30.09% Avatar Raja / Chapter 155: Penjejakan Bertindih

Chapter 155: Penjejakan Bertindih

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

"30 wang emas setiap satu," kata Lord Grim pada Bound Boat.

"Baiklah, 30 pun 30 lah!" kata Bound Boat. Pemain yang datang bertanyakan harga tadi adalah pasangan kekasih. Ia terlalu menakutkan kerana orang yang bertanya itu adalah perempuan. Jangan 30 wang emas, 300 wang emas pun pasti akan sanggup dibayar oleh kekasihnya!

Bound Boat segera membuat keputusan untuk membeli semua. Dia khuatir jika ada orang lain yang merampas peluang daripadanya dan membeli 8 atau 10 ketul Batu Fros tanpa ragu-ragu. Jika itu terjadi, betapa teruknya dia kerana melepaskan peluang ini!

Bound Boat menunjukkan kemahiran mekanikalnya sebagai seorang pemain veteran. Dia serta-merta menutup gerainya dan wataknya melangkah ke hadapan gerai Lord Grim. Tetikusnya berterusan mengetik, dan tanpa melihat dia menyapu bersih kesemua bahan yang dijual oleh Lord Grim. Pasangan kekasih tadi hanya terdiam membisu dan melihat. Akhirnya mereka berkata "lelaki ini mesti gila" dan beredar.

"Wah, lajunya!" Ye Xiu juga terkejut.

"Terima kasih," kata Bound Boat dengan sopan.

"Kamu sudah sahkan semuanya? Pasti ke setiap satu berharga 30 wang emas?" tanya Ye Xiu.

Bound Boat bertukar pucat. Dia melihat jumlah wangnya. Dia lega apabila mengetahui dia telah membelanjakan 300 wang emas, tidak lebih dari itu. Tidak ada masalah dengan pembayaran.

"Jangan buat lawak…" Bound Boat ketakutan dalam hatinya! Dia tidak melihat harga langsung tadi. Dia diamanahkan untuk membawa wang persatuan kerana dia bertugas untuk membeli bahan mentah. Jika Ye Xiu menaikkan harga tiba-tiba tadi dan dia membelanjakan ribuan wang emas, dia pasti menangis!

"Kalau kamu sempat periksa harga dalam tempoh sesingkat itu tadi, kamu memang hebat," kata Ye Xiu. "Saya nak gerak sekarang."

"Selamat tinggal," kata Bound Boat dalam kebingungan sambil melihat tubuh Lord Grim hilang dalam kalangan orang ramai. Selepas beberapa ketika, dia kembali ke realiti dan memberikan laporan kepada Blue River.

"Lord Grim? Mana mungkin? Kamu terjumpa dia di bandar? Bukan ke dia patut mencipta rekod 'dungeon'? Dia dah selesai ke? Blue River bertanya banyak soalan. Dia tidak peduli tentang Batu Fros yang begitu dirisaukan oleh Bound Boat. Jika Lord Grim mencipta rekod 'dungeon', kenapa namanya masih belum muncul di papan pendahulu? Blue River ragu-ragu sambil memeriksa rekod. Rekod Blue Brook masih berada di tempat teratas. Tempat kedua dan ketiga tidak berubah juga. Tidak ada sebarang tanda tentang Lord Grim.

"Peliknya. Mungkin mereka belum mula lagi?" Blue River bertanya pada Bound Boat.

Find authorized novels in Webnovel,faster updates, better experience,Please click www.webnovel.com <a href="https://www.webnovel.com">www.webnovel.com</a> for visiting.

"Manalah saya tahu… tapi sekarang ini, jika dia hendak mencipta rekod, rasanya dia akan selesai tak lama lagi. Mungkin dia gagal memecahkan rekod? Lord Grim menjual Batu Fros tadi, kenapa seorang seperti dia hendak menjual bahan mentah? Rasanya mereka menghadapi halangan di 'dungeon', jadi dia terdesak memerlukan wang. Mungkin dia hendak menggunakan wang untuk membeli peralatan?" Bound Boat memang hebat dalam membuat analisis. Biarpun dia tidak dapat meneka dari mana datangnya Batu Fros, dia masih berjaya meneka sebab mengapa Ye Xiu menjualnya.

"Jadi macam ini rupanya… 10 ketul Batu Fros kamu kata?" sekarang barulah Blue River bertanya soalan ini. 'Dungeon' dan sebagainya bukan di bawah kawalan Blue River. Jika Lord Grim ingin mencipta rekod hari ini, dia akan cipta hari ini. Jika dia ingin mencipta rekod esok, dia akan cipta esok. Blue River hanya mampu menunggu dan melihat.

"Ya, dan nampaknya, dia ada lebih dari 10," kata Bound Boat.

"Itu mustahil. Sekarang ini hanya pemain dari persatuan yang dinaungi kelab profesional ada lebih dari 10 Batu Fros. Mustahil persatuan biasa boleh mengumpul Batu Fros sebanyak itu, dan lebih mustahil lagi ia dikumpul oleh seorang pemain sahaja," kata Blue River.

"Sebab itu saya kata ia sungguh aneh," kata Bound Boat.

"Mungkin dia sudah pun dibeli oleh sebuah persatuan?" fikir Blue River tiba-tiba.

"Ha ha, nanti kita tengok!" kata Bound Boat.

"Nak tengok macam mana?"

"Saya suruh Thousand Creations mengekori dia. Mari kita lihat dia pergi berjumpa siapa," jawab Bound Boat.

Pada ketika ini, bukan Blue River seorang sahaja yang sedang memerhatikan kedudukan rekod. Kesemua ketua persatuan yang lain sedang memikirkan betapa teruknya perasaan mereka jika rekod mereka dipecahkan oleh persatuan kecil seperti Full Moon. Biarpun begitu, mereka tidak mampu berbuat apa-apa selain terus memerhati.

Dari pukul 12 hingga pukul 1 hingga pukul 2, kesemua ketua persatuan resah, tetapi mereka tidak tahu yang Ye Xiu hanya sedang berjalan-jalan.

"Macam mana? Dah jumpa kelengkapan yang kamu mahu?" tanya Ye Xiu pada Tang Rou dan Steamed Bun. 300 wang emas. Memandangkan kumpulan mereka tidak menggunakan watak seperti Blade Master atau kelas lain yang sangat popular, wang ini cukup untuk membeli 3 senjata kelas Ungu.

"Tombak Scarlet Moon yang kamu kata tadi itu, saya nampak satu," jawab Tang Rou.

"Okey, mana?" tanya Ye Xiu.

Ye Xiu memberikan wang kepada mereka berdua. Mereka membelanjakan 190 wang emas untuk 2 senjata kelas Ungu. Kemudian mereka pergi ke satu gerai yang mereka temui pada awalnya dan membelanjakan 100 wang emas lagi untuk Meriam Tangan kelas Ungu.

"Senior, kamu memang ada banyak wang!" Steamed Bun memuji dan menukar senjatanya kepada Cakar Badai Pasir kelas Ungu tahap 30. Dia telah menukar panggilan Ye Xiu daripada Dewa kepada Senior untuk menunjukkan yang mereka telah menjadi semakin rapat.

"Ha ha, mari kita pergi!" kata Ye Xiu. Mereka meninggalkan Bandar Congee yang sibuk.

Thousand Creations sedang mengikut mereka bertiga. Sebagai pemain yang mahir mencuri bunuh, tugas ini merupakan kepakarannya. Selepas meinggalkan bandar, keadaan sekeliling mereka besar dan luas, jadi dia tidak mengikut dari belakang, sebaliknya dari sebuah jalan yang sejajar dengan mereka.

Nampaknya mereka sedang menuju ke Lembah Garisan. Thousand Creations meneka yang mereka hanya hendak menyelesaikan 'dungeon' sahaja. Tetapi Bound Boat telah mengarahkan dia untuk memberi perhatian kepada sesiapa sahaja yang Lord Grim temui. Jika mereka berkumpul dalam satu kumpulan untuk menyelesaikan 'dungeon' pasti sempurna sekali, bolehlah Thousand Creations terus mengikut mereka.

Sambil berjalan, Thousand Creations menyedari yang bukan dia seorang sahaja yang sedang mengekori Lord Grim.

Ada ramai pemain lain yang sedang menuju ke arah yang sama.

Jika hanya seorang pemain, ia tidak kelihatan aneh. Tetapi pada ketika ini, ada ramai pemain lain yang sedang menuju ke arah yang sama. Jika mereka semua sedang menuju ke Lembah Garisan, mereka pasti akan menggunakan jalan yang sama seperti Lord Grim. Tetapi kesemua pemain ini jelas sekali sedang menghendap seperti Thousand Creations juga. Begitu ramai pemain melakukan perkara yang sama, pasti ada sesuatu yang tidak kena!

Thousand Creations menyedari yang kesemua pemain lain juga menyedari perkara yang sama. Ada yang mula ragu-ragu, ada yang mula mengubah haluan dan mengikut Lord Grim dari arah belakang. Kaedah penjejakan rahsia mereka tadi tiba-tiba kelihatan normal dalam situasi ini.

Thousand Creations berbeza daripada semua pemain lain. Dia pergi ke arah pemain yang paling hampir dengannya. Selepas melihat dengan jelas nama pemain tersebut, dia menghantar mesej pada Bound Boat: "Rasanya dia tidak menyertai Howling Heights."

Nama pemain yang dilihatnya tadi adalah dari persatuan Wind Howl Manor. Walaupun pemain itu telah menyembunyikan nama persatuannya, Thousand Creations mengenali namanya tersebut.

"Oh? Macam mana kamu tahu?" Bound Boat keliru. Dia tidak tahu bagaimana Thousand Creations boleh membuat kesimpulan sebegitu.

"Sebab salah seorang pemain Wind Howl sedang melakukan perkara yang sama dengan saya," jawab Thousand Creations.

Bound Boat tergamam. Nampaknya Lord Grim telah menarik perhatian seluruh server kesepuluh sekarang. Sebelum ini, semua orang cuba memancingnya kerana hendak bertanding dengan persatuan lain. Tetapi dalam situasi aneh ini, tembelang semua persatuan telah terdedah.

"Fussy Dawn, kamu tahu tak pemain ini dari persatuan mana?" tanya Thousand Creations selepas melihat nama seorang pemain lain yang tidak dikenalinya. Pemain ini juga menyembunyikan nama persatuan, jadi dia harus bergantung pada Bound Boat untuk menyelidik.

"Biar saya periksa…"

Dengan cara ini, Thousand Creations meneruskan penjejakan bertindih dan melaporkan nama 9 pemain untuk diselidik. Pada asalnya ada 11 pemain, tetapi 2 orang telah melarikan diri selepas menyedari situasi ini.

Daripada 9 pemain ini, mereka telah mengenal pasti 5 persatuan: Tyrannical Ambition, Royal Heritage, Wind Howl Manor, Samsara dan Blossom Valley. Persatuan mereka berlima terlibat dengan penjejakan besar-besaran ini dan mempelajari yang Lord Grim tidak membuat perjanjian dengan mana-mana persatuan pun lagi.

"Kamu masih terus menjejak lagi?" tanya Bound Boat.

"Ya, dah hampir sampai di Lembah Garisan. Saya akan tunggu Lord Grim masuk ke 'dungeon', kemudian saya dan semua pemain lain ini akan membentuk satu kumpulan untuk masuk ke 'dungeon' juga. Saya belum masuk ke 'dungeon' lagi hari ini!" kata Thousand Creations.

"Baik, berseronoklah," Bound Boat tidak berkata apa-apa lagi.

Mereka tiba di Lembah Garisan tidak lama kemudian. Walaupun nama 'dungeon' ini adalah lembah, ia tidak mempunyai apa-apa gunung. Lembah Garisan adalah sebuah tanah rata berwarna kuning yang seolah-oleh ditetak dengan kapak. Ia panjang, lebar dan dalam. Tidak ada tumbuh-tumbuhan di sini, apa yang ada hanyalah kerangka binatang. Serangga beracun tinggal di sini, dan kesemuanya memberikan 'experience' kepada para pemain.

Line Canyon dianggap sebagai kawasan bertahap tinggi. Melainkan pemain bermain sepenuh masa, hanya pemain yang telah bermain selama 12 jam ke atas akan dapat mencecah tahap 30 pada ketika ini. Pastilah tidak ramai pemain seperti ini, jadi Lembah Garisan agak lengang.

Lord Grim dan rakan-rakannya masuk ke lembah ini. Mereka tidak mempedulikan raksasa kecil sepanjang jalan dan terus menghala ke 'dungeon'. Sekumpulan pemain mengikut dari belakang, tetapi mereka semua putus harapan selepas melihat siapa yang dipanggil oleh Lord Grim untuk membentuk kumpulan.

Seven Fields. Sleeping Moon.

Bagi pemain yang telah membuat kajian, mereka pasti tahu yang mereka berdua ini adalah dari persatuan Full Moon. Bukan itu sahaja, kesemua persatuan besar juga telah menghantar perisik untuk menyertai persatuan Full Moon.

Kesemua perisik ditugaskan untuk mengetahui apakah niat Lord Grim.

Selain daripada perisik, penjejak juga ditugaskan untuk mengekori Lord Grim.

Kesemua persatuan besar telah berusaha keras demi Lord Grim seorang. Selepas melihat yang dia bergabung dengan Seven Fields dan Sleeping Moon, bukannya dengan persatuan lain, mereka semua berundur dan memberikan laporan, kepenatan.

Setelah selesai, mereka semua memandang satu sama lain.

"Kita nak membentuk kumpulan dan bermain di 'dungeon' ke?" tanya Thousand Creations sementara kesemua pemain lain bertempiaran lari.

"Haih…" Thousand Creations mengeluh. Dia baru sahaja hendak beredar apabila tiba-tiba dia terlihat seorang pemain sedang membunuh raksasa tidak jauh dari 'dungeon'. Tangannya tiba-tiba gatal. Sifat buruknya muncul lagi dan dia mencuri bunuh raksasa dari tangan pemain itu.

Tiba-tiba, dia melihat yang para pemain di sekelilingnya berhenti membunuh raksasa masing-masing. Mereka datang beramai-ramai ke arahnya serentak. Thousand Creations terfikir, "Dari mana datang semua pemain ini? Kenapa mereka semua berkumpul di tempat yang sama??"

Comment (1)

  • kemll

    kemll

    Aik, TC. Nak main curi bunuh lagi ke? 😅😅😅😅

Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift Received

Table of Contents

Display Options

Report inappropriate content
error Tip

Report abuse
Write a review Reading Status: C155
Fail to post. Please try again
  • Translation Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Send Gifts
Gifted
Thank you for your generous gift.

Cost Spirit Stone to skip ad

You can get it from the following sources

  1. 1. Daily check-in
  2. 2. Invite friends invite now >
  3. 3. Vote for new stories Vote >
learn more >
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Get More
Payment Method paypal

Please switch to the pop-up to complete the payment.

Earn Rewards

Earn Rewards

Earn rewards

by completing the missions

Complete the daily and EXP missions, as well as every week’s reading missions to obtain EXP and SS as rewards.

Learn more about the rules 1. You can obtain the corresponding EXP and Bonus SS as rewards by completing daily missions and EXP missions, as well as weekly reading missions. 2. The obtained EXP can raise your user level. 3. Bonus SS can be used to unlock chapters, gift authors, etc. They are effective for 30 days. 4. Daily Tasks and corresponding rewards renew daily at 00:00 UTC+8. Don't forget to claim your rewards in time. 5. Weekly Reading Missions refer to the time you spend reading novels and comics on Webnovel every week. 6. The weekly reading time is calculated while your device is connected to the Internet. This might result in a delay of several minutes.

Read longer, Earn bigger

Read on the app and claim your rewards!

Get the App

Read anywhere, anytime