Not your preferred language? Here to Choose your language.

/ Urban / Bidadari Bersayap Malaikat

Bidadari Bersayap Malaikat Book Bidadari Bersayap Malaikat Book Original

Bidadari Bersayap Malaikat BBM

Urban 2 Chapters 4.1K Views

Author: theartimpacts

Not enough ratings

About Table of Contents

Synopsis

Kerana sebuah kemalangan, nyawa seorang gadis dan anak kecil melayang. Adilkah jika ada yang harus disalahkan atas kemalangan yang langsung tidak dipinta?

Syifa - dia dihukum dan dibenci atas kematian insan yang disayanginya. Namun meski harus meredah luka untuk menagih kemaafan, dia rela. Biarpun Syifa tahu dirinya dikahwini oleh Nukman hanya kerana sebuah dendam dan kebencian, dia tidak pernah merungut. Baginya pelangi akan bersinar apabila tiba masanya. Biar dia menjadi pengubat lara di hati Nukman sehingga lelaki itu bisa untuk hidup bahagia.

Nukman - menghukum insan yang menyebabkan kemalangan itu terjadi adalah sebuah kewajiban baginya. Dia tidak akan merasa tenang jika membiarkan Syifa hidup bahagia. Kerana Syifa, janjinya kepada Aidid untuk menjaga Qaliff dengan baik tidak mampu dipenuhinya. Lantas Syifa menjadi tempat dia melempiaskan amarah dan dendam agar dia tidak perlu terus menanggung beban rasa bersalah terhadap Aidid dan Dania.

Namun Nukman akhirnya mengalah, hatinya sudah lama ditakluki Syifa. Saat hati Syifa sudah pun dihancurkannya, baru dia tahu bahawa gadis itulah yang pernah menyelamatkan nyawanya suatu waktu dahulu. Syifa sanggup menelan duka demi melihat jiwanya bahagia. Nukman baru sedar - hakikatnya Syifa adalah seorang bidadari bersayap malaikat yang tidak pernah dikenalinya dengan mata hatinya selama ini.

Saat ikatan cinta itu ingin dibina semula dengan sesungguhnya, hati Syifa sudah pun serik dengan permainan cinta Nukman. Bahagia yang diharapkan tidak akan pernah menjelma. Baginya biarlah dia menderita untuk sejuta tahun lagi seandainya penderitaan itu yang dapat membayar harga luka di hati Nukman.

Dan seandainya nyawa sahaja yang bisa menjadi ganti nyawa Qaliff, dia rela nyawanya digadaikan. Biarpun itu bermakna nyawa yang bercambah dalam rahimnya harus terkorban sama!

General Audiences

Tags

Popular tags for the story

Weekly Power Status

Rank -- Power Ranking
Stone -- Power stone

You May Also Like

Write a review Reading Status: C0
Fail to post. Please try again
  • Writing Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews

Author theartimpacts