81.88% Perpustakaan Jalan Syurga / Chapter 113: Teknik Penempaan

Chapter 113: Teknik Penempaan

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Untuk mengenal pasti rujukan teknik penempaan lengkap boleh diumpamakan seperti mencipta sesebuah telaga yang mendapatkan airnya daripada beberapa sumber dan menyuruh seseorang itu untuk mengenal pasti sumber air tersebut. Mustahil!

Kecuali jika seorang itu melihat dengan sendiri dia mencipta teknik penempaan itu langkah demi langkah, mustahil untuk betul-betul mengenal pasti rujukannya. Kesusahan soalan Cheng Jiang ini jika dibandingkan dengan mencari kesalahan dan kesilapan dalam teknik penempaan pil, boleh dikatakan lima kali ganda lebih susah!

Mata Zhang Xuan menyepet.

Seperti jangkaannya, para pakar perubatan ini tidak begitu senang untuk diuruskan.

Orang ini mungkin membuat muka senyum, namun, dia orang paling tidak tahu malu di kalangan mereka semua.

Jika Zhang Xuan setuju pun… mengenal pasti semua rujukan teknik penempaannya sesuatu mustahil! Memandangkan Zhang Xuan telah meningkatkan kesusahan peperiksaan ini tadi, kebolehan untuk meningkatkan kesusahan peperiksaan ini juga dimiliki oleh pihak pakar perubatan. Jika dia tidak setuju, orang lain mungkin mengkritiknya pada masa hadapan, selamanya mencemarkan reputasinya.

"Kenapa? Saya tahu ini sesuatu yang amat susah dan tidak hairan kamu akan menolak permintaan saya. Namun… jika kamu menolak cadangan saya, boleh saya menganggap kamu telah mengalah?" Cheng Jiang tersenyum lebar.

"Kalah?" Zhang Xuan menggeleng kepalanya. "Kebetulan juga saya ingin melihat teknik penempaan baru Pakar Perubatan Cheng. Mari kita mula!"

Kaedah ini mungkin biasanya berkesan pada orang lain, membuatkan mereka panik sehingga tidak dapat berfikir dengan betul. Namun, serangan jenis ini langsung tidak berkesan terhadap Zhang Xuan.

Sebab utama Zhang Xuan dapat mengenal pasti kesalahan dalam teknik penempaan pil mereka bukan kerana mata menganalisanya. Sebaliknya, ia disebabkan dia mempunyai Perpustakaan Jalan Syurga. Selagi perpustakaan ini dimilikinya, tidak kira apa tekniknya pun, sama ada ia dicipta ataupun belum lagi dicipta lagi, ia akan jelas terumus dan dipaparkan dalam sesebuah buku. Oleh itu, ini langsung tidak menjadi masalah untuknya.

"Baiklah!" Melihat dia sudah setuju kepada permintaannya, mata Pakar Perubatan Cheng Jiang mula berkelip. Tepi mulutnya meninggi sambil dia mengambil herba perubatan yang diperlukannya lalu berjalan ke arah kawah di tengah bilik.

Hualala!

Herba perubatan itu mula berterbangan. Setiap aksinya mengalir dengan anggun. Melihatnya dari jauh, terdapat kesenian unik daripada teknik tersebut.

"Ia betul-betul teknik penempaan baru. Saya tidak pernah melihatnya sebelum ini!"

Jika tidak silap saya, dia sedang menempa Pil Juxi!"

"Betul. Pil Juxi amat berguna kepada petapa di bawah Peninju 7-dan. Pil ini amat berguna kepada mereka di alam Juxi. Walaupun tidak semahal berbanding pil sebelum ini, namun pil ini tetap antara pil paling berguna kepada para petapa. Biasanya, Pil ini akan ditempa oleh perantis pakar perubatan dalam Ujian Penempaan Pil mereka. Oleh itu, kebanyakan pakar perubatan sudah biasa melihat cara penempaannya. Ini sebab utama Pakar Perubatan Cheng Jiang dapat menunjukkan keunikan teknik pertapaannya. Tambahan pula, pergerakkannya cepat dan tangkas, membuatkannya susah untuk mengetahui rujukannya!"

"Apa-apapun, saya tidak dapat mengenal pasti teknik penempaan pil yang dia telah gunakan…"

"Saya juga…"

...

Para pakar perubatan lain melihat Cheng Jiang untuk seketika sebelum menggeleng kepala mereka.

"Pakar Perubatan Cheng ini betul betul kejam!"

Sambil berdiri di tepi, Ouyang Cheng menggeleng kepalanya. "Dengan tarafnya sebagai seorang pakar perubatan 1-dan, dia mampu menempa Pil Juxi paling asas dengan cepat dan tangkas, menyebabkannya susah untuk orang mengenal pasti teknik penempaannya dengan senang. Tambahan pula, dalam jangka masa pendek untuk menempanya, kamu tidak akan dapat menganalisanya walaupun jika kamu mahu. Nampaknya kali ini Zhang Xuan akan kalah…"

Pakar Perubatan Cheng Jiang boleh menempa pil tahap 1 lebih susah, tetapi itu akan terlalu menyusahkan untuknya. Dia tidak akan dapat menempa mereka semudah dia boleh menempa Pil Juxi. Ini seperti bagaimana walaupun Yang Guo boleh menggunakan Pedang Besi Berat, dia masih tidak dapat menggunakannya dengan senang.

Sebaliknya, jika dia menempa pil paling asas iaitu Pil Juxi, ia akan seperti Yang Guo menggunakan pedang biasa, terlalu senang.

Pakar Perubatan Cheng Jiang ini mungkin sedang tersenyum lebar pada mukanya, tetapi dia sebenarnya berkomplot di sebaliknya. Bukan sahaja pergerakannya cepat semasa menempa Pil Juxi, masa dia memerlukan untuk menempanya juga pendek. Pil tahap 1 biasa akan biasanya mengambil sekurang-kurangnya setengah jam untuk menempa. Pil Juxi pula boleh ditempa dalam masa kurang lima belas minit.

Mendapat tahu tiga rujukan dalam masa sependek ini?

Bagaimana mungkin ia berlaku?

Ia jelas dia tidak berniat untuk meluluskan Zhang Xuan!

"Adakah dia… akan gagal?"

Mendengar tilikan Ouyang Cheng, Wen Xue menggengam penumbuknya dengan ketat.

"Ia akan susah untuk dia lulus peperiksaan ini…"

Ouyang Cheng mengeluh.

"Menarik!"

Asalnya, dia tidak ada sebarang prasangka terhadap Cheng Jiang ini. Namun, dia tidak menjangkakan orang ini begitu keji sehingga menggunakan taktik kotor sebegini. Muka Zhang Xuan mula mengelap.

Sebagai seorang yang berbudi bahasa, berilmu, bercita-cita tinggi dan dilahirkan semula, bagaimana mungkin dia membenarkan orang lain membuli dia tanpa memberi balasan kepada mereka?

Hu!

Akhirnya, Pil Juxi itu akhirnya berjaya ditempa. Agak-agak tujuh ke lapan pil keluar daripada kawah tersebut.

"Saya sudah siap. Zhang Xuan, dipersilakan!"

Pakar Perubatan Cheng Jiang melihatnya sambil ketawa dengan penuh keyakinan.

Teknik penempaannya mempunyai lebih daripada tiga rujukan daripada teknik lain. Namun, pergerakannya terlalu tangkas dan cepat. Hampir mustahil untuk orang lain melihat, apatah lagi mengenal pastinya!

Lagipun… jika Zhang Xuan meneka jawapan betul pun, dia boleh menyangkal sahaja!

Terdapat begitu banyak teknik penempaan, biasanya, memandangkan tidak ada seorang di sini pun dapat mengenal pasti rujukan teknik penempaannya, tertakluk kepada dia untuk berkata apa dia mahu!

[Untuk seorang budak mentah dari entah mana datang ke sini untuk menggunakan saya sebagai batu loncatan kamu mencapai kemenangan dalam Perdebatan Pil… mimpi saja!]

"Jika saya boleh mengenal pasti tiga rujukan teknik penempaan kamu, kamu akan mengaku kalah?"

Zhang Xuan melihatnya dengan mata teruja.

"Ya. Saya ini pakar perubatan rasmi. Dengan pendirian saya ini, tidak ada sebab saya akan tidak menunaikan janji saya hanya untuk menindas seorang perantis pakar perubatan!" Pakar Perubatan berkata sambil melambaikan lengannya dengan agung. Keangkuhan jelas kedengaran pada suaranya.

"Bagus. Memandangkan kamu bercakap demikian, perkara ini senang sahaja!"

Zhang Xuan mengangguk kepalanya sambil melangkah ke hadapan. Dia berjalan sekeliling kawah sebelum menunduk kepalanya untuk melihat Pil Juxi di tangannya.

Dia memicit satu daripadanya lalu meletakkannya dekat dengan hidungnya. Selepas itu dia menghidu baunya.

"Pil Juxi ini mempunyai warna terang dengan permukaan luar yang bersinar. Daripada penilaian biasa, ia sepatutnya sudah mencapai tahap kesempurnaan!" Zhang Xuan memuji. Tetapi, tiba tiba, nadanya bertukar. "Namun…"

"Kerana batas teknik penempaan Pakar Perubatan Cheng, tahap Kesempurnaan ini ialah batas pencapaiannya. Ia mustahil untuknya menempa pil bertahap Pil Termaktub!"

"Ia cuma Pil Juxi, apa gunanya untuk menempanya pada tahap Pil Termaktub?" Pakar Perubatan Cheng menyindir.

Pil Juxi ini pil paling asas seorang pakar perubatan boleh menempa. Pil ini dapat meningkatkan kadar seorang peninju untuk mengumpulkan tenaga rohani dari persekitarannya. Sia-sia sahaja untuk menempanya sehingga ke tahap Pil termaktub.

"Betul tu!"

Zhang Xuan mengangguk kepalanya, jelas tidak rela bertengkar dengannya tentang itu. Sebaliknya, dia hanya senyum dan sambung, "Soalan saya patut jawab berkaitan dengan teknik penempaan kamu. Tidak ada sebab untuk saya berdebat dengan kamu tentang topik lain. Baiklah, memandangkan ini permintaan kamu, saya akan menjawab soalan kamu. Selain teknik penempaan kamu telah rujuk sebelum ini, mari kita bercakap dahulu tentang beberapa teknik penempaan kamu tahu. Dengan ini, ia akan senang untuk kita mendapat konklusi tentang teknik apa kamu telah rujuk!"

"Tiga tahun dahulu, Pakar Perubatan Cheng Jiang telah menggunakan Hujan Seribu Aliran untuk menempa pil tahap 1 Pil Pemulihan Daya Hidup untuk lulus dalam ujian Penempaan Pil. Pada tahun sama, kamu telah belajar Pergabungan Sungai Utara dan berjaya menempa Pil penenang Jiwa."

"Musim bunga tahun kedua, semasa hari jadi Pakar Perubatan Bai Ming, kamu telah menyelinap ke bilik bacaannya untuk menyalin teknik Tangan Ilusi Sutera yang kamu telah gunakan untuk menempa Pil Penyuburan Badan. Daripada itu, reputasi kamu mula tersebar jauh!"

"Musim sejuk tahun itu, kamu telah meminta Pakar Perubatan Lin Mu untuk menunjukkan teknik Tangan Sejuk Lelabahnya. Daripada itu, kamu telah mencurinya untuk diri sendiri!"

"Musim panas tahun ini, kamu telah merasuah tukang rumah Pakar Perubatan Jin dengan 50000 syilling emas untuk menyalin teknik Ketangkasan Tasik Emas Awan Bergegas dia!

...

"Pada bulan ketiga tahun lepas, kamu telah merasuah perantis pakar perubatan Du Man, Zhu Hua Hua, dan mendapat teknik penempaan khas Pakar Perubatan Du Man iaitu Seratus Kaedah Bersambung…

....

"Sekarang, jika saya menambahkan mereka semua, Hujan Sepuluh Ribu Aliran, Gabungan Sungai Utara… jumlah besar kesemua teknik ini ialah dua belas!"

Zhang Xuan mengira dengan perlahan-lahan seakan dia mengira harta karunnya. Selepas itu, dia berpaling melihat muka pakar perubatan itu yang sudah memucat pada saat ini. "Pakar Perubatan Cheng Jiang, ada sebarang kesalahan tak dalam apa saya cakap?"

"kamu… kamu…"

Cheng Jiang mengundur beberapa langkah ke belakang. Matanya menyepet, seakan dia ternampak hantu.

Yang Guo ini watak daripada Hikayat Pemulangan Pendekar Kondor karya Jin Yong.

Dalam novel ini, tangannya dipisahkan oleh Guo Fu, namun dia diselamatkan oleh seekor kondor hanya untuk secara kebetulan menjumpai kubur seorang Peninju Pedang terkenal, Dugu Qiubai. Terdapat empat pedang di situ, satu daripada mereka ialah Pedang Besi Berat. Pedang ini dikenali kerana keberatannya dan kesukaran untuk menggunakannya dalam pertarungan. Yang Guo menggunakan masa lama sebelum dia mampu menggunakannya dengan betul.

Comments (2)

  • Heryn

    Heryn

    Kalau tuan Heng Sao Tian Ya boleh bantu saya..dimanakah dapat saya perolehi novel ini secara lengkap? Saya sangat teruja untuk membacanya..harap tuan dapat membantu saya

  • Heryn

    Heryn

    Saya sangat berminat dngan cerita novel nie

Load failed, please RETRY

Table of Contents

Display Options

Report inappropriate content
error Tip

Report abuse
Write a review Reading Status: C113
Fail to post. Please try again
  • Translation Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Send Gifts
Gifted
Thank you for your generous gift.

Cost Spirit Stone to skip ad

You can get it from the following sources

  1. 1. Daily check-in
  2. 2. Invite friends invite now >
  3. 3. Vote for new stories Vote >
learn more >
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Get More
Payment Method paypal

Please switch to the pop-up to complete the payment.

Earn Rewards

Earn rewards

by completing the missions

Complete the daily and EXP missions, as well as every week’s reading missions to obtain EXP and SS as rewards.

Learn more about the rules 1. You can obtain the corresponding EXP and Bonus SS as rewards by completing daily missions and EXP missions, as well as weekly reading missions. 2. The obtained EXP can raise your user level. 3. Bonus SS can be used to unlock chapters, gift authors, etc. They are effective for 30 days. 4. Daily Tasks and corresponding rewards renew daily at 00:00 UTC+8. Don't forget to claim your rewards in time. 5. Weekly Reading Missions refer to the time you spend reading novels and comics on Webnovel every week. 6. The weekly reading time is calculated while your device is connected to the Internet. This might result in a delay of several minutes.

Read longer, Earn bigger

Read on the app and claim your rewards!

Get the App

Read anywhere, anytime