57.93% Avatar Raja / Chapter 157: Ujian Berlari

Chapter 157: Ujian Berlari

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

"Pergi ke timbunan tanah itu!!" Thousand Creations mendengar Lord Grim menjerit. Dia cuba melihat timbunan tanah mana yang dimaksudkan apabila 3 orang pemain meluru ke arahnya.

Hanya ada 3 orang pemain kerana hanya Tang Rou dan Steamed Bun yang berjaya melakukan Quick Recover untuk mengelakkan diri daripada jatuh tergolek. Seven Fields dan Sleeping Moon pula gagal berbuat demikian. Seven Fields terjatuh ke tanah. Memandangkan dia memerlukan masa untuk bangun, dia lebih lambat dari semua pemain lain.

"Wah! Ada orang di sini dan nampaknya dia sedang berak!" jerit Steamed Bun. Mereka bertiga melihat Thousand Creations membongkok di belakang timbunan tanah itu.

"Celaka!" Thousand Creations tidak bersetuju dengan gambaran ini. Dia sedang menunggu untuk menyerang hendap, bukannya berak! Tetapi apa yang lebih teruk lagi, dia mendengar Lord Grim menjerit tanpa ragu-ragu: "Bunuh dia!"

"Celaka, celaka, celaka!" Thousand Creations menyumpah sambil bergolek ke belakang. Tombak berwarna merah memancar di hadapan matanya. Pemain yang paling pantas dan garang adalah pemain Battle Mage wanita. Thousand Creations mengenali tombak pertarungan merah yang merupakan sebahagian senjata Scarlet Moon kelas Ungu tahap 30. Senjata itu sipi-sipi sahaja terlepas dari mengenainya.

Selepas tersasar, Soft Mist melangkah untuk mencuba sekali lagi. Thousand Creations menyerang balas dengan Sky Srike. Soft Mist mengelakkannya dengan berkesan dan Steamed Bun menyelinap ke belakang Thousand Creations lalu menghempaskan Brick.

Pada ketika ini, Lord Grim sudahpun tiba. Dengan sekilas pandangan, dia mengenali nama Thousand Creations dan berkata pada Steamed Bun: "Tunggu, dia bukan sebahagian daripada mereka."

"Kamu kenal mereka siapa?" Thousand Creations bertanya.

"Saya rasa saya kenal," kata Ye Xiu.

"Siapa mereka?" tanya Thousand Creations.

"Apa kata kita larikan diri dulu sebelum berbual?" Lord Grim memimpin pelarian mereka. Mereka berempat mengikut dari belakang. Thousand Creations tidak ada pilihan lain selain ikut bersama. Pemain yang menyerang dari jarak jauh menembak ke arah mereka. Thousand Creations berlari dalam corak bentuk S supaya pihak lawan tidak dapat menembak dengan tepat ke arahnya. Dia kemudian menggunakan Larian Pantas untuk mengejar mereka berlima dan menyedari yang Lord Grim sedang memberikan tunjuk ajar kepada 4 pemain lain.

"Ada 3 jenis pergerakan: Jalan, joging dan Larian Pantas. Larian Pantas paling laju, tapi menggunakan stamina. Berjalan paling perlahan, tetapi akan memulihkan stamina. Joging pula tidak laju dan tidak perlahan, tetapi tidak menggunakan stamina. Menggunakan Larian Pantas secara berterusan pasti akan membuatkan kita bergerak paling laju dalam tempoh masa paling singkat, tetapi apabila kamu kehabisan stamina dan mula berjoging, pihak lawan yang berpengalaman pasti akan dapat mengejar kamu. Tengok pada Thousand Creations itu. Sekarang dia menggunakan Larian Pantas untuk memintas kita, tetapi ini sementara sahaja. Semua orang ikut rentak saya dan berikan perhatian bagaimana saya bergilir-gilir menggunakan 3 jenis pergerakan ini. Selepas 30 saat, Thousand Creations akan ketinggalan."

"Celaka!" setelah dijadikan bahan pengajaran, Thousand Creations berhenti bergerak. Dia baru sahaja hendak bercakap apabila mereka berlima memintas dia. Steamed Bun bertanya: "Dia tiba-tiba berhenti. Gerakan jenis apa ini?"

"Gerakan 'saya nak dibom sehingga hancur'," jawab Lord Grim.

"Bang!"

Sebutir peluru meriam meletup berhampiran Thousand Creations. Dia tercampak ke udara. Mujurlah dia sempat melakukan Quick Recover lalu bergolek dan berlari untuk mengejar kelima-lima pemain tadi.

"Dia dah dapat kejar," kata Steamed Bun.

"Kaedah dia teruk. Dia dah kena tembak tadi," kata Ye Xiu.

Thousand Creations sangat marah sehingga meludahkan darah. Apabila dia melihat kelima-lima pemain itu, berbekalkan peringatan berterusan Lord Grim, mereka bergilir-gilir menggunakan 3 jenis pergerakan ini. Tidak ada rentak tertentu. Ada kalanya mereka bergerak pada satu arah dalam tempoh seminit dan kadangkala bergerak ke arah lain buat beberapa langkah. Thousand Creations meniru apa yang mereka lakukan. Akhinya Steamed Bun berkata: "Nampaknya dia tiru kita?"

"Dah terlambat. Stamina asal dia berbeza dengan kita, jadi dia akan kehausan stamina terlebih dahulu dan akan dibom pada akhirnya," kata Ye Xiu.

"Tak bagus kalau stamina rendah," Steamed Bun bersimpati.

Thousand Creations mengetap gigi. Dia tidak suka meminta pertolongan orang lain. Walaupun dia meniru pergerakan Lord Grim pada ketika ini, nampaknya dia perlu bergantung pada dirinya sendiri pada akhirnya kerana Lord Grim berkata yang dia akan kehabisan stamina dahulu…

Thousand Creations melihat staminanya. Ia memang sudah tinggal sedikit. Walaupun 24 pemain di belakangnya belum dapat mengejar, jarak antara mereka sudah berkurangan.

"Hei, boleh ke kita melepaskan diri dari mereka?" tanya Thousand Creations.

"Jarak antara kita dah berkurangan? Itu sementara sahaja," jawab Ye Xiu.

Memang benar, selepas musuh menggunakan Larian Pantas, hanya tinggal beberapa orang yang mampu mengejar. Selepas mereka kehabisan stamina dan mula berjoging, jarak antara kedua-dua belah pihak semakin jauh.

"Kita dah menjarakkan diri!" Steamed Bun bersorak.

"Ya ke? Kalau macam itu tak perlu lari lagi," Ye Xiu ketawa.

"Kenapa?"

"Sebab melalui ujian ini, saya sudah tahu yang tahap musuh kita tak tinggi. Malah kita boleh cuba bertarung dengan mereka," kata Ye Xiu.

"Kita hanya berlima," Seven Fields mengingatkan.

"Enam, bukan? Thousand Creations ini pemain juga!" kata Ye Xiu.

"Ini internet, kita tak boleh tahu sama ada dia ini manusia atau sebaliknya," kata Steamed Bun dengan serius.

"Dia pernah bercakap sebelum ini kan…" kata Ye Xiu.

Thousand Creations berasa sangat suram, tetapi pada ketika ini Lord Grim berhenti dan berpaling.

"Tengok, di kalangan 24 pemain ini, hanya seorang sahaja yang mahir. Dia adalah Battle Mage di situ," kata Ye Xiu. Dia mengarahkan Lord Grim untuk berhadapan dengan mereka dan menjerit: "Chen Yehui, kamu ke tu?"

Kesemua 24 pemain berhenti bergerak. Seluruh lembah menjadi sepi.

Chen Yehui berasa sungguh kecewa kerana rahsianya terbongkar. Rancangannya telah digagalkan dari awal lagi.

Liu Hao perlu menguruskan pasukannya, jadi dia tidak boleh terus bergelut dengan Ye Qiu lagi. Oleh itu, Liu Hao menyerahkan tugasan untuk menghalang kemajuan Ye Qiu kepada Chen Yehui.

Tetapi apa yang boleh Chen Yehui lakukan? Tanpa bantuan pemain profesional, dia tidak mungkin boleh mencabar rekod 'dungeon'. Selepas berfikir seketika, dia menyedari kelebihan utamanya: tenaga kerja.

Kali ini, dia membawa seluruh persatuannya. Cita-citanya tinggi. Jika dibandingkan dengan persatuan lain, tenaga kerja mereka di server kesepuluh adalah paling besar sekali.

Pada asalnya, Excellent Dynasty bercadang hendak bersaing dengan para persatuan besar yang lain dan memulihkan kegemilangan mereka yang terdahulu. Tetapi siapa sangka Lord Grim akan muncul dan menimbulkan kekecohan? Sekarang ini, hanya ada satu perkara dalam pertandingan di antara persatuan-persatuan besar. Ia adalah untuk melihat siapa yang dapat mendapatkan bantuan Lord Grim.

Chen Yehui sangat tidak puas hati! Dia sudah tahu siapa Lord Grim sebenanrya, jadi Lord Grim memang tidak mungkin akan membantu Excellent Dynasty. Dia boleh dianggap sebagai kakitangan rasmi kelab mereka, jadi dia memang tahu punca persaraan Ye Qiu. Jika Ye Qiu tidak mencari masalah dengan Excellent Dynasty pun sudah boleh dikira sangat baik.

Mustahil bagi Chen Yehui untuk memenangi khidmat Lord Grim, jadi dia hanya mampu bersedia untuk menentangnya. Mereka tidak ada banyak akaun kosong yang tinggal, jadi dia sengaja menaikkan tahap banyak akaun baru untuk serangan hendap hari ini. Selepas bersusah-payah mencecah tahap 30, mereka semua bertindak tanpa ragu-ragu. Chen Yehui ingin mengambil kesempatan ini untuk menyerang Ye Qiu sebelum Ye Qiu memutuskan untuk menyertai persatuan lain bagi mendapatkan perlindungan.

Malangnya selepas mencipta formasi yang dia sangka adalah mustahil untuk dipecahkan, kesemua rancangan yang telah diatur tidak dapat digunakan. Tindakan Lord Grim mencampakkan rakan-rakannya ke luar kepungan sama sekali tidak dijangka. Rancangan Chen Yehui dimusnahkan serta-merta.

Chen Yehui memang tidak puas hati. Walaupun kepungannya dipecahkan, dia masih mempunyai kelebihan dari segi jumlah pemain, jadi dia mengarahkan semua orang untuk mengejar.

Pada akhirnya, apabila ia kelihatan seperti Lord Grim akan melarikan diri, dia dan rakan-rakannya berhenti lalu berpaling untuk berhadapan dengan mereka semua.

"Pergerakan kamu terlalu teruk, Chen Yehui," Ye Xiu berkata. "Saya dah dapat membaca kekuatan kumpulan kamu."

Chen Yehui tergamam. Dia akhirnya menyedari yang pengejarna tadi adalah ujian. Hanya pemain profesional yang mampu mengawal pergerakan dengan mahir. Tidak ramai pemain biasa yang boleh berbuat demikian dengan lancar. Ye Xiu menguji mereka bagi memastikan sama ada Liu Hao atau mana-mana pemain tahap profesional adalah sebahagian daripada ahli kumpulan mereka. Jika mereka hanya sekadar mempunyai kelebihan dari segi angka, tidak ada apa-apa yang harus mereka takutkan.

"Apa kamu nak buat?" tanya Thousand Creations.

"Bunuh mereka semua," jawab Ye Xiu dengan tenang.

"Kamu gila ke?"

"Kamu nak turut serta?" tanya Ye Xiu.

"Kamu… serius ke?"

"Kalau tak serius, kenapa kita tak terus berlari sekarang?" kata Ye Xiu.

"Kita ada 6 orang saja!"

"Jumlah pemain tidak penting. Dalam pertarungan berkumpulan, kerjasama yang paling penting," kata Ye Xiu.

"Baiklah, kalau begitu mari kita lihat betapa hebatnya kamu," Thousand Creations menghunuskan tombaknya dan mara ke hadapan.

"Bersedia untuk bertindak!" Ye Xiu menjerit.

"Ya!"

'Sedia!"

"Mara!" Thousand Creations menjerit tetapi Steamed Bun dan Soft Mist sudah terlebih dahulu mara. Mereka dan Lord Grim mula bertarung. Tidak ada sesiapa yang meminta bantuan dari Thousand Creations.

"Hah?" Thousand Creations bingung. Seven Fields dan Sleeping Moon juga telah melangkah ke arahnya.

"Bertenang dan berikan bantuan pada kami!" kata Seven Fields.

Mereka berdua turut serta menyertai pertarungan. Lord Grim, Soft Mist dan Steamed Bun membentuk formasi segitiga. Mereka menggempur kelompok musuh. Ia kelihatan seperti mereka telah dilanda ombak dan lepas, apabila tiba-tiba darah mula memancut. Tetapi ia bukanlah darah mereka bertiga, sebaliknya darah musuh.

"Ramai pemain memang satu kelebihan, tetapi perlu ada jumlah tertentu!" kata Ye Xiu. Lord Grim keluar dari formasi segitiga mereka. Dia melancarkan serangan Collapsing Mountain pada ahli kumpulan Chen Yehui.

Pemikiran Chen Yehui mudah sahaja. Dia tidak peduli sama ada orang lain hidup atau mati. Asalkan mereka dapat membunuh Lord Grim, mereka menang!

Comment (1)

  • kemll

    kemll

    Ye xiu memang bijak.👍👍👍😁😁😁

Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift Received

Table of Contents

Display Options

Report inappropriate content
error Tip

Report abuse
Write a review Reading Status: C157
Fail to post. Please try again
  • Translation Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Send Gifts
Gifted
Thank you for your generous gift.

Cost Spirit Stone to skip ad

You can get it from the following sources

  1. 1. Daily check-in
  2. 2. Invite friends invite now >
  3. 3. Vote for new stories Vote >
learn more >
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Get More
Payment Method paypal

Please switch to the pop-up to complete the payment.

Earn Rewards

Earn rewards

by completing the missions

Complete the daily and EXP missions, as well as every week’s reading missions to obtain EXP and SS as rewards.

Learn more about the rules 1. You can obtain the corresponding EXP and Bonus SS as rewards by completing daily missions and EXP missions, as well as weekly reading missions. 2. The obtained EXP can raise your user level. 3. Bonus SS can be used to unlock chapters, gift authors, etc. They are effective for 30 days. 4. Daily Tasks and corresponding rewards renew daily at 00:00 UTC+8. Don't forget to claim your rewards in time. 5. Weekly Reading Missions refer to the time you spend reading novels and comics on Webnovel every week. 6. The weekly reading time is calculated while your device is connected to the Internet. This might result in a delay of several minutes.

Read longer, Earn bigger

Read on the app and claim your rewards!

Get the App

Read anywhere, anytime