83.33% Perpustakaan Jalan Syurga / Chapter 115: Pil Penenang Akupoin

Chapter 115: Pil Penenang Akupoin

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Walaupun orang di depan mereka hanya mendedahkan kelemahan dan kesalahan dalam teknik penempaan ketiga-tiga pakar perubatan sebelum ini, kebolehannya telah berjaya membuatkan pakar perubatan yang tinggal berasa takut dengannya.

Bukan mereka sahaja, malah dengan ketangkasan Cheng Jiang… mengambil kira masa pendek dia memerlukan untuk menempa sesebuah pil… jelas dilihat oleh Zhang Xua. Bukan sahaja dia dapat melihat pergerakan tersebut, malah dapat menganalisa keluar sumber tekniknya, serta fakta tentang bagaimana ia telah dicuri dan digabung olehnya…

Kebolehannya untuk menganalisa dan ilmunya betul-betul tidak dapat ditandingi seorang manusia biasa.

"Tiga pakar perubatan sudah mengaku kalah, tujuh lagi. Siapa ingin cuba dahulu?"

Melihat kediaman mereka semua, Zhang Xuan hanya mampu menatap mereka dengan sabar.

Perdebatan Pil ini memerlukan kesemua pakar perubatan di situ mengaku kalah kepadanya sebelum Zhang Xuan boleh diiktirafkan sebagai pemenang.

"Ini…"

Kesunyian terus membelenggui bilik tersebut untuk beberapa ketika.

Ia perkara biasa jika hanya mata menganalisa orang ini terlalu hebat, tetapi daripada ketiga-tiga pakar perubatan tadi, seorang didedahkan miang dan panas baran, seorang diambang maut dan seorang pula reputasi yang hancur berkecai…

Mereka di sini untuk Perdebatan Pil. Mereka tidak berhasrat untuk rahsia mereka terbongkar kerana ini!

Kebolehannya untuk menganalisa begitu hebat sehingga dia dapat beritahu jika terdapat sedikit tidak betul dengan keadaan mental mereka. Dari situasi ini, siapa mungkin berani untuk mencabarnya lagi?

Tambahan pula… mereka tidak boleh mengaku kalah tanpa bertanding dalam Perdebatan Pil begitu sahaja!

Jika mereka berbuat demikian, ia boleh dikatakan sama seperti dia telah memberi jalan untuk mereka dan ini dianggap sebagai menipu. Jika ini didedahkan, mereka kesemua boleh dilucutkan kelayakan mereka sebagai pakar perubatan.

Oleh itu, kesunyian kekok sambung berkeliaran di bilik tersebut kerana tidak ada orang berani melangkah ke hadapan.

"Tolong cepat, saya tidak ingin menghabiskan masa terlalu lama di sini untuk perkara ini!"

Menyedari ketegangan situasi tersebut, Ouyang Cheng tidak dapat menahan bercakap, "Saya akan pergi!"

Selepas seketika, Pakar Perubatan Du Man berdiri.

Dia telah berkenalan dengan Zhang Xuan, malah dia pernah bertaruh ke atasnya sebelum ini. Orang yang disangka angkuh telah bertukar menjadi seorang berkemampuan hebat dengan kebolehan menakjubkan untuk menganalisa.

Dia sendiri jauh berkurangan berbanding dia dari segi itu.

Namun, dia tidak ada pilihan lain. Lagipun, mereka tidak boleh terus melengahkan masa sebegini.

"Pakar Perubatan Du Man, benarkan saya pergi dahulu!"

Baru sahaja Du Man mahu mula menempa supaya Zhang Xuan dapat mendedahkan kelemahan dan kesalahan dalam tekniknya, seorang tetua berdiri.

"Pakar Perubatan Bai Ming!"

"Tadi, Zhang Xuan telah mendedahkan Cheng Jiang dengan senyap belajar teknik Tangan Ilusi Sutera saya. Dia mesti amat marah. Kenapa pula dia mengambil tindakan terhadapnya sekarang?"

"Saya pun tidak tahu. Mari tengok!"

...

Selepas melihat tetua ini, mereka semua hanya mampu menggeletar,

Walaupun Pakar Perubatan Bai Ming bukan yang tertua dalam kalangan mereka, dia pakar perubatan paling layak dan dihormati antara mereka.

Ini kerana dia bukan sahaja seorang pakar perubatan. Dia juga ketua kepada satu daripada Empat Suku Teragung Bandar Tianxuan, Suku Bai.

Dia seorang yang amat berpengaruh dalam seluruh bandar ini.

"Memandangkan Pakar Perubatan Bai yang mahu ke depan, saya akan mengundur diri dahulu!"

Pakar Perubatan Du Man balik ke kerusinya.

Dia tidak dapat menandingi Bai Ming dari segi kelayakan mahupun pengaruh.

"Zhang Xuan, kamu mempunyai kebolehan untuk menganalisa yang menakjubkan. Namun… kamu ini sekadar bernasib baik sahaja. Sebenarnya, kamu tidak mempunyai banyak ilmu pun tentang penempaan pil!" Selepas penguji telah disahkan, Bai Ming menjeling Zhang Xuan dengan nada marah.

Tidak hairan dia marah. Walaupun dia marah pada Cheng Jiang kerana mencuri teknik rahsia warisan keluarganya, didedahkan di depan semua juga membuatkan dia berasa malu.

Lagipun, perkara ini memalukan untuk suku Bai kerana mereka selaku suku terkuat tidak mampu menghalang seorang pakar perubatan daripada mencuri dari mereka. Jika berita ini tersebar, suku Bai akan menjadi bahan ketawa semua.

"Nasib? Kenapa pula Pakar Perubatan Bai berkata demikian?"

Zhang Xuan terkejut.

"Senang sahaja. Tidak kira itu Meng Yan, Chen Xiao ataupun Cheng Jiang, kesalahan mereka yang didedahkan oleh kamu masuk akal. Namun, jika kita melihatnya dengan mendalam, ia kemungkinan kamu telah menyelidik keperibadian mereka dan peristiwa di sekeliling kami semua sebelum ini. Menggunakan informasi ini, kamu menggunakan muslihat untuk mengaburi mereka berkenaan teknik penempaan mereka. !"

Bai Ming berkata dengan megah.

"Menggunakan helah?"

"Selepas Pakar Perubatan Bai Ming berkata demikian, baru semua ini mula masuk akal!"

"Betul! Contohnya, dari insiden Meng Yan, jika kamu sudah tahu terlebih dahulu dia telah membunuh gundiknya pagi tadi dan niat membunuhnya masih membara dalam hatinya, kamu boleh dengan senang mengagakkan Pil Keamanan Hati tempaannya akan tidak berkesan!"

"Sama juga dengan Pakar Perubatan Chen Xiao! Jika kamu sudah tahu dengan awal dia itu sakit dan tidak mempunyai masa lama lagi untuk hidup, kamu boleh mengagakkan akan terdapat masalah dengan Pil tempaan dia. Lagipun, Pil Keamanan Hati ini mencerminkan keadaan minda penempa. Binatang liar pun mampu tahu keberkesanan pil ini jika mereka tahu terlebih dahulu semua informasi ini!"

"Selepas kamu bercakap demikian, ia betul-betul menjelaskan banyak perkara. Jika dia sudah membuat persediaan sebelum ini dan mendapatkan maklumat tentang Cheng Jiang mencuri teknik penempaan kami, senang sahaja untuk dia mengagak rujukan teknik 'ciptaan' dia itu!"

...

Perkataan Bai Ming ini seumpama melontar batu ke permukaan air, menjana gelombang dari satu gelombang ke gelombang seterusnya. Semua orang mula 'menyedarinya', seakan mula faham apa telah berlaku.

Ini kerana sebelum ini mereka tidak faham bagaimana orang ini dapat melihat melalui semua keperincian mereka dan ini membuatkan mereka takut. Sekarang, selepas mereka 'faham' sebabnya, ketakutan mereka telah lenyap.

Malah, jika mereka tahu informasi ini sebelum ini, mereka juga akan mampu membuat penilaian sama seperti Zhang Xuan tiga kali sebelum ini.

"Oh? Menggunakan helah? Kreatif juga imaginasi kamu!" Dia tidak menjangkakan imaginasi Pakar Perubatan Bai Ming begitu aktif. Sambil tersenyum, Zhang Xuan sambung, "Tidak kira apa kaedah saya guna, seya tetap akan lulus jika saya dapat mengenal pasti kelemahan dan kesalahan dalam teknik penempaan kamu!"

"Betul. Ini kemenangan kamu jika kamu berjaya mendedahkan kelemahan dan kesalahan dalam teknik penempaan saya. Namun, saya ingin menukar peraturan Perdebatan Pil ini sedikit juga!" Pakar Perubatan Bai Ming berkata.

"Oh?"

"Kesemuanya sama sahaja. Saya akan menempa pil, manakala kamu akan mengenal pasti kesalahan dan kelemahan dalam teknik penempaan saya. Namun… saya mahu kamu mendedahkan kesalahan dalam teknik penempaan sahaja, seperti teknik salah, kebolehan saya dalam mengawal api ataupun cara saya mencampur herba perubatan dan tidak melibatkan emosi dan perkara lain. Dengan cara ini, kamu tidak akan dapat menggunakan informasi kamu dapat sebelum ini dan menggunakan helah untuk mengenal pasti kesalahan dan kelemahan dalam teknik penempaan saya!"

Bai Ming bercakap dengan megah.

"itu baru betul!"

"Dengan cara ini, dia tidak akan lagi dapat bercakap tentang emosi atau lain lain!"

"Dengan peraturan ini, dia tidak akan dapat menggunakan helah untuk mendapat tahu kesalahan dan kelemahan kita walaupun dia mahu!"

"Ini baru boleh dikira sebagai mendedahkan kelemahan dan kesalahan…"

…..

Para pakar perubatan mengangguk kepala mereka dalam persetujuan.

Secara jujurnya, mereka semua sebenarnya terlalu takut dengan kebolehan Zhang Xuan untuk mendedahkan kelemahan dan kesalahan mereka. Selaku seorang petapa, meluru ke hadapan dan keluar sebagai pemenang dalam kalangan jutaan orang, siapa yang tidak pernah membuat perkara buruk dalam hidupnya? Ia akan memalukan untuk budak ini mendedahkan rahsia gelap mereka.

Oleh itu, peraturan baru daripada Pakar Perubatan Bai Ming dengan segera mendapat persetujuan ramai.

Dia hanya dibenarkan mendedahkan kelemahan dari segi penempaan pil. Mengungkitkan perkara luar seperti pembunuhan ataupun di ambang mati itu dilarang.

Walaupun mereka itu pakar perubatan…. kejutan sebegini bukan seorang manusia dapat menanganinya!

"Kamu pasti?"

Selepas mendengar peraturan ini, bagaimana mungkin Zhang Xuan masih tidak tahu apa mereka sedang berfikir? Tepi mulut Zhang Xuan meninggi menjadi senyuman.

"Sudah tentu!" Pakar Perubatan Bai Ming melemparkan lengannya. "Sekarang, soalannya kamu ini berani ataupun tidak untuk menyahut cabaran ini!"

Zhang Xuan malas bertengkar dengannya tentang perkara ini.

"Bagus!"

Melihat dia setuju, Pakar Perubatan Bai Ming memberi keluhan lega. Selepas berfikiran untuk seketika, dia mengambil beberapa herba perubatan dan berjalan ke arah kawah.

Fwoosh boosh!

Api mula marak sambil Pakar Perubatan Bai Ming memulakan teknik penempaan pilnya.

Tidak lama kemudian, api mula reda dan tiga pil bulat terhasil daripada kawah tersebut.

Pil tahap 1, Pil Penenang Akupoin! Ini khas dibuat untuk Peninju 6-Dan demi menenangkan akupoin mereka, membenarkan mereka menjelajah lebih jauh ke dalam alam Pixue.

Sebelum ini, Tetua Shang Chen telah menghabiskan banyak duit untuk membeli satu untuk Shang Bin. Shang Bin kemudian memberinya kepada Singa Pencakar Langit sebagai bayaran untuk membelasah Zhang Xuan.

Namun, Singa Pencakar Langit itu akhirnya mengkhianatinya, membuatkan Shang Bin berdendam dengannya.

Tidak kira apa pun, Pil Penenang Akupoin ini boleh dikira antara pil tahap 1 taraf agung, jauh lebih hebat berbanding Pil Keamanan Hati.

Comment (1)

  • Heryn

    Heryn

    Penukaran d persetujui

Load failed, please RETRY

Table of Contents

Display Options

Report inappropriate content
error Tip

Report abuse
Write a review Reading Status: C115
Fail to post. Please try again
  • Translation Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Send Gifts
Gifted
Thank you for your generous gift.

Cost Spirit Stone to skip ad

You can get it from the following sources

  1. 1. Daily check-in
  2. 2. Invite friends invite now >
  3. 3. Vote for new stories Vote >
learn more >
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Get More
Payment Method paypal

Please switch to the pop-up to complete the payment.

Earn Rewards

Earn rewards

by completing the missions

Complete the daily and EXP missions, as well as every week’s reading missions to obtain EXP and SS as rewards.

Learn more about the rules 1. You can obtain the corresponding EXP and Bonus SS as rewards by completing daily missions and EXP missions, as well as weekly reading missions. 2. The obtained EXP can raise your user level. 3. Bonus SS can be used to unlock chapters, gift authors, etc. They are effective for 30 days. 4. Daily Tasks and corresponding rewards renew daily at 00:00 UTC+8. Don't forget to claim your rewards in time. 5. Weekly Reading Missions refer to the time you spend reading novels and comics on Webnovel every week. 6. The weekly reading time is calculated while your device is connected to the Internet. This might result in a delay of several minutes.

Read longer, Earn bigger

Read on the app and claim your rewards!

Get the App

Read anywhere, anytime