89.13% Perpustakaan Jalan Syurga / Chapter 123: Solusi Ditemui

Chapter 123: Solusi Ditemui

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Bilik koleksi buku tahap maju Persatuan Pakar Perubatan terletak tidak begitu jauh daripada tempat Perdebatan Pil berlangsung. Hanya beberapa langkah sahaja diperlukan sebelum mereka sampai ke pintu depan bilik tersebut.

"Terdapat sepuluh pakar perubatan dalam Persatuan Pakar Perubatan Empayar Tianxuan. Kebanyakan daripada mereka hanya akan datang ke sini untuk membaca buku apabila berdepan dengan masalah yang sukar. Oleh itu, tempat ini biasanya sunyi. Apa-apa pun, jangan malu untuk mengambil mana-mana buku kamu ingin baca!" Ouyang Cheng memperkenalkan Zhang Xuan kepada bilik koleksi buku sambil membuka pintu bilik tersebut.

Zhang Xuan menyuarakan persetujuannya sebelum masuk ke dalam bilik tersebut.

Walaupun tidak ada ramai pakar perubatan dalam Persatuan Pakar Perubatan Empayar Tianxuan, buku dalam bilik koleksi buku ini tetap banyak. Mungkin ia tidak dapat dibandingkan dengan ratusan ribuan buku dalam bilik koleksi buku tahap asas, namun tetap terdapat lebih daripada puluhan ribu buku di dalamnya.

Mereka disimpan dengan rapat dan tersusun di atas setiap rak.

"Jangan segan untuk baca. Jika ada apa-apa kamu tidak dapat faham, kamu boleh tanya saya. Saya akan berada dalam bilik itu!"

Ouyang Cheng dengan senang menuding ke bilik sebelah.

"Nampaknya saya terpaksa menyusahkan Ketua Persatuan Ouyang!" Zhang Xuan mengangguk kepalanya dengan sebuah senyuman.

"Tidak ada apa yang menyusahkan pun. Kamu sekarang sudah menjadi seorang pakar perubatan, dan semestinya saya akan mempunyai soalan untuk dirunding dengan kamu pada masa hadapan!" Ouyang Cheng ketawa sambil berjalan keluar bilik simpanan tersebut.

Dia tahu orang ini mempunyai niat tersendiri untuk ingin masuk ke dalam bilik simpanan buku itu, jadi, tidak elok untuknya berlegar di situ.

"Saya patut mula membaca juga!"

Selepas dia beredar, Zhang Xuan tersenyum lebar. Berjalan ke arah rak buku pertama, dia mula membelek kesemua buku tersebut.

Dia sudah tentu perlu menghabiskan banyak masa untuk mencari buku khas itu. Memandangkan tidak kira apa dia pilih untuk buat, dia tetap perlu menghabiskan banyak masa di situ, lebih baik dia menyalin semua buku itu ke dalam Perpustakaan Jalan Syurga. Akan lebih senang untuknya membaca melalui satu per satu buku pada masa hadapan. Malah dia juga dapat betul-betul belajar lebih banyak tentang penempaan pil.

Hualala! Hualala!

Bunyi muka surat buku dibelek bergema di dalam bilik koleksi buku tersebut.

Selepas beberapa ketika, Zhang Xuan berhenti dan perasan sesuatu dari tepi matanya.

"Nampaknya buku saya ingin baca ini memang terdapat di sini…"

Ketekunannya membuahkan hasil. Tidak lama kemudian, dia terjumpa buku berkait dengan pengaktifan keadaan badan unik dan pil berkaitan untuk mengaktifkannya…

"Tianxuan, tahun 373, anak perempuan Maharaja Shen Ling, Puteri Shen Qiu, memiliki Badan Yin Tulen. Dia berjaya mengaktifkan keadaan badan uniknya selepas makan pil gred 3…"

"Pil Pembongkaran Yin?"

Mata Zhang Xuan mula bersinar.

Dia sambung membaca buku tersebut.

"Tianxuan, tahun 126, seorang individu disahkan mempunyai Badan Keturunan Maharaja. Dia tidak berjaya mengaktifkannya melalui pemakanan pil. Akhirnya, dia berjaya untuk mengaktifkannya dengan menyimbah badannya dengan darah Badak Gergasi… Namun, kemungkinan ini berjaya amat tipis!"

Dalam sesebuah buku lain, dia berjaya menjumpai kaedah untuk mengaktifkan Badan Keturunan Maharaja.

"Saya perlu mengesahkan ini betul atau salah !"

Dia menyalin dua baris ayat ini di atas sehelai kertas dan dengan satu gemaan dalam mindanya, kandungan serta ketulenan kenyataan di atas kertas itu terjelma dalam Perpustakaan Jalan Syurga.

"Badan Yin Tulen dapat diaktifkan menggunakan Pil Pembongkaran Yin. Kelemahannya ialah hanya mampu mengaktifkan sepuluh peratus daripada potensinya, Oleh itu, ia tidak dapat melepaskan potensi penuhnya hanya dengan cara ini…"

"Badan Keturunan Maharaja boleh diaktifkan menggunakan darah Badak Gergasi. Kelemahannya ialah hanya boleh mengaktifkan sepuluh peratus daripada potensi penuhnya, oleh itu, ia tidak dapat…"

Selepas melihat kelemahannya tertulis dalam Perpustakaan Jalan Syurga, Zhang Xuan berasa kecewa.

"Hanya sepuluh peratus?"

Sebelum ini, dia fikir dia akan mampu mengaktifkan dengan sepenuhnya keadaan badan unik anak muridnya dengan memakan pil. Tidak dalam jangkaannya ia hanya akan berjaya mengaktifkan sebanyak sepuluh peratus.

"Namun, sepuluh peratus itu sudah memadai!" Zhang Xuan senyum.

Keadaan badan unik ini amat kuat. Hanya dengan mengaktifkan sepuluh peratus, sudah cukup untuk meningkatkan pertapaan seorang ini dengan banyak. Ini sudah cukup memadai untuk Pertandingan Pelajar Baru nanti!

"Sekarang, saya cuma perlu mencari Pil Pembongkaran Yin dan darah Badak Gergasi!"

Selepas mengesahkan apa diperlukannya, Zhang Xuan memberi keluhan lega. Dia sudah habis membelek semua buku dalam bilik koleksi buku itu sebelum berjalan ke arah bilik Ouyang Cheng.

Dia ketua Persatuan Pakar Perubatan. Kemungkinan besar, dia seorang sahaja yang mampu mendapatkan kedua-dua objek ini untuknya.

Selepas membelek semua buku dalam bilik koleksi buku Persatuan Pakar Perubatan, Zhang Xuan agak agak sudah tahu apa yang Wang Ying dan Liu Yang perlukan dan dia hanya perlu membelinya bersama dengan dua objek itu.

"Pakar Perubatan Zhang Xuan!"

Selepas melihat Zhang Xuan berjalan ke arah dia, Ouyang Cheng dengan segera berdiri.

"Ketua Persatuan Ouyang, nampaknya ada sesuatu saya perlu kamu lakukan!"

Zhang Xuan tidak berdalih dan terus bercakap tentang niatnya berjumpa dengan dia, "Saya ingin membeli beberapa barang dan ini memerlukan pertolongan kamu!"

"Oh? Apa kamu perlukan? Tidak patut menjadi masalah selagi persatuan kita mempunyainya!"

Ouyang Cheng mengangguk kepalanya.

"Saya perlukan Pil Pembongkaran Yin, Pil Penyuburan Meridian, satu jag Darah Badak Gergasi, dan satu jag Bendalir Perubatan Penyuburan Badan!" kata Zhang Xuan.

Pil Penyuburan Meridian ini untuk Liu Yang. Selepas berlatih teknik jauh melepasi keupayaan pertapaannya, meridian dalam tangan kanannya sudah tercedera dan menjadi lemah. Oleh itu, dia memerlukan Pil Penyuburan Meridian untuk merawatinya.

Sebaliknya, Cecair Perubatan Penyuburan Badan pula untuk Wang Ying. Kakinya belum lagi sembuh secara sepenuhnya dan lanjutan daripada itu menghalangnya untuk berlawan seperti petapa biasa. Oleh itu, dia memerlukan penyuburan daripada cecair perubatan seperti ini untuk mempercepatkan pemulihannya.

"Senang sahaja untuk mendapatkan Pil Penyuburan Meridian dan Cecair Perubatan Penyuburan Badan, semestinya saya akan menolong kamu mendapatkannya. Namun, Pil Pembongkaran Yin dan darah Badak Gergasi… itu susah sedikit!"

Ouyang Cheng tidak menjangkakan dia akan memerlukan begitu banyak benda lalu kerutan jelas terjelma pada mukanya pada masa itu.

"Susah? Kamu mampu mendapatkannya tak?" Zhang Xuan melihat dia.

Selepas bersusah payah untuk mencari solusi kepada pengaktifan keadaan badan unik pelajarnya, dia semestinya akan naik marah jika dia tidak dapat mendapatkan objek yang diperlukan itu pada masa ini.

"Kami tidak ada objek ini dalam persatuan kami. Namun, jika saya menghantar permintaan kepada ibu pejabat, sepatutnya tidak mustahil untuk kita mendapatkannya!" Ouyang Cheng cakap.

"Bagus lah tu…"

Zhang Xuan memberi keluhan lega.

"Namun…" Ouyang Cheng berkedut sekali lagi. " Ibu pejabat itu terlalu jauh daripada sini. Jika mereka suruh cawangan berdekatan dengan kita untuk menghantarnya pun, paling kurang ia akan memakan masa sepuluh hari!"

"Sepuluh hari?"

Zhang Xuan terkejut untuk seketika. Selepas itu, dia sedar daripada kejutannya dan sambung, "Tidak menjadi masalah untuk saya. Jika sepuluh hari pun saya sanggup menunggunya!"

Terdapat empat belas hari sebelum Pertandingan Pelajar Baru. Mungkin akan menjadi sedikit terdesak jika barang itu sampai sepuluh hari kemudian, namun, dia sepatutnya masih sempat untuk menghabiskan persediaannya dalam jangka masa itu.

"Baiklah, saya akan menghantar permintaan kamu kepada ibu pejabat sekarang. Kamu akan menerimanya dalam masa sepuluh hari. Untuk Pil Penyuburan Meridian dan Cecair Perubatan Penyuburan Badan, saya boleh memberikannya kepada kamu sekarang juga!"

Ketua Persatuan Ouyang tersenyum.

"Baiklah, saya terpaksa menyusahkan kamu kali ini!" Zhang Xuan mengangguk kepalanya. "Berapa banyak harganya untuk keempat-empat barang itu?" Kamu nak saya bayar sekarang atau bayar selepas saya menerima mereka?"

Selepas mewarisi harta karun Yang Mo, dia mempunyai lebih daripada satu juta syiling emas dalam simpanannya. Dia sekarang boleh dikira sebagai orang kaya dalam bandar ini.

Membeli beberapa herba perubatan untuk meningkatkan kebolehan tinju anak muridnya tidak menjadi masalah besar untuknya.

Pada masa yang sama, dia juga dapat menunjukkan betapa mulianya dia selaku seorang cikgu!

[Sedikit duit sahaja pun, kenapa perlu saya begitu cerewet?]

"Pil Penyuburan Badan dan Cecair Perubatan Penyuburan Badan tidak begitu mahal. Kedua-duanya kira-kira empat ratus ribu syiling emas sahaja!" Ouyang Cheng kira sebelum menyambung. "Pil Pembongkaran Yin dan Darah Badak Gergasi pula akan sedikit lebih mahal. Pil Pembongkaran Yin adalah pil tahap 3 manakala Badak Gergasi ini haiwan kuno, satu peringkat lebih tinggi daripada haiwan buas!"

"Sekarang, memandangkan kamu sudah menjadi pakar perubatan, kamu layak untuk mendapat hak istimewa. Saya boleh menjualnya kepada kamu dengan harga diskaun. Pil Pembongkaran Yin akan berharga kira-kira dua puluh juta syiling emas, manakala darah Badak Gergasi agak-agak tiga juta! Bagaimana jika begini, saya akan kurangkan harganya untuk kamu. Dua puluh tiga juta sudah memadai!" Ouyang Cheng sambung kira sebelum bercakap.

Selepas menyedari keadaan yang tiba-tiba sunyi itu, dia mendongak kepalanya untuk melihat apa telah berlaku. Tanpa dia sedari, Zhang Xuan sudah sepuluh meter daripadanya sambil berulang alik melambaikan tangannya dan berkata, "Saya cuma tanya sahaja, tidak perlu begitu serius…"

Ouyang Cheng tidak tahu apa patut dia balas.

Comment (1)

  • dhilaadam

    dhilaadam

    Zhang Xuan krik..krik..krikk...

Load failed, please RETRY

Table of Contents

Display Options

Report inappropriate content
error Tip

Report abuse
Write a review Reading Status: C123
Fail to post. Please try again
  • Translation Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Send Gifts
Gifted
Thank you for your generous gift.

Cost Spirit Stone to skip ad

You can get it from the following sources

  1. 1. Daily check-in
  2. 2. Invite friends invite now >
  3. 3. Vote for new stories Vote >
learn more >
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Get More
Payment Method paypal

Please switch to the pop-up to complete the payment.

Earn Rewards

Earn rewards

by completing the missions

Complete the daily and EXP missions, as well as every week’s reading missions to obtain EXP and SS as rewards.

Learn more about the rules 1. You can obtain the corresponding EXP and Bonus SS as rewards by completing daily missions and EXP missions, as well as weekly reading missions. 2. The obtained EXP can raise your user level. 3. Bonus SS can be used to unlock chapters, gift authors, etc. They are effective for 30 days. 4. Daily Tasks and corresponding rewards renew daily at 00:00 UTC+8. Don't forget to claim your rewards in time. 5. Weekly Reading Missions refer to the time you spend reading novels and comics on Webnovel every week. 6. The weekly reading time is calculated while your device is connected to the Internet. This might result in a delay of several minutes.

Read longer, Earn bigger

Read on the app and claim your rewards!

Get the App

Read anywhere, anytime