Download App

Chapter 89: Kawasan Teras Barrutia

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

"Awas! Awas! Ada penceroboh di Kawasan F! Mengaktifkan sistem pertahanan diri!"

Sebelum Shi Feng sempat meraikan habuannya, sebaldi air sejuk dituangkan ke atas kepalanya oleh suara lantang ini. Dia tidak menyangka adanya perangkap sebegini selepas membuka Peti Harta Karun.

Hanya selepas tiba di pintu keluar lorong tersebut, Shi Feng mendapati lorong-lorong menuju ke kawasan lain Kubu Keluli tersebut semuanya tertutup, menghalangnya untuk masuk. Sementara itu, tahap air kolam di bawah mula meningkat dan berdasarkan kadar kenaikannya, tidak lama sebelum lorong tersebut dibanjiri air.

Tanpa teragak-agak, Shi Feng mengeluarkan sebotol Ubat Bernafas Dalam Air dan meminumnya. Ubat tersebut membolehkan para pemain bernafas dalam air selama 20 minit. Berikutan itu, Shi Feng terus menerjun ke dalam kolam tersebut, menuju ke kawasan paling dalam.

Selepas berenang ke bawah selama lebih sepuluh minit, Shi Feng akhirnya ternampak satu lorong yang gelap. Namun, arus air dari sana mengalir dengan deras, jelasnya bukan mudah untuk Shi Feng menghampiri lorong tersebut. Setelah menghabiskan masa yang banyak, serta meminum botol kedua Ubat Bernafas Dalam Air, Shi Feng berjaya merangkak ke arah ruang masuk lorong tersebut dengan usaha yang gigih.

Berikutan itu, dia ditolak oleh arus deras air tersebut, badannya tidak mampu bergerak sementara arus terus menolaknya di dalam lorong tersebut. Setelah mengikuti arus air selama beberapa minit, Shi Feng dicampak keluar dari lorong itu dan akhirnya jatuh ke dalam kolam besar yang lain.

Berhampiran salah satu dinding kolam besar tersebut, terdapat tangga yang melingkar ke atas. Selagi dia menaiki tangga ini, dia akan tiba di teras kubu.

Shi Feng berenang ke arah tangga tersebut. Dia kemudian melihat jam. Hampir pukul 8 pagi sekarang. Memandangkan Shi Feng tidak dapat mencari Jantung Titan dalam masa yang singkat, Shi Feng terus menaikkan antara muka Sistem dan memilih untuk melog keluar.

Setelah bangkit pada keesokan paginya, perkara pertama yang dilakukan Shi Feng ialah melatih badannya. Tabiat ini sudah lama diterapkan dalam dirinya.

Namun, dia boleh jelas merasai badannya berbeza berbanding semalam. Badannya tidak lagi berasa keras, sebaliknya, dia berasa sangat segar. Kesan-kesan positif Cecair Nutrien Pangkat-C yang diminumnya amat ketara. Cecair tersebut mengubah keadaan badannya dengan perlahan-lahan.

Ambil peluang selagi ada.

Shi Feng kemudian mula bersenam, melakukan bangkit tubi, tekan tubi dan latihan-latihan otot yang lain. Setelah bersenam lebih sejam, Shi Feng masih tidak berasa letih. Sebaliknya, badannya merasai kehangatan yang selesa, seolah-olah ada tenaga yang tidak terhingga terkandung dalam badannya.

Kemudian, dia tidak meneruskan latihan badannya. Sebaliknya, dia turun ke bawah untuk makan. Berlatih dengan kerap tidak semestinya sesuatu yang baik. Ia harus dilakukan dengan bersederhana, kerana terlebih berlatih hanya mendatangkan kesan-kesan yang tidak baik.

Setelah berusaha semalaman, Syiling-Syiling Emas yang dia jual dan Kredit-Kredit yang dia peroleh daripada Salji Lembut mengisi akaun bank terkininya dengan lebih 200,000 Kredit. Satu malam usahanya bersamaan gaji dua bulan seorang eksekutif sebuah syarikat besar. Inilah kuasa Kawasan Tuhan yang telah memulihkan ekonomi maya. Setelah setahun, menjadi kaya semalaman dalam Kawasan Tuhan tidaklah luar biasa mana.

Malangnya, tidak banyak perniagaan yang mengetahui tentang fakta ini lagi. Sampai masa mereka menyedarinya, mereka pasti akan ketinggalan di belakang syarikat-syarikat yang melabur ke dalam Kawasan Tuhan pada awalnya.

Selepas makan, Shi Feng berkunjung ke bank. Dia mengeluarkan 30,000 Kredit khas kerana niatnya untuk membeli topi keledar realiti maya yang telah dia sewa. Jika tidak, jika dia meninggalkan dan melupakannya, lama-kelamaan dia akan ditendang keluar daripada permainan tersebut. Pada ketika itu, dia harus tunggu sehingga hari bekerja seterusnya sebelum menjalani prosedur-prosedur yang diperlukan dan hanya setelah itu dia boleh terus bermain. Kini, permainan tersebut berada dalam fasa berlari kencang. Jika Shi Feng ketinggalan walau satu hari, tentu amat sukar untuknya bangkit semula.

Shi Feng juga mengambil peluang untuk mengajak Si Hitam keluar berjalan-jalan. Jika Si Hitam kerap bersembunyi dalam asramanya, badannya tentu bakal bermasalah.

Tidak berapa ramai orang di jalanan dalam kawasan universiti pada awal pagi. Hanya terdapat segelintir persatuan sukan melakukan latihan pagi mereka sebagai persediaan untuk senaman mereka nanti. Melihat pelajar-pelajar universiti yang mengeluarkan aura muda, Shi Feng berasa aneh. Ia seolah-olah sepuluh tahun yang dihabiskan dalam perjuangannya dalam Kawasan Tuhan hanyalah ilusi semata-mata, sebuah ilusi yang akan lenyap dengan hanya satu sentuhan.

Berjalan mengikuti sisi jalan, Shi Feng mengagumi kampus universitinya sambil dia menuju ke arah asrama Si Hitam. Dia sedang menikmati pemandangan pada kampus yang tidak pernah dipedulikannya pada hayat lampaunya.

Sebaik sahaja dia hampir memasuki asrama Si Hitam, Shi Feng mendengari suara ketawa dari dalam.

"Hitam, bukan ke kau memang yakin boleh masuk Persatuan Bayang-Bayang sebelum ini? Aku tunggu kau sudah beberapa hari, jadi kenapa aku belum nampak kau di sana lagi?"

"Wu Yi, bukan ke aku sudah cakap sebelum ini? Aku masuk Persatuan lain, jadi aku tak turut serta dalam ujian Bayang-Bayang."

"Hitam, jangan cuba tipu aku. Mana dalam seluruh Universiti Jin Hai ada Persatuan lain? Namanya apa? Berapa ahli? Siapa yang tubuhkan? Boleh bagi tahu? Kalau mereka layan pemain dengan elok, mungkin aku pun nak masuk!"

Apabila ditanya dengan cara sebegitu, Si Hitam tiba-tiba menyedari Shi Feng sebenarnya tidak memberitahunya nama Persatuannya. Bagi bilangan ahli pula… mengambil kira segala perkara, terdapat 6 orang anggotanyay. Jangankan menyertai Persatuan untuk bermain Kawasan Tuhan, mereka tidak memiliki apa-apa sekarang, bahkan dibelenggu hutang juga.

"Hitam, sudahlah. Aku tahu kau tak lepas ujian Bayang-Bayang. Kalau betul-betul tak jadi, biar Abang Wu masukkan rayuan untuk kau. Lagipun, Abang Wu seorang ahli rasmi. Mana tahu kau mungkin boleh menjadi ahli biasa Bayang-Bayang. Paling kurang pun kau boleh terus main Kawasan Tuhan, dua ribu Kredit sebulan tentu tak akan jadi masalah. Jangan lupa, waktu percubaan untuk topi keledar permainan maya cuma sepuluh hari. Lepas tu, kau tak akan dapat terus bermain," kata rakan asrama Si Hitam dengan nada menghina.

"Tak mungkin, kan? Persatuan mana yang tak mampu membeli sebuah topi keledar permainan maya rasmi? Tak kasihan ke?" Wu Yi berpura-pura terkejut. Dia kemudian menepuk bahu Si Hitam, berkata sambil mengeluh, "Ahli biasa Bayang-Bayang pun boleh dapat sebuah topi keledar maju yang bernilai 20,000 Kredit. Persatuan kau menipu kau sahaja. Siapa yang tubuhkan? Aku cari keadilan untuk kau.

"Apa kata kau lepak dengan aku mulai dari sekarang? Aku boleh jamin kau akan dapat sebuah topi keledar rasmi. Sampai masa aku menjadi ahli teras Bayang-Bayang, aku jamin kau akan menjadi kaya. Kau kena tahu Tuan Muda Lan telah pun melabur lima juta Kredit ke dalam Bayang-Bayang. Aku dengar dia sudah melabur lagi dua juta sekarang. Kalau kau masuk Bayang-Bayang, masa depan kau tak akan terhad."

"Wu Yi, aku sudah cakap. Aku tak akan masuk. Aku selesa sekarang," balas Si Hitam dengan cepat.

"Hitam, kau kena tahu, peluang sebegini tak akan datang dua kali. Bayang-Bayang ialah Persatuan yang terunggul di Universiti Jin Hai. Kalau bukan kerana hakikat kau sudah Tahap 5 dan kita rakan sekelas, aku tak cari kau pun." Wu Yi memujuk dengan sabar, "Kau asyik cakap kau sudah masuk Persatuan lain, tapi sekurang-kurangnya kau kena bagi tahu namanya, bukan? Perlu ke kau asyik menipu rakan kelas kau begini?

"Apa? Biar betul Persatuan ini, nama pun tak ada?

"Biar tak ada nama, mesti kau tahu pengasasnya, bukan? Baru-baru ini, orang baru pun berani tubuhkan Persatuan, jadi kau jangan kena tipu. Persatuan Bayang-Bayang ditaja perniagaan yang sah, lagipun paling kurang ada kontrak supaya kau tak akan kebuluran."

Wu Yi asyik memuji Bayang-Bayang. Ia seolah-olah seseorang akan menjadi seorang elit dalam masyarakat hanya kerana menyertai Persatuan Bayang-Bayang, dipandang orang ramai dengan iri hati.

Namun, Si Hitam sudah lama membaca niat Bayang-Bayang. Dia tidak memiliki walau sedikitpun pandangan positif terhadap Bayang-Bayang. Dia hanya menyalahkan dirinya sendiri kerana tidak menjaga mulutnya, menunjukkan ke orang lain dia sudah naik ke Tahap 5. Hasilnya, maklumat ini diperoleh Bayang-Bayang dan mereka telah menghantar rakan sekelasnya, Wu Yi, untuk merekrutnya.

Akan tetapi, mana mungkin dia akan mengkhianati Shi Feng dengan begitu mudah dan menyertai Bayang-Bayang? Dia hanya mampu sampai ke peringkat ini dengan bantuan Shi Feng. Jika dia ditimpa kesusahan sekarang, dia masih percaya Shi Feng boleh menunjukkannya jalan ke arah kejayaan.

Pada peringkat terkini permainan, kesemua pemain Tahap 5 merupakan pakar. Pada mata Persatuan Bayang-Bayang, yang kini mengalami kekurangan pakar, Si Hitam merupakan seorang yang amat menarik. Jadi, sudah tentu mereka tidak sabar untuk cuba merekrutnya, menjadikannya salah satu hak milik mereka.

Pada ketika ini, Shi Feng membuka pintu, melangkah masuk ke dalam bilik tersebut.

"Akulah si orang baru yang menubuhkan Persatuan ini. Apa pendapat kau?" kata Shi Feng dengan dingin, sambil memandang Wu Yi yang tegap itu.


Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C89
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login