Download App

Chapter 535: Wanita Ini Menakutkan

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

"Tidak." Tiba-tiba Rong Xuan bersuara. Su Qianci berhenti tetapi tidak berpaling.

"Kalau saya perlu pilih antara kamu berdua, saya akan pilih kamu." Suaranya tenang tetapi dipenuh perasaan bersalah. "Rong Anna hanya alat yang saya sengaja gunakan untuk membalas dendam kepada Rong Haiyue, tapi kamu… kamu tahu kan Su Han?"

Su Han, nama yang pernah Su Qianci sangka sebagai ibunya. Sudah tentu dia tahu.

"Waktu Su Han diculik dan dibawa ke Gunung Shiwan, saya yang selamatkan dia. Dia dikahwinkan dengan orang tua berumur 70-an dan melahirkan seorang bayi perempuan. Tak lama selepas dia melahirkan, dia tahan bas kami waktu kamu dalam perjalanan ke stesen." Rong Xuan berjalan perlahan mendekati Su Qianci. "Ketika itu saya sebahagian daripada Kumpulan Seni Ibu Kota yang menjadi pengajar di Gunung Shiwan. Saya sedang mengandung sembilan bulan. Saya bercadang untuk ke ibu kota keesokan harinya untuk bersalin, tetapi saya bertemu Su Han." Gunung Shiwan, tempat mayat Rong Xuan dikatakan dijumpai. "Su Han sangat kasihan. Dia minta bantuan kami untuk bawa dia kembali ke Kingstown dan serahkan bayinya kepada saya. Dia juga beritahu identiti dan latar belakang keluarganya."

"Bayi itu ialah Rong Anna?"

"Bukan. Bayi itu kemudiannya diambil oleh ayahnya, tapi Su Han dibunuh dan dicampak ke hutan oleh suaminya itu. Waktu itu… sebenarnya saya rancang untuk buang kamu selepas kamu lahir, tapi saya tak sampai hati untuk lakukannya. Sebab itulah saya jadikan kamu anak Su Han. Saya juga yang namakan kamu." Rong Xuan mengetap bibirnya dan memandang wajah Su Qianci. "Kamu memang mirip saya, Qianci." Su Qianci memandang Rong Xuan dengan dahi yang berkerut, tetapi tidak berkata apa-apa. "Selepas itu, saya tersilap selamatkan Kapten Li Xun. Keluarga Rong dan keluarga Li sudah lama mempunyai hubungan yang buruk. Saya mahu membalas dendam, jadi saya ugut Li Xun dengan nyawa saya sendiri dan minta dia kahwinkan cucu terbaiknya kepada anak saya. Saya beritahu dia nama saya Su Han, adik kepada Su Zhengguo di Kingstown dan anak perempuan saya bernama Su Qianci."

"Su Zhengguo dah buat ujian DNA dan tahu dari awal lagi saya bukan anak saudaranya."

"Tiada sesiapa yang tidak mahu ada hubungan dengan keluarga Li yang berkuasa. Su Zhengguo tak bodoh. Bukankah dia ambil kamu kembali dan biarkan kamu hidup seperti puteri selama dua tahun? Kamu dah lupa?"

Su Qianci mengetap bibir dan merenung Rong Xuan. Hatinya terasa dingin. Wanita di hadapannya ini agak menakutkan.

Tidak banyak ekspresi yang terlihat pada wajah Rong Xuan. Dia hanya merenung Su Qianci dengan pandangan penuh simpati. "Saya sangat bencikan ayah kamu waktu itu. Teramat benci. Saya tidak sabar untuk mencekiknya secara diam-diam sewaktu dia tidur. Tetapi saya tak lakukannya. Saya hanya membalas dendam melalui anaknya. Saya sangka saya akan bahagia dengan membalas dendam, tetapi ia tidak berlaku."

Rong Xuan menghulurkan tangannya dan kelihatan seperti mahu menyentuh Su Qianci, tetapi anak kandungnya itu berundur sedikit dan mengelak tangannya.

Rong Xuan tersenyum seakan mengejek dirinya sendiri. "Saya rasa saya masih terlalu baik. Bila saya tahu kamu tak hidup bahagia, saya berikan wang secara sembunyi kepada rumah anak yatim itu untuk belikan pakaian, makanan dan mainan untuk kamu. Waktu kamu tujuh atau lapan tahun, kamu pakai baju yang saya baru belikan untuk kamu dan senyum dengan gembira di halaman rumah anak yatim itu. Kamu pegang satu kamera kecil dan berlari-lari…" Suara Rong Xuan mula tersekat-sekat. "Saya sangat teringin bawa kamu balik bersama saya, tapi saya tak mampu lakukannya. Kalau saya ambil kamu kembali, Rong Haiyue pasti akan sangat gembira apabila tahu perkara sebenar. Kenapa pula saya perlu buat dia gembira?" 


Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C535
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login