Not your preferred language? Here to Choose your language.
AKU AKAN MENGUNCI SYURGA

AKU AKAN MENGUNCI SYURGA

Author: Er Gen

4.73 (29 ratings)

35 Aku Tak Sanggup! 5yr

Translator: DeathBladeEditor: DeathBlade

Masa terus berlalu dan pada satu ketika, Abang Chen meninggalkan Meng Hao. Walaupun Meng Hao baru sahaja memasuki Sekta Dalaman, dia masih lagi mentah dan Chen Fan bertanggungjawab untuk memberikan penerangan padanya supaya dia boleh memahami maksud sebenar Pertapaan. Untuk membantunya mengetahui maksud mara ke hadapan supaya tidak ketinggalan dan memahami laluan hidup dan mati dunia Pertapaan.
Memasuki Sekta Dalaman ialah langkah pertama yang sebenar bagi merentasi ambang dunia Pertapaan. Langkah seterusnya Pengukuhan Asas.
Meng Hao duduk sendirian di atas batu tongkol sambil merenung langit, melihat bulan dan gugusan bintang. Dia berdiam diri dan mindanya dipenuhi pelbagai perkara. Dia berasa agak keliru.
Masa terus berlalu dan kini sudah menjelang waktu tengah malam. Wang Tengfei duduk di dalam Gua Dewanya. Dia melihat tangan kanannya yang kehilangan jari telunjuk. Dia kelihatan bingung. Di hadapannya ialah kepingan jed yang terbelah dua. Setelah dia kembali sedar, itulah perkara pertama yang dia lakukan.
Dia tidak berjaya memasuki Sekta Dalaman. Oleh itu dia tidak berjaya menyelesaikan matlamat keduanya. Dia hampir putus harapan. Sebaik sahaja dia sedar dia mematahkan kepin

Latest Updates