Download App

Chapter 129: Api Iblis Biru

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

"Tikus kecil tak berguna, rasakan kemarahan api neraka!" api daripada soket mata Penunggang Berhantu mampu melihat menerusi semua benda dan apabila dia melihat pada skrol dalam genggaman Shi Feng itu, ia memperlihatkan satu ekspresi yang hina.

Walaupun kekuatan magis Peringkat 2 sangat tinggi, ia masih belum cukup untuk menghasilkan serangan yang kuat. Tambahan pula, berapa banyak Skrol Magis Peringkat 2 yang mampu dimiliki Shi Feng?

Sekiranya pemain lain tahu fikiran Penunggang Berhantu, mereka tentunya fikir yang Penunggang Berhantu itu seorang pemain sebenar. Hakikatnya, Penunggang Berhantu hanyalah NPC. Namun, selepas perubahan Kawasan Tuhan, kepintaran raksasa berpangkat tinggi ini sudah menjadi semakin tinggi.

Pada ketika ini, api biru muda yang mengelilingi Penunggang Berhantu telah hilang. Api-api tersebut dikumpulkan pada Pedang Agung Tulang Putih, memarakkan lagi kuasa apinya sebanyak sepuluh kali ganda.

"Semua yang hidup pasti mati!" Penunggang Berhantu itu berteriak.

Ngauman mengamuknya itu bergema ke seluruh kawasan plaza sentral sewaktu Penunggang Berhantu melemparkan dengan laju Pedang Agung Tulang Putih yang berada di tangannya itu.

Sebaik sahaja Pedang Agung Tulang Putih itu meninggalkan telapak tangan Penunggang Berhantu, ia terus berubah menjadi ular berapi yang berwarna biru muda. Ular api itu sepanjang sepuluh meter dan sekiranya digelungkan bersama, ia akan nampak seperti bangunan kecil. Ular itu membuka luas mulutnya, menggigit ke arah Shi Feng.

Sewaktu ular api yang ganas itu semakin hampir...

Shi Feng masih belum mengaktifkan Skrol Magis Peringkat 2 yang terakhir dalam genggamannya.

Skrol magis ini berbeza dengan skrol magis yang lain kerana ia memerlukan sedikit masa untuk menampakkan kesan selepas diaktifkan.

"Cepat! Tolonglah cepat!" bisik Shi Feng perlahan.

Sewaktu ular api itu semakin hampir, Shi Feng mula panik. Walau bagaimanapun, garisan pengaktifan masih naik perlahan-lahan seperti sebelumnya.

Baru sahaja ular api sedang membuka luas mulutnya untuk menelan Shi Feng, garisan pengaktifan sudah selesai memuat naik.

Sistem: Senjata Berpangkat Besi-Misteri dan ke atas diperlukan sebagai korban. Sahkan untuk korban?

Tanpa ragu-ragu, Shi Feng memilih untuk korban. Bagi senjata korban pula, ia merupakan Bilah Merah yang dipegangnya itu. Pada ketika ini, Bilah Merah sudah menjadi kepingan besi buruk dan ia tidak bermakna lagi untuk Shi Feng menggunakannya.

Dalam sekelip mata, Bilah Merah di tangannya mengeluarkan cahaya keemasan yang menyinari seluruh plaza sentral. Pada waktu yang sama, satu bulatan magis berwarna emas muncul dengan Shi Feng sebagai titik fokusnya. Bulatan magis itu kemudiannya naik ke atas langit dengan kelajuan yang sangat tinggi.

Apabila cahaya keemasan itu menyinari ular api tersebut, ular itu mula meraung kesakitan.

Berikutan itu, Bilah Merah bertukar menjadi coretan cahaya yang terpancar ke udara. Dalam masa yang singkat, coretan cahaya itu berubah kepada ribuan Pedang Suci Bercahaya. Semua pedang suci itu jatuh dari langit lalu menghujani kawasan seluas radius 30-ela dan membentuk kawasan suci di sekeliling Shi Feng.

Ular api yang ketika ini sudah berada dalam kawasan suci tersebut telah ditikam oleh puluhan pedang suci dan membuatkan badannya tidak mampu bergerak walau satu inci sekali pun. Ular api itu meraung kesakitan.

"Berjaya juga melakukannya pada saat-saat yang genting," bisik Shi Feng perlahan.

Shi Feng menghelakan nafas lega sewaktu memandang ribuan pedang suci yang berada di sekelilingnya. Hujan pedang suci itu turut meliputi kawasan air pancut. Dengan kadar yang segera, Shi Feng mula untuk mendapatkan Api Iblis Ais-Biru.

Skrol magis emas ini merupakan skrol Peringkat 2 dalam kategori Skrol Magis penyelamat nyawa paling sakti yang Shi Feng miliki, Pengunci Pedang Suci.

Apabila digunakan, semua serangan dalam radius 30-ela akan disekat, manakala semua musuh dalam kawasan yang terjejas akan dikekang lalu menghalang mereka untuk bergerak walau satu inci. Walau bagaimanapun, pengguna pengunci ini tidak mampu menyerang dan mana-mana musuh atau serangan yang datang dari luar kawasan yang terjejas tidak dapat menembusi kawasan suci ini. Tempoh masa kawasan suci ini ialah 36 saat.

Disebabkan kesan ini, Pengunci Pedang Suci dianggap skrol pertahanan yang paling kuat antara kesemua Skrol Magis Peringkat 2.

Sementara itu, Shi Feng hanya memerlukan 5 saat sahaja untuk mengambil Api Iblis Ais-Biru. Ditambah pula dengan tempoh masa menjampi Skrol Pulang yang memakan masa kira-kira selama 30 saat, jumlah masa yang diperuntukkan cukup-cukup makan sahaja.

Penunggang Berhantu yang kini berada di luar pendinding suci terus menerus cuba masuk ke dalam dengan ganas. Penunggang Berhantu mengeluarkan sebilah Kapak Gergasi Tulang Putih lalu menghayunkannya berulang kali ke arah pendinding suci tersebut seperti tuhan kematian. Malangnya, segala usahanya tidak membuahkan hasil.

Dengan kadar yang segera, Shi Feng berjaya mendapatkan Api Misteri Peringkat 2, Api Iblis Ais-Biru. Walaupun hatinya dipenuhi rasa gembira, dia menahannya dan terus mengaktifkan Bilah Pertahanan. Dia kemudiannya mula membaca jampi untuk Skrol Pulang.

"Tikus kecil terkutuk, aku akan pastikan kau merana dalam neraka kehidupan!" Penunggang Berhantu terus mengamuk selepas melihat Shi Feng yang sedang mengambil Api Iblis Ais-Biru. Api biru muda yang mengelilingi badannya membakar beberapa kali ganda lebih marak daripada yang sebelum ini dan kemudiannya ia terus menghayunkan Kapak Gergasi Tulang Putih ke tanah sekuat hatinya.

Boom!

Seluruh plaza sentral mula bergegar. Lantai plaza tersebut mula retak, tiang api mulai runtuh dan melayangkan banyak serpihan batu ke udara.

Sekarang baru Shi Feng sedar betapa kuatnya Penunggang Berhantu itu. Pertembungan yang mereka lalui sebelum ini hanya sesi memanaskan badan bagi Penunggang Berhantu tersebut. Nasib baik, Shi Feng memiliki Skrol Pertahanan Peringkat 2 dalam genggamannya. Sekiranya dia hanya memiliki Skrol Pertahanan Peringkat 1, dia langsung tidak mampu menghalang serangan Penunggang Berhantu.

Masa bergerak dengan pantas, sedikit demi sedikit. Walaupun Penunggang Berhantu menghentak pendinding suci itu bagai nak gila, nasib baik, tidak satu pun daripada serangan itu memberi sebarang kesan.

Penunggang Berhantu itu hanya mampu melihat Shi Feng menyiapkan jampi untuk Skrol Pulang.

Tempoh masa bagi Perisai Pedang Suci telah pun tamat ketika masa jampian Shi Feng tinggal lagi 2 saat. Ketika ini, Penunggang Berhantu menampakkan satu senyuman jahat sambil ia mara ke hadapan dua langkah, lalu terus tiba di hadapan Shi Feng. Kapaknya diangkat tinggi dan terus menetak ke arah Shi Feng yang berada di bawahnya.

Peng!

Kapak itu tidak mampu bergerak lagi apabila berada beberapa sentimeter daripada badan Shi Feng.

Shi Feng terkejut sehingga menitiskan peluh sejuk. Kelajuan Penunggang Berhantu terlalu pantas selepas dia mengamuk. Sehinggakan Shi Feng sendiri tidak mampu melihat pergerakannya. Nasib baik dia telah mengaktifkan Bilah Pertahanan terlebih dahulu.

Bilah Pertahanan Tahap 2 boleh menahan sepenuhnya 4 serangan melee atau 7 serangan jarak jauh. Kini kemahiran itu telah menahan satu serangan, tinggal lagi berbaki tiga serangan.

Mata Penunggang Berhantu menjadi keras sewaktu melihat serangannya tidak memberikan apa-apa kesan. Penunggang Berhantu kemudiannya terus menyerang Shi Feng dengan gila.

Serangan kedua!

Serangan ketiga!

Serangan keempat!

Kesemua tiga kekebalan yang dimiliki Shi Feng telah habis digunakan dengan sangat cepat. Penunggang Berhantu itu kemudiannya menggunakan Belahan Mendatar dengan laju, bertujuan untuk membelah Shi Feng menjadi dua.

Di ambang kematian, Shi Feng telah pun menyiapkan jampian Skrol Pulang terlebih dahulu. Dia terus bertukar menjadi nyalaan putih, lalu menghilang.

Kapak Tulang Putih hanya mampu membelah cahaya putih manakala Shi Feng terselamat.

"Aoooo!"

Penunggang Berhantu itu berasa sangat marah. Api Iblis Ais-Biru merupakan hartanya yang sangat berharga. Salah satu sebab mengapa dia mampu bertukar daripada Jelmaan Disumpah kepada Penunggang Berhantu semuanya disebabkan Api Iblis Ais-Biru itu. Selagi dia memilikinya untuk setengah tahun lagi, ia mampu berevolusi sekali lagi dan menjadi Ketua. Kekuatan sang Ketua mampu merealisasikan serangannya ke atas makhluk yang hidup di Bandar yang berdekatan, lalu perlahan-lahan menguatkan tentera hantunya. Namun, sekarang, Api Iblis Ais-Biru telah dirampas oleh tikus kecil celaka itu di depan matanya sendiri. Oleh itu, bagaimana dia tidak menjadi marah?

Selepas pulang ke Bandar Daun Merah, Shi Feng terus mengesat peluh di dahinya.

Sekiranya dia lambat walau satu detik sekali pun, dia tentu sudah mati sekarang. Pada waktu itu, bukan sahaja dia telah membazirkan dua Skrol Magis Peringkat 2, bahkan dia juga perlu menunggu untuk jangka masa yang lama sebelum dia boleh cuba mendapatkan Api Iblis Ais-Biru lagi.

Walau bagaimanapun, sekarang ini dia sudah pun mendapatkan Api Iblis Ais-Biru, oleh itu semuanya berada dalam kawalan.

Seekor raksasa berpangkat Penguasa seperti Penunggang Berhantu tentunya harta karun bergerak. Sekiranya Shi Feng berjaya membunuhnya, dia terfikir berapa banyak barang yang baik akan dijatuhkan.

Sebelum dia bertolak ke Hutan Ratusan Hantu, dia pernah terfikir untuk menubuhkan kumpulannya sendiri pada masa depan untuk menyerang Penunggang Berhantu itu. Namun, selepas bersemuka dengannya, Shi Feng memutuskan berhadapan dengan Penunggang Berhantu terlalu sukar. Lebih baik dia menjual sahaja maklumat mengenai Penunggang Berhantu. Lagipun, Persatuan besar sangat suka memburu raksasa-raksasa Elit di Hutan Belantara, apatah lagi raksasa berpangkat Penguasa. Setiap Penguasa memiliki sejumlah kekayaan. Tambahan pula, hanya Persatuan besar itu sahaja mampu mengumpulkan ratusan pemain di Bandar Daun Merah dalam masa yang singkat. Apabila mereka tiba di Bandaraya Sungai Putih, tugas mengumpulkan ribuan pemain tidak akan menjadi masalah buat mereka.

Tidak menjadi masalah jika ratusan pemain digabungkan sekali untuk berhadapan dengan Penunggang Berhantu. Cumanya, kerugian yang dihadapi selepas berbuat demikian boleh dikatakan agak tinggi. Namun, dengan maklumat yang Shi Feng berikan, menyerang Penunggang Berhantu boleh menjadi lebih mudah.

Sewaktu Shi Feng ingin pergi ke Persatuan Menempa untuk melihat Atribut Api Iblis Ais-Biru, dia menemui ramai pemain di Bandar Daun Merah sedang berbincang mengenai satu perkara.

"Kau sudah dengar? Kesatuan Pertahanan telah mengumumkan sesiapa sahaja yang mampu membunuh Ye Feng akan diberikan ganjaran sebanyak 10,000 Kredit. Terdapat juga ganjaran sebanyak 1,000 Kredit bagi membunuh rakan seperjuangan Ye Feng. Individu yang memberikan maklumat yang terperinci mengenai lokasi Ye Feng berda akan diberikan 2 Syiling Perak sebagai ganjaran. Kesatuan Pertahanan sangat serius untuk bermusuhan dengan Ye Feng!"

"Aku sudah dengar mengenainya. Topik ini sedang hangat diperkatakan dalam forum rasmi. Ketika ini, beberapa pemain sedang mencarinya. Walaupun mereka tidak dapat membunuh pakar yang bernama Ye Feng itu, mereka masih boleh membunuh salah seorang rakannya. Seribu Kredit untuk setiap pembunuhan, perkara ini bukannya perkara yang kecil. Kali ini, pakar yang bernama Ye Feng sudah tidak senang lagi berkeliaran dalam Bandar Daun Merah."


Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C129
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login