Download App

Chapter 30: Aku Harap Kamu Akan Menderita

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

"Bukankah itu yang kamu mahukan?" Su Qianci dapat melihat perubahan pada ekspresi Puan Su. Dia dapat meneka sesuatu tetapi dia berpura-pura untuk tidak menyedarinya dan tersenyum. "Saya boleh ceraikan Li Sicheng. Kamu boleh suruh sepupu saya mengahwininya, mengakui dia ialah anak kandung ibu saya, mempergunakannya untuk mengorek rahsia keluarga Li dan mengambil alih harta keluarga Li. Bukahkah itu satu rancangan yang sempurna?"

Semakin Su Zhengguo mendengarnya, semakin dia mendapati rancangan tersebut mudah untuk dilaksanakan. Tetapi, dia juga merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Dia menoleh ke arah isterinya yang sedang merenungnya. Su Zhengguo berasa bimbang lalu memalingkan kepalanya. Tiba-tiba dia memukul meja. "Apa yang kamu cakapkan ini? Mana boleh begitu?" 

Wajah Su Zhengguo bertukar pucat ketika dia berteriak. Matanya melekat ke arah susuk tubuh seseorang di belakang Su Qianci.

Su Qianci menoleh ke belakang dan berpura-pura seperti terkejut. Dia kemudian menundukkan kepala seolah-olah telah tertangkap melakukan kesalahan. Namun, dia sudah lama tahu Li Sicheng telah berada di belakangnya dan sengaja berkata demikian.

Bukankah mereka telah lama merancang untuk berbuat seperti itu? Dia hanya membangkitkan rancangan mereka kembali.

Lagipun, Su Qianci mungkin sedang menyelamatkan maruah keluarga Su. Pada kehidupannya yang lepas, mereka telah muflis dan akhirnya menjadi gelandangan. Tetapi, keluarga Su langsung tidak tahu tentang itu dan membenci Su Qianci pada ketika ini.

Su Zhengguo merungut di dalam hati. Sewaktu dia hendak memberi penjelasan, orang gajinya berjalan ke arahnya dan berkata, "Tuan, puan, makanan telah sedia untuk dihidangkan."

Setelah mendengar itu, Su Zhengguo cepat-cepat berkata, "Akhirnya. Mari kita makan tengah hari."

Makan tengah hari? Dia fikir dia masih boleh menghadam makanan di dalam perutnya? Su Qianci berasa terhibur seketika. Bapa saudaranya itu amat hipokrit. Li Sicheng menyedari betapa gembiranya Su Qianci dan tiba-tiba memahami sesuatu. Tanpa menunjukkan sebarang reaksi, dia berjalan ke arah meja makan dengan dingin. 

Sewaktu makan tengah hari, semua orang kelihatan menggeletar kecuali Su Qianci dan Li Sicheng. Su Zhengguo yang cuba untuk menjadi tuan rumah yang baik berasa sungguh gementar. Dia tidak tahu berapa banyak yang Li Sicheng telah dengar tadi. Jika dia hanya mendengar kata-kata dari Su Qianci, itu tidak mengapa. Su Zhengguo masih boleh berdalih itu hanyalah andaian Su Qianci. Tetapi jika dia telah mendengar kata-kata semua ahli keluarganya, maka ia terserah kepada Li Sicheng sendiri.

Su Zhenggua yang berada dalam kebimbangan merasakan waktu makan tengah hari tersebut seperti berabad lamanya. Selepas lebih setengah jam, Li Sicheng akhirnya meletakkan penyepit makanannya ke bawah. Su Zhengguo yang berasa lega turut meletakkan penyepit makanannya dan sedia untuk mengucapkan selamat tinggal.

Akan tetapi, seseorang tidak mengendahkan apa yang berlaku. Su Qianci masih memegang penyepitnya dan makan dengan perlahan-lahan. Dia kelihatan tidak mempedulikan apa-apa yang berlaku di sekelilingnya.

Su Zhengguo memarahi anak buahnya di dalam hati. Dia tertanya-tanya jika Su Qianci tahu apa yang telah dilakukannya. Tetapi, mereka langsung tidak tahu Su Qianci sengaja mahu mereka menderita.

Su Shanna tidak dapat menahan lagi dirinya dan mendesak, "Kamu sudah habis makan atau belum? Encik Li sudah lama habis. Kamu hanya sengaja menangguh-nangguh!"

Su Qianci memandang ke arahnya dengan wajah tersinggung dan berbisik, "Tapi saya belum kenyang." Su Qianci kelihatan seperti anak kecil yang didera dan sudah lama tidak diberi makanan.


Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C30
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login