Not your preferred language? Here to Choose your language.
TAK MUDAH MENJADI LELAKI MENGEMBARA KE MASA DEPAN

TAK MUDAH MENJADI LELAKI MENGEMBARA KE MASA DEPAN

Author: Madam Ru

4.89 (96 ratings)

643 Tidak Bertajuk 3yr

Translator: - -Editor: H2dH2mr, mjn0898

Qian Jialin membuat keputusan untuk berundur. Dia tidak tahu berapa lama lagi perisainya boleh bertahan. Kalau dia seorang diri, dia akan berlawan dengan musuh. Tetapi sekarang ini dia ada tuan puteri bersamanya. Keselamatan tuan puteri adalah lebih utama berbanding menguji kemampuannya.
Namun begitu, sebagai seorang askar Persekutuan, mereka tidak begitu pasif. Qian Jialin berundur kerana dia sedang menunggu Mu Youyun.
Dia kini telah beberapa kali menghubungi Mu Youyun. Dia percaya mereka berada tidak jauh daripada satu sama lain.
Mu Youyun terasa peranti komunikasinya bergetar. Dia memandang peranti itu dan ekspresinya berubah.
Pada ketika ini, staf yang membawa mereka ke situ mula berlari. Mata Mu Youyun bertukar dingin. Dia bergerak dan staf itu dipukul sehingga jatuh ke lantai. Staf itu terseret beberapa meter sebelum berhenti.
Mu Youyun dengan pantas berjalan ke arah staf tersebut. Dia menyambar leher staf itu dengan tangan dan mengangkatnya. "Mana tuan puteri?"
Staf itu me

Latest Updates