82.6% Perpustakaan Jalan Syurga / Chapter 114: Pergabungan Sepuluh Ribu Anak Sungai

Chapter 114: Pergabungan Sepuluh Ribu Anak Sungai

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

"Apa? Cheng Jiang, apa dia cakap itu betul ke? Saya menunjukkan kamu teknik saya atas niat baik hati saya, namun kamu dengan senyap mencuri teknik Tangan Sejuk Lelabah saya?"

"Cis, sekarang saya tahu kenapa saya tidak dapat mencari kamu selepas bermula upacara makan malam tersebut. Baik kamu mengaku sekarang, bila kamu ini menyelinap masuk bilik bacaan saya?"

"Cheng Jiang, kami ini rakan sekerja. Jika kamu ingin belajar teknik penempaan saya, kamu boleh meminta dengan telus daripada saya untuknya dan saya mungkin akan mengajarnya kepada kamu. Namun, kamu memilih untuk merasuah penolong perantis saya untuk mendapatkan teknik Seratus Kaedah Bergabung saya. Kamu ini terlalu keji!"

...

Teknik penempaan itu sama dengan teknik tinju untuk seseorang pendekar. Kebanyakan mereka khas diajar hanya kepada mereka dalam suku atau mazhab sama, tidak boleh diajar kepada orang luar dengan sewenang-wenangnya.

Cheng Jiang ini telah belajar secara senyap teknik penempaan pakar perubatan lain tanpa kebenaran mereka, sehingga sampai mencurinya daripada mereka. Selepas mendengar kata-kata Zhang Xuan, kesemua pakar perubatan di situ melenting.

Mereka semua ini ahli Persatuan Pakar Perubatan dan sering kali saling menukar ilmu berkaitan dengan penempaan pil. Jika dia betul-betul berminat untuk belajar teknik penempaan mereka, dia boleh mendedahkan niatnya kepada mereka, menjalankan upacara untuk memperakui mereka sebagai mentor dia, dan kemudian secara rasmi belajar teknik mereka. Dengan ini hubungan mereka dapat dijaga dan mereka masih dapat sambung menjadi kawan!

Namun, belajar secara senyap sebegini, ibarat seorang peninju mencuri teknik tinju pakar lain. Ia satu pantang larang yang tidak boleh dilanggar.

"Semua orang, jangan percaya karutan dia…"

Selepas menyedari ketegangan situasi ini, kemarahan dan ketakutan jelas terpapar pada muka Cheng Jiang sambil dia dengan cepat cuba menyangkal tuduhan terhadapnya.

"Saya merepek?"

Zhang Xuan berjalan ke hadapan. Tepi mulutnya meninggi sambil dia berkata, "Baru tadi, untuk menempa Pil Juxi, Pakar Perubatan Cheng telah mengambil sejumlah 23 herba perubatan. Saya patut tidak silap tentang perkara ini!"

"Betul!"

Semua pakar perubatan rasmi tahu tentang herba perubatan yang diperlukan untuk menempa Pil Juxi. Ia bukannya rahsia dan mereka tidak mempunyai sebab untuk mengangkalnya.

"Apabila kamu campur Rumput Teratai Putih, Akar Wisteria dan Bunga Sungai Emas bersama, jari kelingking kamu bersudut ke belakang manakala telunjuk kamu menuding ke hadapan seakan kamu memetik bunga. Jika tidak silap saya, teknik ini dirujuk daripada teknik Pakar Perubatan Bai Ming, Tangan Ilusi Sutera!"

"Selepas itu, apabila kamu mengekstrak inti pati Matahari Hijau, kelima-lima jari kamu terbuka besar sambil kamu membelai herbanya dengan manja, seakan kamu sedang mengekstrak udara sejuk daripada ais, tidak berani mengeluarkan terlalu banyak tenaga. Ini jika tidak silap saya merujuk kepada teknik Pakar Perubatan Lin Mu, Tangan Lelabah Sejuk!"

"Selepas itu, kamu menambahkan Rumput Osmund Ungu dan Bunga Mani Putih ke dalam, untuk menghalang ciri kedua-dua herba ini daripada bertembung, kamu sengaja mengelilingi kawah tersebut dua kali sebelum mencampakkannya masuk. Dengan berbuat demikian, bukan sahaja ciri-ciri perubatannya dapat dimaksimakan, mereka juga tidak akan hilang keganasannya. Dengan ini, ciri mereka itu tidak akan bertembung antara satu sama lain. Teknik Pakar Perubatan Jin Chen, Ketangkasan Tasik Emas Awan Bergegas nampaknya sama dengan pergerakan kamu!"

...

"Selepas itu, apabila pil telah ditempa, untuk menghalangnya bersentuhan dengan kawah panas itu, kamu menggunakan zhenqi kamu untuk menjana sesebuah jaringan udara dengan tangan kamu. Walaupun pergerakan kamu ini sulit, jika seseorang melihat dengan teliti, ia masih dapat dikenal pasti dengan senang. Pakar Perubatan Du Man, bukan ini sama dengan teknik Seratus Kaedah Bercampur?"

Zhang Xuan tidak membenarkan sedikit ruang pun untuk dia menyangkal perkataannya, mendedahkan kesemua fakta itu tanpa ada kekosongan. Pada saat ini, dia berhenti untuk seketika dan tersenyum lebar. "Jika… Pakar Perubatan Chen masih fikir saya ini merepek, Kristal Rakaman telah merakam seluruh proses kamu dan kami boleh melihat dengan sendiri pada bila-bila masa. Semua orang boleh menjadi saksi sama ada perkataan saya ini betul ke mengarut!"

"Kamu…"

Muka Cheng Jiang memucat sambil seluruh badannya menggeletar seakan sawan.

Dia mengetahui apa Zhang Xuan cakap terlalu benar!

Pakar Perubatan mempunyai sekolah mereka tersendiri dengan warisannya. Untuk mencapai kemajuan dengan cepat, dia telah mencuri teknik orang lain. Dia ingat perbuatannya sudah cukup sulit… bagaimana mungkin orang ini mendapat tahu?

Tambahan pula dengan begitu teliti sekali?

Pada saat ini, dia seakan berdiri bogel di depan khalayak ramai. Perasaan takut dalam hatinya mula meresap keluar dan menyelebungi badannya.

"Apa? Kamu masih fikir saya mengarut?" Tanpa menghiraukan muka pucat Cheng Jiang yang sekarang seakan kapur sekarang, Zhang Xuan melangkah ke hadapan. "Jika kamu fikir ada sebarang masalah pada apa saya cakap… teknik penempaan 'ciptaan kamu' ini daripada rujukan teknik semua orang ini bernama Penggabungan Sepuluh Ribu Anak Sungai betul?"

"Syaitan…"

Pakar Perubatan Cheng Jiang berundur beberapa langkah sebelum jatuh ke lantai.

Nama yang diberikan untuk teknik penempaan ini betul betul bernama Penggabungan Sepuluh Ribu Anak Sungai!

Nama ini difikirnya beberapa hari sebelum ini dan belum sempat lagi dia memberitahu orang lain. Malah, perantisnya sendiri tidak mengetahui nama tekniknya, jadi… bagaimana orang ini tahu namanya?

Untuk mampu melihat melalui segalanya sehingga setiap perkara terperinci seperti fakta dia mencuri teknik penempaan orang lain pun tidak terlepas pandangannya… orang ini manusia ke syaitan?

[Bagaimana mungkin….]

Pakar Perubatan Cheng Jiang pada masa ini betul betul dibelenggui ketakutan.

"Pergabungan Sepuluh Ribu Anak Sungai… kamu memilih daripada kesemua teknik kita untuk menempa sungai kamu. Angkuh sungguh! Teknik penempaan ini betul betul hebat!"

"Untuk mencuri teknik penempaan kita, menggabung kesemuanya menjadi satu, kemudian mendakwa kamu telah mencipta teknik penempaan baru. Cheng Jiang kamu ini amat berkemampuan ya!"

"Untuk berfikir saya menganggap kamu sebagai abang dan kawan baik saya, tapi kamu memilih untuk berbuat demikian kepada saya. Baiklah!"

"Dari hari ini, kita tidak ada hubungan lagi!"

...

Selepas melihat ekspresi Cheng Jiang serta mengingati pergerakannya semasa menempa pil tadi, mereka betul betul boleh dikira bodoh jika masih tidak faham apa telah berlaku.

Muka para pakar perubatan bertukar menjadi merah dengan kemarahan. Kemurkaan mereka jelas di tunjukkan kepada Cheng Jiang.

Mereka tidak begitu mahir pun selaku pakar perubatan dan teknik penempaan mereka itu bukannya rahsia yang tidak patut didedahkan pun. Namun… orang ini, jika dia dengan ikhlas mendedahkan niatnya untuk belajar teknik mereka, untuk permintaannya ditolak itu bukan perkara besar. Namun, kelakuannya untuk belajar teknik mereka di belakang mereka itu langsung tidak patut berlaku!

Bukan sahaja itu, dia malah dengan angkuh bercakap besar dia telah mencipta teknik baru dengan sendiri. Mencipta kepala otak kamu! Kamu sekadar mengambil kesemua teknik kita untuk membuat teknik rojak. Kamu panggil ini teknik baru?

Jika begitu, semua orang boleh mencipta teknik baru setiap hari!

Lebih-lebih lagi, untuk menamakannya Pergabungan Sepuluh Ribu Anak Sungai…

Di dunia ini, tidak mungkin ada orang yang lebih tak tahu malu daripada dia!

Pada masa ini, mereka semua tidak lagi melihat Cheng Jiang sebagai rakan sekerja mereka. Kejijikan jelas terpapar pada muka mereka.

"Para tetamu, sila bertenang!"

Melihat kemarahan kesemua pakar perubatan di situ, Zhang Xuan tersenyum. Dia mencelah kekecohan mereka lalu berpaling melihat Cheng Jiang yang masih dalam keadaan serba tidak percaya. "Pakar Perubatan Cheng Jiang… ini boleh dikira kemenangan saya?"

"Kamu… kamu…"

Melihat dia tersenyum, Pakar Perubatan Cheng Jiang menggeletar. "Kamu menang… saya mengaku kalah!"

Dia tidak mempunyai pilihan selain mengaku kalah. Kebolehan pihak lawannya untuk menganalisa sesuatu sudah mencapai tahap syaitan. Dia takut jika dia sambung bertanding dengannya, lebih banyak rahsianya akan terbongkar. Oleh itu, dia hanya mampu mengangguk kepalanya dengan cepat.

Pada saat ini, dia menyesali perbuatannya untuk sengaja membuat ia susah untuk Zhang Xuan. Walaupun dia dapat mendedahkan kelemahan dan kesalahan dalam teknik penempaan Meng Yan dan Chen Xiao, dia jelas masih menjaga nama baik mereka. Namun, dia jelas telah menghantar tamparan terus ke mukanya, mendedahkan rahsia tersiratnya ke khalayak ramai…

Boleh dijangkakan selepas berita ini diuar-uarkan keluar, dia akan hilang statusnya dalam Persatuan Pakar Perubatan Empayar Tianxuan. Dia akan dipulau oleh semua dan dilihat dengan jijik oleh semua.

Semua reputasi yang terbina semenjak dahulu lagi akan hancur begitu sahaja dan semua akan melihatnya sebagai orang jahat dan penipu.

Selepas dia mengaku kalah, Zhang Xuan hanya tersenyum.

Asalnya, dia tidak berniat untuk betul-betul mencabar sesiapa pun. Namun, orang ini cuba mengambil kesempatan untuk membuatnya terdesak!

[Kamu mahu memalukan saya? Cuba tengok!

Selaku seorang yang dilahirkan semula dengan cincin emas, bagaimana mungkin saya membenarkan diri saya untuk dimalukan oleh kamu begitu sahaja?

Memandangkan kamu membuat keputusan untuk mengambil tindakan terhadap saya, jangan salahkan saya tentang apa bakal berlaku. Kebetulan, saya boleh menggunakan kamu untuk memberi amaran kepada yang lain, saya, Zhang Xuan… tidak akan dibuli dengan begitu senang!"

"Pakar Perubatan Cheng telah mengaku kalah!"

Zhang Xuan mengimbas persekitarannya. "Ada lagi tak?"

Pada saat ini, bilik itu terus senyap.

Comment (1)

  • Heryn

    Heryn

    Pertarungan untuk memalukan dri sndri,siapa lagi slepas ini..ahahaha

Load failed, please RETRY

Table of Contents

Display Options

Report inappropriate content
error Tip

Report abuse
Write a review Reading Status: C114
Fail to post. Please try again
  • Translation Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Send Gifts
Gifted
Thank you for your generous gift.

Cost Spirit Stone to skip ad

You can get it from the following sources

  1. 1. Daily check-in
  2. 2. Invite friends invite now >
  3. 3. Vote for new stories Vote >
learn more >
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Get More
Payment Method paypal

Please switch to the pop-up to complete the payment.

Earn Rewards

Earn rewards

by completing the missions

Complete the daily and EXP missions, as well as every week’s reading missions to obtain EXP and SS as rewards.

Learn more about the rules 1. You can obtain the corresponding EXP and Bonus SS as rewards by completing daily missions and EXP missions, as well as weekly reading missions. 2. The obtained EXP can raise your user level. 3. Bonus SS can be used to unlock chapters, gift authors, etc. They are effective for 30 days. 4. Daily Tasks and corresponding rewards renew daily at 00:00 UTC+8. Don't forget to claim your rewards in time. 5. Weekly Reading Missions refer to the time you spend reading novels and comics on Webnovel every week. 6. The weekly reading time is calculated while your device is connected to the Internet. This might result in a delay of several minutes.

Read longer, Earn bigger

Read on the app and claim your rewards!

Get the App

Read anywhere, anytime