Download App

Chapter 82: Raja Ular Berkepala Kembar

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Raja Ular Berkepala Kembar, bersama-sama dua orang suruhannya, perlahan-lahan menghampiri Shi Feng. Walau bagaimanapun, dia tidak menyedari kewujudan Shi Feng. Ekornya bergerak perlahan, dan kepalanya mendongak megah melihat kawasannya.

Sementara itu, 2 kepala ular berkembar yang biasa mengikut Raja Ular dengan rapat. Mereka tidak berlagak sombong seperti Raja Ular, tetapi lebih sebagai pengawal, pandangan tenang mengawal kedaaan sekeliling. Selagi ada aktiviti yang mencurigakan, mereka segera menjadi Pedang Raja yang tajam, membunuh semua musuh yang mengancam raja.

Dari sejak Raja Ular Berkepala Kembar datang menghampiri kawasannya sehingga dia berpusing dan berlalu pergi, Shi Feng hanya memerhatikan dengan tenang. Walau bagaimanapun, Shi Feng tidak tergesa-gesa mengambil tindakan. Akan tetapi, dia mengekori secara senyap, menggunakan Mata Pemerhati, dan menunggu peluang terbaik untuk memulakan serangan.

[Raja Ular Berkepala Kembar] (Pasukan Elit Khas)

Tahap 10.

HP 4,000/4,000

2 Pengawal Ular Berkepala Kembar ialah raksasa biasa. Mereka berdua adalah dari tahap 10 , dan mempunyai 1,400 HP.

Shi Feng akan menentang 3 raksasa tahap 10. Lebih-lebih lagi mereka mempunyai Pasukan Elit Khas bersama mereka. Walaupun Shi Feng dilengkapi Set Kelengkapan Bulan Perak yang lengkap, dia masih perlu merancang dengan teliti sebelum mengambil tindakan. Lagipun, sedikit tidak boleh melawan yang banyak. Tambahan pula, perlumbaan ular mempunyai Kelajuan Pergerakan yang sangat laju dan lebih laju lagi bagi Raja Ular Berkepala Kembar.

Shi Feng mengikut Raja Ular Berkepala Kembar ke kawasan yang dipenuhi batu pasir. Terdapat beberapa batu yang lebih tinggi dari manusia di sini yang boleh digunakan untuk menghalang pandangan Raja Ular Berkepala Kembar, jadi Shi Feng mula mengambil tindakan.

Shi Feng akan menghadapi kelemahan jika dia berlawan dengan ketiga-tiga Ular Berkepala Kembar sekaligus. Oleh itu, dia perlu memisahkan mereka dan membunuhnya satu persatu dengan raksasa biasa menjadi keutamaan.

Shi Feng dengan segera menggunakan Pembunuh Hantu, membiarkan pelanduk dua serupanya itu di belakang menunggu ketika dia melakukannya. Shi Feng menggunakan Bilah Angin, pedangnya menikam Pengawal Ular Berkepala Kembar yang terdekat.

Dengan serangan hendap dan kelajuan meningkat dari Bilah Angin, Ular Berkepala Kembar tidak mampu untuk bertindak balas terhadap serangan itu langsung. 2 pedang Shi Feng segera menikam belakang ular itu, menyebabkan kerosakan -76 dan -61. Rentetan itu, Shi Feng menggunakan Tetakan Berganda, menyebabkan kerosakan -103 dan -89, dan meninggalkan Pengawal Ular Berkepala Kembar dengan kesan pendarahan.

Shi Feng lengkap dengan kelengkapan serba canggih dan kemahiran yang tinggi. Walaupun Pengawal Ular Berkepala Kembar mempunyai Pertahanan yang tinggi, kerosakan yang Shi Feng mampu cetuskan adalah sangat tinggi. Jika itu merupakan pemain pertengahan Tahap 5 menyerang Pengawal Ular Berkepala Kembar, dengan tahap serangan dan pertahanan raksasa yang tinggi, paling banyak akan menyebabkan kerosakan pada kadar -3 atau -4.

Pengawal Ular Berkepala Kembar mengerang kesakitan. Dia menggunakan Panahan Kilat, menghantar 3 panahan kilat kepada salah satu daripada Pengawal Ular Berkepala Kembar. Walau bagaimanapun, Pengawal Ular Berkepala Kembar itu bertindak balas dengan pantas; salah satu dari kepalanya menghalang manakala satu lagi menggigit Shi Feng.

3 panahan kilat dihalang, menyebabkan jumlah kerosakan yang sangat sedikit.

Apabila taring berbisa ular ingin menggigitnya, Shi Feng menggunakan Tangkis dan mengaktifkan Langkah Angin. Selepas mematahkan serangan, Shi Feng segera berpusing dan lari.

Pengawal Ular Berkepala Kembar tidak akan membiarkan musuh melepaskan diri selepas membuatkan mereka marah. Dia bergerak mengejar Shi Feng dengan laju. Untuk Raja Ular Berkepala Kembar yang tidak tercedera, boleh dilihat kemarahan yang membara di matanya yang tenang itu. Dia juga mengejar Shi Feng.

Namun begitu, hanya selepas bergerak beberapa kaki, pelanduk dua serupa Shi Feng menggunakan Bilah Angin dan menuju ke arah Raja Ular Berkepala Kembar. Pelanduk dua serupa itu menghayun pedang di leher Raja Ular, menyebabkan kerosakan -24. Raja Ular Berkepala Kembar itu berasa marah dengan serangan itu. Dengan sepantas kilat, Raja Ular Berkepala Kembar itu menggigit pelanduk dua serupa itu.

Dengan tujuan utama pelanduk dua serupa telah tercapai, dia juga mengaktifkan Langkah Angin, berpaling dan meninggalkannya.

Sekarang, Pengawal Ular Berkepala Kembar telah terpisah dari Raja Ular. Walaupun Pengawal Ular Berkepala Kembar sangat kuat, tanpa bantuan dari Raja, mereka tidak mampu bertahan dari serangan Shi Feng. Gerakan demi gerakan, bilah Shi Feng akan sentiasa melibas di pusat Pengawal Ular Berkepala Kembar yang penting. Lagipun, Set Kelengkapan Bulan Perak bukan hanya untuk pameran. Sekarang ini, Ketangkasan Shi Feng telah melebihi 60 mata. Walaupun Pengawal Ular Berkepala Kembar dapat bertahan dari salah satu serangan Shi Feng, dia masih lagi dilibas dengan satu lagi pedang Shi Feng. Setiap pedang yang dilibas akan mengambil keluar 60 ke 70 HP, manakala Pukulan Kritikal yang biasa akan menyebabkan kerosakan -150.

Pedang Shi Feng melibas seperti angin yang bertiup kencang. Libasan pedang sentiasa sampai ke Pengawal Ular Berkepala Kembar, menyebabkan HP mereka jatuh mendadak. Sehingga beberapa ketika, Pengawal Ular menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Selepas itu, Shi Feng bergegas ke arah Raja Ular Berkepala Kembar.

Ketika ini, HP pelanduk dua serupa telah turun ke ke paras bawah 30%. Dia telah memenatkan dirinya sendiri ketika cuba menjatuhkan Raja Ular Berkepala Kembar. Serangan Pasukan Elit Khas sangat pantas. Ia mampu, dari semasa ke semasa, mengeluarkan kabus beracun, meliput kawasan yang luas dengan kabus itu. Pelanduk dua serupa hanya mempunyai 50% dari Atribut badan asal, jadi dia hanya mampu berterusan bertahan dan melepaskan diri. Jika tidak, sudah lama dia mati.

Walau bagaimanapun, tubuh badan yang asal telah tiba, pelanduk dua serupa tidak lagi perlu menentang Raja Ular Berkepala Kembar.

Shi Feng segera menggunakan Potongan 9 Naga, menyeru keluar 9 hantu Bilah Neraka. Shi Feng kemudian menggunakan Bilah Pertahanan, kadar serangannya meningkat dengan tinggi.

Dia hanya boleh menyerang dari jauh apabila menghadapi Raja Ular Berkepala Kembar yang berupaya mengeluarkan kabus beracun. Jika dia masuk ke kawasan huru-hara itu dengan Raja Ular, dia tidak akan mampu bertahan lebih dari 20 saat. Walaupun dia menghidupkan kesemua kemahiran menyelamatkan nyawa, dia masih tidak mampu bertahan.

Raja Ular Berkepala Kembar itu sangat licik. Apabila berhadapan dengan Shi Feng, salah satu dari kepalanya bertahan dari serangan Shi Feng sementara lagi satu berterusan menyerang pelanduk dua serupa, tidak langsung memberikan perhatian kepada Shi Feng.

Selepas 3 ke 4 jam serangan, pendua Shi Feng tidak mampu lagi bertahan, dan lenyap.

Sementara itu, HP Raja Ular Berkepala Kembar masih lagi lebih 70%. Kepalanya yang satu lagi kini merenung Shi Feng. Dia membuka mulutnya, mengeluarkan kabus beracun. Racun itu seperti anak panas menembak ke arah Shi Feng.

Reaksi Shi Feng tiba-tiba tenggelam. Badannya berpaling ke kiri dan ke kanan, mengelak dari terkena racun.

Apabila cecair beracun tu mengenai batu pasir, cecair itu menembusi dengan cepat, meninggalkan lubang yang besar. Ini merupakan Asid Menghakis Raja Ular Berkepala Kembar. Jika ada yang menghalangnya, mungkin Senjata Rahsia Perak masih mampu menahannya, tetapi Senjata Biasa pasti akan segera cair. Untuk Senjata Gangsa, ketahanannya paling kurang akan berkurangan separuh dan jika bertahan daripada terkena buat kali kedua akan membuatkan ia bertukar menjadi debu.

Dengan cara ini, seorang lelaki dan seekor ular mula menjarakkan diri, menyerang dan mengelak. Shi Feng melibas pedangnya dengan perasaan marah, cahaya dari libasan demi libasan pedang memenuhi ruangan di situ. Sementara itu, kedua-dua kepala Raja Ular memuntahkan racun tanpa henti, meninggalkan lubang yang tidak terkira banyaknya. Dari semasa ke semasa, ia akan juga memenuhi ruang besar itu dengan kabus beracun, tidak meninggalkan apa-apa kesan walaupun rumput untuk hidup.

Dari semasa ke semasa, Shi Feng akan diracuni semasa pertarungan. Selepas lebih 10 minit bertarung tanpa henti, walaupun Shi Feng minum Ramuan Pemulihan Asas sebaik sahaja Tempoh Bertenang tamat, baki HPnya hanya di tahap 8%. Sementara itu, Raja Ular Berkepala Kembar masih mempunyai baki HP sebanyak 14%.

Melihat HP kedua-dua mereka rendah, Raja Ular Berkepala Kembar mendedahkan rupa jahatnya. Saiznya meningkat berlipat kali ganda, selepas itu, tiba-tiba, dia terapung di udara. Salah satu kepalanya membuka mulut dengan luas, menunjukkan taringnya yang putih berbisa, manakala sebelah lagi kepalanya menghembuskan kabur beracun. Raja Ular Berkepala Kembar itu menggunakan kaedah serangan yang mengandungi kedua-dua serangan dan pertahanan, dan selagi Shi Feng merapatinya, dia akan terperangkap di dalam kabur berbahaya itu.

"Sehabis baik sekarang ini?" Ketika ini, Shi Feng hanya mampu bertahan dari kabus beracun selama 3 saat dan menghadapi 1 libasan dari Raja Ular itu. Oleh yang demikian, Shi Feng mengeluarkan sebotol Ramuan Pemulihan Asas dari begnya, meminumnya dan pulih sebanyak 180 HP. Di sebelah lagi tangannya, Shi Feng mengeluarkan Skrol Polymorph.

Sebaik sahaja Raja Ular Berkepala Kembar itu mula mendarat, dia segera bertukar menjadi seekor kambing biri-biri.

Panahan Kilat!

Tetakan!

Tetakan Berganda!

Pemisah Bumi!

Selepas beberapa siri serangan, Raja Ular Berkepala Kembar hanya tinggal 5% HPnya. Walau bagaimanapun, dia telah bertukar kembali ke rupa bentuk asal, manakala kawasan sekitarnya dipenuhi kabus beracun. Kelajuan pemulihan Raja Ular meningkat berlipat kali ganda ketika berada di dalam kabus, manakala musuhnya akan berkurangan dengan teruk sekali. Shi Feng segera berundur, menggunakan Pengikat Neraka ke atas Raja Ular Berkepala Kembar. Shi Feng kemudian mengeluarkan Skrol Ajaib Tahap 1, Bom Nyalaan Berterusan, dan mula bersorak.

5 Bebola Api yang besar memukul ke atas badan Raja Ular, menghabiskan HP yang tinggal. Raja Ular Berkepala Kembar meninggalkan 4 item ketika dia mati.

Sistem : Raja Ular Berkepala Kembar telah terbunuh. Perbezaan tahap adalah 5 tahap. EXP yang terkumpul akan meningkat sebanyak 500%. Menjadikan 2500 EXP.

Shi Feng akhirnya menarik nafas lega. Seperti yang dijangka, Pasukan Elit Khas Tahap 10 sangat sukar untuk ditewaskan. Jika dia tidak mempunyai Set Kelengkapan Bulan Perak dan Skrol Ajaib Tahap 1, mungkin dia yang akan terbunuh di dalam pertarungan ini. Nasib baik, Shi Feng yang membunuhnya.

Antara 4 item yang ditinggalkan Raja Ular, terdapat Staf Besi Misteri Tahap 8, Lagu Kehidupan, yang bermakna bagi Cleric. Ianya Atribut Keseluruhan yang agak baik, dan meningkatkan tahap Kemahiran Pemulihan pada kadar +1. Ia sememangnya Staf Tahap Atasan. Item seterusnya ialah Pelindung Silang Tahap 10 dengan purata Atribut. Walau ybagaimanapun, Pelindung masih dikira sebagai barang yang jarang dijumpai, jadi ia sangat baik apabila seseorang meninggalkannya. Dua item terakhir ialah Insang Raja Ular dan Kulit Raja Ular. Kedua-duanya ialah barang jarang dijumpai yang diguna pakai Racun dan Perisai Berkulit.

Barang-barangan Misi telah dikutip, jadi selepas berehat seketika, Shi Feng kembali untuk menghidupkan Misi. Dia memperolehi bahan kabus yang ganjil, dan pengalamannya bertambah ke 91% tahap 5, hanya sedikit sahaja lagi sebelum sampai Tahap 6.

Melihat pada jam, ia tidak lama lagi sebelum waktu mesyuarat. Oleh itu, Shi Feng mula menghala ke kawasan Tahap 8, Gaung Physis.


Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C82
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login