Not your preferred language? Here to Choose your language.
Perpustakaan Jalan Syurga

Perpustakaan Jalan Syurga LOPH

Author: Heng Sao Tian Ya

4.66 (80 ratings)

762 Perpustakaan Jalan Syurga Ditambah Baik (1) 4yr

Translator: StarveClericEditor: StarveCleric

Zhang Xuan berasa bingung sahaja.
Dia fikir perempuan yang dia lihat itu sama umur dengannya jadi sudah pasti dia merupakan pelajar akademi, siapa tahu dia merupakan guru yang telah dihantar oleh ibu pejabat!
Baru sebentar tadi sahaja dia cakap guru yang dihantar itu hodoh tetapi sekarang, guru itu telah bertukar menjadi perempuan muda yang dia minat… Dia tidak dapat menahan badannya daripada menggigil tanpa kawalan.
Jika perempuan ini boleh dikira hodoh, tiada seorang pun dalam dunia ini yang boleh dipanggil cantik.
Walaupun penyamarannya telah menutup sedikit kejelitaannya, Luo Ruoxin ketawa ringan sahaja sebelum berpaling ke belakang dan naik pentas.
"Cantiknya!"
"Dengan penampilan sebegitu, sudah pasti dia akan menjadi jelitawan nombor 1 di akademi!"
"Jelitawan? Hei kamu! Jangan buat lawak bodoh boleh tak. Saya dari Kumpulan Syaitan Mempersona, saya boleh mengesyorkan yang Kakak Yaoyao jauh lebih cantik daripada mereka semua!"
"Itu pendapat kamu. Pada pendapat saya, Senior

Latest Updates