74.64% Avatar Raja / Chapter 156: Kuasa Kepungan

Chapter 156: Kuasa Kepungan

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Thousand Creations adalah seorang pemain yang mencuri bunuh sebagai hobi. Dia telah banyak terlibat dengan pergaduhan kerana tabiat mencuri bunuhnya ini. Dia ada banyak pengalaman dari segi PK.

Tetapi berhadapan dengan tentera musuh? Thousand Creations tidak percaya. Dia bukannya mencuri bunuh dari seorang pemain perempuan, jadi kenapa begitu ramai musuh yang menyerang dia sekaligus? Jawapannya jelas sekali: Mereka semua memang bersama-sama dari awal lagi.

"Menarik!' Thousand Creations melihat di sekelilingnya. Ada pemain yang berada berhampiran, ada yang berada di jarak jauh. Dia tidak sempat menghitung berapa ramai semuanya, tetapi ada sekurang-kurangnya 20 orang. Neutral Chaser Thousand Creations meningkatkan kelajuan pergerakannya, jadi dia bergerak dengan cepat sekali. Dia melihat sebuah pembukaan di kalangan para pemain tersebut dan bergerak ke arah itu.

"Bang!" Pemain kelas Gunner dari para musuh belum tiba, tapi peluru mereka tiba dahulu. Thousand Creations mengelak dengan terburu-buru. Letupan dari peluru yang ditembak menghasilkan gelombang besar dan mengenai bahagian sisi tubuhnya.

Thousand Creations menstabilkan dirinya di udara. Dalam Glory, efek tembakan ini digelar 'Knockback'. Jika serangan ini dilakukan dalam bentuk gelombang, kesannya boleh membuatkan sasaran hilang keseimbangan. Tetapi sasaran tetap boleh menstabilkan diri. Tetapi jika pemain yang ditembak tidak bertindak dengan cekap, dia mungkin tercampak ke tanah.

Akibat daripada tembakan ini, Thousand Creations gagal untuk menstabilkan diri di saat penting. Kelompok para pemain menghampirinya dan pembukaan yang dia temui tadi sudah ditutup. Pemain dari pelbagai kelas berdiri di posisi masing-masing. Pemain yang menyerang dari jarak dekat sudah mengepung Thousand Creations.

"Teruk…" Thousand Creations sudah berputus asa. Dia tahu dia tidak mempunyai harapan lagi, tetapi dia tidak mahu menyerah kalah. Dia menjerit, menghunuskan tombak pertarungan dan cuba membunuh seorang pemain. Tetapi harapannya sia-sia sahaja. Thousand Creations dibunuh, manakala tidak ada seorang pun yang mati dalam kumpulan pemain lawan.

"Siapa mereka ini??" tanya Thousand Creations yang hidup semula di Bandar Congee sambil menghantar nama-nama kepada Bound Boat. Kesemua nama ini diperoleh sewaktu bertarung tadi. Tetapi memandangkan dia mati dengan cepat, dia tidak dapat ingat semua nama dalam waktu yang singkat itu.

"Hah? Kenapa ramai sangat?" tanya Bound Boat

"Jangan risau tentang itu. Cari saja untuk saya!" kata Thousand Creations.

"Kamu cari pasal lagi ke?" tanya Bound Boat.

Thousand Creations hanya membisu. Dia seorang yang istimewa dalam persatuannya. Kebiasaannya, pemain dengan perangai buruk sepertinya ini akan disingkirkan. Tetapi persatuan Blue Brook menghargai kemahirannya, jadi mereka tetap mengekalkan dia. Memandangkan Thousand Creations berada dalam persatuan besar, dia dapat memperolehi kelengkapan dengan mudah. Misalnya, dia sudah mempunyai set Scarlet Moon yang lengkap sekarang dan senjatanya adalah Tombak Ular Melingkar tahap 30, sebuah senjata kelas Ungu yang jarang ditemui. Jika dia bukan sebahagian daripada Blue Brook, dia tidak akan memperolehi kelengkapan seperti ini dengan mudah.

Walaupun Blue Brook menjaga Thousand Creations, mereka tidak menyokong tabiat buruknya ini. Thousand Creations tidak membantah. Disebabkan itu, dia bertanggungjawab sepenuhnya di atas perbuatannya sendiri. Sama ada dia hidup atau mati dalam pertarungan selepas mencuri bunuh, dia tidak akan melibatkan persatuannya.

Oleh itu, Thousand Creations merancang untuk membalas dendam secara bersendirian. Tetapi, tidak ada salahnya jika dia menggunakan sumber dari persatuan.

Selepas hidup semula di Bandar Congee, Thousand Creations perlu memulihkan diri dahulu, jadi dia berjalan perlahan-lahan ke arah Lembah Garisan sambil menunggu jawapan Bound Boat. Di dalam hatinya, dia berasa ada sesuatu yang aneh tentang gelagat para pemain tadi. Jika mereka hanya menaikkan tahap, agak melampau untuk 20 orang pemain berada di tempat yang sama. Lagipun, mereka semua bertarung berasingan, jadi kenapa mereka berkumpulan pula? Apa sebenarnya rancangan mereka?

Sambil Thousand Creations berjalan perlahan-lahan, dia semakin memulihkan diri. Dia sudah kehilangan 10% 'experience' akibat kematian ini. Selain itu, kelengkapannya juga hilang sedikit ketahanan dan dia kehilangan sedikit wang emas. Tetapi dia tidak kehilangan peralatan. Dalam server biasa, kadar kebarangkalian untuk kehilangan kelengkapan selepas mati tidak tinggi.

"Thousand Creations, saya tak dapat cari kesemua pemain ini dari mana. Sekurang-kurangnya, mereka bukan dari persatuan besar," akhirnya jawapan Bound Boat tiba.

"Oh," Thousand Creations tidak terkejut. Dunia ini besar, mustahil Blue Brook mempunyai maklumat tentang semua pemain. Mereka hanya memberikan perhatian kepada para pemain yang berasal daripada persatuan yang dinaungi oleh kelab profesional, para pencabar mereka. Jika para pemain bukan berasal daripada persatuan-persatuan ini, agak sukar bagi mereka untuk mendapatkan maklumat.

"Kamu jaga perangai sedikit. Jangan cipta banyak sangat masalah dalam server baru ini," Bound Boat tidak menghalang Thousand Creations sepenuhnya. Jika Thousand Creations boleh dihalang, dia tidak akan berada dalam situasi seperti ini. Bound Boat juga sentiasa mengingatkan dia supaya tidak melibatkan persatuan dalam tabiat buruknya. Walaupun ia agak melampau, Thousand Creations menyukai kebenaran khas yang diberikan kepadanya ini.

Dia terus berjalan sehingga tenaganya pulih sepenuhnya. Kemudian barulah dia mula berjoging. Berjoging lebih cepat dari berjalan, tetapi lebih perlahan daripada Larian Pantas. Tetapi memandangkan Larian Pantas akan menghabiskan Stamina pemain, para pemain lebih gemar berjoging.

Dia segera kembali ke Lembah Garisan, tetapi tidak meluru masuk. Pihak lawan ada 20 pemain, jika dia mencabar mereka secara membabi-buta, dia pasti mati sekali lagi. Thousand Creations bercadang untuk menunggu masa yang terbaik sebelum menyerang. Dia tidak peduli betapa hina tindakannya ini. Bagi seorang yang gemar mencuri bunuh, dia memang langsung tidak peduli tentang hina atau mulia.

Thousand Creations ingin sekali menyembunyikan namanya, seperti mana dia menyembunyikan nama persatuan, tetapi itu pasti tidak boleh dilakukan. Dia memilih salah satu pintu masuk ke Lembah Garisan dan menuju ke situ secara senyap-senyap.

Lembah Garisan sangat sepi. Bunyi yang kedengaran hanyalah bunyi serangga beracun di situ. Thousand Creations tidak mempedulikan raksasa-raksasa ini dan bergegas ke arah kesemua pemain tadi. Setelah dia menhampiri, dia memperlahankan pergerakan dan selepas melihat keadaan sekelilingnya, dia membongkok di belakang sebuah timbunan tanah lalu menjenguk.

Satu, dua, tiga…

Dari sini, dia dapat melihat 3 orang pemain. Mereka semua sedang bertarung secara berseorangan. Tadi Thousand Creations tidak memberikan perhatian, tetapi selepas dia melihat secara teliti sekarang, dia menyedari yang kesemua pemain ini berada dalam jarak yang berhampiran dengan satu sama lain. Jadi, mereka boleh memberikan bantuan dengan cepat jika salah seorang daripada mereka diserang.

Ini pasti sukar… Thousand Creations mengerutkan keningnya.

Kesemua pemain ini bersedia untuk membantu satu sama lain dalam sekelip mata, jadi sukar untuk dia mencari peluang menyerang. Tetapi, mengapa mereka semua bertindak begini? Apa yang mereka hendak lakukan?

Thousand Creations bersembunyi jauh daripada mereka. Dia mengalihkan posisi berkali-kali dan melihat kesemua 20 pemain sekurang-kurangnya sekali. Dia mengeluarkan sekeping kertas dan mencatatkan posisi setiap pemain.

Posisi mereka sekarang agak berbeza daripada sebelum ini. Mereka berkumpul berhampiran dengan sebuah sisi. Thousand Creations melihat ke arah kertas sambil berfikir. Dia menyedari sesuatu. Posisi mereka semua ditumpukan ke arah pintu masuk 'dungeon'! Adakah mereka menunggu untuk menyerang hendap seseorang? Adakah mereka menunggu seseorang pemain untuk masuk ataupun untuk keluar?

Hm? Thousand Creations tiba-tiba terfikir tentang seseorang, seseorang yang sangat istimewa dalam server kesepuluh.

Lord Grim, adakah mereka sedang menunggu dia?

Thousand Creations sedar yang 20 orang pemain menunggu serentak pasti tidak berniat baik. Adakah Lord Grim telah membuatkan sesiapa naik marah? Walaupun dia menolak pelawaan kesemua persatuan besar dan membantu persatuan Full Moon, bukankah agak melampau bagi mereka untuk menghantar orang membunuhnya?

Sedang Thousand Creations berfikir, dia menghantar sebuah mesej lagi kepada Bound Boat: "Kamu pasti ke kesemua pemain ini bukan dari persatuan besar?"

"Saya pasti, kenapa?"

"Melihatkan posisi mereka, nampaknya mereka sedang menunggu untuk menyerang hendap Lord Grim," kata Thousand Creations.

"Mereka pemain jenis apa?" tanya Bound Boat.

"Mereka semua berada di luar 'dungeon' Lembah Garisan. Mereka berlakon seperti menaikkan tahap masing-masing, tapi memang jelas mereka membentuk kepungan untuk memerangkap pemain yang keluar dari 'dungeon'," jelas Thousand Creations.

"Lord Grim buat siapa naik marah ni?" Bound Boat keliru.

"Saya pun tak tahu…" Thousand Creations turut keliru, apabila dia tiba-tiba mendengar bunyi pergerakan dari arah berhampiran. Sambil terus bersembunyi di belakang timbunan tanah, Thousand Creations menjengukkan kepala dan melihat 5 orang pemain keluar dari 'dungeon'. Itu pastinya Lord Grim dan ahli kumpulannya.

Thousand Creations sedang tidak pasti sama ada dia harus memberikan amaran kepada Lord Grim, apabila kumpulan penyerang hendap mula bertindak.

Jadi nampaknya mereka memang menunggu Lord Grim?

Kali ini, Thousand Creations menghitung dengan teliti. Jika tidak silap, ada 24 orang kesemuanya.

Mereka semua bergerak bagaikan angin. Dalam tempoh satu saat, Thousand Creations melihat mereka berlari. Pada detik seterusnya, pemain Gunner sudah mula menembak, ahli sihir mengeluarkan ilmu sakti dan pemain yang menyerang dari jarak dekat mara dari kesemua arah. Di pintu masuk, 6 orang pemain sudah pun bersedia.

Thousand Creations melihat Lord Grim menaikkan tombaknya dan menggunakan Sky Strike. Serangan ini mencampakkan kesemua rakan-rakannya ke udara. Thousand Creations terkejut kerana dua perkara. Pertama, dia tidak tahu mengapa Lord Grim menyerang rakannya sendiri, dan kedua, dia tidak faham bagaimana Sky Strike boleh mencampakkan empat orang ke udara serentak. Berdasarkan pengetahuan Thousand Creations, Sky Strike hanya boleh mencampakkan 3 pemain serentak! Tetapi Lord Grim dapat mencampakkan lebih seorang, berapa lajunya tangan dia?

"Bang!" Lord Grim menggunakan Falling Flower Palm pada keempat-empat orang rakannya. Mereka semua tercampak jauh serentak. Pada ketika ini barulah Thousand Creations menyedari apakah niat Lord Grim.

Lord Grim menyerang rakan-rakannya agar dapat menyelamatkan mereka dari kepungan. Formasi kesemua 24 pemain yang menyerang hendap ini boleh menghalang sasaran melarikan diri dari semua arah, tetapi kaedah Lord Grim ini pasti di luar sangkaan mereka. Thousand Creations melihat kertasnya dan percaya yang dia tidak salah sangka. Tindakan Lord Grim ini telah menggagalkan rancangan musuh.

"Peng!" 

Bunyi tembakan lagi. Kali ini, Thousand Creations melihat Lord Grm melompat dan menggunakan Aerial Fire untuk mengejar kesemua rakan-rakannya.

Sky Strike, Falling Flower Palm, Aerial Fire!

Kesemua kemahiran ini dilakukan serta-merta, malah hampir lebih pantas daripada kemampuan Thousand Creations untuk berfikir. Apabila dia menyedari apa yang berlaku, kumpulan Lord Grim sudah pun melepaskan diri dari kepungan dan mereka menuju ke arah timbunan tanah di mana Thousand Creations sedang bersembunyi. Rancangan kesemua 24 pemain penyerang hendap tadi telah digagalkan dalam tempoh kurang daripada satu saat. Sekarang mereka mengejar Lord Grim dalam keadaan huru-hara.

Comments (3)

  • a18n

    a18n

    Wow

  • kemll

    kemll

    Oit, apa main serang-serang orang ni? 😤😤😤😤

  • rayna_maniya

    rayna_maniya

    Pro

Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift Received

Table of Contents

Display Options

Report inappropriate content
error Tip

Report abuse
Write a review Reading Status: C156
Fail to post. Please try again
  • Translation Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Send Gifts
Gifted
Thank you for your generous gift.

Cost Spirit Stone to skip ad

You can get it from the following sources

  1. 1. Daily check-in
  2. 2. Invite friends invite now >
  3. 3. Vote for new stories Vote >
learn more >
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Get More
Payment Method paypal

Please switch to the pop-up to complete the payment.

Earn Rewards

Earn rewards

by completing the missions

Complete the daily and EXP missions, as well as every week’s reading missions to obtain EXP and SS as rewards.

Learn more about the rules 1. You can obtain the corresponding EXP and Bonus SS as rewards by completing daily missions and EXP missions, as well as weekly reading missions. 2. The obtained EXP can raise your user level. 3. Bonus SS can be used to unlock chapters, gift authors, etc. They are effective for 30 days. 4. Daily Tasks and corresponding rewards renew daily at 00:00 UTC+8. Don't forget to claim your rewards in time. 5. Weekly Reading Missions refer to the time you spend reading novels and comics on Webnovel every week. 6. The weekly reading time is calculated while your device is connected to the Internet. This might result in a delay of several minutes.

Read longer, Earn bigger

Read on the app and claim your rewards!

Get the App

Read anywhere, anytime