Download App

Chapter 39: Ujian Upacara Kedewasaan

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Terdapat beberapa langkah di dalam Upacara Kedewasaan dan semuanya sangat rumit yang boleh menyebabkan kepala berpusing.

Ketika duduk di bawah, Xiao Yan melihat seorang pemuda di atas platform itu dipimpin seperti sebuah patung. Dia tidak dapat menahan diri untuk menggosok dahinya dan berkata pada Xun Er di sebelahnya, "Upacara Kedewasaan ini, sangat menyusahkan."

Melihat wajah sedih Xiao Yan, Xun Er tersenyum sambil berkata, "Apa boleh buat? Ini peraturan yang telah diwariskan sejak zaman kuno dan Pak Cik Xiao juga tidak berani untuk menukarnya."

Xiao Yan mengeluh dan mengangguk dengan lemah. Sebaik dia hampir tertidur, kening dia terangkat apabila dia terasa seseorang sedang memerhatikannya. Mengecilkan matanya, dia melihat ke arah kiri platform.

Berdiri di sana adalah Xiao Ning, penuh dengan cemburu sambil memandang Xun Er dan Xiao Yan. Apabila dia melihat Xiao Yan memandangnya, dia menunjukkan penumbuknya dengan agresif.

"Tolol." Katanya dengan perlahan.

Pandangan Xiao Yan beralih ke kiri dan ternampak Xiao Yu yang sedang berdiri di sebelah Xiao Ning. Mata Xiao Yan meneliti tubuh gadis itu terutama kaki Xiao Yu yang panjang dan seksi sampai muka Xiao Yu menjadi hijau, sebelum dia mengalihkan pandangannya dengan senyuman sinis.

Dari tepi, Xun Er sedang tersenyum sendirian melihat perlakuan Xiao Yan. Jika ia berkaitan dengan Xiao Yu, Xiao Yan akan hilang ketenangannya dan akan sentiasa mengusik Xiao Yu sehingga dia menjadi marah.

Berbaring di atas kerusi kayu, Xiao Yan sedang menikmati bau wangi gadis di sebelahnya, sambil menunggu dengan mata yang tertutup.

Apabila Upacara Kedewasaan sudah tiba separuh jalan, akhirnya sampai giliran Xiao Yan.

Mendengar laungan daripada pentas, semua orang di atas platform tetamu beralih ke arah Xiao Yan dengan pandangan ingin tahu atau sangsi. Untuk kebanyakan mereka, tujuan utama mereka berada di Upacara Kedewasaan Puak Xiao untuk melihat remaja yang telah mencetuskan hingar-bingar di Bandar Wu Tan dan untuk memastikan khabar angin ini benar atau tidak.

Xiao Yan membuka matanya dengan perlahan dan tumpuan terhadapnya membuatkan pemuda itu berasa seperti seekor monyet di dalam zoo, menyebabkan dia menggeleng kepalanya dengan tidak bermaya.

Dengan satu keluhan ringan dan muka yang tidak beremosi, Xiao Yan bergerak dengan perlahan ke atas platform sambil diperhatikan semua orang.

Upacara Kedewasaan ini diketuai oleh Tokoh Kedua iaitu Xiao Ying. Walaupun Tokoh Kedua tidak pernah menunjukkan simpati terhadap Xiao Yan, dia tidak juga mengacau Xiao Yan dengan berlebihan. Tambahan pula, selepas ujian hari itu, Tokoh Kedua telah berlembut sedikit. Sekurang-kurangnya, sikap memandang rendah sudah hilang dari wajah tuanya.

Dengan air muka yang rumit di dalam matanya, Xiao Ying mengeluh di dalam hatinya sambil melihat remaja yang telah menunggang terbalikkan hidupnya sebelum ini. Dia mengambil keluar bahan yang diperlukan untuk upacara tersebut sebelum berjalan ke arah Xiao Yan.

Melihat tokoh itu berjalan ke arahnya, Xiao Yan teringat kembali upacara bosan dan menyusahkan sebelum ini telah menjadikan kepalanya sakit. Dengan senyuman kelat, dia menutup matanya dan berserah pada takdir.

…..

Di bawah pemerhatian semua orang, Xiao Yan berdiri seperti dungu untuk setengah jam sebelum pemandangan birokratik itu berakhir.

Dengan satu keluhan lega di dalam hatinya, Xiao Yan membuka matanya. Melihat berbagai rempah di sekeliling tubuhnya, dia mempamerkan perasaan menyampah.

Selepas langkah-langkah rumit itu berakhir, tokoh kedua mengelap peluhnya dan berpusing menghadap monumen batu hitam lalu menjerit, "Ujian Upacara Kedewasaan!"

Ujian Upacara Kedewasaan ini sama seperti ujian bulan lepas. Tujuan ujian sebelum ini untuk memilih kumpulan elit puak supaya mereka boleh mengambil ujian upacara kedewasaan di pentas utama, dan untuk mereka yang berada di bawah 7 Duan Qi akan mempunyai upacara yang biasa-biasa dan biasanya lebih selekeh.

Ujian Upacara Kedewasaan ini lebih tepat berbanding dengan ujian sebelum ini sebab kali ini, ujian ini akan disemak oleh 2 bintang Tok Guru Dou, iaitu Tokoh Kedua Puak Xiao. Ini menunjukkan betapa serius Upacara Kedewasaan ini.

Dengan laungan dari tokoh kedua, sesiapa yang bosan itu tiba-tiba memberikan tumpuan sepenuhnya pada platform itu.

Di Platform Tetamu, semua orang juga sedang memerhatikan pemuda berpakaian hitam itu. Tujuan lawatan mereka untuk mendapat keyakinan pemuda yang telah mengejutkan seluruh Bandar Wu Tan 4 tahun yang lalu akan sekali lagi mengejutkan Bandar Wu Tan hari ini.

Tidak menghiraukan renungan hangat di sekeliling dia, Xiao Yan bertenang lalu berjalan ke arah monumen hitam itu.

Melihat Xiao Yan yang tenang itu, tangan kering Tokoh Kedua menyentuh Monumen Ujian Bermagik itu dan mengalirkan Dou Qi-nya ke dalam untuk menyemaknya. Selepas itu, dia bergerak ke tepi dan mengikut semua orang untuk merenung Xiao Yan. Sungguhpun dia berada di ujian yang sebelum ini, dia juga tidak dapat menahan dirinya daripada berfikir. "Betul ke budak ini sudah mencapai 7 Duan Qi?'

Pencapaian Xiao Yan yang mengejutkan itu telah memberi kesan yang besar kepada ramai orang dan untuk Upacara Kedewasaan ini, Tokoh Kedua meminta untuk mengetuai upacara ini supaya dia boleh menguji Xiao Yan!

Tidak menghiraukan renungan tokoh kedua, Xiao Yan menyentuh monumen itu dengan tangannya dengan perlahan….

Melihat Xiao Yan menyentuh monumen tersebut, Xiao Yu tidak dapat menahan diri dari mengerutkan keningnya sambil berpaling untuk berbisik pada Xiao Ning, "Dia betul-betul mencapai 7 Duan Qi?"

Oleh kerana Xiao Yu baru pulang ke rumahnya dua hari yang lalu, dia tidak berada di tempat kejadian untuk menyaksikan ujian Xiao Yan sebelum ini, justeru dia masih berasa sangsi terhadap pencapaiannya.

Ditanya oleh kakaknya, Xiao Ning mengangguk lalu berkata, "Ya. Lelaki itu mesti telah memakan sesuatu untuk mencapai 4 Duan Qi dalam satu tahun."

Mendapat kepastian dalam soalannya, Xiao Yu mengetap bibir sambil menghentak kakinya. Memandang lelaki di atas platform itu dengan marah, mukanya yang ayu itu menunjukkan satu sikap degil lalu berfikir. 'Tanpa aku melihatnya sendiri, aku tidak akan percaya si lumpuh ini telah mencapai 7 Duan Qi.'

Mengambil nafas yang dalam, Xiao Yu mengejek sambil berkata, "Budak itu mesti telah melakukan sesuatu pada masa itu tetapi sekarang, Tokoh Kedua sendiri yang mengujinya, ia akan…"

Sebelum dia mampu menghabiskan apa yang difikirkan, muka Xiao Yu menjadi tegang dan ayat yang seterusnya tersekat di dalam kerongkongnya.

Di atas platform tinggi berkayu itu, monumen hitam yang besar itu bersinar lalu mengeluarkan perkataan berwarna emas. "Dou Zhi Qi: 8 Duan!"


CREATORS' THOUGHTS
dracarys3064 dracarys3064

Dalam novel ini, terdapat pangkat yang berbeza dan berlainan. Hari ini, saya akan senaraikan semua pangkat tersebut. Jadi, jangan lupa untuk mencatatkannya supaya anda lebih memahami pangkat tersebut.

Dou Zhi Qi (Pengikut Dou) → Dou Zhe (Pengamal Dou) → Dou Shi (Guru Dou) → Da Dou Shi (Tok Guru Dou) → Dou Ling (Jiwa Dou) → Dou Wang (Raja Dou) → Dou Huang (Maharaja Dou) → Dou Zong (Moyang Dou) → Dou Zun (Dou Yang Terhormat) → Ban Sheng (Separa Kudus Dou) → Dou Sheng (Kudus Dou) → Dou Di (Dewa Dou)

Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C39
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login