Not your preferred language? Here to Choose your language.
PENJELMAAN SEMULA PEDANG TUHAN TERULUNG

PENJELMAAN SEMULA PEDANG TUHAN TERULUNG

Author: Lucky Old Cat

4.57 (20 ratings)

494 Berkumpul 4yr

Translator: - -Editor: - -

Dewan perhimpunan pusat Gayung Besar.
Walaupun matahari tengah terik, ramai tetamu berduyun-duyun memasuki dewan tersebut.
Ramai orang ternama turun dari kereta mewah, satu demi satu, berjalan perlahan-lahan di atas permaidani merah masuk ke dalam dewan perhimpunan. Dewan perhimpunan Gayung Besar meriah sekali hari ini; lebih meriah berbanding keadaan semasa pertandingan pertempuran.
"Tidak ramai orang di sini."
Shi Feng yang duduk dalam limousin memerhati kawasan sekitar dewan perhimpunan dan menyedari tetamu yang datang untuk menonton pertandingan ini semuanya tokoh terkenal Bandar Jin Hai; tidak ada satu pun rakyat marhaen. 
Secara logiknya, Gayung Besar perlu mempromosikan dirinya bagi meningkatkan populariti dengan mengadakan pertandingan kali ini. Mereka semestinya mahukan publisiti besar-besaran untuk pertandingan ini.
Pakar kuasa dalaman sukar ditemui dan pertempuran antara pakar kuasa dalaman lebih sukar untuk terjadi. Sudah tentu orang ramai berpusu-pusu ingin menyaksik

Latest Updates