Download App

Chapter 100: Istana Bayangan Rembulan

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

[Roh Suci (Pasif)]: Hati dan roh anda penuh dengan kepercayaan dan kesetiaan. Semua kos jampi dan kemahiran dikurangkan sebanyak 75%.

Zhang Yang terkesima melihat penerangan kemahiran tersebut.

Pengurangan kos jampi sebanyak 75%! Penyembuhan yang boleh dia lakukan kini meningkat empat kali ganda daripada sebelum ini! Kemahiran OP yang hebat!

Suara Zhang Yang bergetar kerana dia begutu teruja apabila dia berkata, "Sebenarnya, aku tidak meletakkan harapan tinggi untuk kita selesaikan dungeon Tahap 30. Tapi memadangkan kau sekarang ada kemahiran pasif ini, peluang kita untuk selesaikan dungeon itu meningkat lima kali ganda!"

Pembentukan ideal untuk pasukan yang akan menyerang dungeon tersebut sepatutnya terdiri daripada dua orang tank, dua orang penyembuh, dan enam orang penyerang. Dalam kesnya pula, Zhang Yang seorang boleh mengambil alih tugas dua orang tank tersebut. Dengan kemahiran pasif yang baru Han Yin Xue perolehi pula, dia boleh mengambil alih tugas dua orang penyembuh! Selain itu, Zhang Yang sendiri merupakan tank unik yang mempunyai kuasa serangan hebat! Itu bermaksud mereka yang hanya enam orang sepasukan ini boleh menyaingi kekuatan 10 orang sepasukan!

Zhang Yang serta-merta menukar rancangannya. Dia asalnya ingin mencari empat orang lagi pemain untuk memenuhi tempat kosong dalam membentuk pasukan yang terdiri daripada 10 orang pemain, tetapi dia tahu semakin ramai orang dalam pasukan itu, semakin tinggi kemungkinan yang akan ada kesilapan! Seseorang itu tidak perlu gentar dengan kekuatan menakjubkan musuhnya, sebaliknya perlu khuatir apabila mempunyai ahli yang tidak mahir dalam pertempuran! Memandangkan pasukannya kini boleh mengabaikan kekurangan ahli seramai empat orang itu, dia lebih rela meneruskan perjuangannya bersama sekumpulan enam orang yang boleh dipercayainya ini daripada menambah risiko tambahan dalam pasukannya. Tanpa berlengah-lengah lagi, dia mengaktifkan serangan di Istana Bayangan Rembulan. 

Faktor utama yang boleh menjatuhkan mereka dalam serangan dungeon bukanlah kesilapan yang dilakukan pasukan tersebut, sebaliknya kesilapan yang dia, sebagai seorang barisan hadapan, lakukan yang boleh menyebabkan kesan domino dan membuatkan pasukan itu tewas!

Zhang Yang menghabiskan masanya dengan menghasilkan lebih banyak [Posyen Anti Bayangan Pemula] sementara menunggu ahli pasukan yang lain melengkapkan cabaran kelas mereka. Sekiranya mereka boleh menyelesaikannya sebelum matahari terbenam, kadar kejayaan untuk mereka menyelesaikan dungeon akan menjadi lebih tinggi!

Meskipun begitu, ia sesuatu yang mengecewakan apabila ketiga-tiga ahli pasukan itu masih gagal untuk melengkapkan cabaran tersebut menjelang waktu makan malam. Zhang Yang semakin mengagumi Han Yin Xue. Dia sememangnya dilahirkan untuk menjadi seorang penyembuh!

Dia baru sahaja mula bermain permainan video ini, namun dia telahpun mahir dan boleh dianggap professional. Zhang Yang sebaliknya telah mempunyai lima tahun pengalaman sebelum dia dilahirkan semula dan itulah yang memberinya kelebihan dalam menyelesaikan cabaran dengan tahap kesukaran S!

Han Yin Xue dan kehebatannya dalam melakukan penyembuhan! Dia sememangnya dewi penyembuhan!

Selepas mereka menikmati makan malam masing-masing, Zhang Yang mengumpulkan semua orang dan memulakan pengembaraan ke istana berikut.

Menurut hikayat rakyat, satu masa dahulu, terdapat sebuah perkampungan yang menyembah Dewa Serigala. Setiap tahun, mereka akan mengadakan sebuah upacara dan mempersembahkan pelbagai barangan berharga kepadanya. Disebabkan itu, mereka telah direstui Dewa Serigala dan dapat meminjam kuasanya lantas mempunyai kekuatan menakjubkan. Mereka tidak pernah tewas dalam mana-mana pertempuran. Namun begitu, mereka mula lupa daratan kerana lalai dengan kemenangan yang dikecapi lalu hilang kesetiaan dan kepercayaan kepada Dewa Serigala tersebut. 

Dewa yang murka dengan pembelotan mereka akhirnya menyumpah seluruh perkampungan tersebut di mana semua penduduknya menjadi serigala jadian yang tidak berakal. Penduduk kampung yang tidak dapat bertukar kembali kepada rupa manusia mereka itu akhirnya menyembunyikan diri daripada dunia luar dan memilih hutan tebal. Mereka telah mencipta sebuah kawasan perlindungan atau sarang yang dipanggil Istana Bayangan Rembulan.

Istana ini mempunyai dua dungeon iaitu Taman and Istana yang kedua-duanya dibina untuk serangan 10 orang sepasukan dan masing-masing mempunyai lima bos. Dungeon tersebut mempunyai bilangan bos paling banyak di antara semua dungeon. 

Pintu masuk dungeon itu tidak mempunyai apa-apa syarat kemasukan. Mana-mana pasukan boleh memasuki dungeon tersebut bila-bila masa yang mereka mahu. Namun, hanya pemain Tahap 30 dan ke atas yang layak untuk menyerang Taman tersebut sementara dungeon Istana hanya boleh dimasuki pemain Tahap 40.

Pasukan itu menggunakan perkhidmatan makhluk Gryphon dan terbang merentasi pergunungan sebelum perlu mendaki ke puncak sebuah gunung di mana terletaknya Istana itu.

Sebaik sahaja pasukan itu turun daripada Gryphon tersebut, Zhang Yang mendapati ada pemain lain di situ. Mereka tidak lain tidak bukan pasukan yang terdiri daripada 10 orang ahli Pendominasi!

Ada pepatah mengatakan sekiranya anda membenci seseorang, lebih kerap anda akan bertembung dengan orang berkenaan!

Lelaki Beradab yang Rendah Diri berjalan di kalangan ahli pasukannya itu sambil tersenyum. "Oh! Tengoklah, ketua persatuan Zhan Yu yang terkenal rupanya! Eh? Apa yang tak kena ini? Asap Gurun Terpinggir hanya mampu menghantar seramai ini sahaja? Hahaha, dengan hanya enam orang ahli begini, baik kau semua mengumpul peralatan di Makam Marzerway sahaja!"

Lelaki Beradab yang Rendah Diri berani berlagak seolah-olah dia seorang yang "rendah diri" di khalayak ramai begini…

Patutlah Pawang Langit menggelarnya seorang yang hipokrit.

Zhang Yang tertawa. "Hahaha. Lawaknya! Ketua persatuan Lelaki Beradab yang Rendah Diri, kau mahu beli lagi [Posyen Anti Bayangan Pemula]?"

Raut wajah Lelaki Beradab yang Rendah Diri tiba-tiba berubah. Dia begitu sibuk mencipta nama sebelum ini sehingga dia telah diperdaya dengan mudah oleh Zhang Yang. Penipuan tersebut sangat memalukannya! Apabila Zhang Yang cuba mempersendakannya lagi, Lelaki Beradab yang Rendah Diri menjadi marah. Matanya terpancar keberangan membara dan keinginan untuk membalas dendam terhadap Zhang Yang. Dia hampir menyerang mereka di situ juga memandangkan pasukan Zhang Yang itu tidak seramai pasukannya!

Meskipun begitu, Lelaki Beradab yang Rendah Diri seorang yang bijak merancang. Dia tidak akan bertindak membuta-tuli tanpa memikirkan semuanya masak-masak. 10 lawan enam. Lelaki Beradab yang Rendah Diri jelas mempunyai kelebihan, tetapi pasukan Zhang Yang sangat hebat. Mereka sudah pasti akan bertarung sepenuh tenaga dan itu mungkin akan menyebabkan Pendominasi tewas.

Persatuan Lelaki Beradab yang Rendah Diri tidak mampu mengalami kehilangan ahli lagi! Sekiranya mereka kehilangan seorang ahli, seluruh pasukan itu tidak akan dapat menyerang Istana Bayangan Rembulan! Lelaki Beradab yang Rendah Diri telah meletakkan harapan yang tinggi untuk menakluki dungeon ini sebelum orang lain dapat melakukannya lantas merangkul Pencapaian Penyelesaian Pertama.

Sekiranya hanya kedua-dua Asap Gurun Terpinggir dan Pendomanasi sahaja yang bersaing untuk kemasyhuran dan kemenangan di situ, Lelaki Beradab yang Rendah Diri tidak kisah jika mereka terlibat dalam perkelahian kecil-kecilan! Namun, dia juga perlu bersaing dengan Amarah Membara dan Tinggi Langit di Istana Jed Putih! Perkelahian dengan Zhang Yang ini hanya akan memberinya kerugian dan memberi keuntungan kepada pihak ketiga. Memulakan perkelahian pada waktu ini bukan satu tindakan yang bijak! Terdapat juga lapan kota utama di seluruh pelayan China dengan lebih kurang 20 persatuan lain yang sama tahap dengannya! Dengan persaingan hebat untuk menjadi persatuan terulung ini, patutkah dia meletakkan persatuannya di kedudukan merbahaya?

Jelas Lelaki Beradab yang Rendah Diri memilih untuk tidak mengendahkan perkara itu buat masa ini. Memandangkan dia bukan seorang yang panas baran, dia mengambil keputusan yang sekarang bukan waktu yang sesuai baginya membuat apa-apa!

Dia merenung Zhang Yang dengan tajam dan berkata, "Aku mahu lihat bagaimana kau berenam hendak menyerang dungeon yang dicipta untuk 10 orang sepasukan ini!"

Dia kemudian mengangkat tangannya dan mengetuai pasukannya mendaki gunung tersebut menuju ke istana. Masa tidak menunggu sesiapa dan setiap saat begitu berharga. Persatuan terpantas, Tinggi Langit, telah memulakan serangan dungeon itu 30 minit yang lepas. Amarah Membara mungkin akan menyusuli mereka tidak lama lagi!

"Ayuh!" ujar Zhang Yang sambil mengetuai pasukannya mendaki gunung itu.

Tidak lama kemudian, pasukan itu tiba di puncak dan berdiri di hadapan sebuah istana batu zamrud yang besar. Pintu istana tersebut terbuka luas dan terdapat dua buah pintu rentas jarak di sebelah kiri dan kanannya. Salah sebuah pintu itu membawa pemain ke Taman manakala yang satu lagi menghala ke Bahagian Dalam Istana.

"Zhan Yu, yang mana satu patut kita pilih?" Han Yin Xue bertanya.

"Kita boleh pilih mana-mana pintu. Pintu kiri menghala ke Taman dan pintu kanan menghala ke Bahagian Dalam Ista… Jahanam! Kau buat aku tersilap! Bahagian Dalam Istana itu dungeon Tahap 40! Kita tak boleh masuk yang itu!" Zhang Yang berteriak.

"Zhang Yang, Si Dungu! Siapa yang kau marah ini!?" Han Yin Xue mencekak pinggangnya. Dia mahu berlagak seolah-olah dia sedang marah, tetapi sekuat mana dia mencuba, raut wajahnya tidak dapat menunjukkan yang dia marah. Dia sebaliknya nampak seperti dia sedang mengurat dan bukannya sedang marah. Tiada langsung kesan yang menunjukkan dia sedang marah, sebaliknya hanya ada gaya menggoda. 

Wei Yan Er turut cuba mengusik Zhang Yang dan juga berjaya meyakinkan Sun Xin Yu untuk menyertainya. Ketiga-tiga wanita dalam pasukan itu sedang merenung Zhang Yang dengan tajam. Salah seorang mereka menunjukkan raut wajah geram yang murni, seorang dengan wajah berang yang suci, manakala yang terakhir dengan raut wajah dingin. Setiap seorang mempunyai gaya tersendiri. Ia sebenarnya sesuatu yang menarik untuk disaksikan.

"Baiklah! Baiklah! Elok kita jangan bazir lebih banyak masa lagi, bukan? Ayuh mulakan serangan!"

Persaingan untuk menjadi persatuan terulung memang sentiasa genting dengan persatuan lama (daripada permainan video lain) yang telah lama mengenali satu sama lain dapat menunjukkan prestasi yang bagus. Persatuan baru juga tidak kurang hebatnya! Sama seperti apa yang terjadi dalam kehidupan Zhang Yang yang lepas, Hayunan Sebilah Pedang dari Langit Agung, tank nombor satu dalam China, telah mengetuai persatuannya mengecapi kemasyhuran dengan memperolehi banyak Pencapaian Penyelesaian Pertama dungeon. Kekuatannya bukan sesuatu yang boleh disaingi orang lain. Askar Upahan Pedang dan Api pula persatuan terhebat antara semua pasukan yang terdiri daripada lima orang ahli dan sepuluh orang ahli kerana mereka mempunyai kekuatan mereka tersendiri. 

Meskipun begitu, Zhang Yang yakin dengan kemahiran "Hadangan" tahap dewanya!

Setelah dia mencapai Tahap 30, sistem telah memberi ganjaran kepadanya dalam bentuk tiga mata kemahiran yang ditambah pula dengan empat mata kemahiran tambahan yang diperolehinya daripada empat Pencapaian Penyelesaian Pertama dungeon, satu mata kemahiran tambahan sebagai ganjaran cabaran tersembunyi, serta atribut bonus perisai yang meningkatkan tahap <Hadangan> ke satu tahap lebih tinggi. Secara keseluruhannya, <Hadangan> Zhang Yang telah mencapai Tahap 9. Tempoh bertenang kemahiran tersebut juga telah dikurangkan kepada hanya dua saat!

Secara teknikalnya, Zhang Yang boleh bergantung kepada kemahiran ini sahaja dalam menghadang serangan mana-mana bos jenis serangan fizikal! Namun begitu, walaupun ramai yang memandang kemahiran ini sebagai OP, ia tidak akan kekal lama. Dalam masa lima bulan akan datang, apabila naik taraf pertama permainan video ini dilancarkan, kemahiran ini akan dilemahkan1 dengan drastik. Tempoh bertenang asal kemahiran ini akan dipanjangkan kepada 15 saat yang menyebabkan ramai Pelindung gagal mengulangi perbuatan2 dalam menggunakan kemahiran <Hadangan> mereka. <Hadangan> dengan tempoh bertenang selama sesaat dianggap kemahiran dengan kuasa yang terlalu tinggi. Ia begitu hebat sehingga ia dapat menangkis semua serangan bos jenis serangan fizikal setiap kali ia berhadapan dengan kemahiran yang boleh membatalkan serangan ini! Jadi, semasa pemaju permainan video ini menilai semula bos dan kelas watak dalam permainan video, mereka akhirnya mengambil satu keputusan yang memberi tamparan hebat ke atas semua Pelindung!

Memandangkan tamparan hebat itu belum lagi dikenakan ke atasnya, <Hadangan> Zhang Yang yang mempunyai tempoh bertenang selama dua saat itu sudah cukup untuk menangkis serangan fizikal bos ini!

'Ding! Anda telah memasuki Istana Bayangan Rembulan: Taman (Mod Paling Sukar)!'

Zhang Yang dan pasukannya tiba di sebuah taman yang besar. Terdapat sebuah laman yang besar dengan sebuah air pancut di tengah-tengahnya. Terdapat seorang lelaki tua yang berpakaian mewah seperti seorang butler kepada sebuah keluarga bangsawan yang sedang berdiri di sebelah air pancut tersebut. 

Terdapat lima laluan yang menghala keluar dari Taman tersebut dan pasukan Zhang Yang sedang berdiri di salah satu laluan itu. Laluan itu menghala ke jalan keluar dungeon. Mereka akan dianggap menarik diri secara automatik sekiranya mereka keluar melalui laluan tersebut.

Mereka semua memandang butler tersebut dengan penuh rasa ingin tahu memandangkan dia begitu menyerlah.

[Mack, Ketua Butler] (Perak Kelabu)

Tahap: 34

HP: 3 million

"Mudahnya dungeon ini! Memang sudah ada bos yang menunggu kita sebaik sahaja kita masuk! Erhm… tapi tidakkah kau rasa HPnya terlalu banyak?" Wei Yan Er mengangkat tukulnya dan mendekati butler itu untuk bertarung dengannya.

"Hei! Berhenti! Kalau kita bertarung dengannya sekarang, mati kita semua nanti!" Zhang Yang menjerit.

Wei Yan Er melompat terperanjat dan berjalan kembali mendekati mereka dengan akur. "Kenapa?" dia serta-merta bertanya. Ini merupakan salah satu kelebihan Wei Yan Er di mana dia akan serta-merta cuba mencari jawapan bagi apa-apa kekeliruan dan tidak berpura-pura memahami segala-galanya.

"Dungeon ini mempunyai 5 bos dan Mack, Ketua Butler ini bos yang terakhir!"

"Jika dia bos terakhir yang kita perlu lawan, kenapa dia muncul di awal-awal serangan dungeon ini?" Wei Yan Er bertanya lagi.

"Sistem ini menggunakan cara ini untuk memperdaya pemain!" Zhang Yang menggeleng kepalanya. Dalam kehidupannya yang lepas, banyak pasukan yang tewas disebabkan tetapan ini. Apabila benda pertama yang mereka nampak ialah butler ini, mereka tidak akan teragak-agak untuk membunuhnya! Mereka semua akhirnya terbunuh! Zhang Yang meneruskan penjelasannya. "Dalam dungeon ini, setiap kali salah satu bos dibunuh, Ketua Butler ini akan kehilangan 50% HPnya dan 25% kuasa serangannya. Jika kita bertarung dengannya sekarang, kita pasti akan tewas teruk. Tetapi, kalau kita bertarung dengannya sekarang dan berjaya menang, kita akan dapat satu pencapaian dipanggil "Aku Terhebat!"

"Jadi… patutkah kita periksa tempat lain?" Han Gemuk bertanya.

"Ya. Seluruh taman ini sebenarnya sebuah bulatan besar. Kita sedang berdiri di tengah-tengahnya. Keempat-empat bos lain masing-masing berada di hujung bulatan ini. Kita boleh pilih mana-mana laluan atau mana-mana bos yang kita mahu!"

Zhang Yang mengetuai pasukannya menuju laluan yang paling kanan.

"Awas. Jalan di hujung laluan ini. Bos ini mungkin nampak tua, tetapi penglihatannya masih tajam!"

Pasukan itu berjalan dalam satu barisan di bahagian paling kanan laman tersebut. Mereka semua berjalan dengan berhati-hati kerana tidak mahu mencetuskan pertarungan dengan bos itu, jadi apabila mereka berjaya melepasinya, mereka menarik nafas lega.

"Takutnya…" ujar Wei Yan Er.

Sebaik sahaja mereka melepasi bos itu, mereka ternampak dua NPC yang berpakaian seperti pembantu rumah di mana setiap seorang mereka memegang penyapu dan sedang menyapu lantai.

[Pembantu Rumah yang Rajin] (Elit)

Tahap: 32

HP: 50,000

  1. Ini kata kerja yang digunakan untuk merujuk kepada kemahiran atau watak yang dilemahkan oleh pemaju rasmi permainan video. Kadang kala, apabila kemahiran watak itu terlalu hebat dan mempengaruhi keseimbangan dalam permainan video, pemaju akan membuat perubahan tertentu, seperti mengurangkan kuasa serangan seorang Pencuri atau meningkat kos Mana bagi seorang Penyembuh memandangkan kemahiran mereka terlalu hebat sehingga pemain lain berasa ia sesuatu yang tidak adil.
  2. Ini kata kerja yang digunakan untuk merujuk kepada perbuatan yang dilakukan berulang kali. Contohnya, seseorang pemain boleh berulang kali memenuhi saluran pasukannya dengan cemuhan. Dalam kes ini, mengulangi perbuatan merujuk kepada perbuatan menghantar pesanan di saluran itu. Mengulangi Perbuatan ini bermaksud mengulangi sesuatu perbuatan tanpa henti.

Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C100
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login