Not your preferred language? Here to Choose your language.
DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM

DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM GDBBM

Author: Ye Bei

4.58 (166 ratings)

64 Jamuan (6) 5yr

Translator: - -Editor: - -

Kalau Pemerintah Kumpulan Qing Yun juga tidak dapat menyembuhkannya, siapa lagi di dalam dunia ini yang mampu buat begitu?
Diagnosis Bai Yun Xian membuatkan Maharaja berasa sangat lega. Baginda merasakan seolah-olah satu beban yang berat telah diangkat dari bahunya.
Jun Xian membisikkan kata-kata terima kasih dengan wajahnya yang pucat sambil dia kembali ke tempat duduknya. Mereka yang mempunyai pandangan yang tajam menyedari tangannya yang memegang cawan wain itu sedang menggigil.
Nampaknya keadaan Jun Qing memang sudah tiada harapan. Lihatlah, tangan Jun Xian juga menggigil! Memang tangannya menggigil, tetapi mereka tidak terfikir yang ini bukan disebabkan Jun Xian sedang sedih tetapi sebaliknya kerana dia sedang menahan ketawa.
Jika tidak kerana situasi yang sedang berlaku, dia tidak sabar-sabar mahu menjerit memberitahu dunia yang racun anaknya sudahpun dikeluarkan sepenuhnya oleh cucunya yang sangat bijak! Bukan itu sahaja, tidak lama lagi anaknya akan dapat berjalan semula! Kumpulan Qing Yun itu...hanya...senang kata mereka itu hanya sampah!!!
Di bawah bimbingan seorang guru yang hebat, cucunya seorang diri mampu membersihkan racun yang dianggap tiada harapan oleh Pemeri

Latest Updates