Download App

Chapter 10: Bab Nekad Untuk Dilahirkan Semula

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Mo Ting berhenti bercakap dan memberi perhatiannya ke hadapan. Sementara itu, pandangan Tangning tertumpu pada tahi lalat di cuping telinga Mo Ting. Ianya seolah-olah dia lahir dengan anting-anting yang memberikannya aura sedikit jahat dan bahaya.

"Cara kamu memandang saya…kamu mahu saya cium kamu? Peluk? Atau…"

Tangning menahan rasa gementarnya. Dia menghulurkan tangan dan berpaut pada lengan Mo Ting, mengelak daripada pandangannya yang penuh keinginan. "Sebelum kita ke rumah baru kita, boleh abang temankan saya ke satu tempat dahulu?"

"Selepas kita pergi ke situ, boleh kita sudahkan apa yang kita tidak siapkan malam semalam? Hah?"

Mo Ting hanya bertanya selamba, tetapi Tangning tidak dapat menyorok rasa gementarnya kerana jauh di sudut hatinya di tahu bahawa dia tidak boleh mengumpul keberanian yang sama seperti malam sebelumnya. Mo Ting tidak memaksanya, ataupun menyambung percakapan. Dia hanya membiarkan Tangning memeluk lengannya sambil tersenyum nakal.

Kedua-dua mereka tidak terus ke rumah seperti yang diminta Tangning. Sebaliknya, mereka berhenti di rimba pohon sakura yang terkenal. Ini adalah tempat di mana Tangning sering berjumpa Han Yufan untuk pertemuan mereka. Tetapi, hari ini dia akan membuang Han Yufan sepenuhnya daripada hatinya. Akhirnya, dia mengangkat panggilan telefon tersebut. "Saya di rimba pohon sakura, yang kita selalu kunjungi untuk bertemu. Kalau kamu masih mahu berjumpa dengan saya, jumpa saya di sana…jumpa kamu di sana."

"Baiklah, saya akan datang dengan segera." Han Yufan terus bersetuju. Walaupun dia ada hubungan sulit bersama Mo Yurou, dia tidak pernah berniat untuk melepaskan Tangning. Di mana lagi dia boleh cari perempuan yang begitu mudah ditipu? Lagipun, selama ini Tangning memang setia kepadanya, dia mempunyai latar belakang keluarga yang baik dan tidak baran.

Tangning mengakhiri panggilan dan melihat pada Mo Ting yang duduk berhadapan dengannya. Dengan jujur dan sedikit teresak-esak, dia berjanji, "Ini akan jadi kali terakhir saya berbual dengannya dalam telefon mengenai perasaan kami. Mulai dari hari ini…tiada lagi."

Mo Ting mengangkat keningnya. Tanpa sepatah kata, dia menepuk tempat duduk di tepinya, mengarahkan Tangning untuk duduk di sebelahnya, menunjukkan sedikit rasa pemilikan.

Tangning duduk di sisinya dengan patuh. Kedua-dua mereka melihat ke luar tingkap restoran pada suasana di bawah. Tidak lama kemudian, satu kelibat yang keresahan muncul di bawah pohok sakura.

Han Yufan sudah tiba!

Pada masa lalu, sudah banyak kali Tangning berdiri di tempat sama Han Yufan berdiri sekarang, menunggu dengan naïf sepanjang hari. 5 kali daripada 10 dia akan dibiarkan keseorangan. Berfikir mengenai perkara itu membuatkan Tangning perasan bahawa keikhlasan yang ditunjukkannya selama ini begitu mudah dipijak-pijak. Jadi…

…dibiarkan keseorangan, dipermainkan, dikhianati…dia mahu Han Yufan merasakan semua itu.

"Adakah ini akan benar-benar melegakan rasa benci kamu?" Mo Ting bertanya dengan sebelah tangannya merangkul bahu Tangning sambil memandang susuk tubuh di bawah mereka.

"Sudah tentulah tidak. Tapi saya mahu dia merasakan apa yang saya lalui, kecil atau besar!"

Mo Ting menghulurkan jari-jemarinya yang panjang dan memegang dagu Tangning. Dengan memandang tepat pada matanya, dia dapat melihat wanita yang lemah lembut, tetapi apabila dia berhadapan dengan kesakitan emosi, dia boleh menguruskannya dengan begitu kemas. Dia mengakhiri sesuatu perkara dengan cepat seperti yang dikatakannya tanpa sebarang kepura-puraan.

"Semasa memesan, saya pesan sedikit hati itik. Pelayan itu mengatakan yang ianya datang terus dari Perancis, jadi saya rasa ianya mesti enak."

Mo Ting melepaskan genggamannya dan mengukir senyuman terkejut. "Bagaimana kamu tahu yang saya menyukainya?"

"Ianya bukanlah susah untuk mengetahui apa yang digemari suami saya." Tangning memberi isyarat kepada pelayan untuk mula menghidangkan hidangan mereka. "Mari kita makan sambil berbual."

Mo Ting memandang bibirnya yang merah jambu dan lembut, nipis dan kelihatan seperti bunga mawar. Pandangannya sedikit berbahaya. "Tapi, saya tidak mahu berbual. Saya cuma mahu…mencium kamu!"

Siapa kata lelaki ini adalah racun dalam industri hiburan? Jelaslah, wanita di hadapannya juga mengandungi racun, yang nampaknya boleh menyebabkan ketagihan.

Di bawah sana, Han Yufan masih berdiri di tempat yang sama. Manakala di atas, di dalam restoran, Tangning dan Mo Ting menikmati hidangan mereka. Tangning tidak gemar bercakap mengenai kerjanya dengan Mo Ting dan lelaki itu memahaminya. Selepas membantu Tangning dua kali sebelum ini, dia dapat melihat bahawa kali ini Tangning dapat menguruskan perkara ini sendiri dengan lancar. Gadis kecil ini memang tidak lemah.

Namun, walaupun dia tidak lemah, dia masih isteri Mo Ting. Selagi dia menjadi isterinya, dia akan memastikan Tangning yang akan membuli, bukan sebaliknya.

Sekelip mata sahaja, sejam sudah berlalu. Di bawah sana, Han Yufan terus menunggu walaupun dia sudah mula hilang sabar. Sepanjang waktu ini, dia berterusan cuba menelefon Tangning, tetapi Tangning sudah pun menutup semua pemberitahuan. Tanpa pengetahuan Han Yufan, pada masa ini, di mata Tangning dan Mo Ting, dia seolah-olah penjaga pintu yang berkawal di bawah pokok.

Akhirnya, mereka berdua menghabiskan hidangan mereka. Mo Ting melemparkan pandangan ke bawah dan bertanya, "Kamu mahu terus memerhati?"

"Tidak. Saya mahu abang tolong saya pindah rumah."

Mo Ting mengangguk dan segera membayar bil dan kemudiannya mengiringi Tangning keluar melalui pintu sisi. Tidak lama kemudian, pasangan tersebut tiba di rumah Tangning. Namun, sewaktu Mo Ting hampir memasuki rumah tersebut, Tangning meminta dia menunggu di luar untuk lima minit. Lima minit kemudian, apabila Mo Ting mask ke rumah tersebut, semua kesan hubungan Tangning dan Han Yufan sudah hilang. Tangning tidak perlu membuang begitu banyak barang memandangkan Han Yufan tidak pernah bermalam di situ.

"Mo Ting, tunggu sekejap. Saya akan kemaskan beberapa barangan."

Mo Ting mengamati sekeliling rumah Tangning. Dia menjumpai satu gambar yang besar di ruang tamu. Ia merupakan gambar Tangning yang sedang menerima anugerah untuk peragawati nombor satu. Jika dia tidak pernah berundur daripada industri, dia pastinya sudah terkenal di pentas antarabangsa sekarang.

Lima minit kemudian, Tangning muncul daripada bilik tidurnya memegang patung beruang dalam dakapannya, "Ini semua barangan milik saya."

"Kamu tak mahu barang-barang lain?"

"Tidak, jom tinggalkan semua kenangan." Tangning menggelengkan kepalanya dengan yakin. Tiba-tiba Mo Ting menarik Tangning ke arahnya dan perlahan-lahan merapatkan bibirnya yang sejuk pada Tangning.

Pada mulanya, Tangning terkejut. Namun, tidak lama kemudian, dia merapatkan matanya dan membalas ciuman tersebut. Apabila Mo Ting sudah menghulurkan tangannya yang tak terkawal…di bawah kain Tangning, barulah mereka berdua berhenti. "Mari sambung yang selebihnya di rumah. Tapi buat masa sekarang, adakah ciuman saya membuatkan kamu berasa lebih baik?"

Tangning meletakkan tangannya di sekeliling Mo Ting. Dia dapat merasakan nafasnya yang tenang. Mulai detik ini, Tangning tidak akan membiarkan sesiapa lagi menyakitinya. Dia akan mengenggam apa yang menjadi miliknya, dengan kemas dalam tapak tangannya.

Di bawah pohon sakura pula, Han Yufan sudah menunggu selama empat jam. Dia mahu terus menunggu pada awalnya, namun dia kemudiannya menerima panggilan telefon daripada Mo Yurou. "Yufan di manakah kamu? Saya di rumah kamu, saya tidak dapat cari di mana kamu. Perut saya sakit. Yufan, kenapa gambar-gambar tersebut belum dipadam? Saya takut saya akan dimusnahkan dengan begini."

Han Yufan terus tersedar dan segera pulang ke rumah. Melihatkan Mo Yurou yang begitu kasihan berdiri dengan sebelah kaki di luar pintunya, tidak dapat tidak dia berlari ke arahnya. "Saya tidak akan biarkan kamu dan Tianyi dimusnahkan."

"Yufan, saya cuma ada kamu. Jangan tinggalkan saya dan bayi ini."

Han Yufan menenangkan Mo Yurou, menepuk belakang tubuhnya dengan lembut. Malam itu, dia memaksa kakitangannya mengeluarkan kenyataan bahawa ada orang lain ketika perkara itu berlaku. Apa yang benar-benar berlaku ialah Mo Yurou hilang keseimbangan kerana kaki kanannya yang cedera dan secara tidak sengaja jatuh ke dalam pelukan Han Yufan menjadikan kedua-dua mereka jatuh ke atas katil.

Ianya bukan seperti yang dilihat dalam gambar tersebut, mereka bukannya bercium di atas katil.

Yang paling mustahak, dalam situasi seperti ini, Han Yufan masih mahu mengorbankan Tangning dengan menyatakan ada seseorang di sebalik semua perkara ini dan menggesa orang ramai supaya tidak tertipu.


Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C10
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login