Not your preferred language? Here to Choose your language.
TAK MUDAH MENJADI LELAKI MENGEMBARA KE MASA DEPAN

TAK MUDAH MENJADI LELAKI MENGEMBARA KE MASA DEPAN

Author: Madam Ru

4.89 (96 ratings)

644 Suatu Peluang! 3yr

Translator: - -Editor: H2dH2mr, mjn0898

Secara tiba-tiba, mereka dilanda sebuah tekanan yang besar. Tubuh Qian Jialin menjadi kaku. Pergerakannya terhenti. Jika dia lambat bertindak dan tidak sempat melepaskan kuasa Qi-Jin untuk melindungi dirinya, dia mungkin sudah rebah.
Qian Jialin berada di peringkat akhir Qi-Jin, maka dia boleh bertindak dengan pantas. Sebab itulah, keadaannya tidak begitu teruk. Akan tetapi, ahli pasukannya tidak begitu bernasib baik. Mereka baru sahaja mencapai peringkat awal Qi-Jin jadi tekanan ini hampir memaksa mereka rebah ke tanah. Sungguhpun begitu, mereka ialah askar Persekutuan. Semangat yang kental membantu mereka terus berdiri biarpun kaki mereka terketar-ketar.
Berbanding dengan mereka, keadaan Puteri Gulibaduo dan orang suruhannya jauh lebih teruk. Gulibaduo masih berada di kemuncak Penghalusan. Mustahil dia dapat menahan tekanan ini. Tubuhnya rebah. Kedua belah tangannya ditekan ke tanah. Dia tidak akan membiarkan dirinya hanya terbaring. Maruah dan keangkuhannya sebagai kerabat diraja

Latest Updates