Not your preferred language? Here to Choose your language.
Waktu Remajaku Bermula Dengannya

Waktu Remajaku Bermula Dengannya MYBWH

Author: Baby Piggie

4.71 (529 ratings)

101 Kagum 5yr

Translator: - -Editor: - -

"Eh? Mian, saya rasa ada orang memanggil kamu."
"Saya juga dengar." Huo Mian membalas perlahan.
"Huo Mian, dia mana kamu? Keluar!" Suara perempuan yang terjerit-jerit seperti dirasuk itu datang daripada seorang wanita yang turut memakai kot makmal putih.
Rambut panjangnya dikerintingkan berombak dan rupanya agak cantik. Wajahnya disolek dengan dandanan menggoda tetapi air mukanya sangat tidak menyenangkan.
"Mian, di sana. Eh, bukankah dia jururawat daripada Jabatan Oftalmologi?" Huang Yue menuding ke arah pintu.
Huo Mian berpusing. Perawakannya kekal tenang selepas dia perasan akan He Man.
He Man juga ternampak Huo Mian pada masa yang sama. Dia segera berjalan terus ke arah Huo Mian dengan agresif.
"Mian, dia kelihatan seperti tidak berniat baik! Hati-hati." Huang Yue memberi amaran dengan perlahan.
Huo Mian mengangguk tanpa berkata apa-apa.
"Huo Mian, bangun."
"Ada masalah kah?"
"Mestilah ada masalah! Kamu ingat saya datang ke sini untuk bercakap hati ke hati dengan kamu?"

Latest Updates