Download App

Chapter 2: Bab 1

"Nan aku nan aku ada pass pass awal lah awal lah!" Zul menjerit meminta bola daripada Hannan.

"Zul! Nah!" Satu hayunan tangan ke arah kiri dilakukan oleh Hannan, melepaskan satu hantaran bola yang deras yang ditangkap kemas oleh Zul, dengan hanya sedikit larian ke arah hadapan, Zul sudahpun berjaya menghasilkan satu skor try dalam permainan ragbi sentuh petang itu.

"Macam tu laa Naaan bola ngam soiiii je datang kat aku hahaha" kata Zul. Hannan hanya mampu memberikan senyuman, semput di dada kerana berlari ke hulu ke hilir tadi benar benar membuatkan dia menyesal kerana merokok sebelum turun ke padang tadi.

"Uuuuuyai penat sial! Babi ape stamina cani cane nak tournament next week do" Keluh Hannan.

"Alaaa ko lek lek dah la, nanti kita buat la fitness sama-sama dua tiga hari nak game. Macam la tak biasa" Zul membalas sambil tangannya menepuk-nepuk bahu kawannya itu.

"Dah lah tu habis la untuk harini, nak maghrib dah ni, that's all for today, gather guys, jumpa lagi esok, pukul 5 sharp!" Zul bernada tegas sambil tangannya dijulang ke atas. Semua rakan sepasukan Zul menyahut julangan tangan kapten mereka itu di udara.

"Okay on me, ONE CHEER FOR STRAITSHAWK, HEE!!" laung Zul penuh semangat dan garang sebelum satu sorakan yang maha kuat dilaung oleh kesemuanya...

"HEEEEE!!!!"

Zul berjalan beringingan dengan Hannan, menuju ke kolej kediaman mereka yang berada di sebelah padang sahaja. Matanya tiba-tiba tertangkap pada sekujur tubuh yang berada tidak jauh daripada kawasan padang ragbi itu. Seorang perempuan berkulit putih, pipi sedikit tembam, badannya agak cantik dengan potongan ala ala model tempatan Fazura. Di sebelah perempuan itu ada seorang perempuan lagi, mungkin mereka berdua kawan.

"Nan, tu sape" Zul bertanya kepada Hannan, tangan kawannya itu dicuit untuk menarik perhatian.

"Ha sape? Yang mane?" Hannan tak tentu arah mencari siapa yang dimaksudkan Zul tadi. Di atas padang UiTM Jasin itu bukan ada sorang dua sahaja perempuan.

"Tu laa bawah pokok besar tu, yang pakai baju MU tu." Zul menjuihkan bibirnya ke arah di mana dua orang perempuan itu sedang duduk.

"Ooooh tu ke, tu dak batch aku laa, Ain" Hannan memberitahu. Tidak lama kemudian mereka berdua berjalan melintasi kedua perempuan tadi. Zul menjeling kucing ke arah Ain, dilihatnya sepintas lalu dari muka sampai lah ke kaki. Kemudian pandangannya dihalakan semula ke depan bila Ain perasan akan jelingannya sebentar tadi.

Beberapa langkah setelah mereka berjalan menjauhi Ain dan rakannya, Zul memusingkan badannya menghadap Hannan. Hannan kaget.

"Walaowehh tetibe drift kat sini pehal?" Hannan hampir terloncat ke sisi akibat terkejut. Zul memandang ke dalam mata kawannya itu, dia ada sesuatu nak dicakap. Bahu Hannan dipegang erat kedua-dua belah.

"Lawa bodo nan perempuan tadi" itu sahaja ayat yang keluar dari mulut Zul. Hannan sudah tersengih, dia sudah agak kawannya itu pasti akan cakap pasal ini. Dia faham benar taste Zul.

"Aku tahu, Ain memang lawa, dah tu kau cakap lawa lawa bila nak dapat? Try la tunggu pe lagi sial" Hannan menampar bontot Zul perlahan ditambah dengan senyuman terukir di bibir. Hannan meneruskan langkahannya menuju kolej kediaman Tun Sri Lanang A.

Zul masih berdiri di situ memandang ke arah Ain, ketika itu Ain dan kawannya Mahsuri baru sahaja bangkit daripada duduk, mungkin mereka juga sudah selesai mencuci mata dan ingin balik ke kolej kediaman. Zul memerhatikan sahaja langkahan keduanya. Matanya tertumpu pada Ain. Gerak lenggok punggung, ke kiri, ke kanan, ke kiri kembali. Hampir gugur semua hafalan Quran yang ada dalam otak Zul ketika itu. 5 saat dia mengelamun sebegitu, Zul tersentap. Kepala digeleng-geleng sambil mengucap namun tak lama matanya kembali menghala ke arah Ain dan Mahsuri.

"One day Ain, one fucking fine day...." Bisik Zul dalam hati. Senyuman diukir manis. Kemudian dia berpaling ke belakang seraya meneruskan langkahnya mengikuti Hannan menuju ke kolej kediaman.


Load failed, please RETRY

Weekly Power Status

Rank -- Power Ranking
Stone -- Power stone

Batch unlock chapters

Table of Contents

Display Options

Background

Font

Size

Chapter comments

Write a review Reading Status: C2
Fail to post. Please try again
  • Writing Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Report inappropriate content
error Tip

Report abuse

Paragraph comments

Login