84.78% Perpustakaan Jalan Syurga / Chapter 117: Penganalisisan Pakar Perubatan Bai Ming (2)

Chapter 117: Penganalisisan Pakar Perubatan Bai Ming (2)

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Bai Ming berasa marah, namun dia juga tahu dia tidak dapat menyangkal sedikit pun kata-kata Zhang Xuan itu.

Ia merupakan pengetahuan asas untuk memeriksa dahulu kawah dan api kawah sebelum mula menempa pil. Perantis Pakar Perubatan pun tahu tentangnya. Tindakannya untuk terus menempa tanpa berbuat demikian jelas sekali suatu kesilapan besar.

Menggunakan pepatah dari dunia lepas Zhang Xuan, Jika seseorang tidak membuat persediaan sebelum memulakan perjalanan, jika sesuatu berlaku semasa perjalanan itu, dia tidak berhak untuk mengeluh tentangnya.

Sekarang, itulah perasaan yang Bai Ming sedang rasai. Dileter oleh seorang perantis pakar perubatan di khalayak ramai, namun tidak dapat menyangkal apa-apa pun. Jelas dia sedang memendamkan amarah dalam hatinya sekarang.

"Baiklah, memandangkan saya sudah habis bercakap tentang api dan kawah, saya akan bercakap tentang penggabungan herba perubatan pula!"

Mengetahui Bai Ming tidak akan dapat menyangkal kata-katanya, Zhang Xuan tidak mahu membuang masa bercakap tentang kesilapan tersebut. Sebaliknya, dia terus berjalan ke rak herba perubatan. "Pil Penenang Akupoin memerlukan sebanyak 47 jenis herba perubatan. Daripada nombor herba terlibat dalam proses penempaan, terdapat herba yang melengkapi satu sama lain, dan ada juga yang akan menyangkal satu sama lain. Oleh itu, jika kamu tidak mengawal prosesnya dengan teliti, ia amat mudah untuk herba perubatan menyangkal antara satu sama lain dan pil itu akan rosak begitu sahaja!"

"Pertama, benarkan saya untuk bercakap tentang turutan Pakar Perubatan Bai Ming!"

"Herba pertama dia masukkan adalah Rumput Hati! Rumput Hati mempunyai ciri-ciri menenangkan dan kalis haba. Oleh itu, ia memerlukan api kuat untuk mengekstrakkan inti patinya. Betul kamu meletakkannya dahulu dalam kawah supaya ia mempunyai masa lebih lama untuk dipanaskan untuk mengeluarkan ciri-ciri perubatannya. Namun… tujuh nafas selepas meletakkan Rumput hati itu, kamu memasukkan herba kedua, Bunga Tapak Pecah!"

"Jika tidak silap saya, Rumput Hati yang kamu ambil itu hanya setengah tahun tua. Oleh itu, ciri-ciri herba perubatannya tidak cukup kuat dan kebanyakannya tertumpu pada daunnya dan bukannya di meridian. Untuk herba begitu, kesan perubatannya akan terus di keluarkan sebaik sahaja ia bertemu dengan haba. Di bawah situasi biasa, dia sepatutunya meletakkan Bunga Tapak Pecah selepas empat nafas. Namun, dia melengahkannya selama tiga nafas, menyebabkan keberkesanan perubatannya hilang sebanyak tiga belas peratus. Gagal!"

"Dalam pada itu, Bunga Tapak Pecah itu pula telah matang selama lima tahun dan kesan perubatannya jauh lebih kuat berbanding Rumput Hati. Dia sepatutnya dengan perlahan meletakkan Bunga Tapak Pecah di dinding kiri kawah dengan jangka masa ia sampai ke lantai kawah dalam setengah nafas. Dalam masa ini, kawah ini akan mengeluarkan kesan perubatannya dengan sepenuhnya, membenarkannya untuk lebih senang bergabung dengan Rumput Hati. Namun, Pakar Perubatan Bai Ming telah mencampak herba perubatan tersebut masuk begitu sahaja, menghalangnya daripada dipanaskan oleh kawah terlebih dahulu. Oleh itu, kesan perubatannya tidak dapat dikeluarkan dengan sepenuhnya dan secara keseluruhan, keberkesanannya berkurangan sebanyak empat belas peratus. Gagal!"

"Kesan Perubatan kedua-dua herba ini saling menyangkal antara satu sama lain, Jadi, dia sepatutnya dengan cepat meletakkan Rumput Flora Berselerak ke dalamnya kerana ia mempunyai kesan menenangkan reaksi kedua-dua herba tersebut. Namun, dia membuang masuk Rumput Naga Satu Mata yang ganas, ini menyebabkan pertempuran antara dua herba sebelum ini menjadi lebih parah. Dengan ini, sebanyak sebelas peratus kesan perubatannya hilang lagi! Gagal!"

"Rumput Naga Satu Mata adalah herba berciri 'yang'. Selepas meletakkannya ke dalam kawah panas itu, dia sepatutnya telah memasukkan Rumput Penyejukan untuk menyangkal tindak balas daripadanya. Namun, Pakar Perubatan Bai Ming memasukkan Rumput Kealiman Ibu pula. Rumput Kealiman Ibu ini mampu meneutralisasikan semua jenis herba perubatan dan oleh itu sesuai untuk menjadi pengantara antara herba. Namun, kerana ia akan meneutralisasikan ciri 'yang' rumput Naga Satu Mata, ini mengurangkan keberkesanan Pil Penenang Akupoin dengan banyak. Gagal!"

"… Gagal!"

"… Gagal!"

"… Gagal!"

...

Zhang Xuan bercakap semakin lama semakin cepat, seakan senapang mesingan. Setiap satu perkataannya masuk akal dengan bukti untuk mengesahkannya. Setiap satu kesalahan menghentam Pakar Perubatan Bai Ming tepat pada mukanya. Mukanya menjadi semakin pucat dan badannya menggeletar seakan sawan.

Penempaan Pil ini bukan perkara mudah. Walaupun herba yang sama, jika kematangannya berbeza, ia akan mempunyai ciri perubatan berbeza. Bukan itu sahaja, seorang pakar perubatan perlu memasangkan mereka bersama supaya herba perubatan akan sempurna. Untuk Pil Penenang Akupoin pun, tiga hari pun tidak cukup untuk Zhang Xuan menjelaskan kesemuanya dengan lebih mendalam.

Ini sebab utama Pakar Perubatan adalah antara pekerjaan paling dihormati dalam Sembilan Jalan Teratas.

"Semua dikatakan dia betul!"

"Untuk mengingati turutan Pakar Perubatan Bai Ming memasukkan kesemua empat puluh tujuh herba perubatan tadi dengan sekali pandang? Apa jenis kebolehan menghafal orang ini?"

"Paling mengejutkan bukanlah dia mampu menghafal turutan dia meletakkan semua herba perubatan itu ke dalam kawah… dia juga mampu memberitahu kamu kematangan herba perubatan itu, malah juga dapat memberitahu cara terbaik untuk memasangkan herba perubatan untuk mengeluarkan kesan paling optimum. Dia ini… betul-betul manusia ke?"

"Selepas saya dengar ulasan dia, seorang pakar perubatan itu betul-betul perlu mengambil kira banyak perkara. Tidak hairan lah pil saya tidak mampu mencapai tahap Kesempurnaan ataupun Pil Termaktub. Jadi ini sebabnya…"

...

Selepas mendengar kata-kata Zhang Xuan, mereka semua terdiam. Ia seakan kepala mereka telah dihentam oleh sebatang kayu, mata mereka terbeliak dan mulut mereka terbuka luas.

Haram jadah!

Ini baru boleh dipanggil Penempaan Pil!

Sebelum ini, kami cuma membazirkan herba dan memalukan pekerjaan ini!

Berkemungkinan besar jika mereka menggunakan teknik yang Zhang Xuan cakap untuk menempa pil ini, pil tersebut akan mencapai kehebatan baru. Tahap Kesempurnaan dan Pil Termaktub pun tidak akan menjadi masalah!

Ini bukan lagi teori seorang pakar perubatan 1-dan dapat keluarkan. Hanya pakar perubatan lebih tinggi pangkatnya akan mampu memberi perhatian kepada ciri-ciri kecil begitu!

Kesemua mereka bingung. Pada saat ini, Pakar Perubatan Bai Ming ada juga terfikir untuk membunuh diri sahaja.

Mendengar perkataan Zhang Xuan, turutan penempaan pilnya jelas gagal. Bagaimana mungkin ini dikira sebagai penempaan pil? Dia ini pakar menempa tahi kot!

Tambahan pula,… sekurang-kurangnya jika dia menempa tahi, dia tidak membazirkan sebarang herba. Tetapi, semasa dia menempa pil tadi, dia hanya telah berjaya untuk membazirkan kesemua herba perubatannya…

Pu!

Perasaan sebak dalam dadanya kian lama menjadi lebih berat , apabila tidak dapat menahan lagi, dia termuntah darah di situ juga.

Selama ini, dia ingat dia berbakat dalam penempaan pil, bukan itu sahaja, malah dia betul-betul berkemahiran tinggi selaku seorang pakar perubatan. Namun, selepas mendengar ulasan Zhang Xuan, dia menyedari tarafnya tidak dapat menandingi seorang budak mentah pun!

Semua keyakinan diri dalam sepanjang hayatnya hancur begitu sahaja. Dia pada masa ini tidak berani pun untuk menghampiri sebuah kawah.

Seluruh badannya menggeletar tanpa kawalan. Baru sebentar tadi, dia berdiri megah dengan niat untuk menghukum Zhang Xuan kerana memalukannya di depan khalayak ramai. Namun sekarang, mukanya kian lama kian bertukar menjadi lebih hodoh, seakan dia ingin hilang kawalan dan mengamuk pada bila-bila masa sahaja.

Beberapa saat kemudian, dia mengetap giginya.

"Betul itu. Dengan taraf saya ini sekarang, bagaimana mungkin saya ini mampu menempa pil? Semua saya buat tadi hanya membazirkan herba sahaja! Mulai hari ini, saya, Bai Ming, tidak akan lagi menempa pil. Jika saya mengingkari sumpahan saya ini, biar tuhan sendiri menceraikan badan saya menjadi seribu cebisan!"

Sumpahnya bergema di dalam dewan tersebut.

"Apa?"

"Dia bersumpah untuk tidak menempa pil lagi?"

"Pakar Perubatan Bai Ming…"

...

Selepas mendengar sumpahnya, mereka semua sangat terkejut. Mereka tidak dapat menahan keluhan mereka, sedih akan kehilangan seorang rakan seperjuangan.

Untuk seorang pakar perubatan bersumpah tidak menempa pil lagi, ini sama dengan mengucapkan selamat tinggal kepada dunia penempaan pil. Segala usahanya selama ini sia-sia begitu sahaja.

Ini semua hanya disebabkan oleh seorang perantis pakar perubatan telah berjaya mengenal pasti kelemahan dan kesalahan dalam teknik penempaannya!

"Dia ini tidak terlalu terburu-terburu ke…" Seorang Pakar Perubatan lain tidak dapat menahan ulasannya.

"Jika kamu dikritik sebegitu, apa pula yang kamu akan buat?" Seorang lagi pakar perubatan membalas.

"Saya…" Pakar perubatan tadi berhenti di tengah perkataannya kerana tidak tahu apa patut dijawab.

Apa dikatakannya benar. Jika dia di tempat Pakar Perubatan Bai Ming, selepas menyedari teknik penempaannya semua bermasalah dan segala usahanya selama ini membuang masa sahaja, keyakinan yang dibinanya selama ini juga mungkin akan hancur dengan serta merta begitu sahaja!

Saat dia hilang keyakinan dirinya, trauma itu akan menyebabkannya tidak mampu menempa sebarang pil lagi sepanjang umurnya. Daripada terus merana kerana ini, dia rela bersumpah untuk tidak menempa pil sepanjang hidupnya lagi!

Penempaan pil ini bukan main main. Keadaan mental, kemahiran, keyakinan… kesemua faktor ini perlu diambil kira dalam kejayaan menempa sesebuah pil. Tanpa keyakinan diri, bagaimana mungkin dia boleh memanggil dirinya seorang pakar perubatan?

"Untuk membuat seorang pakar perubatan berpengalaman kehilangan kesemua keyakinan dirinya sehingga takut untuk menempa pil lagi dengan hanya mendedahkan kesilapannya…"

Sebuah pendapat terlintas di fikiran mereka pada masa itu. Selepas melihat Zhang Xuan sekali lagi, hati mereka terlepas satu degupan.

Tidak hairan dia begitu enggan bercakap tentang kelemahan dan kesilapan mereka dalam penempaan pil tadi. Bukan kerana dia tidak mampu mengenal pasti dan terpaksa menggunakan kaedah lain untuk menutup kelemahannya. Baru sekarang mereka tahu… orang ini tidak sejahil mereka ingat. Malah, kerana dia mengetahui begitu banyak sehingga takut akan menghancurkan keyakinan setiap satu daripada mereka begitu sahaja!"

[Abang, kami ingin tanya kamu, Adakah kamu perantis pakar perubatan atau kami yang sebenarnya?]

Comments (3)

  • Heryn

    Heryn

    Tiada maknusia yg sempurna..zhang xuan sndri pn memiliki perpustakasn jln syurga jdi tidak heran untuk jdi hebat

  • ryntziyona

    ryntziyona

    up

  • rayna_maniya

    rayna_maniya

    Wow

Load failed, please RETRY

Table of Contents

Display Options

Report inappropriate content
error Tip

Report abuse
Write a review Reading Status: C117
Fail to post. Please try again
  • Translation Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Send Gifts
Gifted
Thank you for your generous gift.

Cost Spirit Stone to skip ad

You can get it from the following sources

  1. 1. Daily check-in
  2. 2. Invite friends invite now >
  3. 3. Vote for new stories Vote >
learn more >
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Get More
Payment Method paypal

Please switch to the pop-up to complete the payment.

Earn Rewards

Earn rewards

by completing the missions

Complete the daily and EXP missions, as well as every week’s reading missions to obtain EXP and SS as rewards.

Learn more about the rules 1. You can obtain the corresponding EXP and Bonus SS as rewards by completing daily missions and EXP missions, as well as weekly reading missions. 2. The obtained EXP can raise your user level. 3. Bonus SS can be used to unlock chapters, gift authors, etc. They are effective for 30 days. 4. Daily Tasks and corresponding rewards renew daily at 00:00 UTC+8. Don't forget to claim your rewards in time. 5. Weekly Reading Missions refer to the time you spend reading novels and comics on Webnovel every week. 6. The weekly reading time is calculated while your device is connected to the Internet. This might result in a delay of several minutes.

Read longer, Earn bigger

Read on the app and claim your rewards!

Get the App

Read anywhere, anytime