Download App
9.44% PENJELMAAN SEMULA PEDANG TUHAN TERULUNG / Chapter 98: Resipi Batu Asah

Chapter 98: Resipi Batu Asah

Editor: EndlessFantasy Translation

Selepas tidak bertemu lebih daripada satu hari, Shi Feng melihat Salji Lembut dan yang lain telah mengubah peralatan mereka. Mereka semua memakai peralatan yang mewah. Set Peralatan Cahaya Api Tahap 5 yang dipakai mereka merupakan peralatan kumpulan yang terbaik buat masa ini1

Dengan peralatan ini, selagi mana ketua kumpulan memberi arahan dengan jelas, mereka boleh menguasai Lembah Bulan Gelap Mod Biasa setelah membiasakan diri mereka dengan Dungeon tersebut.

Berkenaan Kubur Bulan Gelap...

Walaupun Shi Feng sekarang ini memiliki satu set lengkap Peralatan Bulan Perak, dia masih belum dapat memenuhi kriteria yang ditetapkan. Sebagai contoh, Resipi Batu Asah Termaju. Resipi ini hanya boleh didapati daripada Dungeon Kumpulan. Lagipun, hanya Bos Dungeon sahaja yang berpeluang menjatuhkan resipi ini.

"Kamu masih tidak lupa janji kita...

"Sudah. Disebabkan kamu semua sudah sampai, leraikan kumpulan kamu dan kita akan membuat kumpulan baru."

Zhao Yueru masih lagi mahu mencemuh Shi Feng, tetapi Salji Lembut menghentikan perbuatannya serta merta.

Salji Lembut masih lagi pendam kemarahannya yang sebelum ini, tetapi selepas melihat sekali imbas pada Shi Feng, dia terus terkejut selepas mengetahui yang Shi Feng sudah mencapai Tahap 6.

Sekarang ini, pemain yang sudah mencapai Tahap 6 dalam Bandar Daun Merah merupakan pemain tahap tertinggi semuanya.

Sebelum ini, sewaktu dia menemui Shi Feng, tahapnya tidaklah begitu istimewa. Hanya di takat sederhana sahaja. Sekarang ini dia sudah mampu mencapai tahap seperti itu, sesiapa yang lihat sudah tahu yang kelajuan Shi Feng menaikkan tahap sangat pantas. Untuk Si Hitam dan ahli kumpulannya yang sedang berdiri di belakang pula, mereka semua berada di Tahap 5. Mereka turut memakai Peralatan Gangsa dan penampilan mereka itu boleh dikatakan bagus untuk dijadikan kumpulan sementara.

Sesudahh kumpulan Shi Feng dimansuhkan, mereka semua menyertai kumpulan Salji Lembut.

Persatuan dan pemain di sekeliling mereka melihat Shi Feng menyertai kumpulan Salji Lembut. Melihat pada peralatan kumpulan Shi Feng, sudah jelas kelihatan yang mereka bukannya daripada Persatuan Ouroboros. Namun, sangat pelik bagaimana mereka mampu masuk ke dalam kumpulan Salji Lembut dan masuk ke dalam Dungeon bersama-sama.

Peralatan yang dipakai kumpulan Shi Feng tidak kelihatan begitu menarik. Mereka hanya memakai sebahagian Peralatan Gangsa yang digabungkan bersama, sama seperti kumpulan sementara yang lain.

Waktu ini merupakan masa yang sangat penting bagi Peneroka Pertama Dungeon Berkumpulan. Adakah Salji Lembut begitu yakin menakluknya sehingga dia menjemput sekumpulan pemain seperti mereka?

Hanya Menusuk Jantung sahaja yang tahu kekuatan sebenar Shi Feng. Sekarang kedua-dua pemain berkuasa telah berganding bahu, persaingan untuk menjadi Peneroka Pertama Kubur Bulan Gelap menjadi semakin hangat.

"Abang Zhang, itulah budak hingusan yang menipu orang-orang kita," Harimau Berapi mengeluarkan kata-kata selepas melihat kelibat Shi Feng.

"Jadi, itulah dia?" Zhang Luowei menaikkan keningnya. Dia terus memberikan sepenuh perhatian terhadap gerak-geri Shi Feng. dia kemudiannya berkata dengan tegas, "Disebabkan dia mempunyai hubungan dengan Dewi Salji, cuba untuk tidak cari gaduh dengan mereka di masa hadapan. Aku tak nak bergaduh dengan Persatuan kelas-pertama waktu ini."

Selepas berjaya menghapuskan kumpulan Harimau Berapi dan menjalinkan hubungan dengan Dewi Salji, orang ini bukannya pemain biasa. Dia masih perlu mendapatkan lebih banyak maklumat mengenainya. Jika dia ini menyertai kumpulan Dewi Salji disebabkan nasib sahaja, dia akan pastikan orang ini merasakan pembalasan akibat perbuatannya dahulu.

"Ya, saya faham, Abang Zhang." Harimau Berapi merenung Shi Feng, hanya mampu mengetapkan giginya sambil membalas kata-kata Zhang Luowei.

Namun, bagi Kesatuan Pertahanan lain pula ceritanya.

Setiap ahli Kesatuan Pertahanan hanya mampu berharap mereka boleh menghapuskan Shi Feng waktu itu juga. Lebih-lebih lagi Singa Pedang Besi.

Sebelum ini, dia mengumumkan yang dia mampu membunuh Shi Feng sampai dia jatuh ke Tahap 0 semula. Sekarang dia melihat Shi Feng sudah pun mencapai Tahap 6, satu tahap lebih tinggi daripada dirinya sendiri, dia berasa sangat malu.

"Apa yang sekumpulan Penyerang Hendap itu lakukan? Mereka membenarkan dia membuang namanya yang bertanda Merah dan naik ke Tahap 6." Fakta mengenai Shi Feng berada di hadapannya itu, langsung tidak terjejas, menyebabkan cahaya daripada wajah Singa Pedang Besi mula pudar. Mukanya bertukar merah kerana sangat marah, lalu berkata, "Segera panggil sekumpulan Penyerang Hendap itu. Apa yang sedang berlaku ni?"

"Bos, ada apa?" salah seorang daripada Penyerang Hendap yang berdiri mengawal kawasan hadapan Hotel itu bertanya.

"Ada apa?" Singa Pedang Besi hampir lemas kerana menahan marah apabila mendengar kata-kata itu. Dia berteriak, "Aku suruh kau jaga Ye Feng, tetapi, apa yang telah kau lakukan?"

"Bos kami sentiasa memerhatikan tanpa henti. Dan, Ye Feng masih tidak menjejakkan kaki ke luar Hotel. Saya ingat dia sudah mula berasa takut," Penyerang Hendap itu berkata, bingung.

"Kau berterusan memerhatikan dia? Jadi kau beritahu aku, siapakah gerangan yang aku sedang lihat sekarang?" Singa Pedang Besi menghantar keratan paparan, berkata dengan marah.

"Mustahil! Kami telah memerhatikan Ye Feng setiap masa dan dia tidak pernah keluar!" Penyerang Hendap itu terus kaku, melihat pada keratan paparan itu.

"Kau semua sampah yang langsung tidak boleh diharap untuk menjaga seorang pemain pun! Berambus daripada Kesatuan Pertahanan sekarang! Aku tak mahu lihat kamu semua lagi!" kemarahan terus menguasai minda Singa Pedang Besi. Sejurus selepas itu, dia sambung merenung kepada Shi Feng, berkata dengan anak buahnya, "Panggil seseorang datang ke sini, seberapa ramai yang boleh. Selepas mereka siap meneroka Dungeon, aku mahu dia mati segera."

"Bos Pedang Besi, ini merupakan satu langkah yang kurang bijak, kan? Tidak kira bagaimana kamu rancang, dia masih mempunyai sokongan daripada Dewi Salji. Jika kita memburukkan pertalian kita dengan Ouroboros, pembangunan Kesatuan kita akan terencat," Seorang Druid berkata-kata.

"Di jalanan, kita hidup dengan reputasi kita. Sekarang seseorang sudah memijak reputasi kita itu jatuh ke tanah, siapa kisah apa yang akan terjadi?" Singa Pedang Besi berkata dengan rasa tidak puas hati, "Jadi lantaklah jika dia Dewi Salji sekalipun. Dia masih belum berkenalan dengan aku di sini. Aku tidak percaya yang sampah kotor seperti dia boleh berbuat apa-apa kepada aku. Jika dia tahu bagaimana nak bertolak ansur, aku akan bagi muka kepadanya. Jika tidak, aku akan bunuh dia sekali sampai jatuh ke Tahap 0."

"Bos betul! Kawasan Tuhan tidaklah ramai sangat. Lihat tahun-tahun kegemilangan kita di Dunia Seni Pertahankan Diri. Sekarang ini, kita juga mampu menghentam semua orang di Kawasan Tuhan sama seperti sebelum ini. Apa yang perlu kita takutkan?"

Pemain-pemain yang ikut cakap Singa Pedang Besi semua mengemukakan pandangan mereka, ramai antara mereka mengeluarkan aura anjing gila daripada badan mereka.

Pada pandangan mereka, seseorang itu perlu menjadi ganas sewaktu bermain permainan maya. Jika dibandingkan dengan permainan Wuxia, Kawasan Tuhan hanya lebih beberapa orang sahaja. Lagipun, mereka perlu mengambil kira berbagai-bagai masalah setiap hari. Apa gunanya risau dengan setiap satu masalah yang mereka hadapi? Bukankah semuanya boleh diselesaikan dengan membunuh sahaja ahli Persatuan kelas-pertama sampai mereka menyerah diri? Mereka hanya bergantung kepada sikap ganas mereka untuk berjaya dalam permainan Wuxia yang lepas dan mereka bakal mengulangi strategi mereka itu sekali lagi di Kawasan Tuhan.

Hanya Druid tersebut, yang baru menyertai mereka baru-baru ini, terpaksa menganggukkan kepalanya.

Mereka semua ini sudah gila!

Shi Feng tidak perasan gerakan daripada Kesatuan Pertahanan tersebut. Dia hanya membincangkan hal berkaitan dengan Salji Lembut sahaja.

"Barang yang dijatuhkan daripada Dungeon akan diagihkan mengikut keperluan kerjaya. Jika kedua-dua belah pihak mengehendaki peralatan yang sama, tiada masalah untuk kami putuskan pada nasib siapa yang dapat, kan?"

"Kami tidak punya masalah dengan pembahagian peralatan. Namun, saya mahukan keutamaan untuk resipi dan bahan-bahan Kerja Gaya Hidup Bebas." Matlamat Shi Feng datang ke sini ialah mendapatkan Resepi Batu Asah Termaju, manakala peralatan tidak lagi dikejarnya.

"Kau! Jangan lupa kami yang membawa kamu masuk ke dalam Dungeon! Lagipun, kau tahu tak betapa berharganya resipi untuk Kerja Gaya Hidup Bebas itu?" Selepas mendengar kata-kata Shi Feng, Zhao Yueru menghentakkan kakinya dengan marah, menempik seperti harimau yang garang.

Ahli kumpulan Salji Lembut yang lain turut terkilan. Shi Feng dan ahli kumpulannya merupakan sekumpulan pemain liar1. Mereka sudah patut rasa bersyukur yang mereka sanggup bergantung pada nasib bagi mengagihkan peralatan. Akan tetapi, Shi Feng masih lagi mahu mengambil kesempatan terhadap mereka.

"Abang Feng, permintaan kamu itu sudah keterlaluan. Walau apa pun, peralatan kita lebih lemah berbanding mereka dan untuk meneroka Dungeon ini pun sudah menjadi masalah besar bagi kita. Oleh itu apa kata kamu ubah permintaan kamu?" Si Hitam memberikan nasihat.

Walaupun peralatan mereka sangat bagus, dibandingkan dengan set Peralatan mereka yang lain, mereka masih lagi satu langkah di belakang mereka. Dapat diberi peluang mengundi untuk mendapatkan peralatan sudah cukup baik. Untuk mendapatkan keutamaan kepada resipi Kerja Gaya Hidup Bebas... tiada siapa yang sanggup mengalah untuk permintaan tersebut.

Boleh dikatakan, walaupun tanpa bantuan mereka, kumpulan Salji Lembut boleh meneruskan operasi meneroka Kubur Bulan Gelap.

Shi Feng menganggukkan kepalanya. Dia tidak kisah kalau terlepas resipi yang lain. Namun, dia tidak akan memberi muka jika resipi tersebut adalah Resipi Batu Asah. Dia tidak boleh menonjolkan apa-apa syak wasangka supaya tidak menarik perhatian orang lain. Lagipun, sebelum Dungeon Berkumpulan dapat ditawan, Laman Sesawang Rasmi tidak akan memberi sebarang petunjuk tentang kadar jatuhan di kawasan ini.

Dungeon Dua Puluh Sekumpulan hanya dibuka semula setiap tiga hari. Hanya beberapa kerat sahaja Dungeon Kumpulan yang berdekatan dan setiap satu daripadanya sangat berharga. Lebih awal Shi Feng berjaya mendapatkan Resipi Batu Asah Termaju, lebih awal dia mendapatkan kelebihan berbanding pemain lain. Untuk Kesatuan seperti mereka yang datang dari jauh, mereka lagi mempunyai banyak sebab untuk tidak beri mengalah.

Salji Lembut, yang menampakkan satu wajah yang serius, juga membuka mulutnya, berkata, "Resipi untuk Kerja Gaya Hidup Bebas sangat penting untuk Persatuan kami. Permintaan kamu itu, saya tidak boleh membenarkannya."

  1. Daripada bab yang lepas, saya dengan jujur mempunyai ekspresi yang Salji Lembut memiliki Set Peralatan ini... untuk "peralatan kumpulan", itu yang penulis tulis. Saya tidak menulisnya dengan huruf besar... Lambat laun, dia akan membuka cerita tentang peralatan Persatuan...
  2. Pemain yang tidak bersangkut paut dengan mana-mana Persatuan.

Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C98
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login