33.47% Avatar Raja / Chapter 153: Pasaran Pertukaran

Chapter 153: Pasaran Pertukaran

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

"Sudah pukul 2 pagi. Saya pun nak keluar dulu ya?" kata Su Mucheng.

"Macam mana kamu naikkan tahap akaun kamu?" tanya Ye Xiu padanya. Su Mucheng sepatutnya tidak ada masa untuk menaikkan tahap akaun tahap rendah ini. Tetapi sekarang Cleansing Mist berada pada tahap yang hampir sama dengan Lord Grim.

"Kamu jangan risau tentang itu!" Su Mucheng bersiul lalu log keluar.

"Dungeon lagi?" tanya Tang Rou. Memandangkan mereka sudah mencecah tahap 30, bermain di Hutan Fros bukan lagi satu pilihan baik, tetapi Laman Tulang masih boleh memberikan sedikit 'experience'. Selain daripada ini, mereka boleh memasuki 'dungeon' baru, Lembah Garisan yang bertahap 30 - 33.

'Dungeon' ini sama seperti Tanah Sepi yang boleh dimasuki sebanyak 3 kali setiap hari. Semalam, selepas mencecah tahap 30, Ye Xiu dan rakan-rakannya sudah mula bermain di sini. Tang Rou berasa tercabar apabila bermain di 'dungeon' yang dia tidak mahir, jadi dia sangat berminat untuk ke sana sekarang.

"Jangan terburu-buru, mari kita pergi membeli-belah," kata Ye Xiu.

"Beli-belah?" Tang Rou bingung.

"Kita berada pada tahap 30 sekarang. Kamu berdua patut mula memberikan perhatian pada peralatan kamu," kata Ye Xiu. "Bagi peralatan, tahap tinggi tidak bermaksud ia lebih baik. Jaguh handalan tahu memilih peralatan yang sesuai dengan gaya permainan mereka. Kelajuan pergerakan, kelajuan serangan, kesemua statistik berkaitan kelajuan ini, sama juga, lebih tinggi tidak bermaksud lebih baik. Apabila kelajuan terlalu tinggi, menjadi kebiasaan bagi pemain untuk hilang kawalan dan mendedahkan kelemahan. Jaguh handalan tidak mengejar peralatan dengan statistik tertinggi, mereka mencari peralatan yang paling sesuai dengan mereka. Mengapa senjata buatan sendiri sungguh kuat? Ia bukan sahaja kerana statistiknya lebih tinggi dari peralatan kelas Oren. Apa yang lebih penting adalah ia direka khas untuk gaya para pemain. Misalnya Payung Seribu Manifestasi saya. Kalau kamu tak cukup pengalaman dalam bermain permainan ini, kamu takkan boleh menggunakan sepenuhnya kekuatan senjata ini."

"Bagi senjata, pemain biasa akan kebiasaannya memilih senjata dengan kuasa serangan tertinggi. Tetapi bagi jaguh handalan, kuasa serangan bukanlah satu-satunya perkara yang mempengaruhi pemilihan senjata. Apa yang lebih penting adalah kelajuan serangan, panjang, berat dan sebagainya. Kesemua ini sangat penting dalam pertarungan sebenar. Misalnya, jika saya beri kamu tombak dengan kuasa serangan dua kali ganda dari senjata kamu sekarang, tetapi dengan kepanjangan ⅓ daripada senjata sekarang, kamu rasa kekuatan kamu akan meningkat atau berkurangan?" jelas Ye Xiu dengan panjang lebar dan tiba-tiba menyoal Tang Rou.

Tang Rou buntu selepas mendengar soalan itu. Dia tidak tahu menilai sama ada dia akan menjadi lebih kuat atau lebih lemah. Tetapi sekurang-kurangnya dia faham apa yang ingin Ye Xiu sampaikan.

"Semakin hebat seorang jaguh, semakin mereka sedar tentang perbezaan senjata. Saya hanya mampu memerhati dan memberikan nasihat, tetapi pilihan senjata bergantung sepenuhnya pada kamu. Maksudnya, kamu harus mencuba banyak senjata yang berbeza. Kamu harus mencari peralatan yang paling sesuai. Sama ada kamu harus menyesuaikan gaya permainan kamu demi senjata atau sebaliknya, itu semua keputusan kamu."

Mereka terus-menerus bercakap sehingga akhirnya tiba di Bandar Congee.

Bandar Congee jauh lebih besar dari Pekan Bulls. Ia adalah salah satu bandar utama dalam dunia Glory. Ia adalah bandar besar pertama yang akan dijumpai oleh para pemain dan merupakan tempat perkumpulan bagi pemain bertahap rendah dan sederhana.

Dari tahap 30 ke atas, para pemain akan memberikan lebih banyak perhatian pada peralatan mereka, jadi Pasaran Pertukaran menjadi lebih terkenal di sini. Banyak mesej untuk membeli dan menjual akan muncul di laman sembang dunia juga. Apabila pemain masuk ke Bandar Congee, mereka akan melihat ramai para pemain lain membeli dan menjual barang-barangan di sekeliling mereka.

Namun, harga kebanyakan barang teramat tinggi. Server baru ada ramai pemain baru. Walaupun pemain baru ini tidak faham, mereka bukanlah bodoh. Tidak ramai pemain yang menjual dengan membabi buta. Jika mereka tidak tahu harga sesebuah barang, mereka akan melihat di sekeliling dahulu atau bertanya. Tang Rou dan Steamed Bun kedua-duanya tidak terkata-kata apabila melihatkan harga-harga barangan yang dipaparkan.

Sepanjang perjalanan mereka ke tahap 30, mereka tidak pernah mendapat ganjaran yang sangat bertuah. Selain daripada ganjaran 'quest', sumber pendapatan mereka hanyalah melalui pembunuhan raksasa. Tetapi jumlah wang yang dikumpulkan tidak banyak, sampai sekarang mereka hanya mengumpul tidak lebih daripada 10 wang emas. Membeli posyen dan barangan lain menggunakan wang perak sebagai unit ukuran. Di Beginners Village, posyen nyawa dan mana yang bertahap paling rendah berharga 1 wang perak sebotol. 1 wang emas bersamaan dengan 100 wang perak. 10 wang emas adalah lebih dari cukup untuk membeli posyen-posyen ini, namun ia semua adalah posyen tahap paling rendah. Bagi pemain tahap 30, tidak berbaloi membeli posyen seperti ini.

Sudah dianggap sangat bagus bagi Tang Rou dan Steamed Bun untuk dapat mengumpul wang sebanyak itu. Tahap kemahiran mereka tinggi, jadi mereka dapat mengelak kebanyakan serangan sewaktu pertarungan. Jika tidak, jika mereka pemain biasa, mereka pasti akan menghabiskan jumlah wang yang banyak untuk membeli posyen. 10 wang emas sudah dianggap kaya dalam kalangan pemain biasa.

Ye Xiu melihat di beberapa gerai. Dia mempelajari yang peralatan tahap 30 ke atas masih jarang ditemui. Ini kerana para pemain tahap 30 hanyalah sebahagian kecil daripada populasi keseluruhan pada waktu ini. Kebanyakan pemain masih mencuba untuk mencecah tahap 30. Pada ketika ini, ada banyak gerai tetapi kebanyakan gerai tersebut dibuka oleh pemain yang berada di bawah tahap 30. Disebabkan itu, selain daripada beberapa peralatan unik, kebanyakan barangan lain tidak istimewa langsung.

Tang Rou dan Steamed Bun sekurang-kurangnya tahu untuk mencari peralatan berdasarkan tahap mereka. Mereka tidak mempedulikan kesemua barangan di bawah tahap 30.

"Mahalnya!" selepas melihat harga barangan yang diperlukan, mereka meluahkan rasa kesal.

Peralatan biasa kelas Biru tahap 30 berharga 10 wang emas, seluruh harta mereka. Peralatan set kelas lebih mahal lagi. Ia berharga antara 20 sehingga 40 wang emas untuk satu set. Perbezaan harga ini terjadi kerana populariti kelas dunia glory. Misalnya, Blade Master dan Sharpshooter adalah 2 kelas yang paling popular, jadi disebabkan ada permintaan tinggi untuk peralatan 2 kelas ini, harganya juga lebih mahal.

Baju perisai dan senjata juga mengamalkan konsep yang sama. Senjata kelas Biru tahap 30 berharga antara 30 hingga 50 wang emas. Bagi senjata kelas Ungu pula, senjata biasa berharga 100 wang emas. Bagi senjata dengan statistik tinggi, ia boleh mencecah 200 wang emas. Harga ini dianggap adil kerana ia dijual oleh pemain veteran bertahap 30 daripada persatuan-persatuan besar.

"Kalau saya nak beli senjata, berapa lama saya kena simpan wang?" tanya Tang Rou.

"Nampaknya lagi baik saya simpan mata dalam Arena saja!" Steamed Bun masih menggunakan Cakar kelas Ungu tahap 25 yang didapati dari Arena.

"Ha ha, asalkan peralatan itu tidak diikat pada kamu, kamu boleh saja menjual semula peralatan itu di kemudian hari!" kata Ye Xiu.

Dalam dunia Glory, peralatan dari server biasa boleh diikat pada pemain. Selepas diikat, peralatan itu tidak akan hilang jika pemainnya mati. Tetapi ia juga akan menjadikan peralatan tersebut tidak boleh ditukarkan. Selepas diikat, peralatan tidak boleh dibuka semula, jadi pada tahap awal permainan seperti ini, tidak ada sesiapa yang mengikat peralatan mereka. Semua orang ingin menjual peralatan mereka selepas ia menjadi ketinggalan zaman. Tetapi disebabkan ini juga, harga bagi peralatan kelas rendah akan menjadi semakin murah lambat laun. Misalnya di server lama, harga barangan yang diinginkan oleh Tang Rou dan Steamed Bun adalah 10 kali ganda lebih rumah. Lagipun, kebanyakan pemain tidak ingin membazirkan masa mencari pembeli untuk barangan tersebut, jadi mereka memilih untuk menjualnya di gerai sahaja.

"Jadi, apa yang perlu kami beli?" tanya Tang Rou.

"Senjata," jawab Ye Xiu. Selepas melihat persembahan Maple Tree sebanyak 3 kali, Ye Xiu tidak ingin memperjudikan nasib dan berharap dia akan dapat memperbaiki permainannya. Akhirnya, dia memutuskan yang mereka harus mendapatkan senjata yang lebih kuat.

"Mana nak cari duit?" tanya Tang Rou. Dia melihat tombak kelas Ungu dijual dengan harga 120 wang emas. Tombak kelas Biru jauh lebih murah, harganya di bawah 40 wang emas. Tetapi senjata kelas Biru tahap 30 adalah lebih kurang sama kuat sahaja dengan senjata kelas Ungu tahap 25 yang digunakannya sekarang, jadi tidak ada gunanya dia membeli senjata tersebut. Jika dia ingin bertukar senjata, dia harus membeli tombak kelas Ungu.

"Wang bukan masalah. Cari saja senjata yang kamu suka! Kalau kamu rasa senjata yang kamu gunakan sekarang bagus, kamu patut pilih tombak Scarlet Moon tahap 30. Panjang dan beratnya lebih kurang sama dengan senjata kamu sekarang," kata Ye Xiu. Find authorized novels in Webnovel,faster updates, better experience,Please click www.webnovel.com <a href="https://www.webnovel.com">www.webnovel.com</a> for visiting.

"Oh? Kalau macam tu saya akan cari. Saya bayar balik pada kamu nanti," kata Tang Rou.

"Belikan saya sekotak rokok pun dah cukup," kata Ye Xiu.

"Saya tengah tunggu gaji masuk…" jawab Tang Rou dengan muram. Dia tidak ada wang sekarang, semuanya telah diperjudikan pada Ye Xiu.

"Steamed Bun! Cari senjata yang kamu suka, itu akan menjadi hadiah saya pada kamu!" kata Ye Xiu pada Steamed Bun.

"Ha ha, saya pun dapat!" Steamed Bun bersorak.

"Sudah tentulah."

"Jadi saya nak cari sekarang. Steamed Bun Invasion tidak sopan seperti Tang Rou. Dia mempunyai pengalaman bermain. Biarpun bukan bermain Glory, dia memang tahu yang Ye Xiu dan dia berada pada tahap berbeza. Ye Xiu adalah seorang pemain tahap dewa. Dewa memberikan hadiah kepada pemain baru adalah suatu perkara biasa, jadi tidak perlu bersopan-santun.

Steamed Bun kembali selepas seketika dan memberitahu yang dia sudah jumpa senjata yang dia suka. Ye Xiu mengikutnya untuk melihat dan serta-merta menyesali apa yang dikatakannya tadi: "Steamed Bun, kamu memang melampau!"

"Ha ha!" Steamed Bun ketawa. Dia telah menjumpai senjata kelas Oren. Ini adalah senjata kelas Oren pertama yang ditemui Ye Xiu. Bagaimana Steamed Bun boleh mengesan senjata ini dalam tempoh satu minit sahaja selepas diberitahu yang Ye Xiu akan memberinya hadiah??

Senjata Cakar Vampiric kelas Oren tahap 30, 800 wang emas. Harga senjata kelas Oren memang jauh berbeza dengan senjata kelas Biru atau Ungu.

"Boleh tak?" tanya Steamed Bun.

"Memang tak boleh! Saya hanya ada 15 wang emas sahaja. Saya terpaksa jual barang demi membelikan kamu berdua senjata. 800 wang emas, kamu nak saya jual diri ke!" kata Ye Xiu. Dia mempunyai 5 wang emas lebih banyak daripada Steamed Bun dan Tang Rou kerana dia tidak menggunakan posyen dan makanan sebanyak mereka berdua.

"Ya ke? Kalau macam itu saya pergi cari lagi," Steamed Bun beredar.

"Senjata kelas Oren tak boleh!!" Ye Xiu mengingatkan.

"Faham!" suara Steamed Bun kedengaran dari jauh.

Ye Xiu menggelengkan kepalanya dan mengarahkan Lord Grim untuk bergerak ke satu sudut di pasar. Dia melihat sebuah gerai dengan papan tanda yang bertulis: "Membeli Bahan Mentah Yang Jarang Ditemui."

"Berapa banyak wang yang boleh saya dapat dengan menjual Sutera Kukuh Labah-Labah?" tanya Lord Grim.

Pekedai itu memusingkan badan untuk melihat ke arahnya. Selepas terdiam seketika, dia berkata: "Lord Grim…Bukan ke kamu dapat Sutera Kukuh Labah-Labah itu dari kami? Sekarang kamu nak jual balik pada kami pula?"

Comment (1)

  • kemll

    kemll

    👍👍👍👍

Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift Received

Table of Contents

Display Options

Report inappropriate content
error Tip

Report abuse
Write a review Reading Status: C153
Fail to post. Please try again
  • Translation Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Send Gifts
Gifted
Thank you for your generous gift.

Cost Spirit Stone to skip ad

You can get it from the following sources

  1. 1. Daily check-in
  2. 2. Invite friends invite now >
  3. 3. Vote for new stories Vote >
learn more >
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Get More
Payment Method paypal

Please switch to the pop-up to complete the payment.

Earn Rewards

Earn Rewards

Earn rewards

by completing the missions

Complete the daily and EXP missions, as well as every week’s reading missions to obtain EXP and SS as rewards.

Learn more about the rules 1. You can obtain the corresponding EXP and Bonus SS as rewards by completing daily missions and EXP missions, as well as weekly reading missions. 2. The obtained EXP can raise your user level. 3. Bonus SS can be used to unlock chapters, gift authors, etc. They are effective for 30 days. 4. Daily Tasks and corresponding rewards renew daily at 00:00 UTC+8. Don't forget to claim your rewards in time. 5. Weekly Reading Missions refer to the time you spend reading novels and comics on Webnovel every week. 6. The weekly reading time is calculated while your device is connected to the Internet. This might result in a delay of several minutes.

Read longer, Earn bigger

Read on the app and claim your rewards!

Get the App

Read anywhere, anytime