Not your preferred language? Here to Choose your language.
Perkahwinan Tersembunyi Markah Penuh

Perkahwinan Tersembunyi Markah Penuh HM

Author: Jiong Jiong You Yao

4.8 (1,739 ratings)

865 Masalah Apabila Terlalu Kacak 4yr

Translator: HenyeeEditor: chjean, Henyee, JulesNye

Sepanjang Ning Xi membuat penggambaran untuk filem terbarunya bersama Chen Mian, Ling Zhizhi turut mengaturkan sesi dengan majalah dan beberapa acara perasmian jenama-jenama terkenal untuknya. Selain daripada itu, Ning Xi menghabiskan kebanyakan masanya di studio. 
Dia sudah laburkan semua duitnya untuk studio itu dan dia akhirnya mendapat semula pulangan kerana perniagaannya semakin berkembang. Selain itu, studio tak lagi menanggung kerugian dan mula mendapat untung. Ning Xi rasa lega kerana duit dalam banknya mula meningkat sedikit demi sedikit; dia rasa puas hati dan bermotivasi. 
Selepas acara pada waktu pagi, dia cepat-cepat pergi ke studionya untuk berkerja. Semasa dia sedang tumpukan perhatian kepada kerjanya, seorang pembuat masalah datang. 
"Jiang Muye, saya betul-betul sibuk hari ni! Kamu tak nampak ke saya tengah sediakan kertas cadangan? Saya kena jumpa pelanggan penting pagi esok."
Jiang Muye betul-betul pergi ke studionya untuk cari dia. Ning Xi terkesima. 
"Hei, bol

Latest Updates