Download App

Chapter 860: Kecilnya Dunia

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Luo Zhan mengeluh perlahan, tetapi kemudian reda dan membersihkannya. Belum sempat dia selesai, telefonnya berdering. Ia panggilan daripada Ruo La. Luo Zhan bertemu Ruo La di parti yang diadakan oleh rakan kerja Lu Yihan. Gadis itu amat meminati lelaki IT. Terutamanya Z yang terkenal iaitu Luo Zhan. Gadis itu amat menggilainya seakan seorang peminat.

Sejak hari pertama mereka berjumpa, Luo Ran telah mengejar Luo Zhan dengan agak gila. Ramai orang berkata bukan mudah untuk seorang gadis mengejar seorang lelaki. Luo Zhan merasakan mereka tidak sepadan. Luo Zhan telah lama tidak mempunyai teman wanita. Tambahan pula walaupun dia tidak tergesa-gesa untuk berkahwin, keluarganya sudah mulai mendesaknya.

Mereka mendesaknya mencari teman wanita atau isteri. Secara kebetulan Luo Ran muncul dan akhirnya Luo Zhan menjadikannya teman wanita dengan hati yang berat. Seperti kata-kata yang popular, mereka lebih daripada kawan tetapi bukan pasangan.

Luo Zhan menjawab panggilan itu sambil terus berkemas. "Helo?"

Ruo Lan ialah seorang gadis selatan yang bercakap dengan nada lembut. Sebaik mendengar suara Luo Zhan, dia terus bertanya lembut, "Kamu sedang buat apa?"

"Saya sedang kemaskan meja sebab kami baru selesai bersarapan."

Ruo La terkejut dan berkata, "Wah, kamu masak. Hebat!"

"Tak adalah. Abang saya beli."

Ruo La terdiam, tetapi kemuda tertawa dan berkata, "Kamu bagus sebab kemaskan meja. Apapun, kamu ada apa-apa perancangan hari ini?"

"Tak ada."

Bagi Luo Zhan, aktiviti sehariannya hanyalah makan, tidur dan bermain permainan komputer. Tiada perkara lain yang boleh dilakukannya.

"Kalau begitu… apa kata kita pergi tengok wayang?" Ruo La bertanya dengan berhati-hati. Suaranya kedengaran teruja dan malu-malu seakan takut ditolak.

Luo Zhan sedar Ruo La gementar. Dia melihat jam dan berkata, "Masih terlalu awal untuk tengok wayang. Bagaimana kalau kita ke taman tema?"

"Bagus!" Ruo La menjerit gembira, tetapi kemudian merendahkan suaranya dan bertanya, "Kamu suka kah pergi ke tempat seperti itu?"

"Tak berapa suka," jawab Luo Zhan jujur. "Tapi bukankah gadis-gadis sangat suka tempat itu? Hari ini hari minggu, marilah kita pergi bersama-sama." 

Ruo La berasa tersentuh dan berkata, "Okey… jumpa kamu nanti."

"Okey."

Panggilan itu ditamatkan. Ketika Luo Zhan mengambil mangkuk dan penyepit di atas meja itu, dia tergelincir lalu jatuh berdebuk ke lantai.

Buk! Clang!

Bunyi tubuhnya dan mangkuk yang jatuh itu kedengaran menyedihkan. Luo Zhan terjatuh ke belakang dengan tangan dan kakinya berada di udara. Tubuhnya berasa amat sakit. Dia duduk dan memandang ke bawah. Dia tergelincir di atas susu yang tumpah!

"Tak guna, Luo Ran memang melampau! Ah… sakitnya!"

Luo Zhan melihat siku dan tubuhnya dan berdiri. Dia menarik nafas panjang dan berasa sakit hati melihat kekotoran di atas lantai itu. 

Waktu saya tinggal bersama Lu Yihan, perkara seperti ini tidak pernah berlaku…

Selesai mengemas dengan hati yang berat, Luo Zhan yang keletihan mengheret tubuhnya ke dalam bilik dan menukar pakaian.

*****

Lu Yihan membuat temu janji untuk bermain golf bersama pelanggannya pada hari ini.

Seawal pagi dia telah tiba di kelab percutian yang telah dipersetujui. Walau bagaimanapun, ketika Lu Yihan keluar dari keretanya, dia melihat sebuah Maserati diparkir di hadapan pintu masuk kelab itu.

Kereta ini… macam aku biasa lihat!

Selepas melihat nombor pendaftarannya, Lu Yihan yakin dia mengetahui siapa pemilik kereta itu. Ketika itu juga, seorang lelaki yang memakai jaket kulit keluar dari Maserati itu. Lelaki itu membuka pintu tempat duduk sebelah pemandu dan kelihatan seorang wanita keluar.

Hei, kecilnya dunia…


Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C860
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login