Forum Download app Gifts
100% Isteri Pilihan / Chapter 3: Bab 3

Bab 3 - Isteri Pilihan - Chapter 3 by qistinaeisya full book limited free

Chapter 3: Bab 3

Setelah sahaja wisel ditiup, Kimi berlari sepantas mungkin dan meninggalkan Keyla dibelakang.

Kimi berlari laju manakala Keyla berlari seperti orang berjoging.

"Woi, buat apa tu lari macam tu? Booo" Jerit Kimi lalu memandang Keyla yang ketinggalan dibelakang.

Kepenatan sedang menguasai tubuh Kimi. Siapa je tak rasa penat bila berlari tu?

"Tsk, penat dah ke?"

Kimi mengalihkan pandangannya, lantas Keyla berlari memecutnya dari belakang.

"Ooh kau simpan tenaga eh!"

Apa apa pun, Keyla yang menang juga dalam perlawanan tu..

"Haha wahh! Keyla boleh pecah rekod atlet sekolah kita ni," Kata Cikgu Faizul sambil menepuk bahu Kimi yang mahu pengsan dibuatnya.

"Hehe terima kasih cikgu, setakat lawan dengan senget ni kacang je cikgu!" Perli Keyla.

"Ha?! Apa kau cakap?! Memang nak kena kau ni!" Kimi menggumpal tangannya, rasa nak dilepaskan sahaja tumbukan itu.

"Sabar kau Keyla, satu hari nanti pasti kau jadi milik aku" Kata Kimi didalam hatinya, dilemparkan senyuman sinis di wajahnya.

Waktu pulang dari sekolah,

"Bye awak!" Ucap Azry kepada Keyla.

"Bye!" Jawabnya

Keyla berjalan di laluan yang sepatutnya.

Hon!

"Woi kau masuk sekarang" Kata Kimi sambil menjegilkan matanya kearah Keyla.

"Hah?"

"Jangan risaulah, driver aku yang bawa kereta..."

"Er- takpelah aku ada hal lain nak buat ok bye!"

"Eh Keyla!"

Panggilan Kimi langsung tidak Keyla pedulikan, malah melarikan dirinnya

"Ikut dia tu" Arah Kimi

-Keyla POV-

Hatiku berdegup kencang, aku akan pergi ke tempat yang tersembunyi untuk bertemu dengan-

Puk!

Buku dibaling ke kepalaku

"Datang pun kau, ingatkan tak datang.. hm, ha bagilah buku kat dia.. esok jugak aku nak kau siapkan" Kata Elviana, merupakan pelajar PERCH HIGHSCHOOL, selalu ponteng sekolah dan melanggar peraturan, tapi cita-cita nak jadi orang yang berjaya.. macam mana ni, belajar pun taknak.

"Tapi El, aku busy lah malam ni-"

"Sial! Kau ikut jelaa cakap aku! Eh aku ni Elviana lah! Kau sapa nak pesan pesan aku?! Puih" Sebelum meninggalkan Keyla, dia menunjal kepala Keyla sehingga terduduk.

Setelah Elviana dan kawan-kawannya pergi, Keyla mengemaskan dirinya dan berjalan kaki pergi dari situ.

"Keyla..." Sapa Kimi dari belakang.

"Kau pergi mana kat tempat ni? Dahlah jom..." Kimi terus menarik tangan Keyla dan pergi dari situ.

-End Keyla POV-

~~~~~

Nak atau tidak, Keyla kena balik juga naik kereta Kimi.

"Rumah kau kat mana?"

"D-dekat je... K-kat atas b-bukit tu.. nampak kan r-rumah tu.. hm tulah"

"Sejak bila kau pandai merendah diri ni? Selalunya tak pun.." Dengan bergurau, Kimi merapatkan dirinya dengan Keyla dan , 'block' pandangannya.

"Ish sanalah kau" Keyla menolak muka Kimi menggunakan tapak tangannya.

"Dah sampai, cik.. ini ke rumah dia?"

"Er haah... terima kasih, bye Kimi.."

"Hm bye..."

Malam itu,

"Mommy, Keyla pergi dulu.." Keyla menyarungkan kasut Adidasnya.

"Hm." Jawab Puan Safiyah ringkas.

Pada setiap malam, dia akan pergi ke tempat untuk merehatkan dirinya.

Disitu, langit malam sangat cantik. Sampai Keyla pernah tertidur disitu.

Sesampai sahaja disitu...

Segala memori buruk akan menghantui Keyla.

FLASHBACK~

"Tolong jaga anak adik, kak... Adik dah tak lama.. nanti diorang cari adik," Pinta Datin Sahirah, merupakan ibu kandung kepada Keyla.

"Kau nak kemana, dik? Apa maksud kau 'dah tak lama'? Jangan tinggalkan kakak.. tolonglah" Kata Puan Safiyah sambil mengusap bahu adiknya.

"Along tu nak cari adik... Along tu ada pesan yang Keyla ni diorang nak jual masa umur dah matang" Datin Sahirah memeluk erat Keyla yang masih bayi itu.

"Astaghfirullahal'azim.. adik jangan-" Puan Safiyah tidak menyambung ayatnya kerana mereka terdengar bunyi tembakan dari jauh

"Diorang dah sampai, kau jaga anak aku elok-elok macam mana aku jaga dia kak.." Datin Sahirah menangis teresak-esak.

Sebelum pergi, pasangan suami isteri itu sempat mencium Keyla buat kali terakhir.

Puan Safiyah dengan terpaksa, menutup pintu dan segalanya supaya Along itu tidak mengesyakinya. Find authorized novels in Webnovel, faster updates, better experience, Please click <a href="https://www.webnovel.com/book/isteri-pilihan_18809754806263605/bab-3_50701329609313026">www.webnovel.com/book/isteri-pilihan_18809754806263605/bab-3_50701329609313026</a> for visiting.

Dalam masa setengah jam itu, Puan Safiyah membersihkan dan menyusui Keyla.

POM ! 🔫

Pada masa yang sama juga, Keyla menangis kerana dia tahu ibu dan ayah kandungnya sudah meninggalkannya.

Puan Safiyah mengangkat muka dan terkejut. Air matanya mengalir, tidak rela melepaskan adiknya yang masih muda itu pergi.

Ya, Datin Sahirah baru berumur 28 tahun, manakala Puan Safiyah berumur 32 tahun pada masa itu.

Datin Sahirah berkahwin dengan orang yang berpangkat Dato' berasal dari Argentina. Itu sebabnya mereka orang kaya. Along mencari mereka atas ugutan wang, oleh sebab mereka suami isteri tidak mahu Keyla hidup kesusahan.. mengambil keputusan untuk menolak.

Puan Safiyah juga hidup senang tetapi bukan level tinggi macam adiknya.

Datin Sahirah hanya bergantung dengan kakaknya untuk menjaga Keyla,

Tetapi tidak selama yang dia mahu...

Datin Sahirah tidak tahu bahawa kakaknya mengambil minuman 'keras'

Start daripada Keyla berumur 5 tahun, dia pasti akan diseksa oleh Puan Safiyah dengan cara yang agak mengerikan.

Kadang-kadang, Keyla akan dimasukkan kedalam stor selama empat hari tanpa makan mahupun minum. Orang gajinya akan memberi Keyla makanan sewaktu Puan Safiyah tiada di rumah.

Selepas kematian Datin Sahirah, segala harta milik keluarganya dirampas oleh Puan Safiyah.

~END FLASHBACK (nanti sambung balik)~

Entah kenapa, air mata laju membasahi pipi milik Keyla.

"Adik ? Apa awak buat kat sini ?" Seseorang menepuk bahunya

Nasib tak melatah. Lantas Keyla memusingkan badannya untuk melihat lelaki itu.

"K-Kimi.kau.au buat apa kat sini ?" Tanya Keyla lalu mengesat air matanya.

"Aku saja je nak lepak sini.. kau apesal ? nangis ni.. ok ke?"

Keyla mengangguk lalu berkata "Hm ok je.. duduklah sini sebelah aku *menepuk tempat disebelahnya*"

Kimi pun duduk disebelah Keyla.

"Malam sejuk ni tetap juga kau pakai skirt pendek ni.. nak goda laki ke sebenarnya? nak goda aku? ee jangan harap lambat lagi aku nak kat kau" Banyak songeh lah Kimi ni.

"Goda kau ? buat apa tak guna lah nak goda orang cam kau" Keyla menolak bahu Kimi perlahan. Mereka tertawa seketika.

Tanpa sedar, mata Kimi terpandang dengan keputihan kulit Keyla dibahagian peha.

"Astaga, mata jahat, mata jahat.." Kata Kimi didalam hatinya.

"Ohh ye Keyla aku nak nombor telefon kau" Pinta Kimi.

"Ok nah" Keyla menghulurkan telefonnya kepada Kimi.

*lepas tu*

"thanks, aku nak balik dah ni.. jumpa esok dekat sekolah tau.. ko tak datang siap kau.. bye"

"Bye" Keyla hanya melambai tangan, pelik juga malam tu tak bergaduh macam kat sekolah

Tanpa membuang masa, Keyla beredar dari situ dan pulang kerumah nya.


next chapter
Load failed, please RETRY

New chapter is coming soon Write a review

Batch unlock chapters

Table of Contents

Display Options

Background

Font

Size

Chapter comments

Write a review Reading Status: C3
Fail to post. Please try again
  • Writing Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews

Cost Coin to skip ad

You can get it from the following sources

  1. 1. Daily check-in
  2. 2. Invite friends invite now >
  3. 3. Vote for new stories Vote >
learn more >
Report inappropriate content
error Tip

Report abuse

Paragraph comments

login