Not your preferred language? Here to Choose your language.
Avatar Raja

Avatar Raja TKA

Author: Butterfly Blue

4.42 (49 ratings)

542 Susulan 4yr

Translator: NomyummiEditor: GravityTales, Nomyummi

"Ha ha ha, kamu nak tahu? Biar orang tua ini fikirkan sesuatu untuk kamu lakukan, barulah saya akan pertimbangkan nak beritahu kamu atau tidak." Wei Chen menaikkan keningnya.
"Si tua, siapa yang pegang Tangan Maut kamu?" Ye Xiu ketawa dengan kejam.
"Celaka!!" Wei Chen tersedar yang dia terlalu gembira dengan dirinya sendiri dan terlupa akan sesuatu yang sangat penting.
"Kamu menang…" Wei Chen memang sangat menghargai senjata kelas Peraknya. Usahanya selama bertahun-tahun tidak boleh dinafikan.
"Cepat beritahu saya."
"Kamu patut tahu. Dalam Glory, bila syarat-syarat tertentu dipenuhi, sesetengah barang akan dijatuhkan dengan kadar 100%," kata Wei Chen.
Sebagai jaguh berpengalaman, Ye Xiu faham apakah maksud Wei Chen. "Kamu nak kata buku kemahiran juga boleh diperolehi dengan kaedah yang sama?"
"Ya, tapi ia tidak terjamin. Paling baik pun, saya boleh tingkatkan kadar jatuhannya," jawab Wei Chen.
"Abang, bukan ke itu hanya mitos sahaja?" Ye Xiu berasa agak keliru. Jarak masa, juju

Latest Updates