simpanan.

Semua orang di situ sudah mengagak ada seseorang yang hebat sedang mengajarnya dari belakang, oleh itu, mereka tidak begitu terkejut melihat dia memiliki cincin simpanan.

Lagipun, pakar perubatan itu pekerjaan lumayan. Cincin simpanan itu mungkin berharga beberapa juta, namun untuk mereka itu sedikit sahaja.

"Ketua Persatuan Ouyang, di mana bilik koleksi buku tahap maju? Saya ingin melihat buku di dalamnya…" Zhang Xuan tanya.

Sebab utamanya melalui peperiksaan menjadi seorang pakar perubatan ialah untuk membaca buku dalam bilik koleksi buku tahap maju itu. Oleh itu, perkara pertama dia buat selepas menjadi seorang pakar perubatan ialah untuk pergi ke situ.

"Saya akan bawa kamu ke sana!"

Selepas itu, Ouyang Cheng berjalan keluar dari bilik itu diikuti oleh Zhang Xuan. Sebelum sempat mereka berjalan jauh, suatu suara kedengaran dari belakang mereka.

"Pakar Perubatan Zhang, tolong mempertimbangkan tawaran saya. Jika kakak dan adik perempuan saya tidak memadai untuk kamu, saya ada mak cik juga. Dia belum kahwin lagi…"

Zhang Xuan begitu terkejut sehingga air mata mula mengalir turun dari pipinya.

[Mak cik kamu…

Sudah cukup tua untuk menjadi nenek moyang saya…]

Comments (3)

  • Alistaire

    Alistaire

    Ya. Saya telah baca yang versi english, ceritanya konsisten penuh dengan aksi "face slapping" dan lawak bersahaja.

  • rayna_maniya

    rayna_maniya

    Hahahaha..

  • dhilaadam

    dhilaadam

    Semakin lama semakin menarik jln cerita nie...

Load failed, please RETRY

Table of Contents

Display Options

Report inappropriate content
error Tip

Report abuse
Write a review Reading Status: C122
Fail to post. Please try again
  • Translation Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Send Gifts
Gifted
Thank you for your generous gift.

Cost Spirit Stone to skip ad

You can get it from the following sources

  1. 1. Daily check-in
  2. 2. Invite friends invite now >
  3. 3. Vote for new stories Vote >
learn more >
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Get More
Payment Method paypal

Please switch to the pop-up to complete the payment.

Earn Rewards

Earn rewards

by completing the missions

Complete the daily and EXP missions, as well as every week’s reading missions to obtain EXP and SS as rewards.

Learn more about the rules 1. You can obtain the corresponding EXP and Bonus SS as rewards by completing daily missions and EXP missions, as well as weekly reading missions. 2. The obtained EXP can raise your user level. 3. Bonus SS can be used to unlock chapters, gift authors, etc. They are effective for 30 days. 4. Daily Tasks and corresponding rewards renew daily at 00:00 UTC+8. Don't forget to claim your rewards in time. 5. Weekly Reading Missions refer to the time you spend reading novels and comics on Webnovel every week. 6. The weekly reading time is calculated while your device is connected to the Internet. This might result in a delay of several minutes.

Read longer, Earn bigger

Read on the app and claim your rewards!

Get the App

Read anywhere, anytime