43.8% Avatar Raja / Chapter 152: Pemerhati Menjadi Watak Penentu

Chapter 152: Pemerhati Menjadi Watak Penentu

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

"Ha ha ha, janganlah cemas sangat, bodoh!! Kita baru bermain sekejap sahaja tapi kamu asyik-asyik sebut perhatian dicuri!! Adakah kamu ini 'wira perhatian dicuri'?". Steamed Bun Invasion ketawa terbahak-bahak.

"Jahanam!". Maple Tree menaikkan senjatanya dan menembak melulu pada dua orang penyamun yang sedang diserang oleh Cleansing Mist. Hatinya berasa sungguh sedih.

Apa salahnya dia risau tentang perhatian dicuri? Manalah dia tahu kumpulan aneh sebegini wujud? Jadi, bukan mustahil untuk mengelakkan perhatian dicuri dengan cara ini rupanya. Kaedah pengawalan pertarungan seperti ini sangat mengarut. Maple Tree memujuk dirinya sendiri sambil dia menembak ke arah penyamun dengan sugul.

Dalam persatuannya, dia senior, dialah bos. Sewaktu mereka bertarung di 'dungeon', dialah ketuanya; dia memberikan arahan; apa sahaja arahannya harus dipatuhi.

Tetapi sekarang? Dia si bodoh. Dia adalah 'wira perhatian dicuri'.

Maple Tree berasa teraniaya!

Sebelum dia datang, dia sudahpun menyiapkan diri dari segi mental. Lagipun, dia sedang menyertai kumpulan yang telah memecahkan kesemua rekod persatuan besar, mana mungkin dia meragui kemahiran mereka semua. Maple Tree tidak sedikit pun ragu-ragu yang mereka semua ini adalah jaguh handalan. Tetapi selepas melihat mereka bertarung dengan mata sendiri, dia sedar yang dia tidak cukup bersedia.

Tahap kemahiran kesemua pemain ini jauh mengatasi apa yang dia bayangkan. Maple Tree sukar untuk bertenang pada ketika ini. Dia berasa yang kewujudannya di dalam kumpulan ini tidak penting. Mereka berempat berkoordinasi dengan sungguh baik, sementara dia pula hanyalah orang luar yang memainkan peranan kecil, seorang pemerhati. Perasaan seperti ini tidak pernah dia rasakan sebelum ini!

"Steamed Bun, jangan leka. Kamu baru buat kesilapan tadi," kata Ye Xiu.

"Oh? Ya ke?"

"Ya. Serangan belakang yang kamu lakukan dengan lutut tadi tidak diarahkan dengan betul. Kalau kamu menyerang dari sudut 30 darjah ke kanan, penyamun itu akan tercampak dan akan berlaga dengan penyamun yang dicampakkan oleh Soft Mist."

"Oh."

"Ini hanyalah percubaan sahaja. Sebentar lagi, kamu harus lebih fokus. Kesilapan ini tidak akan mengubah keadaan keseluruhan, tetapi ia akan menggugat keefisienan kita. Beberapa kesilapan akan mengakibatkan kita membazirkan jumlah masa yang banyak," kata Ye Xiu.

"Okey! Tapi kalau saya lebih fokus, siapa nak tengokkan si bodoh itu?" tanya Steamed Bun.

"Dia boleh jaga diri dia sendiri," kata Ye Xiu.

"Kamu boleh, si bodoh!" Steamed Bun memberikan galakan.

Maple Tree hanya diam membisu.

Sewaktu mereka terus mara di 'dungeon' ini, Maple Tree dapat melihat lebih lanjut lagi betapa hebatnya kemahiran serta koordinasi kesemua pemain-pemain ini. Maple Tree agak malang. Jika dia menyertai Ye Xiu sewaktu mereka semua berada pada tahap 28, dia mungkin tidak akan merasa sedih sebegini.

Pada ketika itu, Tang Rou dan Steamed Bun masih belum arif dengan 'dungeon' ini. Malangnya, kesemua pemain sudah mencecah tahap 30 sekarang. Mereka bermain di 'dungeon' ini 3 kali sehari. Dengan kemahiran mekanikal mereka serta kepimpinan Ye Xiu, latihan berterusan mereka telah membuatkan seluruh kumpulan cukup memahami satu sama lain dan menyebabkan Maple Tree kelihatan sangat tidak berguna.

Rancangan dari segi taktik untuk Maple Tree adalah diuruskan oleh Cleansing Mist. Mereka berdua adalah watak yang menyerang dari jarak jauh dan bertugas untuk memberikan bantuan kepada 3 pemain lain yang bertarung dari jarak dekat.

Cleansing Mist memang sangat membantu. Setiap efek, setiap kawalan daripada tembakannya digunakan sepenuhnya. Maple Tree pula hanya bertugas untuk menembak dan menggunakan kesemua kemahiran apabila 'cooldown' selesai. Dia hanya harus memastikan serangannya mengenai sasaran. Itu sahaja.

Pada mulanya dia menyangka yang dia hanya harus memberikan sorakan kepada mereka semua, tetapi apabila mereka terus mara, Maple Tree menyedari yang Lord Grim mula memberikan lebih banyak perhatian kepadanya dan dia perlahan-lahan berasa seperti sebahagian daripada pasukan. Dia menyedari tentang perkara ini akibat daripada satu kesilapan yang dia lakukan. Sasaran yang ditembaknya telah menyebabkan seluruh kumpulan menjadi huru-hara. Dari kejadian ini, barulah dia menyedari yang Lord Grim bukan sekadar menyuruhnya menjadi pemerhati sahaja. Permainannya yang teruk hampir-hampir menyebabkan bencana.

"Tak bagus!" kata Steamed Bun. "Nampaknya saya masih perlu menjaga si bodoh ini!"

"Tak payah!" kata Maple Tree sambil mengetap gigi. "Saya elok saja, tadi saya hilang perhatian sebab telefon bimbit saya tiba-tiba berdering," Maple Tree berbohong untuk mengekalkan posisinya. Dia tidak mahu dianggap sebagai pemain bodoh, dia tidak mahu menjadi sekadar pemerhati. Dia mahu menjadi ahli yang penting dalam kumpulan ini.

"Kamu jaga diri kamu sahaja, Steamed Bun. Jangan risau tentang dia," kata Ye Xiu.

"Baiklah!" Steamed Bun terpaksa menerima sahaja arahan itu. "Jadi saya serahkan si bodoh ini kepada kamu."

"Maple Tree, fokus," kata Ye Xiu akhirnya. Pada separuh masa pertama perjalanan mereka, Ye Xiu telah memerhatikan kekuatan Maple Tree. Dia harus mengetahui tahap kemahiran Maple Tree sebelum boleh menggunakannya dalam kumpulan. Sebagai kumpulan yang hendak memecahkan rekod, mereka tidak boleh dibebankan dengan pemerhati yang tidak berguna, kesemua pemain harus memberikan persembahan terbaik. Beginilah cara kumpulan pemecah rekod beroperasi, ini bukan masalah kemahiran, ini adalah masalah perangai.

Selepas memerhati sepanjang masa ini, Ye Xiu sudah tahu yang Maple Tree bukanlah jaguh handalan. Dia sama sahaja dengan Seven Fields dan Sleeping Moon, hanya sekadar seorang pemain berpengalaman. Ye Xiu tidak boleh membiarkan dia menghadapi keadaan yang memerlukan kemahiran mekanikal tinggi, tetapi dia tetap boleh memberikan sumbangan juga. Pada ketika ini, Ye Xiu sedang menjelaskan serba sedikit kepada Maple Tree.

Dia memberikan penjelasan sambil bereksperimen.

Sebaik sahaja Maple Tree melibatkan diri, dia akan mengakibatkan bencana. Tetapi dengan bantuan dua pemain profesional dan dua pemain yang mempunyai kemahiran mekanikal tinggi, mereka tidak mempunyai masalah untuk menguruskan keadaan, tidak kiralah huru-hara seperti apa sekalipun. Maple Tree berasa lebih malu lagi. Perangainya yang bongkak tadi sudah lama hilang. Dia seperti seorang anak murid sekarang. Dia mendengar arahan Ye Xiu dan melakukan apa yang diarahkan sedikit demi sedikit.

Disebabkan ini, bahagian kedua 'dungeon' ini perlahan sedikit. Tetapi tidak ada sesiapa yang merungut. Tang Rou dan Steamed Bun juga diajar seperti ini. Su Mucheng pula sentiasa membantu Ye Xiu mengajar Maple Tree dan memberikan demonstrasi tentang apa yang perlu dilakukan.

Selepas menyelesaikan 'dungeon', Maple Tree mengelap peluh dari dahinya. 'Dungeon' kecil ini yang telah diselesaikannya entah berapa banyak kali… membuatkan dia sungguh tertekan sekarang. Strategi teliti yang dirancang oleh Ye Xiu perlu dilaksanakan dengan tepat. Persembahan setiap pemain akan mempengaruhi pemain yang lain, jadi mereka semua harus bermain dengan baik dan bekerjasama. Mereka tidak boleh membuat kesilapan dan membazirkan masa.

Strategi seperti ini menonjolkan potensi penuh setiap orang. Ini adalah strategi terbaik untuk mencuba memecahkan rekod.

Mereka memerlukan tempoh satu jam untuk menyelesaikan 'dungeon' ini. Tetapi mereka tidak peduli tentang masa, apa yang penting adalah mereka telah menyelesaikan masalah yang dihadapi.

"Baik, percubaan kedua. Mari kita cuba pecahkan rekod kali ini. Maple Tree, ada apa-apa yang kamu tak faham?" tanya Ye Xiu.

"Ya, pemain bodoh yang berlagak faham adalah punca kegagalan. Baik kamu jangan jadi salah seorang daripada pemain seperti ini," kata Steamed Bun.

"Saya bukan bodoh! Saya adalah ketua persatuan Full Moon!" kata Maple Tree dalam percubaan membela dirinya.

"Persatuan Full Moon? Kenapa tak guna nama Full Star?" tanya Steamed Bun.

"Kenapa Full Star pula?" Maple Tree bingung.

"Sebab Full Moon tak sedap didengar," pemikiran Steamed Bun begitu mudah, sehingga Maple Tree tidak faham. Sementara itu, para pemain lain sudah pun memasuki 'dungeon'.

Dalam percubaan mereka yang kedua, Maple Tree sudah mula faham rentak kumpulan ini. Tetapi Ye Xiu tidak yakin yang mereka mampu memecahkan rekod dalam percubaan ini. Jika Maple Tree datang dari persatuan besar seperti Blue Brook misalnya, mungkin boleh. Tetapi bukan mudah untuk seorang pemain biasa memahami strategi dengan keseluruhan dalam percubaan kedua sahaja. Biarpun tidak ada kesilapan, persembahannya tetap tidak mencapai piawaian. Mereka tidak dapat mencecah keefisienan penuh.

Jika peralatan semua pemain lain dapat menyamai tahap peralatan pasukan elit persatuan besar, kesilapan Maple Tree boleh diabaikan. Tetapi dalam situasi mereka sekarang, Maple Tree harus memberikan 100% usaha jika mereka mahu memecahkan rekod.

Akhirnya, ia sama sahaja dengan apa yang Ye Xiu ramalkan. Maple Tree masih gagal menyesuaikan diri dengan kumpulan. Walaupun dia tidak melakukan kesilapan besar, dia menghadapi keadaan di mana dia perlu berfikir panjang dan lambat bertindak, jadi ini melambatkan mereka semua.

Rekod masa untuk percubaan kedua mereka ialah 35:14:41. Memandangkan mereka tidak menghadapi masalah besar, kesemuanya bergantung pada persembahan Maple Tree sekarang. Ini satu-satunya punca mereka gagal memecahkan rekod.

Namun, nampaknya tugas mereka tidak dapat diselesaikan hari ini. Mereka hanya boleh mencuba sekali sahaja lagi. Ye Xiu faham yang Maple Tree tidak akan dapat menyesuaikan diri dengan begitu cepat.

Seperti yang dijangka, dalam percubaan ketiga, Maple Tree terus menunjukkan kemajuan, tetapi masih tidak cukup. Rekod masa mereka adalah 34:47:68 dan mereka tidak lagi boleh bermain di 'dungeon' ini hari ini.

Maple Tree memang tahu yang masalahnya adalah dia. Kesemua pemain lain tidak melakukan kesilapan, malah memperlahankan rentak mereka untuk memberinya peluang menyesuaikan diri. Perasaannya sungguh teruk sekali kerana dia telah membebankan seluruh kumpulan! Maple Tree terfikir tentang persatuannya sendiri. Jika ada pemain bodoh dalam persatuannya, pemain itu akan dibenci oleh semua orang. Sekarang ini, walaupun dia tidak memusnahkan kumpulannya, mereka semua tetap gagal memecahkan rekod gara-gara dia.

"Kamu ada akaun lain kan?" tanya Lord Grim tiba-tiba.

"Ah, ada!"

"Kamu patut gunakan akaun lain itu untuk berlatih di 'dungeon' ini. Masalah kita sekarang berpunca dari kamu. Asalkan kamu terus berlatih, kita patut boleh pecahkan rekod ini. Tapi kalau kita semua terus berlatih sehingga kita mencapai tahap 31 secara tak sengaja, teruklah," kata Ye Xiu. Find authorized novels in Webnovel,faster updates, better experience,Please click www.webnovel.com <a href="https://www.webnovel.com">www.webnovel.com</a> for visiting.

"Ya, saya akan fikirkan cara," kata Maple Tree.

"Penyamun di 'dungeon' ini sama sahaja dengan penyamun di kawasan menaikkan tahap, baik dari segi corak serangan atau tabiat mereka. Ada beberapa cara kamu boleh berlatih di kawasan itu. Misalnya…" Ye Xiu memberikan beberapa cadangan kepada Maple Tree.

Maple Tree mendengar dengan teliti. Dia mengangguk-angguk, kemudian menyedari yang Ye Xiu bukannya boleh melihat dia mengangguk, jadi dia sekali lagi berasa malu.

"Okey, itu sahaja untuk hari ini. Kamu boleh! Kita jumpa lagi esok malam."

"Jumpa esok malam!" Maple Tree beredar dan mula memikirkan cara untuk terus berlatih lagi.

Comment (1)

  • kemll

    kemll

    Adoi... bila nak boleh pecah rekod klu ada pemain cam ni😭😭😭😭

Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift Received

Table of Contents

Display Options

Report inappropriate content
error Tip

Report abuse
Write a review Reading Status: C152
Fail to post. Please try again
  • Translation Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Send Gifts
Gifted
Thank you for your generous gift.

Cost Spirit Stone to skip ad

You can get it from the following sources

  1. 1. Daily check-in
  2. 2. Invite friends invite now >
  3. 3. Vote for new stories Vote >
learn more >
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Get More
Payment Method paypal

Please switch to the pop-up to complete the payment.

Earn Rewards

Earn Rewards

Earn rewards

by completing the missions

Complete the daily and EXP missions, as well as every week’s reading missions to obtain EXP and SS as rewards.

Learn more about the rules 1. You can obtain the corresponding EXP and Bonus SS as rewards by completing daily missions and EXP missions, as well as weekly reading missions. 2. The obtained EXP can raise your user level. 3. Bonus SS can be used to unlock chapters, gift authors, etc. They are effective for 30 days. 4. Daily Tasks and corresponding rewards renew daily at 00:00 UTC+8. Don't forget to claim your rewards in time. 5. Weekly Reading Missions refer to the time you spend reading novels and comics on Webnovel every week. 6. The weekly reading time is calculated while your device is connected to the Internet. This might result in a delay of several minutes.

Read longer, Earn bigger

Read on the app and claim your rewards!

Get the App

Read anywhere, anytime