Setelah memasukkan kunci obsidian, tiada tindak balas daripada pagar keluli tersebut. Ia masih tidak bergerak seperti sebelum ini.
Pada ketika ini, sebuah mesej masuk daripada Salji Lembut. Dia memberitahu Shi Feng yang Kesatria-Kesatria Mekanikal telah tiba-tiba berhenti mengejarnya dan sedang patah balik dengan cepat.
"Sial, tak mungkin, kan? Kuncinya betul-betul tak berkesan?" Dalam kemarahannya, Shi Feng menumbuk lubang kunci itu.
Memandangkan dia tidak boleh menggunakan cara paling mudah untuk masuk, jadi dia hanya boleh guna cara yang lebih bahaya untuk masuk.
Di… Di… Di…
TIba-tiba, cahaya emas terpancar daripada lubang kunci. Abjad-abjad kuno yang bertenaga memancar pada sepasang pagar tiga-tingkat tersebut. Setelah itu, pagar itu terbuka perlahan-lahan, sambil mengeluarkan bunyi berkeriut yang memekak.
Memandangkan Kesatria-Kesatria Mekanikal telah pun bergegas ke mari, sementara pintu pagar tersebut yang membuka ruang yang bersaiz manusia …
Tanpa teragak-agak, Shi Feng mengeluarkan kunci obsidian, dan pagar tersebut berhenti bergerak dengan serta-merta. Kemudian, Shi Feng meluru masuk ke dalam ruangan itu.
Sistem: Anda telah menemui Kubu Keluli Barrutia.
Kesatria-Kesatria Mekanikal yang tingginya dua tingkat cuba bergegas ke dalam pagar tersebut. Namun, ruangan itu terlalu sempit untuk mereka melaluinya. Tambahan pula dengan berat pagar itu yang sangat berat, Kesatria-Kesatria Mekanikal tersebut hanya mampu mengeluarkan serangan dari pagar luar. Malangnya, tindakan-tindakan mereka tidak berguna sama sekali.
"Saya sudah masuk." Setelah Shi Feng menghantar mesej ke Salji Lembut, dia mara ke hadapan dengan berhati-hati melalui jalan keluli gergasi.
Pada bahagian Tanah Hancur yang satu lagi…
"Salji, apa khabar dia?" Menunggu di sisinya, Zhao Yueru bertanya apabila dia ternampak Salji Lembut berlari ke arahnya.
"Tiada masalah. Dia sudah masuk.
"Namun, Misi ini benar-benar bahaya. Saya telah menganggar secara kasar kekuatan Kesatria Mekanikal tadi dan saya dapati Kesatria-Kesatria Mekanikal ini langsung tak sama daripada Elit-Elit Istimewa yang lain. Mereka boleh menangkis serangan saya dengan pantas, selain mampu bertindak balas dengan serangan balas. Kalau bukan kerana reaksi pantas saya, saya mungkin telah mati tadi."
"Kalau kita tidak memiliki kemahiran yang boleh mengeluarkan jumlah kemusnahan yang besar secara berterusan, walaupun kita boleh memancing mereka, kita masih tidak akan berdaya menentang Kesatria Mekanikal. Sebaliknya, kita hanya akan menggali lubang kubur sendiri." Salji Lembut duduk dan mengeluarkan makanan dan minuman ringan bagi menyegarkan diri dan memulihkan tenaga mereka. Kini, mindanya terbayang tentang pertempuran sebelum ini. Ia betul-betul merupakan situasi yang mendebarkan. Hanya dengan menerima daripada gemba bumi tersebut, yang terhasil daripada tombak Kesatria Mekanikal memukul lantai, dia hilang lebih 200 HP. Jika senjata itu tepat terkena padanya, akibatnya tidak dapat dibayangkan.
Selepas mendengar kata-kata Salji Lembut, Zhao Yueru menghela nafas lega, tanpa menyedari sebabnya.
"Baiklah, usah bermimpi lagi. Kita akan melawan Orang Burung dalam gaung. Habuan dan pengalaman di sini agak bagus, jadi kita patut mampu melepasi pakar-pakar tahap tertinggi itu," Setelah cukup rehat, Salji Lembut berdiri dan memberi arahan.
Sementara itu, di dalam Kubu Keluli, Shi Feng sedang mara dengan berhati-hati. Tanda-tanda karat dan kakisan menutupi setiap inci kubu tersebut. Terdapat sedikit cahaya yang memancar di dalam, yang menyebabkan Shi Feng dapat melihat jalan dengan samar-samar.
Setelah berjalan agak jauh, Shi Feng tidak menemui apa-apa yang bahaya. Hanya terdapat bunyi titisan air yang sekali-sekala dan bunyi deram-derum mesin yang sedang beroperasi. Walaupin lebih satu alaf telah berlalu, mesin-mesin di sini masih berfungsi seperti biasa. Seseorang dapat melihat betapa majunya teknik-teknik milik Tamadun Orang Kerdil.
Selepas melalui koridor besar itu, Shi Feng tiba di sebuah kawasan yang terdapat sebuah relau gergasi. Dinding-dinding keluli relau tersebut bersambung dengan tangga keluli dan pada bahagian bawah relau itu terdapat kolam yang kelihatan sangat dalam.
Akan tetapi, Shi Feng tidak menggunakan tangga untuk menuju ke pintu keluar yang seterusnya. Sebaliknya, dia menerpa dan melompat ke arah kolam tersebut.
Separuh jalan semasa penurunannya, Shi Feng mengaktifkan Pembebasan Graviti. Kelajuan kejatuhannya terus berkurang secara drastik, badannya turun perlahan-lahan seperti bulu pelepah.
Semasa penurunannya, Shi Feng tiba-tiba menyedari ada satu jalan pada dinding. Jalan ini memuatkan hanya seorang untuk melaluinya. Namun, maklumat yang Shi Feng kumpul dalam hayat lampaunya tidak menyebut tentang jalan ini. Justeru, Shi Feng perlahan-lahan terapung dan mendarat dengan tepat pada jalan tersembunyi itu.
"Ada Peti Harta Karun rupanya di sini! Tiada sesiapapun yang sedar sebelum ini ke?" Shi Feng mendapati terdapat sebuah peti keluli hitam pada bahagian paling dalam jalan tersebut. Pelbagai abjad kuno terukir pada peti tersebut, sekali pandang sudah cukup untuk mengetahui ini bukanlah peti yang biasa.
Selepas memerhatinya dengan teliti, Shi Feng mendapati peti tersebut merupakan Peti Harta Karun Besi-Misteri. Namun, Shi Feng tidak terburu-buru untuk membukanya. Sebaliknya, dia menggunakan Serangan Bayangan, membenarkan diri penduanya untuk pergi memeriksanya.
Sebaik sahaja diri penduanya mula mengaktifkan Peti Harta Karun tersebut, dinding-dinding keluli yang mengelilinginya menembak anak-anak panah yang tidak terkira bilangannya. Diri pendua tersebut terkorban dalam sekelip mata, menakutkan Shi Feng. Mujurnya, Shi Feng telah membentuk tabiat berhati-hati dan berhemah semasa di Kawasan Tuhan. Jika tidak, dia pasti sudah mati.
Perangkap jenis ini biasanya sekali pakai sahaja. Namun, Shi Feng tidak terburu-buru. Walau bagaimanapun, peti tersebut tidak akan lari ke mana-mana, jadi elok dia tunggu sehingga waktu bertenang Serangan Bayang selesai, kemudian menggunakan diri penduanya sekali lagi untuk membuka Peti Harta Karun tersebut.
Kali ini, diri penduanya berjaya membuka Peti Harta Karun tersebut dengan selamat. Tanpa apa-apa ancaman lain yang wujud, Shi Feng berjalan ke arah Peti itu dan mengosongkannya. Di dalamnya terdapat Pelindung Batu Hitam berpangkat Besi-Misteri. Ia benar-benar merupakan Pelindung Tahap 10 tingkat teratas.
[Pelindung Batu Hitam] (Pangkat Besi-Misteri)
Tahap 10
Syarat Peralatan: Kekuatan 25
Perlindungan +69
Kadar Perlindungan 29%
Kekuatan +7, Ketahanan +10
HP +200
Setelah memakainya, kesemua kemusnahan yang diterima dari hadapan akan dikurangkan sebanyak 10%.
Terdapat juga sebuah Buku Kepakaran Besi-Misteri. Apabila digunakan, pemain akan menerima 10 hingga 50 Mata Kepakaran Bebas secara rawak. Peralatan ini beberapa kali ganda lebih jarang daripada Pelindung Batu Hitam. Hal ini disebabkan Mata-Mata Kepakaran boleh bertahan untuk seseorang pemain buat selama-lamanya, manakala Pelindung Batu Hitam tidak boleh berbuat begitu.
"Harap-harap nasib aku tidak terlalu malang," Shi Feng berdoa sedikit sebelum memilih untuk menggunakan Buku Kepakaran.
Berikutan itu, Sistem mula memaparkan timbunan nombor rawak antara 10 hingga 50. Selagi Shi Feng menjerit 'Berhenti,' nombor akhir untuk muncul akan menjadi nombor bilangan Mata Kepakaran yang dia akan peroleh. Ia serupa Russian Roulette.
Dalam hayat lampau Shi Feng, ramai pakar mengumpul pelbagai jenis Buku Kepakaran untuk meningkatkan Kepakaran Senjata mereka. Namun, Buku Kepakaran cuma terlalu jarang dan walaupun dengan wang, seseorang itu tidak semestinya mampu membelinya. Kebanyakan pemain yang memperoleh sebuah Buku Kepakaran akan menggunakannya dan bukan menjualnya. Lagipun, untuk mendapatkan walau satu Mata Kepakaran Bebas teramat sukar.
Shi Feng pernah melihat seseorang yang cukup bernasib baik sehingga memperoleh sebuah Buku Kepakaran Emas-Tua. Ramai pemain memandangnya dengan iri hati, dan ada juga yang sanggup berbelanja sejuta Kredit demi membeli Buku Kepakaran itu daripada orang tersebut. Namun, orang tersebut enggan menjual dan sebaliknya menggunakan Buku Kepakaran itu untuk dirinya sendiri. Bilangan Mata-Mata Kepakaran Bebas yang diberikan oleh Buku Kepakaran Emas-Tua itu antara 30 hingga 200. Pada asalnya, semua orang ingat orang ini memiliki nasib yang sangat baik. Namun, orang itu hanya mendapatkan 31 Mata Kepakaran Bebas sahaja dan akhirnya menjadi bahan ketawa buat semua orang. Mata-mata yang dia dapat lebih kurang seperti Buku Kepakaran Besi-Misteri.
Melihat nombor-nombor tersebut berputar dengan berterusan, jantung Shi Feng berdebar dengan kencang, tidak mengetahui apakah nombor yang akan muncul.
"Berhenti!" jerit Shi Feng.
Roda nombor berhenti dengan serta-merta, dan Shi Feng melihat hasilnya dengan teliti.
32 mata.
Nombor yang agak baik. Shi Feng telah dengan mudah mendapatkan 32 Mata Kepakaran Bebas, iaitu bersamaan dengan Mata-Mata Kepakaran Bebas yang dia bakal dapat apabila menaik tahap ke Tahap 20.
Shi Feng membuka Tetingkap Kepakaran Pedang Satu Tangannya.
Kini, Kepakaran Pedang Satu Tangannya masih berada pada 20 mata, meletakkannya pada tahap Perantis Pemain Pedang Asas dan meningkatkan Kemusnahan Asas sebanyak 10%.
Jika ditambah dengan 8 Mata Kepakaran Bebas yang telah dia peroleh kerana menaik tahap ke Tahap 5 dan baki 5 mata dari sebelumnya, dia kini ada jumlah 45 Mata Kepakaran Bebas.
Shi Feng terus menambahkan 30 Mata Kepakaran ke Kepakaran Pedang Satu Tangannya. Dengan serta-merta, Kepakaran Pedang Satu Tangannya meningkat ke tahap seorang Perantis Pemain Pedang Menengah, meningkatkan Kemusnahan Pusatnya sebanyak 15%. Untuk menjadi seorang Perantis Pemain Pedang Maju, dia masih memerlukan 50 mata.
Walaupun ia hanya peningkatan 5% pada Kemusnahan Asas, ia tidak patut diambil mudah. Kemusnahan Pusat ini boleh diperbesarkan berkali ganda setelah menyertakan faktor bonus-bonus daripada Kemahiran-Kemahiran. Selalunya, jurang yang wujud antara seorang pakar tahap tertinggi dan seorang pakar biasa kerana perbezaan antara Kemusnahan Asas. Pada peringkat terkini permainan, hanya terdapat segelintir pakar yang telah mencapai Kepakaran Asas. Shi Feng sudah pun mencapai Kepakaran Menengah, dia sudah jauh meninggalkan mereka.
Sebaik sahaja Shi Feng mahu terus mara lebih dalam ke dalam Kubu Keluli, penggera kubu tersebut berbunyi.