80.43% Perpustakaan Jalan Syurga / Chapter 111: Aura Kematian

Chapter 111: Aura Kematian

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Pu!

Dia ingat orang ini akan cakap tentang beberapa teori untuk meyakininya. Namun, selepas mendengar ulasannya, Pakar Perubatan Chen Xiao hampir muntah darah.

[Cuma kerana saya tidak makan dan tidur dengan baik, kamu cakap saya ini dekat pintu maut? Kepala otak kamu yang akan menemui ajal! Haram jadah punya orang!...]

Bukan dia sahaja, malah pakar perubatan lain menjeling dia dengan muka marah.

Pakar Perubatan Cheng Xiao ini seorang berpengaruh dalam kalangan pakar perubatan dan kesemua mereka semamangnya menghormatinya. Namun, budak ini berani menyumpah dia secara terang-terangan.

[Kamu berani lagi mengarut?]

"Saya sudah menjadi seorang pakar perubatan untuk beberapa tahun. Malah saya sudah tersangkut pada tahap ini untuk jangka masa panjang. Sepanjang masa ini, saya telah berusaha dan belajar dengan gigih untuk memperbaiki diri sendiri! Saya mungkin bukan genius berbakat, namun saya tetap amat peka terhadap keadaan badan saya. Isu saya susah tidur dan tidak ada selera untuk makan berkait rapat dengan urusan keluarga saya. Tidak patut ada perkara pelik tentang keadaan fizikal saya selain itu. Oleh itu, kenapa pula kamu cakap saya ini dekat menemui ajal?"

Pakar Perubatan Chen Xiao bercakap dengan nada menyampah.

Pakar perubatan biasa menangani dengan pil perubatan dan walaupun mereka ini serba kekurangan berbanding dengan doktor dari segi menganalisis, mereka masih lebih fasih tentangnya berbanding orang ramai.

"Kamu tidak salah. Tidak ada sebarang masalah dengan badan kamu!" Zhang Xuan menjawab dengan tenang kepada persoalannya.

"Tidak ada masalah.Jika begitu, kamu sedang cakap tentang apa?"

"Menyampah betul, bagaimana mungkin kamu boleh bercakap begitu sebagai jenaka!"

"Ini Perdebatan Pil, bukan sesi untuk kamu menyumpah Pakar Perubatan Chen Xiao!"

Selepas mendengar dia mengaku tidak ada masalah dengan badan Pakar Perubatan Chen Xiao, semua orang mula memarahi Zhang Xuan.

Jika terdapat sesuatu masalah dengan badannya, mereka masih mungkin membiarkan sahaja perkara ini berlalu. Namun, memandangkan tidak ada masalah dengan badannya, bagaimana mungkin perkara mengarut ini boleh diterima begitu sahaja.

Sambil berasa bingung, Ouyang Cheng dan yang lain hanya mampu menjeling padanya.

"Hehe!"

Zhang Xuan langsung tidak peduli kemarahan pakar perubatan lain. Dia hanya tersenyum lalu berkata, "Siapa cakap seorang itu tidak boleh mati jika tidak ada apa-apa masalah dengan badan mereka?"

"Apa maksud kamu?"

Selepas melihat ketenangan dan keyakinannya, Pakar Perubatan Chen Xiao mula berasa bulu romanya berdiri tegak. Namun, sebelum sempat dia sambung menyoal, Zhang Xuan telah melambaikan tangannya lalu berkata, "Memandangkan kamu tidak percaya saya, biar kita melihat pil ini dulu!"

Pada saat itu, penglihatan semua terpaku pada Pil Keamanan Hati tempaan Chen Xiao.

"Pakar Perubatan Chen Xiao seorang rasional dan tenang. Dia mempunyai kefasihan tinggi pada kemahiran penempaan pil dia. Oleh itu, jika saya bercakap tentang kelemahannya, mesti tidak ada seorang pun daripada kamu akan percaya saya. Malah akan susah untuk saya mengesahkan dakwaaan saya juga!" Zhang Xuan senyum. "Oleh itu, saya tidak akan bercakap tentang kesalahan dalam kaedah penempaan dia. Sebaliknya, saya akan bercakap tentang pil di depan saya ini. Sama seperti pil tempaan Pakar Perubatan Meng Yan, jika Pil Keamanan hati ini dimakan oleh seorang petapa, kemungkinan besar petapa itu akan menjadi lebih cemas, malah membunuh mereka!"

"Apa?"

"Saya juga sudah meneliti kaedah penempaan pil Pakar Perubatan Chen Xiao dan mendapati tidak ada sebarang masalah tentangnya. Tambahan pula, pil dia sudah mencapai tahap Kesempurnaan, jadi bagaimana mungkin ia membuatkan seseorang menjadi lebih cemas pula?"

[Jika kamu mahu merepek pun, kamu patut merepek sesuatu yang lebih senang dipercayai!]

"Jika kamu tidak percaya saya, kamu boleh cuba! Terdapat Binatang Percubaan Pil di sini!" Zhang Xuan menuding pada sangkar tersebut.

"Baiklah, mari kita cuba!"

Seorang pakar perubatan yang tidak percaya perkataannya dengan selamba telah mengambil satu Pil Keamanan Hati dan meletakkannya dalam mulut seekor Binatang Percubaan Pil.

Selepas memakan Pil Keamanan Hati, Binatang percubaan Pil itu tidak mengamuk seperti sebelum ini. Dia juga tidak mengambil binatang lain untuk melepaskan nafsunya. Sebaliknya, dia cuma terlena di tepi, tanpa bergerak langsung.

"Hah bagaimana? Pil Keamanan Hati ini boleh menenangkan keadaan mental seseorang. Kekurangan pergerakan daripada Binatang Pencubaan Pil ini bermaksud pil ini berkesan. Apa lagi kamu mahu cakap?"

Para pakar perubatan lain mengulas dengan marah.

Mereka semua menatap terus pada Zhang Xuan.

Sebelum ini, Zhang Xuan juga cakap dengan memakan Pil Keamanan Hati ini boleh membuatkan seseorang itu cemas. Sekarang, jelas pil tersebut berkesan seperti mana ia sepatutnya. Mereka curiga mendengar penjelasannya.

"Berikan sedikit masa lagi!"

Zhang Xuan tidak berkata apa-apa pun, dia hanya duduk dengan diam di atas kerusi mereka.

Selepas sepuluh minit, Binatang Percubaan Pil itu masih tidak bergerak langsung. Pada saat ini, pakar perubatan yang memberi pil kepada binatang tersebut tidak tahan lagi lalu bercakap, "Lihat, ia tidak bergerak langsung. Ini jelas menunjukkan Pil Keamanan Hati ini berkesan. Kenapa kamu membuang masa kami menunggu"?

"Sekarang sudah ok!"

Zhang Xuan cakap.

"Sekarang sudah ok?"

Pakar perubatan itu mula berkerut, "Apa maksud kamu? Jelas Binatang Pencubaan Pil langsung tidak cemas memandangkan ia lena sahaja di tepi dengan diam. Apa kamu mahu kita lihat?"

"Sebab dia lena di tepi tidak semestinya bermaksud Pil Keamanan Hati telah berkesan. Ia juga boleh bermaksud… dia sudah mati!"

Zhang Xuan bercakap.

"Mati?"

Pakar perubatan itu terkejut. Dengan segera dia meluru ke hadapan, membuka sangkar tersebut dan mengambil keluar Binatang Pencubaan Pil itu. Selepas melihatnya, matanya menyepet dengan cepat. "Ini… Ini… Bagaimana ini mungkin?"

Binatang Percubaan Pil di tangannya sudah lama menemui ajalnya. Badannya sudah pun mulai menjadi sejuk.

Sudah berapa lama dia mati.

Untuk menjadi begitu sejuk dalam jangka masa sepuluh minit ini, ini bermaksud binatang tersebut sudah mati tidak lama selepas ia makan pil tersebut!

"Ia betul-betul sudah mati?"

"Pil Keamanan hati ini sepatutnya hanya menenangkan jiwa seorang, jadi kenapa pula pil ini membunuh Binatang Percubaan Pil pula?"

"Binatang Percubaan Pil amat sesuai untuk menguji keberkesanan pil, mustahil untuk pil biasa membunuhnya. Apa… apa sedang berlaku ini?"

Pakar Perubatan mula huru hara dengan kekeliruan.

[Selepas memakan Pil Keamanan Hati… Binatang Percubaan Pil itu mati?

Jika seorang petapa memakannya, bukan ini bermaksud dia juga akan mati?]

"Ini… ini…"

Muka Pakar Perubatan Chen Xiao menjadi gelap. Dia berundur beberapa langkah ke belakang dengan perasaan tidak percaya jelas terpapar pada mukanya. "Ini mustahil… saya sudah mengikut setiap langkah teknik ini dengan betul, tidak ada sebarang kesilapan pun padanya. Jika saya gagal menempa pil pun, ia tidak patut bertukar menjadi racun. Kenapa pula mungkin Binatang Pencubaan Pil ini boleh diracun sehingga mati pula…"

Ia dosa besar untuk seorang pakar perubatan meracuni seseorang melalui pil tempaannya. Dia tidak pernah melalui insiden sebegini sepanjang hayatnya, kenapa pula ia berlaku sekarang?

"Zhang Xuan, ini… apa sedang berlaku?"

Dengan muka bingung, Ouyang Cheng bertanya untuk mendapatkan penjelasan.

Pada saat ini, perhatian semua orang sekali lagi terpaku pada Zhang Xuan.

Dia mampu memberitahu masalah Pil Keamanan Hati ini dan lanjutan daripada itu, tahu Binatang Pencubaan Pil akan mati selepas memakannya. Siapa lagi lebih sesuai untuk menjelaskan situasi ini jika bukan dia?

"Saya sudah mendedahkan kesalahan dalam teknik penempaannya, oleh itu, saya sepatutnya sudah lulus ujian ini. Saya betul-betul perlu menjelaskannya lagi ke?"

Zhang Xuan tidak menjawab Ouyang Cheng. Sebaliknya, dia berpaling melihat Pakar Perubatan Chen Xiao.

Dia mampu mengenal pasti masalah dalam pilnya dan menghuraikannya kepada mereka. Ini sudah cukup untuk membuktikan dalam petempurannya dengan Pakar Perubatan Chen Xiao, dialah pemenangnya.

"Jika kamu menjelaskan situasi ini, saya sanggup mengaku kalah!"

Pakar Perubatan Chen Xiao mengetap giginya.

Walaupun Zhang Xuan menang dalam pertempuran tersebut, selagi Chen Xiao tidak mengaku kalah, dia dibenarkan sambung pemeriksaannya.

Selaku pakar perubatan paling tua di situ, dia mengaku kalah akan menyebabkan keyakinan semua orang lain untuk goyang. Oleh itu, dia tidak boleh mengalah dengan begitu sahaja.

"Jika begitu, benarkan saya untuk berterus terang!" Zhang Xuan mengangguk kepalanya. "Tidak ada masalah dalam turutan dan teknik kamu semasa menempa Pil Keamanan Hati. Malah, kamu telah menggabungkan ketenangan diri kamu sendiri ke dalam pil tersebut. Biasanya, pil ini sepatutnya berkualiti tinggi dan keberkesanannya juga tidak kurang hebatnya. Namun, malangnya… kamu ini dekat menemui ajal sudah. Badan kamu dipenuhi aura kematian dan oleh itu, pil tempaan kamu juga akan terjejas dengan aura tersebut juga. Ini sebab kenapa Binatang Percubaan Pil telah mati sebaik sahaja memakan pil kamu!"

Comment (1)

  • Catta_zieta

    Catta_zieta

    ha.ha.ha. mati

Load failed, please RETRY

Table of Contents

Display Options

Report inappropriate content
error Tip

Report abuse
Write a review Reading Status: C111
Fail to post. Please try again
  • Translation Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Send Gifts
Gifted
Thank you for your generous gift.

Cost Spirit Stone to skip ad

You can get it from the following sources

  1. 1. Daily check-in
  2. 2. Invite friends invite now >
  3. 3. Vote for new stories Vote >
learn more >
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Get More
Payment Method paypal

Please switch to the pop-up to complete the payment.

Earn Rewards

Earn rewards

by completing the missions

Complete the daily and EXP missions, as well as every week’s reading missions to obtain EXP and SS as rewards.

Learn more about the rules 1. You can obtain the corresponding EXP and Bonus SS as rewards by completing daily missions and EXP missions, as well as weekly reading missions. 2. The obtained EXP can raise your user level. 3. Bonus SS can be used to unlock chapters, gift authors, etc. They are effective for 30 days. 4. Daily Tasks and corresponding rewards renew daily at 00:00 UTC+8. Don't forget to claim your rewards in time. 5. Weekly Reading Missions refer to the time you spend reading novels and comics on Webnovel every week. 6. The weekly reading time is calculated while your device is connected to the Internet. This might result in a delay of several minutes.

Read longer, Earn bigger

Read on the app and claim your rewards!

Get the App

Read anywhere, anytime