Download App

Chapter 37: Menyerah Kalah

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Su Qianci gementar, dan hatinya berasa amat kecewa. Jelas, lelaki di atasnya mampu menyebabkannya terluka. Walau bagaimanapun, hati Su Qianci sangat dingin seperti ais. Air matanya mengalir keluar. Su Qianci merasakan dirinya hampir tidak mampu untuk bernafas. Dia menutup matanya, dan masih cuba untuk bergelut.

Telefon bimbit tiba-tiba bergetar di atas meja. Li Sicheng berhenti, melepaskan Su Qianci, dan merenungnya. Air mata telah membasahi muka Su Qianci. Li Sicheng dapat merasakan air matanya yang masin, dan ia melemahkannya. Mata dinginnya kelihatan seperti layu.

Su Qianci tidak berbohong… Dia memang tidak mahu.

Telefon bimbit asyik bergetar menyebabkan Li Sicheng berasa jengkel. Dia terjun dari katil dan mencapai telefon bimbitnya. Su Qianci memandang sepintas lalu dan terlihat nama yang tertera. Tang Mengying.

"Ada apa?" Suara Li Sicheng kedengaran dingin.

Tang Mengying terkejut, dan pada masa yang sama berasa teruja. Dengan suara dingin sebegitu pada waktu ini, dia semestinya telah bergaduh dengan Su Qianci. Tang Mengying yang teruja menggunakan suaranya yang paling manis dan berkata, "Abang Sicheng, saya ingin ucapkan selamat malam kepada kamu."

Li Sicheng berasa marah. Suhu di sekelilingnya turut dirasakan dingin. "Itu sahaja?"

Tang Mengying tidak pernah mendengar Li Sicheng sebegitu dingin sebelum ini. Dia mengumpulkan keberaniannya dan menjawab ya, dan panggilan tersebut segera dimatikan Li Sicheng. Masih memegang telefon, Tang Mengying berasa sangat berpuas hati dengan dirinya sendiri. Dia merasakan bahawa dia baru sahaja berjaya mencapai sesuatu yang menakjubkan.

Setelah meletakkan telefon bimbit itu, Li Sicheng menoleh ke belakang dan melihat Su Qianci sedang menyembunyikan dirinya di dalam selimut. Perempuan itu kelihatan cuba untuk pergi jauh darinya, dan seperti seekoer rusa yang ketakutan. Dadanya tiba-tiba berasa sesak. Su Qianci memang tidak mahukannya.

Tetapi, malam semalam…

Tidak kira apapun, Li Sicheng tahu yang dia tidak boleh memaksa isterinya.

Dia berfikir mungkin Su Qianci cuma sengaja jual mahal. Tetapi pada ketika ini… Dia tidaklah sebegitu keji untuk merogolnya! Sambil merenungnya, Li Sicheng segera berjalan ke bilik mandi dan menutup pintu. Air sejuk membasahi tubuhnya...

Selepas dia keluar dari bilik mandi, Su Qianci telah memakai baju tidurnya dan tertidur. Su Qianci tidur di penjuru katil sambil menyilangkan tangannya di hadapan, menunjukkan perasaannya yang berasa kurang selamat. Posisinya sangat berlainan dari dua hari yang lalu. Sebaik melihat isterinya itu tidur nyenyak, Li Sicheng berasa sangat kecewa. Perempuan ini! Dia menggodanya seperti itu dan kemudian tertidur!

Setelah bertahun-tahun berada dalam dunia perniagaan, Li Sicheng telah belajar untuk mengawal perasaan. Namun, pada saat ini dia berasa seperti dia akan meletup. Li Sicheng berbaring dan membalut dirinya dengan selimut yang berada di tangan Su Qianci. Dahi Su Qianci berkerut tetapi dia masih tetap tidur. Perempuan ini tidur nyenyak seperti anak khinzir!

Namun, di tengah malam, Li Sicheng mendapati bahawa dia telah silap.


Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C37
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login