Not your preferred language? Here to Choose your language.
Cinta Rahsia Sempurna : Isteri Baru Jahat Manis Juga

Cinta Rahsia Sempurna : Isteri Baru Jahat Manis Juga PSL

Author: Jiong Jiong You Yao

4.79 (801 ratings)

1325 Mencari Malapetaka Besar! 3yr

Translator: dracarys3064Editor: Caron_, dracarys3064

"Raja Asura? Saya teringin nak berjumpa dia kalau ada kesempatan." Maharaja Ji tersenyum.
Peluh membasahi dahi Duan Fei. Puak Asura telah memberi trauma besar kepada Negara Bebas.
Jika bukan kerana kehilangan Raja Asura dahulu, Negara Bebas pastinya telah berlubang dan berdarah ke merata-rata tempat sekarang.
Jika Raja Asura kembali… pihak pertama yang akan bertindak mungkin sekali Perikatan Berani…
Perikatan Berani ialah pemimpin pengepungan semua puak besar lain di Negara Bebas semasa percubaan menghancurkan Asura dahulu. Jadi mereka ada persengketaan besar…
Jika dua musuh besar Asura perlu dinamakan, pihak yang pertama adalah Kesatuan Seni Bela Diri dan pihak kedua sudah tentunya Perikatan Berani…

Di ibu pejabat Perikatan Berani, Bintang Biduk kelihatan tidak senang duduk dalam pejabat Ye Wan Wan.
"Apa patut kita buat…" Bintang Biduk sudah beratus kali mundar-mandir di hadapan Ye Wan Wan.
"Mak awak kena langgar kereta lagi ke?" Ye Wan Wan melirik kepada Bintang Biduk dari

Latest Updates