Download App

Chapter 107: Detik Keagungan

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Selepas kematian Raja Kobold, ketakutan semua orang sudah terlerai. Mereka sudah boleh bergerak bebas.

Namun, pada waktu itu, hanya tinggal enam ahli kumpulan sahaja yang masih hidup.

Sewaktu semua orang melihat mayat Raja Kobold yang terlentang atas tanah, mereka menampakkan wajah yang terkejut.

Sedangkan Salji Lembut sudah bingung melihat keputusan ini. Berkata dengan logik akal, mereka sepatutnya tidak mampu bertahan dengan keadaan takut._ Oleh itu, bagaimana Raja Kobold boleh mati?_

Namun, selepas dia melihat Shi Feng yang sedang berdiri di sebelah mayat Raja Kobold dan ditambah pula jumlah HPnya yang tinggal sedikit itu, kebenaran mula menghentam Salji Lembut.

Tidak perlu dikatakan lagi, Shi Feng orang yang membunuh Raja Kobold.

Yang lain turut terpegun tidak berkata apa-apa._ Dalam situasi seperti itu, cara apakah yang Shi Feng gunakan_ sehingga dapat __ membunuh Raja Kobold itu?_

"Abang Feng, kamu sangat mengagumkan! Kamu dah bunuh Bos, walaupun dalam situasi yang genting itu. Kamu betul-betul idola aku ketika ini!" Si Hitam berkata sambil memandang Shi Feng dengan matanya yang penuh keterujaan.

Penakluk Pertama Kubur Bulan Gelap Mod Neraka. Detik ini sememangnya mengujakan. Keadaan ini menandakan yang mereka bakal menempah nama pada Carta Keagungan untuk selama-lamanya. Pada masa hadapan, selagi ada pemain yang ingin masuk ke dalam Kubur Bulan Gelap, nama mereka pasti akan ditayangkan untuk mereka lihat dan hormati. Pada waktu itu, mereka akan terkenal walaupun mereka tidak menginginkannya sekali pun!

"Baiklah, cepat hidupkan yang lain." Shi Feng, yang sedang duduk di atas lantai, tidak berasa begitu teruja. Dia hanya menuding ke arah ahli-ahli pasukannya yang telah mati. Tidak elok untuk biarkan mereka terbaring atas tanah.

Mendengar kata-kata Shi Feng itu, Salji Lembut akhirnya tersedar daripada kejutannya. Dia melihat kepada penyembuh yang terselamat, Xiao Yue'er, dan berkata, "Yue'er, lekas hidupkan mereka semula."

"En." Xiao Yue'er menganggukkan kepalanya, mula membaca jampi Hidup Semula.

Beberapa minit kemudian, semua ahli pasukan mereka telah dihidupkan kembali.

Selepas Zhao Yueru dihidupkan kembali, dia bertanya dengan kosong, "Yue'er, adakah pasukan kita dihapuskan?"

"Tidak. Kita berjaya menakluknya," Xiao Yue'er tersenyum sedikit.

"Ah... seperti yang dijangkakan, satu kumpulan terhapus..." Zhao Yueru menggelengkan kepalanya, membebel berseorangan. Jika semua orang memiliki kemahiran pembasmi jampi, sekurang-kurangnya mereka tidak akan terhapus semua sekali. Untuk melihat HP Raja Kobold yang tinggal lagi sedikit dan menang akhirnya...

Xiao Yue'er tidak tahan lagi lalu ketawa. Sekiranya dia tidak menyaksikan detik kematian Raja Kobold depan mata, dia juga tidak akan percaya. Oleh itu, dia mengisytiharkan dengan lantang, "Kakak Yueru, Bos sudah pun mati!"

"Mustahil. Tiada seorang pun daripada kita dapat menghilangkan rasa takut," Zhao Yueru berkata dengan yakin, "Walaupun kita tunggu sehingga rasa takut itu tamat, ahli-ahli yang tinggal tidak dapat menghapuskan Bos itu!"

"Kalau kamu tak percaya, lihatlah di sana. Raja Kobold telah dibunuh oleh Abang Ye Feng akhirnya. Kamu tidak tahu betapa bahayanya situasi Abang Ye Feng ketika itu. Dia pulun habis-habisan pada serangan terakhir, bertujuan untuk mati bersama dengan Raja Kobold itu. Akhirnya, dia terselamat dengan berbaki lagi 16 HP," Xiao Yue'er menuding ke arah mayat Raja Kobold yang jauh di sana, kekaguman yang terselit di sebalik suaranya sewaktu menceritakan kembali aksi Shi Feng.

Zhao Yueru melihat sekeliling...

Sudah tentu, itu mayat Raja Kobold.

Zhao Yueru mendongakkan kepalanya, matanya yang menawan melihat belakang Shi Feng. Dia tahu Shi Feng sememangnya orang yang misteri. Cara dia mengarahkan pasukan sebelum ini sama seperti pahlawan veteran yang sudah bertahun-tahun memimpin pasukannya. Setiap baris perintah yang dikeluarkan sangat tepat dan posisi setiap ahli pasukan turut dijelaskan dengan nyata. Bagaimana dia seorang pemain yang bebas? Sedangkan ketua pasukan suatu Persatuan yang sering meneroka Dungeon tidak mampu meniru langkahnya. Shi Feng sangat tidak boleh dibayangkan.

Kini, Shi Feng telah mendaratkan serangan terakhir yang mampu mengalahkan Raja Kobold, kekuatannya sangat berkuasa sehingga membuatkan yang lain terdiam.

Kebolehan meneliti, kebolehan memberi arahan, teknik pertempuran... Shi Feng secara praktikal berada di puncak aspek ini. Shi Feng telah memecahkan setiap kefahaman yang disangkanya selama ini tentang dia.

"Sememangnya haram jadah..." Zhao Yueru menggigit perlahan bibirnya, hatinya dipenuhi rasa tidak senang sewaktu melihat Shi Feng. Dia merasakan yang Shi Feng sedang mempermainkannya. Dia tidak mampu bertahan lagi sehinggakan ingin menggigit Shi Feng untuk melepaskan kemarahannya.

Namun, Zhao Yueru hanya mampu memikirkannya sahaja. Dia tidak akan melakukan perbuatan seperti itu.

Selepas semua orang sudah dikumpulkan barulah Shi Feng mula untuk menyusun barang rampasan daripada Raja Kobold itu.

Melihat pada barang rampasan itu, setiap seorang daripada ahli pasukan sudah tidak sabar menunggu untuk Shi Feng menyiapkan kerjanya itu.

Barang ini semuanya datang daripada Bos Mod Neraka Kubur Bulan Gelap. Setiap satu daripadanya sangat bernilai.

"Saya sudah selesai menyusun. Terdapat sejumlah lapan keping peralatan dan enam barang lain. Antaranya terdapat dua bilah Senjata Perak-Rahsia iaitu Pedang Agung Tahap 5 dan Perisai Tahap 5. Terdapat juga dua Peralatan Perak-Rahsia yang berasingan iaitu satu untuk Cleric, lagi satu untuk Pemain Pedang. Baki lagi empat set peralatan adalah Peralatan Besi-Misteri. Kita akan menentukan mengikut Nasib sekiranya lebih daripada seorang memerlukan peralatan yang sama," Shi Feng memberikan pengenalan umum tentang barang yang ada. Pada masa yang sama, dia mengongsikan maklumat untuk semua orang perhatikan.

[Pedang Runik] (Tahap Perak-Rahsia, Pedang Dwi-tangan)

Tahap 5

Syarat Kelengkapan: Kekuatan 30

Kuasa Serangan +45

Kekuatan + 9, Ketahanan +8

Kelajuan serangan + 1

Sewaktu menyerang, terdapat 10% peluang untuk menyebabkan kesan kemusnahan yang besar dan 10% kesan kemusnahan perisai.

[Perisai Runik] (Tahap Perak-Rahsia)

Tahap 5

Syarat Kelengkapan: Kekuatan 23

Pertahanan +69

Kadar Menahan: 35%

Kekuatan +6, ketahanan +10

Kemahiran Tambahan –

Perisai Keras: Sewaktu diaktifkan, mengurangkan kemusnahan yang diterima dari hadapan sebanyak 30%. Jangka masa selama 10 saat.

Tempoh bertenang: 2 minit

...

Semua orang terpegun melihat Atribut peralatan yang ditunjukkan itu. Setiap peralatan merupakan barang tahap tertinggi. Dalam banyak-banyak peralatan, Pedang Runik dan Perisai Runik yang terbaik. Sekiranya dijual serta merta, mereka mampu menjualnya dengan harga 80 Syiling Perak, sekurang-kurangnya.

Namun, mereka tidak mahu menjual barang ini. Dengan peralatan yang bagus dalam genggaman, mereka akan mudah menaikkan tahap nanti. Hanya orang bodoh sahaja yang sanggup menjual semua barang ini.

Berikutan itu, semua orang dalam pasukan memulakan permainan Nasib untuk mengumpulkan mata sewaktu bertanding untuk peralatan.

Akhirnya, Pedang Runik jatuh ke tangan Salji Lembut dan Perisai Runik pula dimiliki Cola. Shi Feng turut memperoleh Pauldron Perak-Rahsia, meningkatkan Atributnya sekali lagi.

"Kemudian barangan yang lain. Kita akan mengadakan lelongan dalaman untuknya. Bidaan terbesar akan menang," Shi Feng berkata.

Mendengar kata-kata Shi Feng itu, ahli-ahli Persatuan Ouroboros berasa sedikit malu.

Mereka tahu nilai barang yang sebelum ini melebihi barang ini. Perkara ini benar untuk pedang yang bersinar-sinar dan rosak yang dipanggil Bilah Abu. Melihat sahaja pada pengenalan barang tersebut sudah mampu mengujakan sesiapa sahaja.

Lagipun, terdapat juga Resipi Batu Asah Termaju dan beberapa lagi bahan jarang. Setiap satu daripadanya sangat berharga.

Namun, jika bukan disebabkan Shi Feng, bagaimana mereka mampu membersihkan Kubur Bulan Gelap Mod Neraka? Tambahan pula, mereka sudah pun memperoleh banyak peralatan tahap tinggi, menaik taraf diri mereka dengan banyak sekali. Ketika ini, mereka sudah boleh mengalahkan Persatuan yang lain dengan jurang yang sangat besar.

Jadi, bagaimana mereka tidak berasa segan untuk bergaduh merebut barang ini dengan Shi Feng?

Salji Lembut sememangnya mempertimbangkan perkara ini. Lagipun, dia mahu menarik Shi Feng sendiri masuk ke dalam Ouroboros, jadi sudah tentu dia perlu memperkukuhkan lagi hubungannya dengan Shi Feng. Oleh itu, dia memandang Shi Feng, mengambil inisiatif dengan berkata, "Kami berjaya menakluk Kubur Bulan Gelap disebabkan jasa besar kamu. Kami sudah dapat banyak peralatan, jadi barang yang lain ini semua menjadi milik kamu. Tidak setimpal ucapan terima kasih saya ini untuk jasa yang telah kamu berikan."

Ahli Persatuan Ouroboros yang lain turut menganggukkan kepala mereka sebagai tanpa bersetuju.

Shi Feng tergamam. Dia tidak terlintas di fikirannya yang Salji Lembut menyerah dalam sesi lelongan itu. Walaupun dia tidak takut untuk bersaing dalam lelongan. Dia memiliki banyak Syiling Emas dalam begnya, yang mana cukup untuk membeli Resipi Batu Asah Termaju dan Bilah Abu.

Disebabkan Salji Lembut tidak ingin bersaing, dia sudah tentu tidak akan menolak pemberiannya. Dia menyimpan semua barang tadi ke dalam begnya.

Dengan penaklukan Dungeon dan pengagihan harta rampasan itu, Shi Feng berjalan ke arah penjuru makam. Dia kemudiannya mengaktifkan mekanisma untuk mencetuskan Pintu Teleportasi.

Semua orang berjalan masuk ke dalam Pintu Teleportasi tersebut, lalu menghilang daripada dewan besar makam itu seorang demi seorang.

Sewaktu mereka semua meninggalkan Kubur Bulan Gelap...

Sistem Pemberitahuan Bandaraya Sungai Putih:

Tahniah kepada Ouroboros menjadi pasukan pertama menakluk Kubur Bulan Gelap Mod Neraka. Semua pemain dalam pasukan itu akan diberikan ganjaran sebanyak 10 Mata Reputasi dalam Bandaraya Sungai Putih.

Sistem Pemberitahuan Bandar Daun Merah:

Tahniah kepada Ouroboros menjadi pasukan pertama menakluk Kubur Bulan Gelap Mod Neraka. Semua pemain dalam pasukan itu akan diberikan ganjaran sebanyak 30 Mata Reputasi dalam Bandar Daun Merah.

Sistem: Tahniah kepada Ouroboros menjadi pasukan pertama menakluk Kubur Bulan Gelap Mod Neraka. Semua pemain dalam pasukan itu akan diberikan ganjaran satu Peti Harta Karun Misteri, 50,000 EXP dan 10 Mata Keagungan.


Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C107
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login