72.98% Avatar Raja / Chapter 154: Dari Mana Datangnya Semua Bahan Mentah Ini?

Chapter 154: Dari Mana Datangnya Semua Bahan Mentah Ini?

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

"Oh, kamu siapa?" Ye Xiu hanya melihat papan tanda gerai ini tetapi tidak perasana nama pekedainya. Dia melihat: Persatuan Blue Brook, Bound Boat.

"Saya digelar Bound Boat. Saya dari persatuan Blue Brook," Bound Boat memperkenalkan diri. Dia pernah bertemu dengan Lord Grim dahulu, tetapi disebabkan dia menggunakan watak Cleric, dia tidak diperlukan dalam kumpulan' dungeon'. Mereka berdua tidak pernah berbual sebelum ini, jadi dia tidak terkejut yang Lord Grim tidak ingat dia siapa.

"Oh, kamu rupanya," kata Ye Xiu sambil tersenyum. "Bagus juga kalau saya boleh jual balik pada kamu. Apa gunanya wang? Bahan mentah akan kekal selama-lamanya, ia sentiasa berguna!"

Bound Boat ketawa. Tidak ramai yang menggunakan ayat ini. Kebanyakan pemain baru tidak pernah mendengarnya. Para pemain yang menggunakan ayat ini adalah pemain yang mempunyai pengalaman selama sekurang-kurangnya 5 tahun bermain Glory.

Tetapi memiliki jumlah pengalaman yang banyak tidak semestinya bermakna mereka adalah pemain handalan. Ada ramai pemain dalam komuniti Glory yang sudah lama bermain, tetapi mereka tetap bukan pemain handalan. Untuk menjadi pemain handalan, seseorang pemain perlulah mempunyai bakat. Jika pemain biasa yang tidak berbakat hendak mencecah tahap kemahiran yang diperlukan, mereka perlu berlatih dan berusaha dengan perlahan-lahan, ia bukannya mudah.

Bound Boat adalah pemain seperti ini. Dia sudah bermain Glory selama 7 tahun. Bound Boat tahu yang Lord Grim juga adalah seorang veteran yang setanding dengannya dari segi pengalaman.

Dua orang pemain yang berpengetahuan tinggi dalam dunia Glory mampu untuk banyak berjimat dalam urusan membeli dan menjual. Mereka tidak akan tertipu.

"40 wang perak untuk setiap Sutera Kukuh Labah-Labah," Bound Boat tidak berkata apa-apa lagi.

"Jangan berguraulah. Sekurang-kurangnya 1 wang emas untuk setiap sutera!" kata Ye Xiu.

"Di mata pemain senior seperti kita, server baru ini tidak penting, jadi kita bertindak mengikut pengetahuan kita sebagai senior. Disebabkan itu, memandangkan kamu yang membeli, saya akan rendahkan harga kepada 80 keping wang perak untuk setiap sutera." kata Ye Xiu lagi.

"Kalau saya boleh beli pada harga 40 keping wang perak untuk setiap sutera, kenapa saya perlu bayar 80 keping wang perak?" tanya Bound Boat.

"Buat masa ini bolehlah kamu nak bayar 40 keping wang perak. Lambat-laun, harganya pasti akan meningkat kepada 80 keping wang perak setiap satu. Fikir macam itu saja," kata Ye Xiu.

"Kamu perlu berpijak di dunia nyata. Ini kan server baru," Bound Boat ketawa. Jelas sekali dia adalah seorang yang tenang dan berhati-hati. Kekuatan Lord Grim tidak mempengaruhi penilaian dia tentang urusan perniagaan. Dia tidak akan berganjak walau sedikit pun.

Ye Xiu tidak boleh berbuat apa-apa dan hanya mampu bertanya sekali lagi: "Kalau kamu letak harga 40 keping wang perak untuk setiap Sutera Kukuh, macam mana pula dengan Batu Fros?" Bahan ini jauh lebih berharga dari Sutera Kukuh, ia hanya ditemui dari bos tersembunyi di Lembah Garisan. 'Dungeon' ini hanya boleh diharungi 3 kali sehari, jadi peluang untuk bertemu dengan bos tersembunyi sangat rendah. Sewaktu bermain semalam, Ye Xiu dan kumpulannya tidak bertemu dengan bos tersembunyi walau sekali pun.

"Saya bayar 20 wang emas," kata Bound Boat.

"35 wang emas," tawar Ye Xiu.

"Server baru, server baru!" tekan Bound Boat.

"30! 20 itu adalah penghinaan buat seorang senior seperti saya," kata Ye Xiu.

"Ha ha, berapa banyak Batu Fros yang kamu ada?" tanya Bound Boat.

"Kalau kamu nak bayar 30 wang emas untuk setiap satu, saya akan jual 10!" kata Ye Xiu.

"Se...sepuluh?" Bound Boat tergamam. Dia tidak dapat membayangkan bagaimana seorang pemain yang baru mencecah tahap 30 boleh mengumpulkan 10 ketul Batu Fros. Batu ini hanya ditemui daripada bos tersembunyi yang tertentu. Walau kadar kebarangkalian untuk mendapat batu ini sebagai ganjaran adalah tinggi, kadar kebarangkalian untuk menemui bos tersembunyi yang memberikan ganjaran tersebut sangat rendah. Disebabkan faktor inilah batu tersebut dilabelkan sebagai 'bahan mentah yang jarang ditemui'.

Lord Grim baru sahaja mencecah tahap 30 semalam. Tahap wataknya diperhatikan dengan teliti oleh persatuan Blue Brook. Selepas bermain di Lembah Garisan selama 2 hari, dia hanya mempunyai 6 peluang sahaja. Walaupun dia bertemu dengan bos tersembunyi sebanyak 6 kali berturut-turut, ia masih tidak menjanjikan dia mendapat 10 Batu Fros. Kadar peluang untuk ini berlaku bukanlah kosong, tetapi hampir kosong!

"Apa pendapat kamu?" tanya Ye Xiu.

"Macam mana kamu boleh dapat banyak Batu Fros?" Bound Boat gagal meneka. Memang mustahil untuk dia memperoleh kesemua batu tersebut dengan usaha sendiri. Jika dia membeli baru tersebut, tidak masuk akal baginya untuk menjual kepada pengumpul bahan mentah seperti Bound Boat. Itu tindakan yang terlalu bodoh bagi seorang senior. Disebabkan ini, Bound Boat berfikir yang Lord Grim memperoleh kesemua batu ini daripada tindakan kotor seperti membunuh pemain lain misalnya.

"10 banyak sangat ke?" Ye Xiu tersenyum.

"Ada banyak lagi ke?" Bound Boat terperanjat.

"Saya ada banyak. Sejujurnya, saya rasa saya ada jumlah yang sama dengan jumlah yang kamu simpan dalam bilik stor persatuan Blue Brook," kata Ye Xiu.

"Mustahil," Bound Boat masih ragu-ragu. "Macam mana kamu dapat?"

"Kamu jangan risau tentang itu! Cakap saja kamu nak atau tak!" kata Ye Xiu.

Bound Boat tidak dapat menjawab pada ketika ini. Walaupun dia telah meletakkan harga bagi Batu Fros, dia tidak merancang berapa banyak yang akan dia beli. Pada ketika ini, hanya pemain bertahap tinggi yang memiliki batu ini dan kebanyakan daripada mereka adalah daripada persatuan besar seperti dia sendiri. Persatuan besar hanya akan membeli bahan mentah dan menggunakannya, mereka tidak akan menjual. Apatah lagi, masanya belum sesuai untuk menggunakan Batu Fros lagi.

Sewaktu Lord Grim bertanya padanya, Bound Boat menyangka Lord Grim hanya mempunyai satu atau dua Batu Fros sahaja, jika dia bertuah. Kerana itulah dia tidak begitu peduli tentangnya. Tetapi siapa sangka Lord Grim ada sekurang-kurangnya 10 batu! Selain daripada persatuan yang dinaungi oleh kelab profesional, jumlah ini sepatutnya mustahil untuk sesiapa pun miliki. Bukan itu sahaja, dari nada Lord Grim, ia seolah-olah seperti dia ada lebih banyak dari 10 batu!

"Berapa banyak yang kamu ada semuanya?" tanya Bound Boat. Dia tidak merancang untuk membeli kerana dia tidak menyangka dia akan mendapat peluang seperti ini. Tetapi memandangkan peluang ini sudah tiba, dia tidak ingin melepaskannya.

"Dalam 30 ke 40!" jawab Ye Xiu.

Bound Boat hampir terjatuh dari kerusinya. Jika Lord Grim ada jumlah sebanyak ini, ia memang menyamai jumlah yang ada pada Blue Brook. Sebelum Bound Boat keluar untuk membeli bahan, dia telah memeriksa bilik stor persatuan dan masih ingat yang mereka ada lebih kurang 40 atau 50 Batu Fros.

"25 wang emas untuk seketul batu! Saya nak semua!" kata Bound Boat. Peluang membeli seperti ini tidak akan datang lagi. Mustahil bagi pemain lain untuk mengumpul sebegini banyak bahan mentah yang jarang ditemui.

"Bila pula saya kata saya nak jual semua? Saya nak jual 10 saja. Kamu bayar 300 wang emas, semuanya milik kamu!" kata Ye Xiu.

"25 untuk seketul batu!" Bound Boat tidak peduli jika dapat membeli 10 sahaja, dia akan membeli semua yang dia mampu.

"Lepas itu saya tawar 29, kamu tawar 26. Saya tawar 28, kamu 27, akhirnya kita akan bersetuju sebanyak 27.5 wang emas untuk seketul batu. Jadi, 275 wang emas? Persatuan kamu besar, apalah sangat 25 wang emas itu? Memalukan! 300!" kata Ye Xiu.

"Macam mana kamu boleh fikir macam itu?" tanya Bound Boat.

"Kamu memang tenang," kata Ye Xiu.

"Ha ha, 25 wang emas adalah harga yang adil!" kata Bound Boat.

"Kamu yang tak nak!" kata Ye Xiu. Lord Grim tiba-tiba berdiri di sebelah Bound Boat.

"Apa yang kamu lakukan ni?" Bound Boat panik. Dia pening memikirkan bagaimana Lord Grim mendapat begitu banyak Batu Fros. Dia pasti tidak mendapatkannya melalui 'dungeon' semata-mata. Bound Boat hanya dapat meneka yang Lord Grim membunuh pemain lain dan mencuri barangan mereka. Tetapi dengan jumlah sebanyak ini, pasti kekecohan akan timbul. Bound Boat sendiri bermain di Lembah Garisan setiap hari, tetapi dia tidak pernah mendengar tentang sesuatu seperti ini.

Adakah dia menggodam? Pemain veteran memang berpengalaman, jadi mungkin dia boleh. Glory sudah lama tidak digodam, tetapi Bound Boat masih ingat bagaimana para pemain saling merompak satu sama lain pada masa dahulu.

Selepas Lord Grim bergerak ke sisinya, dia memasang gerainya sendiri dan berkata: "Kalau saya letak 30 wang emas sebagai harga pasaran, ia akan habis terjual sekelip mata. Ini semua salah kamu yang tidak mahukannya."

Selepas selesai bercakap, gerai Lord Grim telah siap. 10 ketul Baru Fros diletakkan di atas meja. Setiap satu berharga 30 wang emas.

Bound Boat tergamam. Dalam permainan ini, setiap barang ada harga pembelian dan harga pasaran. Harga pembelian rendah, tetapi stabil buat penjual. Ia juga bukan sukar untuk mencari pembeli. Bagi harga pasaran pula, harganya lebih tinggi. Hanya pemain yang memerlukannya akan membeli. Sukar untuk dijangka berapa lama masa yang diperlukan untuk menjual barangan dengan harga pasaran. Ia memerlukan kesabaran. Bagi pemain yang terdesak memerlukan wang, mereka pasti tidak akan menjual barang dengan harga pasaran.

Sekarang ini, Lord Grim menjual barangnya dengan harga pasaran. Di Heavenly Domain, harga pasaran bagi Batu Fros adalah 35-40 wang emas setiap satu, sementara harga pembelian adalah 30 wang emas. Ye Xiu meletakkan harga 30 wang emas dan tidak akan berganjak. Akhirnya, Bound Boat tidak berkata apa-apa.

30 wang emas. Bagi server baru, ini dianggap harga pasaran. Harga yang memerlukan kesabaran. Tetapi apa yang perlu diberikan perhatian adalah, ini server baru. Tidak ada sesiapa yang menjual Batu Fros. Persatuan besar tidak akan menggunakan Batu Fros untuk membuat wang. Oleh itu, ia sangat sesuai bagi Ye Xiu. Nampaknya ketika ini, dia adalah pemain yang mempunyai tahap paling tinggi. Dia mempunyai beberapa bahan mentah tahap tinggi, jadi dia boleh menjualnya dengan apa cara sekalipun yang dia mahu. Lagipun, dia tidak mencipta harga monopoli. Ia hanya 30 wang emas, harga pasaran biasa.

"Biar saya fikir, di tahap 30, Batu Fros boleh diguna untuk mencipta peralatan apa?" kata Ye Xiu seolah-olah bercakap dengan dirinya sendiri.

"Betul, Tongkat Jiwa salah satu daripadanya. Senjata ini mendatangkan 'damage' tambahan kepada raksasa tanpa mati, sangat berguna. 'Dungeon' hanya memberikan 'blueprint' sebagai ganjaran, jadi kamu perlukan Batu Fros jika hendak menciptanya.

"Oh, Salib Berkilat, senjata elemen cahaya. Jika Cleric menggunakannya, kemahiran elemen cahaya mereka akan mempunyai efek tambahan. Sekali lagi, 'dungeon' hanya memberikan 'blueprint' sahaja, jadi kamu harus cipta sendiri senjata ini. Kamu tahu kan, Cleric kan?" kata Ye Xiu.

"Hm? Tengok Berserker tu, saya tiba-tiba teringat senjata Pemotong Batu mereka memerlukan Batu Fros juga. Oh! Dia datang! Dia datang nak beli! Ah, sayangnya, tidak. Dia adalah Berserker yang menggunakan senjata Tachi. Malangnya. Pemotong Batu ah Pemotong Batu. Kalau kamu beli Batu Fros saya, kamu boleh mencipta Pemotong Baru," kata Ye Xiu lagi.

Bound Boat yang tadinya tenang akhirnya tergugat. Memang benar kata-kata Ye Xiu, bagi kesemua senjata yang disebutnya tadi. 'Blueprint' mereka boleh ditemui di dalam 'dungeon'. Para pemain memerlukan bahan mentah tambahan di samping 'blueprint' ini jika ingin mencipta senjata tersebut. Batu Fros adalah salah satu bahan mentah wajib yang diperlukan. Ia hanya berharga 30 wang emas sahaja. Seorang pemain yang ingin mencipta senjata kelas Ungu pasti tidak akan ragu-ragu untuk membelinya, betul tak?

Sedang dia berfikir, seorang pemain lain melangkah ke hadapan. "Oh? Gerai ini menjual Batu Fros!"

"Semua dah habis! Saya dah beli semua!" kata Bound Boat serta-merta.

Comments (2)

  • rayna_maniya

    rayna_maniya

    Hahaha.. Akhirnya

  • kemll

    kemll

    👍👍👍👍

Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift Received

Table of Contents

Display Options

Report inappropriate content
error Tip

Report abuse
Write a review Reading Status: C154
Fail to post. Please try again
  • Translation Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Send Gifts
Gifted
Thank you for your generous gift.

Cost Spirit Stone to skip ad

You can get it from the following sources

  1. 1. Daily check-in
  2. 2. Invite friends invite now >
  3. 3. Vote for new stories Vote >
learn more >
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Get More
Payment Method paypal

Please switch to the pop-up to complete the payment.

Earn Rewards

Earn rewards

by completing the missions

Complete the daily and EXP missions, as well as every week’s reading missions to obtain EXP and SS as rewards.

Learn more about the rules 1. You can obtain the corresponding EXP and Bonus SS as rewards by completing daily missions and EXP missions, as well as weekly reading missions. 2. The obtained EXP can raise your user level. 3. Bonus SS can be used to unlock chapters, gift authors, etc. They are effective for 30 days. 4. Daily Tasks and corresponding rewards renew daily at 00:00 UTC+8. Don't forget to claim your rewards in time. 5. Weekly Reading Missions refer to the time you spend reading novels and comics on Webnovel every week. 6. The weekly reading time is calculated while your device is connected to the Internet. This might result in a delay of several minutes.

Read longer, Earn bigger

Read on the app and claim your rewards!

Get the App

Read anywhere, anytime