Not your preferred language? Here to Choose your language.
SEMBANG GRUP PERTAPAAN

SEMBANG GRUP PERTAPAAN

Author: Legend of the Paladin

4.6 (16 ratings)

521 Cerah Hari Ini, Mari Kita Jemur Khazanah Ajaib 4yr

Translator: - -Editor: Kurisu

Song Shuhang meneka pedang terbang itu tertarik ke arah kedudukannya disebabkan oleh Teknik Terbang Melarikan Diri Sepuluh Ribu Batu di dalam kotak kayu kecil, yang juga merupakan sesuatu yang telah dihasilkan oleh Putih Yang Mulia.
Akan tetapi... sudah sebulan pedang terbang pakai buang itu berlegar di angkasa, bukan? Berdasarkan kelajuan itu, pedang-pedang itu sepatutnya telah diterbangkan ke planet lain dalam sistem solar. Jadi, kenapa semua pedang itu terbang berdekatan dengan bulan ...?
"Pedang terbang pakai buang tu balik semula?" Putih Yang Mulia juga terasa bingung.
Dia tidak terlalu memberi perhatian tentang pedang terbang itu setelah melancarkan kesemuanya ke angkasa. Lagipun, siapa yang akan perhatikan sampah yang mereka buang?
Putih Yang Mulia terrmenung sejenak dan berkata, "Saya mungkin tahu sebabnya. Ingat tak masa saya bawa awak ke Keluarga Chu sepuluh hari lepas untuk menonton pertarungan di Platform Penyelesaian Keluhan? Pada waktu itu, semasa kita sedang terbang,

Latest Updates