39.2% Avatar Raja / Chapter 158: Dia Memang Pakar Mencuri Bunuh

Chapter 158: Dia Memang Pakar Mencuri Bunuh

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Niat Chen Yehui memang jelas, tetapi serangan Ye Xiu lebih jelas lagi. Ye Xiu dapat membaca rancangan Chen Yehui sepenuhnya. Serangan Collapsing Mountain menyerang tunjang kumpulan musuh. Gelombang serangan berselerakan. Musuh yang lambat bertindak gagal mengelak. Mereka belum membentuk formasi pun lagi tetapi ramai yang telah terkena serangan.

Sky Strike, Falling Flower Palm!

Senjata Lord Grim ditutup dan tombak pertarungannya melakukan dua kemahiran Battle Mage dan mencampakkan 4 pemain ke udara.

Selepas mengangkat kakinya dan menyepak seorang lagi pemain, Payung Seribu Manifestasi berubah kepada bentuk pistol. Peluru ditembakkan dan pemain yang disepak tadi memancutkan darah; Ye Xiu menembak menggunakan kemahiran BBQ dalam garisan lurus. Gerakan ini harus dilakukan dengan pantas, sebaik sahaja musuh dilancarkan ke udara, kemahiran ini harus digunakan. Teorinya sama seperti bagaimana watak kelas Witch cuba terbang serendah yang mungkin.

Pemain yang ditembak tadi berlaga dengan pemain-pemain lain. Dia berlaga dengan 3 orang semuanya.

Formasi yang cuba dibentuk oleh Chen Yehui telah dimusnahkan dalam 3 serangan. Tang Rou dan Steamed Bun sekarang menyerang berasingan, seorang di kiri, seorang di kanan. Mereka menyerang dengan sangat pantas. Dalam beberapa detik sahaja, walaupun hanya beberapa orang pemain yang telah terbunuh, tidak ramai yang masih berdiri.

Di antara 24 orang pengikut Chen Yehui, 1 telah mati, 13 terbaring di tanah dan 10 sedang keliru. Lord Grim, Soft Mist dan Steamed Bun sekali lagi membentuk formasi segitiga. Mereka berdiri di tengah-tengah bulatan pemain dengan senjata dinaikkan. Tekanan yang diberikan oleh mereka sangat dirasakan oleh musuh.

Thousand Creations benar-benar terkejut.

Jadi, 6 pemain tidak diperlukan sebenarnya? Dengan hanya mereka bertiga, 24 orang pemain musuh telah pun dihalang.

Thousand Creations pernah bertarung dengan kelompok musuh ini sebelumnya. Memandangkan dia dibunuh dengan cepat, ia menunjukkan yang kekuatan dan koordinasi musuh sangat kuat. Tetapi menentang 3 pemain ini, mengapa mereka kelihatan begitu lemah sekali? Tidak sampai seminit pun lagi tetapi kepungan mereka sudah tidak wujud. Ada yang terbaring di tanah, ada yang benar-benar keliru. Sesetengah pemain hanya berdiri tegak dan tidak berani bertindak.

Kuat… terlalu kuat!

Thousand Creations menyanjungi mereka.

Sebagai pemain yang sentiasa bertindak sendirian, dia sudah lama ingin berdiri dengan megah di kalangan musuh yang ditewaskan. Sekarang, mimpi ini telah menjadi realiti. Walaupun hanya ada 3 orang pemain, mimpi ini memang seperti apa yang dia sentiasa bayangkan.

Pada ketika ini, Thousand Creations berasakan seperti masa telah berhenti. Di matanya, semua musuh hanyalah sekadar watak latar belakang, mereka tidak penting. Apa yang penting hanyalah tiga orang pemain ini.

"Gunner, tembak!!!"

"Witch, ganggu penglihatan mereka!!"

"Blade Master, kamu buat apa?? Kekalkan posisi!!"

"Summoner, bodoh! Dapatkan posisi sebelum menyeru! Celaka! Diganggu lagi! Pergi matilah!!"

Arahan Chen Yehui terus dikeluarkan, tetapi ia tidak berguna, langsung tidak berguna.

Peluru berterbangan di udara. Tetapi ia hanya menjadi sekadar bunyi latar belakang yang menambah suasana pertarungan. Ia tidak mendatangkan sebarang kesan. Pergerakan dan rentak kumpulan Ye Xiu jauh lebih berkesan daripada kadar tembakan mereka.

Para pemain Witch ingin menggunakan penerbangan mereka yang pantas untuk mengganggu penglihatan musuh, tetapi apabila mereka terbang berhampiran musuh, mereka akan dibelasah hingga jatuh ke tanah.

Para Blade Master cuba untuk mengekalkan posisi, tetapi mereka semua keliru! Apa posisi mereka sebenarnya? Mereka semakin menjauhkan diri dari pertarungan!

Bagi para Summoner pula, mereka ingin menyeru binatang peliharaan untuk membantu. Tetapi penyeruan memerlukan masa. Pertarungan ini telah berlanjutan dengan begitu lama sehingga binatang yang diseru sebelum ini telah dibunuh semuanya. Tidak kira mereka berlari ke arah mana sekalipun, mereka akan ditembak apabila mencuba untuk menyeru. Semua Summoner berhadapan dengan perkara yang sama, setiap kali mereka menyeru, peluru akan hinggap pada mereka.

Thousand Creations sudah mula berasa girang. Dia berlari ke arah Seven Fields dan Sleeping Moon lalu menjerit: "Mari kita bantu juga!"

"Bantu buat apa?" tanya Seven Fields.

"Bertarung!" kata Thousand Creations.

"Apa kata kita jangan ganggu mereka?" kata Seven Fields.

"Apa!? Mari ganggu mereka!" Sleeping Moon menjerit. Dia masih berdendam dengan Lord Grim! Lord Grim juga tidak pernah menambahnya dalam senarai rakan lagi.

"Mara" Sleeping Moon menghunuskan pedang dan bergegas ke hadapan. Thousand Creations menaikkan tombaknya dan turut mara.

Pihak musuh sedang dibelasah teruk apabila Sleeping Moon dan Thousand Creations menyertai pertarungan. Pada mulanya keadaan kelihatan semakin teruk bagi pihak musuh, tetapi selepas berbalas serangan, seseorang tiba-tiba menjerit: " Ha ha, mereka berdua ini mudah ditangani!!"

"Ya, betul!!" semua musuh berasa teruja. Beberapa orang pemain segera datang untuk menentang mereka. Kumpulan Lord Grim bertiga tidak dipedulikan.

Pada ketika ini, Chen Yehui, Thousand Creations dan Sleeping Moon seolah-olah hampir mati kerana marah.

Chen Yehui serta-merta disasarkan oleh Ye Xiu sementara Thousand Creations dan Sleeping Moon menjadi sasaran semua musuh.

Reaksi kedua-dua pihak adalah serupa. Jika tidak dapat tewaskan musuh, lari! Chen Yehui berlari ke kiri, Thousand Creations dan Sleeping Moon berlari ke kanan.

Seven Fields berundur ke tepi. Dia berharap tidak ada sesiapa yang akan mempedulikannya.

"Hei, ada seorang lagi!" Malangnya, harapannya hancur. Pihak musuh telah menyedari kehadirannya juga.

Seven Fields menangis. Dia terpaksa melarikan diri bersama Sleeping Moon. Medan pertarungan yang tadinya serius telah bertukar menjadi lawak jenaka. Ye Xiu hanya mampu mengeluh melihatkan Thousand Creations: "Dia memang pakar dalam mencuri bunuh…"

Mujurlah bukan semua musuh berkelakuan sebegitu. Masih ada sekelompok yang terus bertarung dengan kumpulan Ye Xiu. Malangnya, jumlah mereka hanya tinggal sedikit dan mereka gagal bersaing. Chen Yehui melihat yang Ye Xiu dan kumpulannya tidak mengejar dia, jadi dia mula memberikan arahan lagi. Tetapi memandangkan dia tidak mempunyai jumlah pemain yang ramai lagi, dan separuh daripada mereka berada di luar posisi, arahannya tidak berguna langsung.

Tumbang. Tumbang.

Musuh terus tumbang.

Di Lembah Garisan, bunyi pertarungan semakin berkurangan. Dengan setiap musuh yang ditewaskan, medan pertarungan berubah sepi.

"Teruk!" kata Tang Rou.

Teruk? Pihak musuh mendengarkan kata-kata ini dan bersemangat sebentar. Adakah dia kekurangan nyawa atau Mana?

"Apa?" tanya Ye Xiu.

"Terlalu lemah," kata Tang Rou.

Para musuh berjuraian air mata. Teruk kerana mereka lemah rupanya…

"Biarpun mereka lemah, kita harus fokus! Kita harus menghormati pihak lawan!" kata Steamed Bun.

"Bagus ucapan kamu, Steamed Bun," kata Ye Xiu.

"Ya!" Steamed Bun berpuas hati dan terus membuli semua musuh.

Di pihak lain, Thousand Creations juga sedang dibuli. Mereka berlari lintang-pukang. Akhirnya, mereka tidak dibunuh kerana pihak lawan berasa malu hendak membunuh mereka. Chen Yehui sudah menjerit-jerit sepanjang masa, jika para musuh terus tidak mempedulikan bos mereka, sudah tentu ia tidak bagus buat mereka. Mereka baru sahaja hendak berpatah balik, tetapi menyedari yang kesemua teman mereka sudah dibunuh oleh kumpulan Lord Grim. Kumpulan itu sedang menghala ke arah mereka sekarang.

Thousand Creations dan rakan-rakannya bersembunyi di belakang kumpulan Lord Grim.

Musuh yang tinggal tidak dapat bertahan lagi. Rakan-rakan mereka sama ada sudah mati atau sudah lari. Pada ketika ini, Thousand Creations sudah mengenal pasti yang Chen Yehui merupakan ketua musuh. Dia mengejar Chen Yehui yang sedang berlari. Mereka berdua menggunakan kelas yang sama, jadi kelajuan mereka hampir sama juga. Tetapi Chen Yehui kelihatan lebih mahir dan jarak antara mereka semakin jauh. Find authorized novels in Webnovel,faster updates, better experience,Please click www.webnovel.com <a href="https://www.webnovel.com">www.webnovel.com</a> for visiting.

Thousand Creations teringat kata-kata Ye Xiu tentang menukar kaedah pergerakan. Dia bertanya: "Macam mana saya patut berlari ya?"

Tiada jawapan. Thousand Creations melihat ke kiri dan kanan. Tidak ada sesiapa! Rupa-rupanya hanya dia seorang yang mengejar Chen Yehui.

Thousand Creations berhenti.

"Saya memang takkan dapat kejar pun…" kata Thousand Creations. Dia berpatah balik. Tetapi apabila dia sampai ke Lembah Garisan semula, Lord Grim dan rakan-rakannya sudah tiada. Ia seolah-olah pertarungan tadi tidak berlaku. Lembah Garisan sepi sepenuhnya.

"Mana semua orang pergi?" tanya Thousand Creations. Dia tidak menambah mereka semua dalam senarai rakan, jadi dia tidak boleh terus bertanya. Dia mencari selama setengah jam tetapi tidak menjumpai sesiapa. Akhirnya dia kembali ke tempat asalnya dan melihat sebuah cahaya di luar 'dungeon'. Kelima-lima pemain tadi pun keluar.

Thousand Creations memuntahkan darah. Rupa-rupanya selepas pertarungan tadi, Lord Grim dan rakan-rakannya terus menyelesaikan 'dungeon'. Dia mencari di merata-rata tempat, tetapi mereka masuk ke 'dungeon' rupanya.

"Hei!" Thousand Creations memanggil mereka sewaktu mereka semua hendak masuk ke 'dungeon' semula.

"Celaka celaka celaka!!" Air mata Thousand Creations berjurai.

"Saya nak balik!"

Thousand Creations pun meninggalkan Lembah Garisan.

Berbanding Thousand Creations, Chen Yehui lebih suram lagi. Dia telah merancang dengan teliti untuk menewaskan Lord Grim, tetapi apabila tiba waktunya, dia langsung tidak berpeluang menang. Dari awal lagi, dia dan kumpulannya telah dikawal sepenuhnya dan terpaksa melarikan diri.

Di antara 24 orang pemain yang mengikut Chen Yehui, hanya 6 orang yang masih hidup termasuk dirinya sendiri. Yang lain semuanya mati.

'Experience', wang, ketahanan malah peralatan… Chen Yehui tidak kisah kehilangan semua ini, tetapi hatinya sakit.

Dia seolah-olah seorang pelajar yang gigih bersedia untuk menghadapi peperiksaan. Dia sudah memahami kesemua teori matematik asas dengan baik. Selepas masuk ke dewan peperiksaan dengan penuh keyakinan, dia melihat kertas ujian. Celaka! Rupanya ia ujian kalkulus. Perbezaannya terlalu besar!

Chen Yehui menahan perasaannya yang tidak berdaya. Menentang pemain profesional, strategi pertarungan seperti ini nampaknya hanya membazirkan masa sahaja.

Comment (1)

  • kemll

    kemll

    😂😂😂😂😂😂😂

Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift Received

Table of Contents

Display Options

Report inappropriate content
error Tip

Report abuse
Write a review Reading Status: C158
Fail to post. Please try again
  • Translation Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Send Gifts
Gifted
Thank you for your generous gift.

Cost Spirit Stone to skip ad

You can get it from the following sources

  1. 1. Daily check-in
  2. 2. Invite friends invite now >
  3. 3. Vote for new stories Vote >
learn more >
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Get More
Payment Method paypal

Please switch to the pop-up to complete the payment.

Earn Rewards

Earn Rewards

Earn rewards

by completing the missions

Complete the daily and EXP missions, as well as every week’s reading missions to obtain EXP and SS as rewards.

Learn more about the rules 1. You can obtain the corresponding EXP and Bonus SS as rewards by completing daily missions and EXP missions, as well as weekly reading missions. 2. The obtained EXP can raise your user level. 3. Bonus SS can be used to unlock chapters, gift authors, etc. They are effective for 30 days. 4. Daily Tasks and corresponding rewards renew daily at 00:00 UTC+8. Don't forget to claim your rewards in time. 5. Weekly Reading Missions refer to the time you spend reading novels and comics on Webnovel every week. 6. The weekly reading time is calculated while your device is connected to the Internet. This might result in a delay of several minutes.

Read longer, Earn bigger

Read on the app and claim your rewards!

Get the App

Read anywhere, anytime