Hampir beberapa minit berlalu; kami akhirnya sampai ke kawasan rumah rehat yang telah ditempah oleh Fatin beberapa hari sebelumnya. Kereta Myvi Fatin menyusur laju ke arah bangunan utama rumah rehat itu sebelum aku membawanya memasuki ruang parkir rumah rehat kami.
"HAH! Sampai pun!" Qhalif melepaskan keluhan sambil tersenyum lebar disisiku apabila kereta kami telah berhenti dihadapan rumah rehat yang kami sewa tadi.
"Krroooohhh!!!" bunyi dengkuran kuat bahagian belakang tempat duduk kami mengejutkannya.
"Woi, Bangunlah! Tidur sahaja kerja amoi ni; muka saja lawa…" lelaki itu menggoncangkan tempat duduknya; dimana Phoebe bersandar.
"Ha?!??! Apa? Apa?" dalam keadaan masih mamai, Phoebe membuka matanya dengan panik.
"Kita dah sampai, Pheobe… Kau ni pun, Qhalif!" marah Fatin selari menenangkan rakan kami itu; aku menggelengkan kepala melihat gelagat mereka.
Kami bergerak secara berkumpulan menuju ke bilik sewa kami yang terletak berhadapan satu sama lain. Fatin, aku dan Phoebe, satu bilik manakala Qhalif duduk sebilik dengan seorang penghuni lain; dia dapat perjanjian separuh harga dengan seorang lelaki berbangsa india semasa berada di pejabat rumah tumpangan tadi.
"Encik… nak sewa bilik untuk seorangkah?"
"..ya?"
"How about me make a deal?"
"A… deal?"
"Ah… sorry, saya lupa nak kenalkan diri; saya Robert, Robert White… saya datang sini untuk bercuti buat beberapa hari ni." katanya selari menghulurkan tangan bersalaman dengan Qhalif dengan nada mesra.
"Nama saya…"
"Dia Qhalif…; I'm Phoebe; Phoebe Lim… but you can just call me Phoebe… or Phoe… or P… or even just Bie… Nice to meet you…" belum sempat Qhalif menghabiskan ayatnya, gadis cina yang kelihatannya tak bermaya kerana keletihan tadi tiba-tiba menyambut tangan Robert dengan reaksi teruja; menolak Qhalif ke sisi.
"… Nice to meet you… too?"
"Phoebe!" Fatin mencuit Phoebe dari belakang; menyedarkan dia yang masih kelihatannya sedang merenung tajam ke arah lelaki dihadapan mereka itu.
"Ehem! Ya, ini Phoebe, dan yang berbaju kurung tu; Fatin… yang seorang lagi tu, Zahra…" Aku mengangkat tangan tatkala namaku disebut Qhalif dengan sebaris senyuman keada kenalan baru kami itu.
Saat perkenalan pertama tadi bermain difikiranku tatkala kami memasuki ruangan lif rumah tumpangan itu. Aku dan Qhalif merupakan orang terakhir dalam kumpulan kami untuk mengangkat barang ke bilik setelah Fatin, Phoebe dan Robert mendahului kami tadi.
"Pfft…"
"Kenapa kau gelak ni?"
"Cepat betul kau dapat kawan baru…, terus dapat housemate pula tu…"
"Aku ni tak berkira sangat; mana aku nampak peluang untuk kurangkan belanja, aku rembat saja! Buat apa nak fikir panjang-panjang sangat?"
"Aku dah agak dah… itu aim kau dari awal lagi… dasar haji Bakhil!"
"Hei, kalau haji Bakhil tu tak Bakhil, tak adanya dia nak naik haji, tahu?"
"Hah! Mengaku pun!"
"Alah… aku bakhil pun bukan sebab orang lain pun…"
"Apa maksud kau?"
"Ah, dah sampai dah… aku pergi dulu! Nanti jumpa pukul 6 petang, okay? Apa-apa hal kau roger aku, okay?" katanya lagi sebelum keluar dari ruangan lif secara meluru meninggalkan aku yang tak sempat berkata apa-apa ketika itu sendirian.
"Qhal!?!?! Aku tak habis cakap lagilah…" aku melepaskan keluhan kecil selari keluar dari perut lif itu menuju ke arah pintu bilik sewaan kami.
"Assalamualaikum…" Aku menyelak daun pintu bilik kami selari mengintai ruangan dalamannya yang keihatan teratur dan kemas. Aku makin pelik apabila ruangan depan dan bilik kelihatannya kosong; tak berpenghuni.
"Fatin? Pheobe? Mana korang pergi ni?" aku cuba memanggil-manggil kedua mereka buat beberapa kali tapi masih tak ada reaksi mahupun jawapan. Aku mulai berasa risau apabila keberadaan mereka masih tak diketahui sehinggalah aku terdengar akan bunyi yang mencurigakan datang dari arah balkoni bilik utama.
"KKRRIIKK!!!KKRRRIIIKKK!!!" bagaikan bunyi cakaran pada pintu kayu; kedengaran buat beberapa kali sebelum berhenti dan berulang lagi. Darahku berderau mendengar bunyi asing yang datang dari arah ruang balkoni yang terlindung langsir itu.
Dengan langkah perlahan dan berhati-hati, aku menarik nafas sebelum melangkah mendekati pintu balkoni yang kini kelihatannya seperti begitu jauh dari sebelum ini. Semakin ku mendekati, semakin kuat bunyi itu; semakin laju degupan jantungku sendiri.
Aku melepaskan keluhan yang dari tadi terasa berat selari tanganku mencapai langsir yang menutupi pintu kaca ruangaan balkoni itu.
'Here goes nothing…'
"Zrasss!!" aku menyentap buka kain langsir balkoni sambil menutup rapat mataku; ku cuba untuk memberanikan diri menghadapi apa saja yang berada diluar itu. Perlahan-lahan mata ku buka; nafasku bagai terhenti, bulu romaku tegak berdiri, aku terduduk kaku dengan pemandangan yang berada dihadapanku ketika itu.
Kedua rakanku Phoebe dan Fatin terbaring kaku berlumuran darah diruangan balkoni dengan mata mereka terbeliak sedang seorang lelaki yang tak kukenali duduk mencakar pintu kayu yang menghubungkan ruang balkoni dengan bilik utama.
"Fa…Fatin…? Phoebe?"
"??!!" Dengan tak semena-mena, suaraku menarik perhatian lelaki tadi apabila dia berhenti mencakar pintu kayu itu dan kini berdiri memandang tepat ke arahku. Aku yang mulai panik kembali berdiri kaku disitu sambil diperhatikan lelaki yang kelihatan pucat bermata merah darah dengan sebaris senyuman tiba-tiba terbit dari bibirnya; memperlihatkan kedua gigi taringnya.
"Ja….?!?!?" Aku makin kaget apabila suaraku hilang dengan tiba-tiba.
'Kenapa pula ni? Aku kena minta tolong!' saat aku cuba untuk bergerak dari situ; tubuhku bagai dilekatkan ke lantai,kurasa bagai lumpuh apabila aku gagal untuk menggerakkan walau jari kelingkingku sekalipun ketika itu.
'Tak! Aku tak boleh bergerak! Kenapa ?!?!'
"…" Lelaki tadi kini makin mendekatiku bagai ingin menerkamku bila-bila masa sahaja; yang memisahkan kami hanyalah pintu kaca balkoni yang kelihatan berbekas dengan kesan darah yang terpecik dari tubuh kedua rakanku tadi.
'Jangan dekat dengan aku! Pergi!!Pergi!!!' puas aku menjerit dan cuba meronta; tapi satu suara mahupun anggota pun tak menunjukkan reaksi ketika itu, bagai aku tak dapat mengawal tubuhku sendiri. Aku makin panik apabila dia bagai ingin merempuh pintu kaca itu untuk mendapatkan aku.
"PRRAAANNGGGG!!!!"